Archive

Archive for November, 2010

Bowling Persahabatan GTrians

November 29, 2010 10 comments

Assalamualaikum.

28 November 2010, selamat sudah berlangsung satu aktiviti ahli komuniti forum GT128riders.com yang dinamakan sebagai acara Bowling Persahabatan GTrians. Aktiviti yang berlangsung di Brem Mall, Jalan Kuching pada petang hari Ahad itu berlangsung dengan jayanya dan mendapat sambutan yang amat baik daripada ahli forum.

Semua peserta hadir di perkarangan I Bowl kira-kira jam 2.30 petang. Acara pendaftaran kemudian mengambil tempat dan sambil-sambil menunggu kehadiran beberapa orang ahli yang lewat tiba dengan alasan terbaik ialah HUJAN, rakan-rakan lain mengisi masa dengan bersembang-sembang kosong sambil menyepam barang sekilo dua. Acara ini juga diserikan lagi dengan kehadiran ahli-ahli forum yang hadir dengan membawa anak, bini dan kaum keluarga yang mana dapat mengeratkan lagi ikatan silaturahim sesama ahli.

Kira-kira jam 3 petang maka dengan rasmi bermulanya aktiviti bowling persahabatan ini dimana sejumlah 8 lane telah diconquer oleh geng-geng kami bagi mengerah kudrat dan tenaga untuk menang. Ewaahhh… Nama sahaja bowling persahabatan, tetapi tengok sorang-sorang main dengan muka serius dan penuh kosentrasi membaling bola bak macam pertandingan sebenar la pulak. Hahaha.

Acara berlangsung meriah dengan acara lontaran maut, lontaran ke longkang, gelak tawa, sorak menyorak serta beribu-ribu gaya dan aksi-aksi pemain amatur yang kononnya beraksi di Sukan Asean Guangxhauo telah berjaya membuatkan kami semua dibuai dengan gelak tawa dan riang gumbira yang berterusan.

Acara tamat jam 6 petang dimana saudara Syaza diumum sebagai juara, wifenya pulak iaitu Kak Marsya juara kategori wanita. Manakala katagori paling istimewa iaitu Juara Longkang dimenangi oleh Isteri Ichirosic. Hahahaha. Tahniah kepada pemenang walaupun ramai tak puas hati Syaza dapat strike 7, 8 kali berbanding org lain. Hahahaa.. Hampeh.

Sedikit gambir-gambiran…

Menang gaya je, tapi haramm tak strike

Baju biru tu En. Amir, pengurus pemasaran Modenas =)

Ahli forum GT128riders bergambar kenangan

Memang meriah aktiviti ini. Terbaeekk dari ladang!!!

Categories: WoRD LiFe

Budin VS Tompok

November 22, 2010 4 comments

Alkisah tentang seorang lelaki yang bernama Budin seorang yang amat benci pada kucing, entah apa silap yang telah dibuat oleh kucing padanya tiada siapa yang tahu.

Walaupun begitu, jodoh pertemuan sememangnya ketentuan Ilahi, Budin bertemu jodoh dengan Gayah yang sememangnya amat suka dan cinta pada kucing. Bukan itu sahaja, sebelum berkahwin dengan Budin, Gayah sudah sedia ada membela seekor kucing siam.

Maka dari hari ke hari, bertambah benci dan meluatlah Budin pada kucing terutama si Tompok, kucing siam peliharaan isterinya. Apa tidaknya, Gayah lebih memberi tumpuan kepada si Tompok dalam kehidupan sehari-hariannya. Hal ini membuatkan Budin beranggapan, Gayah lebih sayang si Tompok berbanding dengan dirinya.

Akibat tidak mahu terus tertekan dengan keadaan ini, Budin membuat rancangan untuk mengusir si Tompok dari hidupnya dan hidup isterinya, Gayah. Maka, bermulalah dengan rancangan jahat Budin.

Pucuk dicita ulam yang mendatang, ketika isterinya sedang asyik mandi , Budin dengan tanpa segan silunya telah menangkap si Tompok, disumbat dalam karung beras Mehsuri. Tanpa berlengah terus merempit motor kapcainya sehingga jauh dari rumahnya , lebih kurang 10 km lalu dihumbanlah si Tompok tanpa belas kasihan. Dengan hati gembira, baliklah dia ke rumah dengan siulan mengikut rentak lagu Cindai nyanyian Siti Nurhaliza.

Tapi, kegembiraan hanyalah sementara bila tiba di rumah si Tompok dengan sombong bongkaknya melanggok depan pintu lagaknya menyambut kepulangan Budin. Sakitnya hati Budin tak dapat digambarkan.

Besoknya, Budin meneruskan rancangan jahatnya. Kali ini lebih jauh dibawa si Tompok, 20 km dari rumahnya. Tetapi seperti semalam Tompok berjaya mendahuluinya pulang ke rumah. Budin tidak putus asa begitu sahaja, alang-alang peluk pekasam, biar habis basah sampai ke pangkal lengan.

Maka nekadlah Budin, kali ini dia bukan sahaja hendak buang Tompok lagi jauh tapi dibawanya Tompok pusing-pusing dahulu. Habis semua jalan ditempuh, sekijap ke kiri, sikijap ke kanan, yang lurus, yang bengkok, segala kona, segala selekoh habis dirempitnya dan akhirnya si Tompok dibuang begitu sahaja.

Selang berapa minit kemudian, Budin menelefon Gayah.

Budin: Ayang, Tompok ada kat dalam rumah tak, tanya Budin dengan penuh suspen lagi berdebar-debar…

Gayah: Ada, ada dekat depan pintu tu ha, Kenapa? tanya Gayah keheranan.

Budin: Panggil dia! herdik Budin dengan nada yang tinggi…

Gayah: Kenapa? tanya Gayah lagi.

Budin: Aku nak tanya dia, bagaimana nak balik ke rumah. Aku sesat ni…..

Categories: WoRD LiFe

Hepi besday puteraku…

November 16, 2010 4 comments

Assalamualaikum.

“Sedang kita berusaha mengajar anak-anak kita pelajaran tentang hidup, anak-anak kita mengajari kita apa itu nikmat kehidupan”

Begitulah sebaris ayat petikan dari mutiara kata mengenai anak. Dalam kehidupan kita ini sudah tentu mengimpikan untuk bekeluarga dan memperoleh cahaya mata. Dengan adanya cahaya mata akan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan memberikan kegembiraan kepada ibu dan bapa. Dengan adanya anak, hidup akan terasa lebih sempurna.

Di hari yang indah ini, aku ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada putera kesayanganku iaitu Asyraff Khalish. Ulangtahunnya yang pertama, begitu cepat rasanya masa berlalu, beliau kini sudah menginjak usia setahun. Syukur! Mudah-mudahan beliau membesar dengan sempurna dan penuh kasih sayang dari kami sekeluarga. Aku harapkan agar beliau menjadi anak soleh yang menghormati setiap insan yang hidup di dunia ini. Abah tiada harta untuk diberikan, Cuma yang ada tulang empat kerat untuk mencari rezeki dan memberikan kasih sayang kepada kamu. Semoga Asyraff Khalish sentiasa sihat dan gembira dalam menempuh hari-hari zaman kecilnya. 8)

Selamat hari lahir anakku
Abah bersyukur selama ini darah yang mengalir itu
Tersematnya kasih sayang dan cinta antara abah dan mama
Dan kau adalah rahmat terindah yang pernah abah miliki
Tidak mampu untuk abah ucapkan betapa gembiranya abah dan mama
Memperolehi cahaya mata seorang insan kecil yang comel
Kau yang kami namakan Asyraff Khalish
Bermaksud ‘Yang mulia, ikhlas, suci, murni”
Permata hati kami berdua

Selamat hari lahir anakku
Abah berjanji pada kamu dan mama
Akan menjadi abah yang lebih baik untukmu
Akan menjadi suami yang lebih baik untuk mama kamu
Akan menjadi insan yang lebih baik
Dalam urusan dunia dan urusan akhiratku

Selamat hari lahir anakku
Aku abahmu yang satu
Semoga hari yang mendatang
Dapat kau tempuhi dengan penuh kebahagiaan dan keharmonian
Dan abah akan mempersiapkanmu
Untuk menghadapi dunia yang penuh pancaroba
Yang boleh meranapkan segenap ruang keyakinanmu
Andai kau tidak punya cukup bekalan
Buat perisai perjuanganmu dalam dunia ini

Anakku Asyraff
Kau yang comel mula melangkah bijak
Abah ucapkkan selamat hari lahir padamu
Tanda ikatan cinta abah dan mama
Semoga kau berbahagia hendaknya

Adaptasi dari: Nukilan2u.my

Categories: WoRD LiFe

Monster Energy dan salib

November 12, 2010 3 comments

Monster Energy. Itulah antara fenoma baru dalam dunia permotoran.

Untuk pengetahuan semua, Monster Energy ni merupakan satu produk minuman tenaga yang dikeluarkan oleh Hansen Natural Corporation pada tahun 2002. Produk ini dikeluarkan di Amerika Syarikat yang mana ianya banyak menaja pelbagai jenis aktiviti sukan, ahli sukan dan juga artis-artis muzik barat.

Monster Energy juga agak berpengaruh dalam dunia permotoran dimana dalam dunia perlumbaan motosikal, Monster Energy menjadi popular dengan menaja beberapa nama besar dalam dunia perlumbaan MotoGP seperti Valentino Rossi, Colin Edwards dan Ben Spies. Fenomena Monster Energy ini juga sudah merebak di Malaysia dengan pelbagai produk diperkenalkan seperti topi, helmet, baju, sarung lengan dan pelbagai lagi produk yang memaparkan logo ini.

Apa yang menjadi isu sekarang ialah tulisan Monster Energy tersebut dikatakan mempunyai tanda salib yang tersembunyi. Jika diteliti secara terperinci pada huruf ‘O’ di tulisan tersebut, jelas ianya merupakan lambang salib yang disambung hingga membentuk huruf ‘O’. Mungkin ini salah satu taktik barat bagi menyesatkan akidah umat Islam.

Selain itu, aku juga mendapat satu info daripada satu laman blog. Menurut penulis blog berkenaan huruf ‘M’ yang semacam kesan cakaran itu adalah gabungan dari huruf ‘V’ dalam bahasa Hebrew. Yang seakan nombor ‘7’ tu. Dan huruf ‘V’ tu adalah huruf ke-6 dalam susunan huruf Hebrew. Jadi ia sengaja disusun 3 kali membentuk huruf ‘M’. 666 mesej satanic.

Dan di Malaysia kalau kita lihat, semakin ramai anak muda yang semakin menggilai Monster Energy ini. Tidak kira la samada sticker, helmet, topi, motosikal dan sebagainya pasti akan diletakkan dengan logo dan tulisan Monster Energy ini. Kononnya trend terkini. Jadi sekiranya anda salah seorang dari mereka yang memuja dan menggemari Monster Energy ini, berhati-hati. Aku nasihatkan agar kita sama-sama remove benda-benda sebegini.

Mudah-mudahan kita dapat mengambil pengajaran dan tidak terpesong dengan dakyah barat yang menyesatkan akidah kita.

Wallahualam….

Categories: WoRD LiFe

Proton Inspira

November 11, 2010 4 comments

Assalamualaikum.

Semalam Proton telah melancarkan satu model baru. Walaupun produk baru Proton ini hanya model yg diambil dari jenama Mitsubishi, tetapi bagi pasaran Malaysia ia disifatkan sebagai model baru.Hasil kerjasama antara Proton dan Mitsubishi Motor Corp., maka terhasillah model ini yang dinamakan dengan INSPIRA.

Pertama kali melihat model ini, sudah semestinya kita akan berkata ianya sama seperti Mitsubishi Lancer ataupon lebih femes ngan nama Evo X (Evo 10). Memang betul, segala-sagalanya diambil dari aspek teknikal kereta Mitsubishi tersebut, tetapi diberi nafas baru di beberapa parts yang mana dicorak mengikut citarasa Proton. Manakala suspensi dan aspek teknikal pemanduan Inspira ini pula diperbaiki dengan mendapat sentuhan dari Lotus Engineering.

Proton Inspira ini dikeluarkan dengan 2 jenis variasi enjin iaitu 1.8 litre dan 2.0 litre, dan merupakan antara model yang berkuasa dalam banyak-banyak model kete keluaran Proton. Inspira ini boleh didapati dalam 4 jenis warna, iaitu Plum Red, Solid White, Genetic Silver dan Tranquility Black. Harga yang ditawarkan pula seperti berikut.

Harga di Semenanjung Malaysia
- Proton Inspira 1.8 M/T – RM78,999
- Proton Inspira 1.8 CVT – RM84,999
- Proton Inspira 2.0 CVT – RM91,999

Jadi sesiapa yang berkenan cepatlah pi sambar kete ni. Bagi aku memang berbaloi tang harga dengan kapasiti enjin yang ditawarkan. Cuma terpulang pada citarasa dan kemampuan masing-masing.

Tepuk dada tanya poket!!!

Categories: WoRD LiFe

Rossi + Ducati

November 10, 2010 Leave a comment

Assalamualaikum.

Hari yang menarik. Semalam merupakan kali pertama juara 9 kali perlumbaan MotoGP dunia iaitu Valentino Rossi membuat penampilan pertama bersama jentera dan pasukan barunya iaitu Ducati untuk persediaan perlumbaan musim baru 2011. Walaupun hanya sekadar menguji jenis enjin Ducati ini, ianya tetap menjadi tumpuan ramai.

Test-ride yang dijalankan di Litar Valencia, Sepanyol itu bagaimanapun hanyalah persediaan awal untuk beliau memilih jenis enjin baru bagi jenteranya samada jenis ‘big bang’ ataupon ‘screamer’. Rossi hanya mencatatkan masa ke-10 terpantas dalam ujian masa hari pertama. Ducati merupakan antara motor yang paling bertenaga dalam kelas MotoGP dan ramai peminat yakin jentera tersebut akan lebih bertenaga apabila mendapat sentuhan Rossi nanti.

Jadi untuk musim 2011 dijangkakan persaingan akan bertambah sengit dengan kehadiran beberapa muka baru dan pelumba-pelumba sedia ada yang sudah semestinya power.

Marilah kita sama-sama nantikan. =)

Categories: WoRD LiFe

Awak siapa??

November 10, 2010 Leave a comment

Rosman diterima bekerja sebagai pelatih di sebuah syarikat multimedia. Selepas melaporkan diri pada hari pertama dia masuk ke biliknya, angkat gagang telefon dan terus mendail….

“Tolong buatkan saya kopi cepat!” katanya menengking.

“Maaf, awak salah sambungan. Awak tahu dgn siapa awak bercakap ni?” kata suara di hujung talian.

“Tidak” jawab Rosman.

“Saya pengarah urusan syarikat ini, awak tahu?” balas suara itu.

Rosman terkejut. Barulah dia sedar dia tersalah dail. Hajatnya mahu menghubungi kantin.

“Encik tahu dengan siapa encik bercakap ni?” tanya Rosman.

“Tak, awak siapa?” balas pengarah urusan itu.

“Kalau tak tahu bagus…..” kata Rosman terus meletakkan gagang telefon.

Categories: WoRD LiFe

Konvoi walimatulurus Ichi

November 8, 2010 4 comments

Assalamualaikum.

Semalam 07/11/2010, ahli forum GT128riders telah menganjurkan satu konvoi bagi memeriahkan majlis walimatulurus salah seorang ahlinya yang berlangsung nun di Jalan Kebun Shah Alam.

Konvoi suka-suka riang ria ini dianjurkan oleh beberapa menteri besar forum dan dimeriahkan dengan kehadiran En.Amir, iaitu pengurus pemasaran Modenas yang memang kool. Apa yang menarik, encik pengantin iaitu saudara Ichi Da Great memilih untuk berarak ke pelamin beliau dengan menaiki motosikal dan diiringi oleh lebih kurang 30 orang ahli forum GT128riders yang menyertai konvoi ini termasuklah aku. =)

Acara ini memang meriah kerana pelbagai gelagat dapat disaksikan sewaktu konvoi berlangsung. Bermula dengan kehadiran group dari KL yang tiba awal dari masa yang dijangka, ahli konvoi terpaksa melepakkan diri di kedai berhampiran kerana majlis berarak pengantin dijangka bermula pada pukul 1.45 petang. Jadi kami terpaksa menghabiskan masa selama 2 jam itu dengan berbual kosong, usik mengusik, spam-menyepam, gambo-bergambo dan ada diantaranya terpaksa bermain dengan kucing peliharaan tuan punya kedai kerana sudah terlalu bosan. Terima kaseh diucapkan buat En.Amir kerana dengan sukarelanya membelanja kami yang kehausan kasih-sayang anak tekak. Huhu.

Tiba jam 2.00 petang, barulah acara berarak pengantin bermula. Memang seronok bila semua mata memandang ke ahli konvoi yang mengiringi pengantin lebih-lebih lagi kalo ada cikaro yang usya. Yang dah kawen kena senyap-senyap je la. Haha. Kemudian bersambunglah acara kegemaran ramai, iaitu melantak nasik minyak 100km/j tegak dan bergambar ngan pengantin. Setelah tamat majlis, ahli konvoi melepakkan diri pulak di Workshop Yuzy Pachi, iaitu bekas pelumba motor Negara yang bertempat di Taman Putra Perdana Puchong. Dulu masa bujang aku dok kat sini la.

Habis acara usya mengusya barang-barang motor, spam-menyepam dan sembang2 motor, semua ahli forum berlepas pulang ke sarang masing-masing. Aktiviti yang cukup seronok dan yang paling penting mengeratkan ukhwah antara ahli forum.

Next event aku join lagi. Insyaallah.

Categories: WoRD LiFe

Jersi baru team bola sepak Malaysia

November 4, 2010 6 comments

Credit: sportsmalaysia.net

Assalamualaikum.

Nike Malaysia melancarkan jersi baru pasukan bolasepak Kebangsaan Malaysia semalam. Jersi baru ini direka bagi menggantikan jersi belang hitam-kuning yang digunakan pasukan Malaysia dulu. Jersi ini akan mula digunakan pada kejohanan AFF Suzuki Cup 2010 di Jakarta pada bulan Disember 2010 dan kejohanan-kejohanan seterusnya bagi musim 2011.

Diharapkan dengan adanya jersi baru ini akan menaikkan semangat anak Malaysia untuk berjuang mengharumkan nama negara dalam sukan bolasepak. Jangan hanya pakai jersi baru, tapi semangat tetap macam player semi-pro sudah. Hopefully Malaysia berjaya.

Sapa-sapa yang nak beli jersi ni boleh dapatkan yang original di kedai peralatan sukan Al-Iksan dengan harga RM199 sehelai. Kalau nak murah kena tunggu la edisi pasar malam punya. Hahahaha.

P/S: Jersi lama lagi cantik aku rasa.

Categories: WoRD LiFe

Kalau berpacaran…

November 2, 2010 4 comments

Sohaimi Mior Hassan
Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Korus
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang
Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

Ana Raffali
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya
Ulang korus

Altimet
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah
Ulang korus 2x

Lagu yang enak untuk didengari. Alunan vocal kombinasi 3 orang artis yang cukup berbeza bunyi tone suaranya. Suhaimi Mior Hassan membawa irama zaman oldskool, Anna Raffali ngan vocal merdunya serta Altimet yang sudah semesti dengan rapping mantap beliau.

Jadi pertama kali aku dengar lagu ni memang cukup tertarik. Mula-mula rasa cam dengar lagu 60’an, tapi bila masuk tang rapping dari Altimet terus rasa syok dengar lagu ni. Kolaborasi yang agak pelik tetapi hasilnya ialah sebuah lagu yang mantap dan sedap untuk di layan.

Cayalah!! Layann download

Categories: WoRD LiFe
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.