Wajahku menghiasi majalah Mingguan Wanita

Assalamualaikum.
Perghhh… Bapak la poyonya title diatas. Kah kah kah…
Nak dijadikan cerita aku telah ditemuramah via phone oleh seorang wartawan Majalah Mingguan Wanita. Topik yang dia berikan ialah “Lelaki kurang berminat kerja amal berbanding wanita” bagi edisi 16-24 Mac 2011.
Aku pon apa lagi, goreng kaw-kaw la time dia interview tu. Maklum la, bukan selalu dapat masuk kolum dalam majalah. Last sekali muka aku masuk dalam kolum majalah ada la 12 tahun lepas. Tu pon majalah sekolah sebab aku ketua editor sidang redaksi. Hahahahhaha.
Ni serba sedikit ulasan yang aku berikan untuk topik berkenaan:
Mohd Aminuddin Mat Jidin, 27 tahun, mengakui terdapat dua aspek dalam kerja amal, pertama kerja amal yang jelas dan kedua tidak jelas.
“Maksud tidak jelas di sini ialah bila kita memberi wang kepada individu atau pertubuhan, namun kita tidak memberitahu kepada umum. Ia boleh dikira sebagai sedekah peribadi. Namun bagi acara yang jelas, ia adalah aktiviti seperti gotong royong, membaiki rumah, membantu anak-anak yatim dan sebagainya”
“Saya akui wanita memang lebih aktif tetapi saya sendiri melibatkan diri dalam kerja amal bila mengganggotai kelab motosikal Modenas GT128riders.com. Bulan lalu kami baru saja berkonvoi ke Kuantan bagi membantu orang miskin”.
“Biasanya kami memberikan sokongan moral buat mereka dan alhamdulillah, biarpun tidak seaktif mana tetapi kalu diminta memberi tenaga, tidak ada masalah bagi saya.” Katanya ketika dihubungi.
Walaupon ada beberapa parts yang wartawan ni tulis tak berapa tepat. Tapi aku kira boleh la, yang penting ada point. Jadi terima kasih kepada Kak Wartawan yang sudi interview aku aritu. Kira ni sejarah la dalam idup aku pasai dapat masuk majalah. Orang umah aku pon jeles.. Kah kah kah…
Layan je la otak ngah kena radiasi ni.



******* CoMMeNT DuDe!! *******