Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, syukur. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya aku kini telah memperolehi satu peluang. Peluang kerja baru yang mana bakal aku mulakan pada awal bulan April ini. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT.
Destinasi dan arah tuju aku selepas ini ialah Institute Advertising & Communication Training (IACT). Aku akan melaporkan diri pada awal bulan April dan akan bertugas di sana sebagai Pustakawan, bidang yang aku pilih semasa belajar di UiTM 8 tahun yang lepas. Akhirnya aku akan bergelar Pustakawan juga walaupun sebelum ini aku banyak melakukan kerja-kerja di luar bidang aku.

Cabaran baru akan aku hadapi dengan niat di hati agar aku dapat bekerja keras untuk menyara dan memberikan kehidupan yang lebih baik kepada keluargaku. Alhamdulillah juga kerana Allah telah memberikan aku rezeki. Bukan satu, tetapi dua (2) rezeki yang datang serentak. Alhamdulillah.
Kini aku menghitung hari-hariku di PLF sepertimana yang pernah aku hadapi 2 tahun yang lalu. Memang berat kaki ini nak melangkah meninggalkan PLF kerana ianya sudah sebati dalam jiwa aku. Tapi apakan daya, aku ada matlamat besar yang perlu di capai demi untuk masa depan aku.
Aku harapkan langkah aku ini akan mendapat keberkatan. Dan semoga ianya tidak akan menjadi sepertimana aku alami di Deras Hijau. Janganlah hendaknya kita mengikut sikap manusia berhati syaitan tersebut. Semoga Allah membalas segala perbuatannya. Jadi kepada rakan-rakan di PLF, aku hanya mampu mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kerana menerima aku kembali di PLF. Semoga di masa hadapan kita akan berjumpa lagi! Jumpa lagi di entri terakhir aku di PLF ok?
Chow. Adios!







baru masuk dah nak kuar? tak panas kerusi tu lagi..hehe..
papaepun tahniah..
2 rezki? apakah maksudnye itu..
another bling2 jr in the house?
By: maria on March 27, 2009
at 4:40 AM
baru masuk dah nak kuar? tak panas kerusi tu lagi..hehe..
papaepun tahniah..
2 rezki? apakah maksudnye itu..
another bling2 jr in the house yo?
By: maria on March 27, 2009
at 4:40 AM
eh, ada plak tambah YO kat belakang tu.. dah hip-hop mama maria skrg ni ek? hahaha…
insyaallah kalo ada rezeki, akan ada another bling2 junior in da house….
ya auw auwwww….
By: amien7 on March 27, 2009
at 6:52 AM
gud luck….kebetulan jumpa ur post ni… emm PLF? perdana library ya? kenal zahid dan awin? hehe
By: nora a.k.a aira on April 4, 2009
at 12:42 AM
ya cik nora, terima kaseh kerna melawat blog saya.
en zahid aka abg lincah n awin adalah merupakan pasangan kekasih di PLF….
cinta mereka jelas kelihatan taktala makan tengahari bersama-sama..
apakan daya, saya tak sempat bersama mereka semua utk tempoh yg lama…
By: amien7 on April 4, 2009
at 9:55 AM
slam.
firstly tahniah.
erm,nk tnyer leh..
sya ni fresh graduate kt uitm punck pdana..bru2 ni sya dapat panggilan interbiu kat uitm shah alam utk position pustakawan.
erm,sbnarnya sya mmg xde langsng pglaman ttg g interbiu ni.leh x awk bg tips mcmana nk g interbiu ni and rasa2nya soalan apa yg diorng boleh tnyer yerh….. time kasih.
p/s
hope dapat bals secepat yg mungkin..
By: namienamiez on April 20, 2009
at 11:39 PM
w’slm..
cik namienamiez, sy try jawab la mana yg sy tau…
kalo interview gov biasanya tk sama dgn private sector… soalannya biasanya mengarut-ngarut sket..
biasanya byk general knowledge yg diorg tanya…
tapi make sure gak la ilmu tentang librarianship sentiasa ada dalam ingatan…yg penting confident je la masa jawab soalan…
maybe geng2 yg lain yg dh jadi gov librarian boleh tolong jawab kot..
By: amien7 on April 21, 2009
at 9:12 AM
terima kasih sekali lagi en.amien…
besok sya ada interview.doakan la semoga semuanya berjalan dengan tenang dan lancar.amin.
By: namienamiez on April 27, 2009
at 9:17 PM
semoga berjaya menjadi librarian.. gud luck!
By: amien7 on April 28, 2009
at 4:01 PM