Archive

Archive for February, 2011

Bongkah Cubic

February 28, 2011 6 comments

Cara mudah nak selesaikan permainan bongkah cubic.

Categories: WoRD LiFe

Apa itu NCD?

February 24, 2011 19 comments

Assalamualaikum.

Harini aku nak bercerita topic NCD. Rasanya ok gak topic ni dibukan sebab ada sebahagian daripada kita yang tidak begitu faham pasal perkara ni. NCD (No Claim Discount) bermaksud diskaun/bonus yang diberikan oleh pihak insurans/takaful kepada pemilik polisi kenderaan kerana tiadanya tuntutan pada tahun tersebut. NCD (Non Claim Discount) juga satu masa dahulu digelar sebagai NCB (Non Claim Bonus). Kedua-duanya adalah sama.

Biasanya tuntutan yang dibuat adalah kerana pemandu mengalami kemalangan jalanraya dan membuat tuntutan daripada syarikat Insurans. Tapi sekiranya tahun yang berikutnya tiada tuntutan, maka kadar NCD akan menjadi semakin besar.

Berikut adalah kadar NCD sekiranya tiada berlaku tuntutan: –

Tahun pertama 0%
Tahun ke-dua 25%
Tahun ke-tiga 30%
Tahun ke-empat 38.33%
Tahun Ke-lima 45%
Tahun ke-enam dan seterusnya 55% (maksima)

Sebagai contoh, anda telah mempunyai NCD sebanyak 55% dan pada tahun itu anda ada membuat tuntutan, maka NCD anda pada tahun hadapan akan jatuh menjadi kosong (0%). Manakala pada tahun yang berikutnya akan meningkat menjadi 25% dan seterusnya sekiranya tiada berlaku tuntutan.

NCD di atas adalah untuk kenderaan persendirian. Untuk motosikal dan kenderaan perdagangan, kadar NCD pula seperti berikut:

Tahun pertama 0%
Tahun kedua 15%
Tahun ketiga dan seterusnya 25% (maksima)

Beberapa isu berkenaan dengan NCD:

1. Status NCD

Sekiranya anda mempunyai NCD sebanyak 55%, dan pada tahun tersebut anda telah menjual kereta anda dan tidak menggunakan NCD tersebut kepada mana-mana kereta anda yang lain. Soalan yang biasa ditanya ialah apa akan jadi dengan NCD kereta saya, jika saya tidak menggunakannya selama 1 th, 2th…seterusnya?

Jawapannya: NCD kereta anda itu akan berkurangan dari satu tahap ke satu tahap sehingga menjadi kosong. Misalnya; jika anda tidak menggunakanya untuk setahun, maka NCD akan menjadi 45%, jika tidak menggunakan selama 2 tahun, ianya akan turun menjadi 38.33%…begitulah seterusnya sehingga tahun ke-lima dimana NCD menjadi 0%

2. Pindahan NCD

Pindahan syarikat insuran/takaful

Sebenarnya NCD kereta anda boleh dipindahkan daripada satu syarikat ke syarikat yang lain tanpa kurang. Misalnya, pada tahun ini anda mengambil insurans kereta dengan syarikat A dan NCD anda adalah 25%. Sekiranya pada tahun hadapan, anda telah bertukar syarikay insurans/takaful kepada syarikat B, maka NCD anda tadi boleh dipindahkan daripada syarikat A kepada syarikat B.

Pindahan ke kenderaan lain

Satu jenis pindahan lagi ialah pindahan daripada satu kereta kepada kereta yang lain tetapi syaratnya adalah bahawa pemilik kereta adalah sama. Misalnya anda mempunyai kereta kancil (NCD 55%). selepas itu, anda membeli sebuah lagi kereta BMW baru (NCD 0%).

Maka untuk menjimatkan kos insurans/takaful kereta BMW anda itu, anda boleh memindahkan NCD daripada kereta kancil tadi kepada kereta BMW anda. Banyak wang yang anda dapat jimatkan!

Sharing is caring!!

Categories: WoRD LiFe

Kalimah Allah dalam kopi Radix

February 22, 2011 7 comments

SUBHANALLAH… Pada 6 Julai 2009 anak kepada sahabat HPA Zabidah Bt Man (Salak Tinggi) iaitu bendahari komuniti Nilai telah menemui objek kalimah Allah di dalam kopi Radix HPA.

Pada jam lebih kurang 6.20 pagi anak perempuan Pn. Zabidah iaitu Nurul Atiqah Habidin (17 tahun) telah membancuh kopi Radix untuk sarapan adik beliau (Mohd. Afiq Hafizuddin Habidin-11 tahun) yang dikatakan kurang menggemari kopi radix. Selepas itu, Nurul terus menaiki bas untuk ke sekolah lebih kurang jam 6.30 pagi.

Manakala Mohd. Afiq yang diminta oleh ibunya minum kopi radix tersebut, tiba-tiba memanggil ibunya kerana melihat objek kalimah Allah (6.50 pagi) pada buih kopi Radix. Lantas Pn. Zabidah bergegas dan terkejut terus memanggil suaminya (Habidin Mat) dan mereka sempat merakamkan gambar seperti yang kita lihat di atas.

Pn. Zabidah, selalu berpesan kepada anak-anaknya supaya membancuh kopi radix dengan kaedah mengacau kopi radix arah lawan jam dan membaca selawat syifa’. Beliau sehingga menitiskan airmata dengan kejadian yang berlaku dan dikatakan barulah Mohd. Afiq menggemari kopi Radix.

Subhanallah, inilah yang dikatakan keberkatan bulan Rejab dan secara kebetulan mereka sekeluarga berpuasa sunat Rejab kecuali Mohd. Afiq.

P/S: Entri ini aku tujukan khas buat saudaraku Nandre The Legend selaku peminum tegar kopi Radix. Alhamdullilah.

Sumber: Buaya merah blogspot

Categories: WoRD LiFe

Azizulhasni si hati kering

February 21, 2011 Leave a comment

KORAT, Thailand – Semangat juang yang tinggi menjadi azimat buat jagoan negara, Mohd. Azizulhasni Awang untuk menamatkan saingan final acara keirin pada Kejohanan Trek Berbasikal Siri Piala Dunia di Velodrom Manchester, London awal pagi semalam.

Sekalipun betis kirinya tertusuk serpihan kayu velodrom selepas dia terjatuh akibat pelanggaran dengan empat lagi pelumba, Azizulhasni masih mampu bangkit dan kembali meneruskan perlumbaan yang menyaksikannya meraih pingat gangsa.

Ketika insiden malang itu berlaku, Azizulhasni terjatuh bersama empat lagi pelumba yang lain iaitu Jason Niblett dari Australia, Kamil Kuczynski (Poland), Edward Dawkins (New Zealand) dan Juan Peralta Gascon (Sepanyol) ketika mereka bersaing di selekoh terakhir.

Ternyata semangat kental yang ditunjukkan pelumba berusia 23 tahun ini telah memukau penonton yang hadir bagi menyaksikan acara yang cukup dinanti-nantikan itu yang dimenangi pelumba sensasi Britain, Chris Hoy.
Selepas insiden tersebut, Azizulhasni terus dikejarkan ke Hospital Manchester Royal

Infirmary untuk mendapatkan rawatan dan difahamkan, dia akan menjalani pembedahan kecil bagi mengeluarkan serpihan kayu kira-kira sepanjang 20 sentimeter itu.

Azizulhasni yang lebih dikenali dengan gelaran The Pocketrocketman, kini merupakan pelumba No. 1 dalam acara keirin dan sedang memburu tiket untuk beraksi pada temasya Sukan Olimpik 2012 di London. Pada temasya Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China, Azizulhasni berjaya meraih pingat emas dalam acara keirin.

“Saya juga tidak tahu Azizulhasni terkena serpihan kayu itu sehinggalah dia menamatkan perlumbaan. Perkara ini cukup mengejutkan seluruh pegawai dan pelumba-pelumba Malaysia,” kata ketua jurulatih, John Beasley.

P/S: Try tengok video youtube eksiden ni. Dengan selamber je dia bangun dan kayuh semula untuk tamatkan perlumbaan. Memang hati kering betul mamat ni. Kambate!!

Categories: WoRD LiFe

Bahaya Nescafe 3 in 1

February 18, 2011 13 comments

Zaman skarang ni banyak penyakit yang datangnya dari pemakanan. Ada satu kes yang berlaku dimana ianya diceritakan oleh seorang pensyarah, begini ceritanya:

Beberapa hari lepas saya dikunjungi olehh seorang pelajar lelaki tahun akhir. Sudah beberapa bulan pelajar ini tidak bertemu dengan saya. Pelajar ini mengemukakan beberapa masalah kumpulannya untuk diselesaikan oleh saya sebagai seorang penasihat akademiknya. Alhamdulillah masalah dapat diselesaikan.

Selepas hajat terlaksana, pelajar ini yang saya namakan sebagai Ahmad menukar topik kepada topik kesihatan dirinya. Beliau mengadukan masalah dirinya. Beliau dapat merasakan kemerosotan tahap kesihatan dirinya. Berikut adalah antara tanda-tanda yang dapat dikenalpasati:

Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca tiba-tiba jantung / dada berdebar dengan laju.

1. Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh
2. Beliau juga kerap merasakan kesakitan pada dadanya.
3. Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun mencungap.
4. Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa.
5. Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak jarang namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga satu kali serangan dalam setiap 2/3 hari.
6. Tapak tangannya semakin basah.

Berdasarkan simptom yang saya perolehi saya terus menyoal tabiat pemakanannya. Selepas mendapat data yang dikehendaki saya pun memberikan penjelasan “Ahmad, engkau ni walau pun usia masih muda, jantung engkau sudah bermasalah. Punca masalah engkau ini adalah kerana engkau kerap meminum Nescafe 3 in one. Nescafe adalah tidak baik dan merosak buah pinggang mana kala krimer yang terdapat di dalam campuran ini sangat merosak jantung. Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari kelapa sawit (non dairy creamer)”.

Selanjutnya saya menasihati Ahmad untuk melakukan perkara berikut untuk merawat jantungnya:

a) Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy creamer).
b) Elakkan dari mengambil coffeemate kerana ia adalah non dairy creamer.
c) Elakkan makan aiskrim kerana mengandungi krimmer yang tinggi.
d) Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu.
e) Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine.
f) Elakkan memakan burger, nugget, kentang goreng, potato chip dan segala yang sewaktu dengannya.
g) Elakkan mandi selepas makan.
h) Amalkan amalan: Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit, selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari.
i) Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatussauda.
j) Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya.
k) Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.

Kepada yang mulai menghadapi masalah dengan jantungnya atau yang sudah lama bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan amalan di atas.

Sekian, wallahualam.

EXTRA INFO:

Dear Friends,

I’m strongly agreed on these issues because it happens to one of my friend in HSS Integrated Consultant. Beliau sekarang menjalani rawatan dialysis setiap 3 hari. Now its been already 9 years he is suffering with this kidney problem. The doctor yang check dia kata, the main cause is:
1. Breakfast with Nescafe
2. 10am break with Nescafe
3. Lunch with Nescafe ais
4. Minum petang also with Nescafe.
5. Malam supper pun pekena Nescafe.

So, hope for best for those who still love Nescafe.

Categories: WoRD LiFe

Zam Motor

February 17, 2011 11 comments

Assalamualaikum.

Melalui forum Malaysian Bikers Community (MBC), aku terjumpa satu topic yang menarik. Ianya berkenaan dengan pembukaan sebuah kedai motorsikal di Seksyen 23, Shah Alam yang baru sahaja beroperasi dalam 3 bulan dan dimiliki seorang pemuda Melayu berusia awal 30-an.

Bengkel ini bernama Zam Motor dan merupakan bengkel Melayu sepenuhnya yang beroperasi di sekitar Shah Alam. Jadi aku ingin menyeru semua warga pengguna motosikal untuk menjadi pelanggan dan menyokong perniagaan orang Melayu kita kerana sebelum ini kita pernah menyokong perniagaan kaum Cina dan terbukti mereka sudah pun berjaya. Kini bila ada peluang yang dibuka oleh orang kita, tak salah untuk kita sama-sama menyokong. Bukan bersifat racist, tetapi dek kerana mereka saudara se-Islam kita. Lagipun di Shah Alam, cuma ada 2 atau 3 bengkel sahaja yang diusahakan oleh orang Malayu termasuk bengkel ini.

Aku pun dah baiki motor kat situ semalam dan apa yang aku dapat rumuskan mekanik ni memang bagus. Selain peramah, kerja-kerja dia memang teliti, cermat dan baik. Siap kasi nasihat-nasihat berguna mengenai penjagaan enjin lagi. So far aku berpuas hati dengan layanan yang diberikan. Dia tukar lining brake blakang pun siap basuh dan cuci hub gantang brek tu dulu. Harga pun berpatutan. Memang terbeekkk!!

Sedikit maklumat mengenai perniagaan Zam Motor ni:

1. Servis dan repair motor bawah 250cc. Kalau repair SBK kena tanya tuan kedai dulu boleh buat ke tak.
2. Jual beli motor terpakai (bukan perniagaan utama)
3. Alat ganti spare part yang ‘common’ untuk model2 motor popular
4. Sembur cat (guna compressor)
5. Welding part-part besi.

Hari berniaga untuk bengkel ini ialah setiap hari termasuk Ahad. Tapi untuk hari jumaat, lepas solat Jumaat baru dia bukak bengkel. Waktu operasi pulak bermula dari jam 9 pagi sampai 9 malam. Brader tu cakap “Pukul habiss”. Jadi mari kita sama-sama menyokong perniagaan orang kita.

Alamat:
Zam Motor. No.96, Jalan pelabur A,
23A Seksyen 23,
40300 Shah Alam, Selangor.

Landmark: Pasaraya Carrefour baru di tepi highway LKSA, dekat Uptown seksyen 24. Ada deretan kedai 4 tingkat di situ, kedai ini di bahagian belakang bukan mengadap highway. Ataupun nak senang lagi bangunan belakang Seng Heng seksyen 23.

Layaannnnn….

Categories: WoRD LiFe

Main henpon

February 11, 2011 5 comments

Assalamualaikum.

Arini jom kita ramai-ramai main henpon nak tak? Aku jumpa info ni kat laman facebook, kalo korang boring2 meh la join main kira-kira. Mesti teruja punya!!

1- Masukkan 3 nombor pertama hp korang (tak termasuk 01x) ke skrin calculator
2- Darab 80
3- Tambah 1
4- Darab 250
5- Tambah 4 nombor terakhir hp korang (bukan jumlah ke empat empat)
6- Tambah 4 nombor terakhir hp korang(bukan jumlah ke empat empat) skali lagi
7- Tolak 250
8- akhir sekali, Bahagi 2

Haaa…. Kagum tak? Hahaha… Layaannnnn….

Categories: WoRD LiFe

Pekerja cemerlang

February 10, 2011 8 comments

Assamualaikum.

Tahniah!

Ucapan tahniah ni aku tujukan khas buat isteri kesayangan aku, Puan Yanty. Pasai apa yek? Ada baby baru ke? Oooooo bukan bukan… Sebenarnya aku nk ucapkan tahniah sebab beliau telah berjaya merangkul Anugerah Pelakon Wanita Popular, ooppss salah. Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan kat Selangor State Library tu. Tahniah.

Sebenarnya kalo aku yang jadik boss kat situ aku pasti akan pilih dia jadik pekerja cemerlang untuk setiap bulan sebab beliau ni memang seorang yang amat berdedikasi dalam kerja. Sangat rajin dan bekerja keras dalam menyiapkan kerja-kerja seharian beliau sehinggakan terbawa-bawa balik ke rumah. Kekadang aku pon kena ragging tolong buat keje dia tu, takpe la. Aku layaannnn je… Hampeh.

Ok la, tu je la entry pendek untuk harini. Layaannnnn….

Tahniah ayang!!

P/S: Entry ini akan dipublish ke laman facebook sket hari lagik. Hahaha..

Categories: WoRD LiFe

Entri tribute yg berhabuk

February 9, 2011 4 comments

Assalamualaikum.

Selamat tahun rayu Cina diucapkan kepada semua kenalan yang menyambut perayaan ini.

Minggu lepas banyak jugak perkara yang berlaku. Bersempena cuti CNY, pasti kesempatan itu diambil oleh rakyat Malaysia untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Aku pon sama, turut mengambil kesempatan menuju ke destinasi kampung halaman di Kuantan.

Apa yang meriahnya kat sana, hampir kesemua kaum keluarga juga pulang bercuti di kampung. Jadi meriah seketika rumah dengan sorak sorai dan kerenah cucu-cucu MJ Clan. Kesempatan bersama sanak saudara sebegini memang seronok, banyak perkara boleh dijadikan topic berbual, kutuk-mengutuk dan bergurau senda. Sempat gak la buat BBQ kecil-kecilan sampai muka pon rasa cam nak hangus kena bahang api.

Aku pulang ke kampung pada petang Khamis 3/1/11 yang mana selepas menghadiri majlis perkahwinan rakan baik aku semasa study di UiTM Kelantan dan Shah Alam dulu iaitu saudari Syuhairi. Memang member kamceng aku sejak dari dulu lagi nih, jangan main-main. Haha. Majlis berlangsung nun di dewan jamuan Masjid Wilayah Jalan Duta. Alhamdulillah akhirnya bergelar isteri juga ko wahai Puan Syue. Tahniah dan semoga kekal hingga ke anak cucu.

Dan selepas habis majlis aku terus vroom balik kampung dengan kelajuan 110km/j lurus. Hahaha. Luangkan 2 hari dikampung sambil lepak-lepak berkongsi cerita ngan mak dan abah. Sempat gak aku merempit ke sana sini ngan moto baru abah, Modenas CT100. Tak sangka aku minat beliau kat alam 2 roda ni memang mendalam. Umur dan masuk 74 tahun, tapi still minat pasal moto nih. Bagus la, Honda C70 abah tu pon dan berusia 28 tahun, patut2 la tukar moto baru. Memang hardcore beliau nih. Patut la kuahnya tumpah kena kat aku, giler motor. Huhuhu.

Pagi sabtu aku pon gerak pulang ke Shah Alam semula dek kerana takutkan jalan jem kalo balik ari Ahad. Tapi tu diaaa, ari Sabtu pun dah start jem. Layan je la. Janji selamat sampai sudah. Alhamdulillah.

Minggu ni juga menyingkap beberapa perkara yang menarik. Entry ni aku tujukan jua buat rakan lama yang sama-sama bekerja di PLF dulu iaitu saudari Suliana a.k.a Som Jer Jer. Beliau telah selamat melahirkan seorang babygurl yang comey. Tahniah Sulie, dah cukup sepasang.

Begitulah serba sedikit sorotan hidup aku dalam 2 minggu ni. Takde benda nak update, cerita simple-simple sudah. Layaannnnn…

Categories: WoRD LiFe

Motard Motard

February 8, 2011 4 comments

Assalamualaikum.

Mode giler motard!!

Fuhhhh…. Dah berabuk dah blog aku ni. Lama tak menulis. Hahaha. Adoyaiii kenapa la dalam 2,3 minggu ni aku angau. Angau kat motard. Motard tu menatang apa yek? Hahaha… Untuk pengetahuan semua, Motard tu adalah sejenis spesis motosikal ala-ala filem Gila-Gila Remaja iaitu motor scrambler tapi yang dah diconvert tayarnya untuk digunakan di jalanraya biasa.

Menurut kamus dewan Wikipedia pula iainya bermaksud: Supermoto @ Motard is a cross-over or evolution of motocross and road racing. The motorcycles used are frequently custom-created combinations of off-road motorcycles and road-racing wheels/tires, known as ‘supermotard’ bikes.

Sejak dua menjak ni aku rajin gak melayari internet membaca pasal dunia permotoran. Tetiba hatiku jatuh (bleh ke ayat camni) cinta terhadap motor jenis motard nih. Serius aku cakap, kalo ada rezeki mesti aku akan angkat sebijik. Maybe target aku dalam setahun dua lagi jika ada rezeki.

Buat masa ni aku tertarik, menarik, kau memang da boom ngan 2 biji moto scrambler kat Malaysia ni. Kawasaki KLX 150 ngan Demak DTM 150. Dua2 ada kelebihan masing, cuma yang membezakannya ialah pulus-pulus yang agak ketara. Tengok la camne, kalo ada rezeki Isyaallah akan bermula la pulak dunia ber-mortad aku. Vroooommmm!!!

Layaannnnn….

Categories: WoRD LiFe
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.