Posted by: amien7 | June 2, 2009

Kemaskini Jun 2009….

Assalamualaikum.

Dah lama tak menulis. Sekarang tengah sibuk yang amat sangat dengan kerja. Nak melengkapkan sistem perpustakaan baru ni dengan semua data koleksi-koleksi yang ada dalam Perpustakaan IACT. Bukan kerja mudah.

Bulan Ogos ini Insyaallah kami di IACT akan berpindah ke tempat baru. Dan sempena itu juga, aku merancang beberapa perkara baru untuk memperbaiki perkhidmatan dan kualiti yang ada dalam perpustakaan ini. Ok, itu saja pasal kerja.

Ada orang bertanya kepada aku. “Kenapa blog ko penuh dengan link-link?” Aku pun try la usya-usya semula blog aku dan memang aku dapati dah penuh dengan link-link yang merapu-rapu. Jadi sebagai menjawab dengan jelas soalan itu, aku menyatakan matlamat dan niat aku masa mula-mula nak buat blog ni ialah nak ceritakan tentang kisah hidup aku.

Dan yang kedua adalah untuk menubuhkan satu portal yang mana aku mudah untuk mencari link-link kegemaran aku semasa aku surfing internet tanpa perlu merujuk kepada buku atau handphone aku. Dan yang paling aku malas ialah nak membuka search engine Google, dan mencari web yang aku kehendaki. Oh, susahnya.. Jadi aku datang dengan idea untuk meletakkan segala tok nenek link di blog aku. Jelas??

Ok, sampai disini saja. Berjumpa lain kali. Chow!

amien-trademark


Leave a response

Your response:

Categories