Archive

Archive for March, 2011

How to improve your life

March 31, 2011 2 comments

Hi there, here are few tips and point on how to improve your life.

Personality:
1. Don’t compare your life to others’. You have no idea what their journey is all about.
2. Don’t have negative thoughts of things you cannot control. Instead invest your energy in the positive present moment
3. Don’t over do; keep your limits
4. Don’t take yourself so seriously; no one else does
5. Don’t waste your precious energy on gossip
6. Dream more while you are awake
7. Envy is a waste of time. You already have all you need..
8. Forget issues of the past. Don’t remind your partner of his/her mistakes of the past. That will ruin your present happiness.
9. Life is too short to waste time hating anyone. Don’t hate others.
10. Make peace with your past so it won’t spoil the present
11. No one is in charge of your happiness except you
12. Realize that life is a school and you are here to learn. Problems are simply part of the curriculum that appear and fade away like algebra class but the lessons you learn will last a lifetime.
13. Smile and laugh more
14. You don’t have to win every argument. Agree to disagree.

Community:
15. Call your family often
16. Each day give something good to others
17. Forgive everyone for everything
18. Spend time with people over the age of 70 & under the age of 6
19. Try to make at least three people smile each day
20. What other people think of you is none of your business
21. Your job will not take care of you when you are sick. Your family and friends will. Stay in touch.

Life:
22. Put GOD first in anything and everything that you think, say and do.
23. GOD heals everything
24. Do the right things
25. However good or bad a situation is, it will change
26. No matter how you feel, get up, dress up and show up
27. The best is yet to come
28. Get rid of anything that isn’t useful, beautiful or joyful
29. When you awake alive in the morning, thank GOD for it
30. If you know GOD you will always be happy. So, be happy.

While you practice all of the above, share this knowledge with the people you love, people you school with, people you play with, people you work with and people you live with. Not only will it enrich YOUR life, but also that of those around you.

Sharing is caring!!

Categories: WoRD LiFe

Pelanduk 7 serupa

March 30, 2011 21 comments

Adoiiii… Rasa malas nak menulis, dah lama betul tak update blog. Bukan kerana sibuk, tapi dek kerana penyakit MALAS yang bersarang dalam kepala, badan, tangan, dan kawasan yang sewaktu dengannya.

Bila tengok blog geng-geng lain semakin aktif, tubik semula la keinginan nak mem-blog. Cuit sana, godek sini cari informasi. Haraammm takde benda nak cerita. Nak cerita pasal politik kang lain jadinya. Cerita pasal video se*s kang maunya kena ISA aku ni. Em, blasah je la topic apa-apa pon janji hidup blog ni.

Ok, arini cerita pasal pelanduk 7 serupa. Kenapa 7 serupa? Emm… setahu aku la, dalam dunia ni ada 7 manusia yg muka seakan-akan sama ngan kita. Ntah betul ataupon tidak, aku tak tahu. Aku dengo pon dari orang-orang tua, blasah je la labu.

Masa aku study dulu abang senior dok raging kami. Aku pon terkona skali. Diaorang dok cakap muka aku sama macam Hasnol. Sapa tu? Majistret? Lawyer? Pekerja loji kumbahan? Oh no no no, Hasnol tu ialah seorang penyanyi era 80-an yang terkenal ngan muzik techno. Lagu femes dia ialah Laguku Untukmu. Kalo korang tak hingat, aku kasi sket chorus lagu dia yang paling femes nih:

Kembalilah kasih kepada diriku
Hidupku sepi tanpa kehadiranmu
Dengar rayuanku jeritan batinku
Masih dahagakan kemesraanmu
Hanya kau yang ku cinta tiada kedua
Usah biar ku menderita

Jadi aku google la sket nak tengok muka dia camne. Google punya goole, aku dapat la keputusannya. Hasnol sekarang dah agak berumur, jadi korang bandingkan la tahap ‘kesamaan’ wajah aku ni. Ntah iye ntah idak. Korang komen je la kat kotak komen tu. Hahaha.

Chow!!

Categories: WoRD LiFe

Blog berhabuk

March 29, 2011 4 comments

Blog berhabuk weiiii….

Malas giler nak menulis sekarang nih…. huhu

Categories: WoRD LiFe

Yamaha 135LC versi 2011

March 19, 2011 2 comments

Assalamualaikum.

Semalam, 18 Mac 2011 bertempat di Putrajaya, Yamaha Malaysia telah selamat melancarkan model Yamaha 135LC versi tahun 2011. Setelah hampir 5 tahun bertakhta di jalan-jalan raya seluruh Malaysia, model 2011 datang menggantikan model yang sedia ada dengan pelbagai pembaharuan.

Khabar angin yang menyatakan 135LC ini akan datang dengan pakej sistem 6 kelajuan tidak menjadi kenyataan walaupun di negara jiran kita ianya diperkenalkan dengan sistem tersebut. Mungkin ini adalah strategi pihak Yamaha yang mana mungkin model ini akan diperkenalkan sikit masa lagi sebagai pakej facelift bagi melariskan jualan model ini. Siapa tahu?

Walaubagaimanapun ianya merupakan satu langkah baik untuk menyerikan lagi industri motosikal di Malaysia. Oh, lupa pulak. Harga baru Yamaha 135LC ni ialah RM6,118 untuk model auto dan RM6,668 untuk versi klac manual.

Technical Specification
Engine Type: Liquid-cooled, 4-Stroke, SOHC, 4-Valve
Cylinders: Single Cylinder
Displacement: 134cm3
Bore x Stroke: 54.0 x 58.7mm
Compression Ratio: 10.9 : 1
Maximum Horsepower: 8.93kW (8,500rpm)
Maximum Torque: 11.79N.m (5,500rpm)
Starting System: Electric and Kick
Lubrication System: Wet Sump
Engine Oil Capacity: 0.9 Liters
Fuel Tank Capacity: 4.0 Liters
Carburetor: BS25 x 1
Ignition System: DC – CDI
Headlight: 12V, 32W/32W
Transmission: Type Rotary Type 4-Speed
Primary Reduction Ratio: 2.875
Secondary Reduction Ratio: 2.600
Gear Ratios:
1st: 2.833
2nd: 1.875
3rd: 1.353
4th: 1.045
Clutch Type: Automatic Centrifugal / Constant Mesh, Wet Multi-Plate
Chassis: Frame Type Diamond
Overall Length: 1,960mm
Overall Width: 695mm
Overall Height: 1,080mm
Seat Height: 775mm
Min. Ground Clearance: 130mm
Dry Weight: 105kg
Suspensions:
Front Telescopic
Rear Monocross
Brakes: Front and Rear Hydraulic Single Disc and Drum
Tires:
Front: 70/90 – 17
Rear: 80/90 – 17



Credit foto: Motomalaya.net

Categories: WoRD LiFe

Wajahku menghiasi majalah Mingguan Wanita

March 18, 2011 28 comments

Assalamualaikum.

Perghhh… Bapak la poyonya title diatas. Kah kah kah…

Nak dijadikan cerita aku telah ditemuramah via phone oleh seorang wartawan Majalah Mingguan Wanita. Topik yang dia berikan ialah “Lelaki kurang berminat kerja amal berbanding wanita” bagi edisi 16-24 Mac 2011.

Aku pon apa lagi, goreng kaw-kaw la time dia interview tu. Maklum la, bukan selalu dapat masuk kolum dalam majalah. Last sekali muka aku masuk dalam kolum majalah ada la 12 tahun lepas. Tu pon majalah sekolah sebab aku ketua editor sidang redaksi. Hahahahhaha.

Ni serba sedikit ulasan yang aku berikan untuk topik berkenaan:

Mohd Aminuddin Mat Jidin, 27 tahun, mengakui terdapat dua aspek dalam kerja amal, pertama kerja amal yang jelas dan kedua tidak jelas.

“Maksud tidak jelas di sini ialah bila kita memberi wang kepada individu atau pertubuhan, namun kita tidak memberitahu kepada umum. Ia boleh dikira sebagai sedekah peribadi. Namun bagi acara yang jelas, ia adalah aktiviti seperti gotong royong, membaiki rumah, membantu anak-anak yatim dan sebagainya”

“Saya akui wanita memang lebih aktif tetapi saya sendiri melibatkan diri dalam kerja amal bila mengganggotai kelab motosikal Modenas GT128riders.com. Bulan lalu kami baru saja berkonvoi ke Kuantan bagi membantu orang miskin”.

“Biasanya kami memberikan sokongan moral buat mereka dan alhamdulillah, biarpun tidak seaktif mana tetapi kalu diminta memberi tenaga, tidak ada masalah bagi saya.” Katanya ketika dihubungi.

Walaupon ada beberapa parts yang wartawan ni tulis tak berapa tepat. Tapi aku kira boleh la, yang penting ada point. Jadi terima kasih kepada Kak Wartawan yang sudi interview aku aritu. Kira ni sejarah la dalam idup aku pasai dapat masuk majalah. Orang umah aku pon jeles.. Kah kah kah…

Layan je la otak ngah kena radiasi ni.

Categories: WoRD LiFe

Kepentingan Helmet

March 17, 2011 4 comments

Sebut tentang helmet, umum mengetahui ianya ada sebagai satu kewajipan bagi setiap penunggang motosikal yang mana ianya berfungsi sebagai alat keselamatan yang penting untuk melindungi kepala. Sekiranya berlaku kemalangan, helmet berfungsi untuk melindungi kepala daripada kecederaan.

Aku juga penunggang motosikal. Dan helmet merupakan peralatan wajib aku setiap kali menunggang. Selama lebih kurang 12 tahun aku menjadi penunggang motosikal, sudah pelbagai jenis helmet aku miliki. Kebanyakannya dibeli demi menjaga keselamatan dan selebihnya kerana ianay mempunyai design yang cantik.

Tapi tahukan anda selain menggunakan helmet untuk keselamatan, ada dikalangan kita yang mempunyai pemikiran sedikit kreatif dalam penggunaan helmet. Mari sama-sama kita kongsikan:

Kegunaan pertama:

Bagi makcik-makcik yang selalu pergi pasar, kalau tak ada bakul boleh la pinjam helmet anak-anak untuk menggantikan fungsi bakul. Letak ikan, ayam, dan sayur-sayuran dalam helmet tu.

Kegunaan kedua:

Musim perayaan mesti nak guna mangkuk yang besar-besar kan? So, guna la helmet untuk menghidang makanan seperti rendang, soto, nasi dagang, nasi minyak dan macam-macam lagi.

Kegunaan ketiga:

Bagi yang suka jalan-jalan ukur jalan, mesti lenguh kan asyik berjalan. Nak duduk tak ada tempat. So gunalah helmet sebagai kerusi mudah alih.

Kegunaan keempat:

Masa nak mandi gayung pulak pecah. Belasah la ambik helmet gantikan gayung.

Kegunaan kelima:

Istimewa buat anak-anak dan mak-mak dara, time goreng ayam ke…ikan ke.. tak nak bagi minyak tu kena muka pakai la helmet. Safety first!!

Banyak lagi kegunaan helmet ni sebenarnya, sila fikirkan dengan menggunakan kreativiti anda!!

P/S: Apa la ko mengarut ni setannn!!!!

Categories: WoRD LiFe

Pengharaman Botol Susu Polikarbonat

March 15, 2011 2 comments

Pengharaman Botol Susu Bayi Polikarbonat Bisphenol A Berkuat Kuasa 1 Mac 2012

PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan susu botol bayi polikarbonat yang mengandungi ‘Bisphenol A’ (BPA) berkuat kuasa 1 Mac 2012, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lalu sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak.

“Kementerian tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutamanya bayi dan kanak-kanak. Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan ‘bisphenol A’ ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar,” katanya.

Kerajaan memberi tempoh satu tahun untuk memastikan tindakan pengharaman itu dilaksanakan dengan lancar secara berperingkat, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di sini Isnin.
“Pihak industri diberi tempoh masa satu tahun untuk membuat persediaan bagi keperluan pertukaran atau pembelian mesin dan penggunaan bahan mentah yang sesuai”.

Tindakan pengharaman itu diambil dengan mengambil kira BPA didapati boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekaligus mengganggu sistem fungsi tubuh, katanya dan menurutnya bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi.

Liow berkata pengharaman itu juga adalah selaras dengan tindakan beberapa negara yang telahpun mengharamkan penjualan susu botol tersebut antaranya Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand, Amerika Syarikat dan terbaru oleh Kesatuan Eropah,

Menurutnya, sehingga 2010 sebanyak 159 sampel botol susu bayi telah dianalisis dan didapati 85 peratus dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 mg/kg hasil migrasi daripada botol berkenaan. Kajian Universiti Malaya juga menunjukkan kadar migrasi BPA meningkat sebanyak tujuh kali ganda pada suhu 80 celsius berbanding pada suhu bilik 25 celsius, katanya.

“Pemantauan secara berterusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati terdapat migrasi BPA daripada botol-botol susu bayi polikarbonat yang telah diuji,” katanya.

Beliau meminta pengguna mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada migrasi BPA berdasarkan panduan penggunaan botol susu bayi polikarbonat yang disarankan kementerian.

Liow menasihatkan pengguna supaya menukar botol susu bayi polikarbonat kepada alternatif yang terdapat di pasaran mengikut kemampuan masing-masing. Pengguna juga dinasihatkan meneliti kod identifikasi di bawah botol sama ada polikarbonat atau tidak sebelum membelinya.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03-88833652/8883365/88833655 atau melayari laman web moh.gov.my atau fsq.moh.gov.my

Categories: WoRD LiFe

Tsunami Jepun

March 14, 2011 6 comments

Assalamualaikum.

Salam takziah.

11 Mac 2011 yang lalu Jepun telah digegarkan oleh gempa bumi yang berukuran antara 8.8 ke 8.9 ritcher dan ini dilaporkan merupakan gempa bumi yang paling teruk dalam tempoh 140 tahun, terbesar dalam sejarah Jepun dan yang kelima paling teruk didunia. Becana gempa bumi dan seterusnya kejadian tsunami ini menyebabkan kira-kira 10,000 yang telah terbunuh dan dijangka terus meningkat manakala banyak harta benda telah musnah dalam bencana ini.

Bencana ini nampak gayanya masih berterusan dan kesannya pula dirasakan oleh negara-negara jiran. Dan apa yang kita boleh buat hanya berdoa semoga bencana ini tidak melanda negara kita.

Lagi gambar + Video: Tsunami Jepun

P/S: Bengong punya paper Berita Minggu buat ilustrasi persendakan tsunami Jepun. Macam lahanat.

Categories: WoRD LiFe

Pakai la glove

March 7, 2011 14 comments

Assalamualaikum. Ride motor? Wajib pakai helmet kan?

Lagi hensem pakai helmet then pakai jaket kulit plak. Bertambah-tambah gaya hensem. Tapi kalo sarung skali ngan glove, perghhh memang macho la beb, kalah hero remaja. Hahaha.

Tu dia sessi psycho diri bagi seorang rider tegar semacam aku. Bagi aku dah pakai jaket tebal, helmet, glove baru ada keyakinan nak ride motor pegi mana-mana. Sekurang-kurangnya safety tu ada la sket untuk mengelakkan daripada sebarang kemungkinan yang akan berlaku semasa menunggang motor.

Fungsi sarung tangan a.k.a glove itu sebenarnya sangat jelas, iaitu memberikan perlindungan pada bahagian jari, telapak tangan, dan bahagian atas pergelangan tangan dari berbagai kecederaan sekiranya jatuh dari motor. Perlu diingat bahawa seorang bikers dua roda ni adalah sangat terdedah terhadap segala bentuk kecelakaan. Hanya dengan sedikit hilang keseimbangan badan, riders boleh jatuh tersungkur mencium bumi.

Jadi pada kebiasaan pergerakan yang paling cepat dari manusia ialah berusaha untuk menahan posisi jatuh dengan refleks menggunakan telapak tangan. Sebagai contoh kalo anda sedang berjalan dan tersepak batu, apabila jatuh sudah semestinya tangan menjadi anggota pertama menahan diri daripada jatuh.

Jadi keadaannya sama jika menunggang motor, sarung tangan diperlukan oleh seorang biker bagi melindungan telapak tangan daripada terkoyak dan terluka jika jatuh di atas jalan tar yang kasar itu. Kalo dah telapak tangan koyak, macam-macam keje takleh nak buat bro. Nak makan susah, nak pegang bini susah, nak pulas throttle pun susah, nak basuh berak lagi la susah bang… Naya naya…

Jadi laburkan sedikit wang anda bagi membeli sarung tangan supaya dimasa depan anda tidak menderita menanggung kecederaan sekira berlakunya kemalangan. Dan adalah lebih afdal sekiranya sarung tangan ini disertakan sekali dengan pemakaian riding gear untuk keselamatan diri seperti jaket kulit, full-face helmet, pad tangan dan kaki adalah antara alatan penting bagi menjamin keselamatan diri anda.

Pandu cermat, iingatlah orang yang tersayang!!

Categories: WoRD LiFe

Maharaja Lawak

March 3, 2011 9 comments

Siapakan layak digelar MAHARAJA LAWAK???

SEBAIK sahaja program Raja Lawak musim kelima melabuhkan tirai, para peminat masih terus dapat menyaksikan adegan yang lebih mencuit hati. Kali ini, menerusi Astro Warna (saluran 132), sebuah program lawak baru diperkenalkan.Ia diberikan nama Maharaja Lawak bakal menggegarkan penonton dengan telatah lucu yang terdiri daripada peserta bekas juara dan finalis Raja Lawak.

Maharaja Lawak masih menggunakan konsep hampir serupa dengan lima musim Raja Lawak sebelum ini tetapi ia menghimpunkan barisan pelawak yang sudah mempunyai peminat tersendiri. Program ini bakal mendapat sambutan paling hangat dan ditunggu-tunggu kerana hanya bekas juara dan finalis Raja Lawak yang layak menyertainya.

Program yang bakal dikendalikan oleh bekas pengacara Akademi Fantasia, Dato AC Mizal itu merupakan sebuah lagi program pencarian pelawak terunggul di kalangan yang terhebat. Setiap peserta yang sudah berpengalaman dalam komedi akan berentap sekali lagi untuk berebut gelaran juara Maharaja Lawak dengan habuan wang tunai RM300,000, tempat kedua RM200,000 dan ketiga pula RM100,000. Program yang akan ditayangkan pada setiap hari Jumaat bermula 1 April ini akan menemui penonton pada pukul 10 malam terdiri daripada Yus & Tauke, Johan & Zizan, Nabil, XN3, Sepah, Jihan, Amir, Kecik & Idlan dan Alex.

Kelainan yang ditonjolkan oleh Maharaja Lawak ialah nasib para peserta bukan lagi ditentukan sepenuhnya berdasarkan pemarkahan seratus peratus undian penonton melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Sebaliknya, setiap peserta akan diadili oleh penonton sebanyak 50 peratus manakala selebihnya akan diadili oleh juri tetap. Seperti biasa peserta yang mendapat markah paling rendah bagi setiap minggu akan disingkirkan.

Dalam pada itu, program ini turut memberi kelonggaran kepada peserta sama ada secara berkumpulan atau solo seperti Jihan, Amir, Alex dan Nabil. Antara peserta yang telah membuat keputusan untuk bergabung ialah pasangan pelawak terkenal Johan & Zizan.

Jangan lupa saksikan Maharaja lawak pada hari Jumaat bermula 1 April jam 10 malam.

P/S: Raja Lawak memang rancangan televisyen kegemaran aku sejak dari musim yang pertama lagi. Aku lagi terhibur tengok rancangan ni kalo nak dibandingkan ngan program2 lain. Tapi Maharaja Lawak mungkin akan lagi power dari Raja Lawak. Tungguuuuuu…..

Categories: WoRD LiFe
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.