Assalamualaikum.
Bertemu kembali. Kali ini dalam versi Bahasa Melayu. Hahaha. Poyo je. Minggu lepas memang merupakan antara minggu yang paling gembira bagi aku. Minggu yang agak sibuk tetapi kesudahan ceritanya, amat menggembirakan.
Pagi sabtu 4 Julai 2009, aku terpaksa bangun awal untuk bekerja. Pagi-pagi hari lagi aku terpaksa bergegas ke Saujana Subang. Kali ini bukan urusan kerja seperti biasa, tetapi kami semua warga IACT terlibat dan bertugas untuk menganjurkan satu program graduasi buat pelajar Kolej IACT bagi tahun 2009.

Warga IACT bertungkus-lumus untuk bergambar

Yaaa.. bergambar lagi…
Tugas aku pada hari tersebut ialah menjadi bouncer. Bukanlah bouncer kelab malam, tetapi seorang penjaga laluan masuk ke dewan makan di Saujana Subang tersebut. Walaupun kerja pada hari tersebut langsung tidak mencabar, tetapi kami semua amat teruja dengan hidangan makanan yang disediakan. Dan seperti kebiasaan, kami dengan rakusnya menjamu makanan seperti rakyat Afrika yang kelaparan. Well, terima kasih Saujana untuk hidangan makanan tersebut. Hahaha. Kak Lin, seperti biasa andalah juara makan pada tengahari tersebut.
Pada petang sabtu itu pula, aku ada lagi satu program hendak dilaksanakan iaitu men-join-kan diri untuk menghantar adik bongsu aku ke menara gading. Ewah. Adik aku berjaya menyambung Ijazah Sarjana Muda di UiTM Shah Alam. Jadi secara automatiknya aku melantik diriku sendiri menjadi AJK mencari rumah sewa dan menguruskan beberapa perkara untuknya. Itulah perkara lazim yang dilakukan oleh adik-beradik kami.
Jadi pada petang itu dengan selamatnya keluarga aku tiba di Shah Alam pada jam 7.30 malam. Aktiviti malam tersebut tamat dimana keluargaku bermalam di rumah kakak aku di Jeram, Kuala Selangor. Keesokan harinya adik aku mendaftar secara rasmi di UiTM. Aku pula sekali lagi dengan sukarelanya menjadi AJK sarapan pagi dan logistik kepada keluargaku. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Setelah semua urusan telah sempurna, maka pulanglah semula keluargaku ke kampungku yang tercinta di Kuantan.
Syukur kepada Allah yang telah memudahkan semua urusan. Sebenarnya apa yang menggembirakan aku pada hari tersebut tak lain dan tak bukan ialah bertemu dengan hampir semua ahli keluargaku terutamanya mak dan abah yang ku rindui. Walaupun cuma sekejap, tetapi syukur bertemu juga di bumi Shah Alam.

Silent reader spotted
Hari itu juga aku agak terkejut kerana abangku dengan selambanya membuat sedikit ulasan mengenai satu isu dalam blog aku. Terkejut juga aku kerana tanpa di sangka ada silent reader yang follow blog aku. TQ brader, I really proud to have brother like you. Ceh, bodek sket. Anyway, thanks again sebab ko sorang la yang selalu hantar adik-adikmu setiap kali kami menyambung pengajian di Universiti. Thanks again bro.
Anyway, wonderful weekend. Chow!







ceit…idop lg blog ko nih..
nasib bek la kat kpkt ni sume mendalah entertainment kene block..terjerumus gak aku akhirnye dlm blog ko nih..muahaha…papepun slamat menjadi AJK. ti leh jd AJK masjid SPU lak…
By: inaRusTu on July 7, 2009
at 4:47 PM
tapi gambo tu bukan ms antor ija kot…wakaka.. kantoi3
By: inaRusTu on July 7, 2009
at 4:48 PM
ces cipan betul..
ada gak minah ni dalam blog aku, wat habis ruang je..hahahhaa..
takpe la, aku suka org komen2 dlm blog aku… gambo tak banyak la dol, aku angkut la mana yang sempat…
By: amien7 on July 7, 2009
at 5:50 PM
baguskan dpt adik badek yg sporting…. yups aku setuju wpun kejap je dpt jumpa mak ayah dah cukup utk lepaskan rindu.. huhu tetiba teringat kt abah aku..
By: puanhasanif on July 8, 2009
at 10:55 AM
ehh bukan amin ke juara makan ari tu?? akak tengok kemain lagi makan sampai tak ingat dunia…bertambah2 tu….hahaha
By: amy on July 8, 2009
at 11:39 AM
kak lin…
terima saja la hakikat tu…
takde sapa kat IACT ni yg layak memegang title juara tu selain kak lin.. pecayalah….
By: amien7 on July 8, 2009
at 12:45 PM
bab makan mmg serah dkt amien..
amien jd bouncer? sbb telah dijangka tidak mencabar dia kasi amien memegang jawatan tu..
By: maria on July 8, 2009
at 3:30 PM
hahahha… mama maria jangan buka pekung di dada sendiri..
nanti saya buka rahsia zaman kebuluran anda semasa di PLF nanti, baru anda akan berasa malu yang amat sangat… hahaha
By: amien7 on July 8, 2009
at 5:35 PM
he..he..gambo baru?? ni mesti memenuhi permintaan seseorang…
By: amy on July 10, 2009
at 4:10 PM
Hahaha!!! Minggu ni memang minggu gembire buat aku. Band 5, yeah! Ingatkan nak terdapat band 3 atau 4 saje. Hohoho… Tapi sygnye x dapat band 6. Amma!
Brader Amien. Sori sebab lame x join. Saya sibuk mengemaskini data komp yg mcm tongkang pecah sebab nak format komp.
By: TheKHAI on July 18, 2009
at 11:34 PM