
Assalamualaikum.
Alhamdulillah, syukur aku panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya telah memberikan rezeki kepada aku sekeluarga.
Tanggal 16 November 2009, lahirlah seorang putera dalam hidup aku iaitu anak lelakiku yang pertama. Setelah 9 bulan bertapa dalam perut ibunya, akhirnya beliau keluar melihat dunia lebih kurang seminggu awal daripada tarikh yang sepatutnya.
Untuk pengetahuan semua, Asyraff ni merupakan anak pertama aku, dan juga merupakan cucu pertama bagi keluarga mertuaku. Apa yang aku lihat, wajah-wajah kegembiraan jelas terpancar di wajah ibu bapa mertuaku serta adik-adik iparku. Begitulah kuatnya aura seorang budak ni. Hehehe.

Asyraff Khalish, itulah nama yang dipersetujui untuk diberikan kepada beliau. Asyraff bermaksud “Yang Mulia”, manakala Khalish bermaksud “ikhlas, suci, murni”. Dan pada hari ini, 23/11/2009 dengan rasminya nama itu didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara, cawangan Shah Alam. Bravo! Bravo!
Jadi dengan rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT ni, aku harus bekerja dengan lebih keras demi untuk masa depan anakku ini. Jadi sekali lagi aku panjatkan kesyukuran kepada Allah. Dan di kesempatan ini juga aku ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua rakan-rakan yang menyampaikan salam tahniah tak kira by phone, sms, Facebook dan apa saja medium. Terima kasih.














