
Salam dan selamat sejahtera kepada semua.
Sudah 2 bulan lamanya blog kesayangan aku ni terbiar sepi tanpa sebarang kemaskini. Kesibukan dengan urusan harianlah punca blog ini terbiar. Barangkali kalian semua sudah sedia maklum mengenai perkara ini sejak dahulu lagi.
Hari demi hari aku lalui membawa pelbagai cerita suka dan duka yang terpaksa ditelan dan ditanggung oleh diriku. Kini setelah berpenat lelah dan bertungkus lumus melancarkan operasi Syarikat, kami dengan bangga boleh manarik nafas lega kerana perniagaan secara Vendor syarikat Deras Hijau Sdn Bhd dengan kerjasama McDonald’s Malaysia telah mencapai usia setahun. Perniagaan berteraskan MDS (McDonald’s Delivery Services) ini telah banyak berkembang dan telah mencapai beberapa objektif yang disasarkan. Walaupun masih hijau dengan pengalaman dan dengan pelbagai ranjau yang telah dilalui, akhirnya pada 16hb Februari 2008 yang lalu ianya telah menjangkau setahun usia perniagaan ini. Syukur!
Jadi perancangan pada tahun kedua perniagaan ini menjadi semakin mencabar. Banyak ranjau dan duri yang telah dilalui oleh Syarikat ini untuk mencapai kepuasan pelanggan seperti moto syarikat “Exceeding Customer Satisfaction”. Jadi dengan azam dan semangat baru kami semua berharap ianya akan bertambah baik dan Syarikat akan bertambah maju selepas ini demi membantu anak bangsa MELAYU mendapat pekerjaan dengan kelayakan akademik yang minimum.
Tahun 2007 yang lalu terdapat banyak kelemahan pengurusan dan azam peribadi aku selaku Pengurus ini menjadikan bahagian pengurusan Operasi bertambah lancar dan berkesan agar semua kakitangan dapat bekerja dengan sebaik mungkin demi memajukan Syarikat Deras Hijau.
Sokongan semua pihak amat aku hargai dan aku ucapkan terima kasih. Kepada sahabat-handai yang banyak memberikan sokongan, terima kasih. Semoga kalian juga berjaya dalam bidang yang kalian ceburi. Insyaallah… Pada akhir tahun ini akan ada lagi satu acara yang besar dalam hidup aku, akan aku hebahkan perkara ini sekiranya segalanya telah diuruskan. Jadi kepada semua sahabat, sampai berjumpa lagi…Adios!






amin sebagai pengurus operasi yang sangat dedikasi la..
aku amat sokong dan terus membantu dalam kempen untuk naikkan hang jadi senior manager kat deras hijau tu..
best nye….
suliana dah kawen semalam (9 mac)….
By: axl rose on March 10, 2008
at 8:26 AM
suliana?
som jer jer ke? aku dah tak ingat la….
anyway tahniah! tahniah! tahniah!
By: Mr. AMieN on March 10, 2008
at 11:45 AM