Posted by: amien7 | November 23, 2009

Asyraff Khalish

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, syukur aku panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya telah memberikan rezeki kepada aku sekeluarga.

Tanggal 16 November 2009, lahirlah seorang putera dalam hidup aku iaitu anak lelakiku yang pertama. Setelah 9 bulan bertapa dalam perut ibunya, akhirnya beliau keluar melihat dunia lebih kurang seminggu awal daripada tarikh yang sepatutnya.

Untuk pengetahuan semua, Asyraff ni merupakan anak pertama aku, dan juga merupakan cucu pertama bagi keluarga mertuaku. Apa yang aku lihat, wajah-wajah kegembiraan jelas terpancar di wajah ibu bapa mertuaku serta adik-adik iparku. Begitulah kuatnya aura seorang budak ni. Hehehe.

Asyraff Khalish, itulah nama yang dipersetujui untuk diberikan kepada beliau. Asyraff bermaksud “Yang Mulia”, manakala Khalish bermaksud “ikhlas, suci, murni”. Dan pada hari ini, 23/11/2009 dengan rasminya nama itu didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara, cawangan Shah Alam. Bravo! Bravo!

Jadi dengan rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT ni, aku harus bekerja dengan lebih keras demi untuk masa depan anakku ini. Jadi sekali lagi aku panjatkan kesyukuran kepada Allah. Dan di kesempatan ini juga aku ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua rakan-rakan yang menyampaikan salam tahniah tak kira by phone, sms, Facebook dan apa saja medium. Terima kasih.


Responses

  1. Both of you’re too precious to me…

  2. al-hamdulillah… terharunya aku… perasaan menjadi ibubapa ni x dpt digambarkan… moga anak + isteri ko sihat sejahtera….

  3. welcome to d club…..

  4. tahniah laa bro..dh jadi papa

  5. hehe
    thank you semua.. =)

  6. peh, dah ada misai la pak amien nie..

    hang tgk baby tu, posing macam pak dia la.

  7. hensem tak ada misai?
    ke macam barua je rupa aku? hahaha

  8. hebat gila la kalau hang ada misai.. baru nampak macam bapak sikit, kalau tak, macam pak sedara ja.. hahahaaaa

  9. amin, jumpa hang ari ahad nie kenduri umah suzila the kecik girl

  10. orait nandre
    dont worry, aku mesti dtg punya
    pak kassim tu kan bapak angkat aku.. wahahaha


Leave a response

Your response:

Categories