Posted by: amien7 | March 19, 2007

Hari sukan panas IISKD…

x1.JPG
Kemenangan kepada Rumah Biru

x.JPG
Housemaster dan House Decorator

x21.JPG
Budak-budak main kotak

Salam dan bertemu kembali.

Pada 10 Mac 2007 yang lalu, organisasi tempat aku bekerja iaitu Integrated Islamic School telah mengadakan satu aktiviti tahunan iaitu Hari Sukan @ Sports Day yang melibat kesemua staf dan kakitangan IIKSD untuk turun bermain panas selama setengah hari.

Pada hari berkenaan semua guru2 dan murid2 berusaha keras untuk menjayakan program berkenaan yang mana usaha-usaha persediaannya telah berlangsung dengan sejak beberapa bulan yang lepas. Cuaca pada pagi itu cukup baik dan redup menyebabkan ramai bersuka ria menghadiri aktiviti ini. Tetapi apabila tiba waktu tengahari, semua yang terlibat dalam aktiviti ini dah seumpama daging panggang dek kerana kepanasan yang amat sangat.

Di hari yang cukup bermakna itu, aku telah mewakili rumah biru. Jadi dengan baju biru itu, dengan megahnya aku memberi semangat kepada budak-budak yang bertanding dalam semua acara. Dan dengan semangat yang berkobar-kobar juga aku berusaha keras untuk memenangi piala untuk kategori ‘Hiasan Rumah Terbaik’ yang mana aku merupakan house decoratornya. Dan nasib menyebelahi aku kerana dengan berkat usaha siang dan malam, akhirnya rumah biru yang aku wakili memenangi kejuaraan untuk Hiasan Rumah Terbaik. Tahniah semua!

Secara dasarnya, aktiviti yang dijalankan ini telah berjaya mencapai matlamatnya. Acara ini juga telah mengingatkan aku kembali pada zaman aku muda-mudi dahulu. Zaman persekolahan aku juga terdapat acara-acara seperti ini yang cukup seronok untuk dikenang kembali. Sekian.


Responses

  1. tahniah abg biru karna berjaya melangsungkan hari sokan sekolah ang…
    good job dude..

  2. trimas encik axl rose..
    untuk pengetahuan semua, aku merupakan pencetus idea utk decorate umah sukan sehingga membawa kepada kemenangan…hahaha..hebat2…

  3. tahniah….mana gambonyer?

  4. hang mmg hebat la ustad amien.

    aku tau hang mmg hebat mcm amroth. haha

  5. amroth memang hebat…aku dah menyaksikan kehebatan beliau bermain game sambil bergolek-golek tanpa baju semasa aku melawat beliau di umah tengku halim tempoh hari….hebatnya….

  6. bleh x share cam ne rumah biru leh menang??
    nak tlong umah biru kat skoo ake untuk menang!!!
    antar ar mail kat e-mail aku ….

  7. cam ner nak decorate house bagi lawa???
    ku tengok dlam gambar
    umah ko cantik…dgn balooon and so on..
    wa_nie744@yahoo.com


Leave a response

Your response:

Categories