Assalamualaikum WBT.
Telah lama rasanya aku tidak memaparkan entri baru mengenai kehidupanku. Kerana kesibukan tahap cipan, menyebabkan aku sedikit terlupa dan tidak berkesempatan untuk memuatkan cerita baru dalam blog ini.
Masih ingatkah kawanku sekalian tentang Raptor X7?
Jikalau anda semua sudah lupa, aku akan kembalikan ingat anda semua mengenainya. Untuk makluman semua, Raptor ialah nama motosikal RG Sport kesayanganku. Sepanjang hampir 6 tahun, Raptor berkhidmat denganku dan menempuh saat suka duka bersama.
Sedar tak sedar sudah hampir sebulan khidmat setia Raptor aku kurangkan. Ini kerana Raptor kini telah mendapat adik baru. Sebuah Modenas X-Cite 130cc, empat lejang dengan kuasa tork yang kuat telah menggantikan khidmat yang dahulunya ditaburkan oleh Raptor. Kini model inilah yang aku tunggang untuk ke tempat kerja untuk mencari rezeki setiap hari. Dan aku menamakan mesin tersebut sebagai Mister X.


Walaupun khidmat Raptor telah dikurangkan, ini tidak bermaksud aku terus memberikan pencen kepadanya. Raptor tetap aku jaga dan gunakan, tetapi hanya untuk keperluan penggunaan yang minimum. Raptor sudah tua. Merujuk kepada tarikh pendaftarannya, ia kini berumur 12 tahun. Aku telah menempuh banyak pengalaman dengan Raptor, samada gembira, sedih dan sakit. Kini perjuangan tersebut akan diteruskan pula oleh Mister X.
Sekiranya anda semua pernah membaca entri yang tersiar mengenai Raptor yang aku muatkan dahulu. Tentunya anda semua mengetahui Raptor pernah terlibat dalam kemalangan dan menyebabkan kecederaan yang banyak kepadaku. Jadi aku berazam dengan Mister X bahawa aku akan menunggang dengan lebih cermat dan berhati-hati demi untuk mengelakkan perkara yang sama berulang kembali.
Sekian buat kali ini. Selamat datang Mister X ke duniaku. Mudah-mudahan perjalanan hidup yang mendatang akan berakhir dengan kegembiraan. Jumpa lagi.






ya, aku mmg pernah mendengar berita2 sedeh pasal Raptor tu..
jagalah ia dengan baik serta berikan kaseh sayang yang sama rata dengan Mr X tu… jangan lah hang abaikan dia, kerna dia juga mempunyai perasaan seperti kamu…
chewah, ayat power aku bg kat hang nie…
By: axl rose on August 30, 2007
at 12:22 AM
hang pun sama..
berikan kebahgiaan yg sama kepada ex5 power rangermu itu sama seperti kasihnya hang kepada isteri kesayanganmu itu….”seiring sejalan, seindah bunga di taman….(muzik latar)
By: Mr. AMieN on August 30, 2007
at 5:59 AM
wahh..cantik la adik baru tu..nak pinjam leh..
By: myasara on September 3, 2007
at 2:31 AM
[...] motor ini adalah disebabkan Modenas tealh memperkenalkan model ini berpaksikan kepada model Modenas X-Cite yang mana aku adalah salah seorang pemiliknya. Banyak penambahbaikan yang pihak Modenas telah [...]
By: Modenas GT128 « ………….[ AMieN: My SToRiES ]………… on March 25, 2009
at 8:38 AM
Lampu dia bagus
By: TheKHAI on March 26, 2009
at 12:55 AM