Archive

Archive for June, 2010

Solat ke sembahyang?

June 30, 2010 2 comments

Hampir kebanyakan umat Islam hari ini tidak terlepas daripada menggunakan istilah “Sembahyang” yang merujuk kepada “Solat.” Tetapi pada hakikatnya, istilah “Sembahyang” mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur Syirik.

Professor Hasbi As Siddiqi (pengasas jemaah Fiqh’ Indonesia) di dalam salah satu bukunya, membahas tentang perkataan “Sembahyang.” Katanya; “Sembahyang di ambil daripada perkataan “Sembah” dan “Hyang” yang merujuk kepada nama dewa-dewa yang disembah oleh penganut Agama Hindu dahulu kala. “Sembahyang” juga diertikan sebagai “menyembah berhala yang bernama Hyang.”

Dua pakar Bahasa Indonesia, yang salah seorangnya pernah datang ke Malaysia, mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), iaitu Dr Daniel juga telah mengesahkan bahawa istilah “Sembahyang” merujuk kepada “menyembah dewa yang bernama Hyang.”

Orang Buddha pergi ke Tokong, Orang Hindu pergi ke Kuil dan Orang Kristian pergi ke Gereja menggunakan istilah “Sembahyang,” terserahlah kepada mereka, kerana memang terdapat unsur “Syirik” dalam ibadah mereka. Tetapi Umat Islam, Tidak sesuai sekiranya, “Solat” juga diistilahkan sebagai “Sembahyang”, yang mana pada asalnya kata sembahyang itu merujuk kepada “menyembah dewa bernama Hyang.” Jadi perkataan solat adalah lebih tepat istilahnya

Mungkin sebahagian daripada kita, akan menganggap bahawa hal ini hanyalah hal yang remeh dan tidak begitu penting. Tetapi bagi mereka yang mempunyai kesedaran agama dan mementingkan kualiti ibadah, akan sentiasa berhati-hati dan mengambil perhatian akan hal seperti ini.

Wallahualam…

Categories: WoRD LiFe

Slash @ KL

June 29, 2010 6 comments

Dianggap sebagai salah satu gitaris terbaik sepanjang zaman, abang memotong Slash, guitarist dari kumpulan Guns N’ Roses dan juga merupakan salah seorang pengasas band rock Velvet Revolver akan membuat persembahan di Kuala Lumpur pada bulan Ogos ini bagi menghiburkan para peminat fanatiknya.

Legenda Rock N Roll ini akan datang ke Kuala Lumpur untuk mempromosikan karya terbarunya iaitu album solo bertajukkan namanya sendiri. Slash akan mengadakan persembahan di Sunway Lagoon khas buat peminat di Malaysia. Bagi aku, Slash adalah merupakan pemain kompang gitar yang paling best kat dunia ni ditambah lagi dengan gaya rambut kenteng-kentengnya yang menutup mata sambil bermain gitar. Lagi la bertambah kagumnya aku seolah-oleh beliau bermain gitar sambil menari poco-poco memejam mata. Cayalah!!

Jadi sesiapa yang berminat, jom layaannnn…

P/S: Nasib baik aku tulis entri ni, kalo tak mesti Nandre rembat dulu.. Hahahaa…

Categories: WoRD LiFe

Cerita si Rabun..

June 28, 2010 12 comments

PERINGATAN: IMEJ BERIKUT AMATLAH MENGEJUTKAN DAN TIDAK SESUAI UNTUK DITONTON OLEH MEREKA YANG MEMPUNYAI SAKIT JANTUNG, DARAH TINGGI, H1N1, IBU-IBU MENGANDUNG SERTA BAPA-BAPA YANG MENGANDUNG TAPI TIDAK DIKETAHUI BILA DUE DATENYA. SILA AMBIL PERHATIAN BAHAWA TUAN PUNYA BLOG TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KOMPLIKASI YANG BERLAKU AKIBAT MENATAP GAMBAR OLDSKOOL YANG BOLEH MEMBAWA GELAK TAWA DUKA INI.

Salam.

Kali ini aku paparkan benda yang agak berlainan sikit dari kebiasaan. Kenapa aku cakap camtu? Pasal yang lainnya ialah aku kena tumpukan sedikit usaha untuk tido lebih masa menyediakan bahan bergambar dan mengingat kembali kisah silam untuk menulis entri ini.

Atas dasar komen yang membina dari Mama Suhana aku boh la gambaq kat atas sebagai tatapan korang semua mengenai sejarah mungkin berulang dan evolusi spek mata aku start dari aku mula-mula pakai spek hinggalah ke hari ini.

Mudah-mudahan dengan adanya entri ini korang semua akan terhibur bukan kerana melihat spek aku tu, tetapi terhibur kerana menggelakkan wajah aku yang amat-amat skemassss di zaman purbakala time aku sekolah-sekolah dulu. Layaaaannnnn…

Categories: WoRD LiFe

Hang KOI

June 25, 2010 4 comments

Assalamualaikum.

Salam Jumaat untuk semua.

Hadooiii, entri ni mesti amat disukai oleh Encik Nandre The Legend. Al-kisahnya 2 hari lepas sewaktu meng-hupdate blog, aku ternampak satu notification daripada pihak WordPress yang menyatakan bahawa mereka telah me-release-kan satu theme baru untuk pengguna-pengguna blog WordPress.

Jadi aku pon dengan suka hati dan riang hempedunya terjah la ke bahagian option theme untuk skodeng baek punya meninjau-ninjau perkembangan semasa manalah tau kot-kot theme yang baru tu kena dengan selera aku. Boleh upgrade sket blog aku ni kasi tongkat ali super power. Hahaha.. Tengok ni, main strike-strike pulak, penyakit keturunan dari Maria n Suhana la nih.

Jadi jom kita layan theme yang macam sengal ni. Nama theme ni ialah KOI. Nandre mesti suka pasai dulu dia ejek aku ngan nama MAT KOI. Koi dalam bahasa liga sekolah kebangsaan Pahang bermaksud saya, aku, me, ana, ako (Filipina), mir (German) dan yang sewaktu dengannya. Terima kasih Encik Google Translate kerana memberikan maklumat itu! Haha.

Tapi mintak maaf la ye, theme KOI ni tak dapat memuaskan hati koi la. Jadi mintak maaf ye awok hok reka menatang KOI tu, koi tok berkenan langsung pepalih wehh….

Tammat.

Categories: WoRD LiFe

Strike!!!

June 23, 2010 11 comments

Assalamualaikum.

Strike!! Eh, aku bukan nak cerita pasal bowling la, apa strike-strike nih? Haha..

Aku sebenarnya dah lama tertarik nak bercerita pasal benda ni kat blog. Tapi seringkali terlupa, sebab tiap kali nak menulis idea lain datang mengganggu penulisan aku tentang entri ni. Sebenarnya aku nak bercerita pasal coding HTML. Cerita sikit-sikit dah la pasal nanti kalo detail sangat pening kepala pulak.

Cerita sket pasal sejarah, aku belajo HTML masa umur 17 tahun, iaitu semasa di sekolah menengah. Itu pon sebab masa tu aku jadi Pengerusi Kelab Komputer. Banyak juga la code HTML yang aku belajo ditambah pulak bila amek Diploma ada subjek pengkhususan mengenai HTML. Lagi la bertambah pening kepala aku menghafal code-code giler ni. Hahaha.

Selama 3 tahun aku menulis dalam blog, aku tertarik dengan satu coding HTML yang selalu aku lihat digunakan oleh Maria Qibby si plagiarism dan Mama Suhana si nasik dagang. Aku tertarik ngan coding HTML ni pasal boleh boh-boh benda mengarut dalam blog pastu kita pretend macam tak bersalah dengan perkataan yang kita gunakan tu. Biasanya perkataan-perkataan itu amatlah mencurigakan dan berunsur serampang dua mata kalo difikirkan dengan akal yang logik. Eh, apa aku mengarut nih!!

Kalo korang nak tau, dalam HTML coding ni dinamakan sebagai STRIKE. Si Maria ngan Suhana dah lama guna, tapi tak penah tulis pon pasal entri ni. Jadi baik aku tulis dulu, kalau tak nanti di tuduh aku plagiat pulak. (perli Maria Qibby nih) Best woo guna benda ni, kalo korang tak paham, aku drafkan sket penggunaan coding ni. Tengok ye contoh ni:

Jadi aku menyeru kalian semua yang mempunyai blog untuk mencuba coding ni. At least blog korang ada benda menarik sikit nak dikarut dan dicarutkan bagi menceriakan pembaca blog anda. Hahaha. Seronok seronok, cubalah. Jom layannnn..

Categories: WoRD LiFe

Safety first

June 22, 2010 9 comments

Assalamualaikum.

Aku terpanggil untuk menulis entri ini. Terima kasih kepada encik The Legend yang memberikan komen yang membina mengenai topik yang aku ingin perkatakan ini dalam komen posting yang lepas. Untuk pengetahuan korang, kat atas tu adalah gambo betis aku kena sagat ngan jalanraya lebih kurang 4 tahun yang lepas. First time aku eksiden sebab kurang peka pasal soal keselamatan la tu.

Soal keselamatan di jalanraya merupakan satu perkara yang perlu diambil serius. Lebih serius jika anda semua bergelar penunggang motosikal. Kalo memandu kereta mungkin risikonya agak rendah berbanding penunggang motosikal, tetapi risiko tetap risiko. Setiap masa kita terdedah dengan bahaya di jalanraya.

Sebagai penunggang motosikal pasti anda semua lebih arif bagaimana rasanya menunggang motosikal di kota-kota besar seperti Kuala Lumpur. Setiap masa nyawa terancam. Lebih-lebih lagi kalau ada pemandu kereta yang kepala masuk air, bawak kereta poyo ala-ala Makcik Halimaton Lewis Hamilton. Bawak kete siap cilok-cilok pastu cucuk angin rapat2 ngan orang bawak moto.. Macam cipan…

Jadi alat keselamatan merupakan salah satu keperluan ketika anda menunggang bagi menjamin jiwa raga anda selamat di jalanraya. Ramai di kalangan kita sukar untuk mengenakan alat-alat keselamatan ini. Nak pakai helmet pon punya la ketegaq. Dia ingat kapla dia keras macam kete kebal ke? Dan untuk mendapat perlindungan yang lebih, memakai safety riding gear adalah salah satu keperluan ketika di jalanraya antaranya ialah seperti mengenakan jaket tebal, seluar jeans, knee pad, elbow pad dan neck protector.

Aku sekarang baru sampai stage mengenakan cawat besi knee pad dan elbow pad sahaja. Aku beli di Shah Alam dengan harga RM50 tetapi di kedai lain aku dapati ianya berharga RM80. Bagus punya tokey kedai ni. Dengan adanya knee dan elbow pad ni at least risiko kecederaan luaran apabila jatuh agak kurang. Inilah salah satu kelebihan safety riding gear. Dapat meminimumkan kecederaan.

Tetapi kadang-kala kita terpesong ngan ajaran sesat ayah pin pong ketika di jalanraya. Acapkali ramai yang ketawa apabila melihat rakan-rakan bermotosikal kapcai sambil mengenakan full safety riding gear. Pakai knee pad, elbow pad, fullface helmet dan sebagainya. Tapi bagi aku lantak la korang nak ketawa, yang penting kalo aku jatuh takde la aku cedera teruk. Korang yg bawak moto pakai suar pendek ngan t-shirt je tu cuba fikir sket kalo korang jatuh camne? Sedap tak agaknya? Haha. Aku dah tau camne rasanya jalan tar tu sagat kaki dan tangan, korang nak rasa gak ker?

Jadi untuk kesedaran sosial masyarakat, aku mengajak semua para bikers agar mengenakan pakaian keselamatan ketika di jalanraya. Sekurang-kurangnya anda berada satu langkah di depan mengenai soal keselamatan. Biar muka tebal sket tapi yang penting korang selamat.

Adios. Viva Bikers!

Categories: WoRD LiFe

Selamat Hari Abah…

June 21, 2010 7 comments

Assalamualaikum.

20 Jun, merupakan tarikh sambutan Hari Abah sedunia. Kenapa aku guna perkataan abah? Sebab ini blog aku, aku punya suka la. Hahaha. Walaupun sambutan ini agak kurang popular jika nak dibandingkan dengan sambutan Hari Ibu, kita sebagai anak harus juga menyambutnya sebagai memperingati dan penghormatan kepada kaum abah.

Jadi bersempena dengan hari tersebut, aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Abah buat semua ayah, bapa, bapak, abah, walid, daddy, papi (macam nama anjing je) serta mereka-mereka yang se-status dengan gelaran itu. Juga ucapan ini ditujukan buat 3 insan terpenting dalam hidup aku yang bergelar abah.

1) Abah kesayangan aku, Encik MJ Micheal Jackson Mat Jidin. I love u dad!
2) Bapa Mertuaku, Encik Komander Zulkifli. Pak mertua kool beb!
3) Emm, sapa lg ek kalo bukan Encik Mohd Amien, abah kepada Asyraff Khalish. =)

Juga tidak ketinggalan kepada saudara mara dan rakan taulan di luar sana yang sudah bergelar abah, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Abah. Semoga kalian semua menjadi labah-labah abah yang baik kepada anak-anak anda. Best wooo jadi abah..

P/S: Syok giler bila Asyraff dah boleh panggil aku “Abuuah”.. =)

Categories: WoRD LiFe

From Putrajaya with love…

June 18, 2010 15 comments

Tekanan?

Mengular?

Kepala masuk air?

Ah, bila hantu dah merasuk dalam badan. Buat benda apa pun main redah je. Sama macam aku, tanpa fikir panjang terus vroom ke sana. Petaling Jaya – Putrajaya 30 minit. Boleh tahan la jenis hantu yang masuk dalam badan aku. Laju jugak dia punya speed.

Jumpa lain kali geng!

Categories: WoRD LiFe

Kisah High-Beam

June 16, 2010 7 comments


Assalamualaikum.

Beberapa minggu yang lepas taktala aku sedang memandu kereta semasa ingin pulang ke kampung halamanku di Kuantan, ada beberapa buah kereta lain yang memberikan High-Beam kepada aku. Dan secara tiba-tiba terlintas dalam kepala aku untuk menulis entri pasal perkara ini.

Dahulu semasa aku masih belum mempunyai lesen memandu kereta yang sah, aku seringkali mengikuti rakan-rakan bersiar-siar dengan menaiki kereta sewa. Sewaktu di UiTM, menyewa kereta adalah sangat mudah kerana tanpa perlu ada lesen sekalipun, anda boleh menyewa kereta kancil dengan harga RM60 untuk seharian. Senang kan? Tapi kalau jadi apa-apa, korang tanggung sendiri la. =) Dan kadang kala aku sering juga di beri tugas memandu kereta walaupun takde lesen. Giler ah.

Jadi berbalik kepada High-Beam, sebenarnya ini merupakan salah satu tabiat baik rakyat Malaysia. Memberikan High-Beam biasanya dilakukan sekiranya berjumpa dan terserempak dengan kereta rakan-rakan. Tapi dalam konteks yang lebih lagi, acapkali memberikan High-Beam sebanyak 2 kali adalah untuk menandakan bahawa ada polis di kawasan hadapan anda. Inilah semangat brotherhood dalam dunia kereta. Memberi amaran awal kepada pengguna jalan raya yang lain supaya lebih berwaspada.

Bagus kan amalan sebegini, sekurang-kurangnya kita menyedari dan beringat bahawa ada pihak berkuasa yang memerhatikan kita. Jadi kita boleh bersedia. Dulu aku juga begitu, sekiranya memandu tanpa lesen dan ada kereta yang menyalakan High-Beam, cepat-cepat kami bertukar driver di tepi jalan. Itulah gunanya kerjasama meng-High-Beam tadi. Hahahhaha..

Jadi sebagai kesimpulan, amalan baik ini patut kita kongsi dan lakukan bersama demi mengingatkan pengguna yang lain supaya lebih cermat dan sekaligus boleh menyelamatkan poket anda supaya tidak robek membayar saman.

Sekian.

Categories: WoRD LiFe

Malaun punya budak…

June 15, 2010 Leave a comment

Spam Spam Spam..

Hadooii kenapa la banyak sangat spam dalam web e-mail kompeni aku keje ni. Dan ini Spam terbaru yang aku dapat pada pagi tadi. Memang dasar melaun malaun punya budak yang kasi e-mail ni kat aku..

Korang tengok je la…

Categories: WoRD LiFe
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.