Archive

Archive for April, 2011

Ke mana pergi subsidi kami?

April 29, 2011 2 comments

Kalian rampas subsidi kami , entah ke mana dibawa lari.
Kalian beritahu, wang mesti dicatu , kita menuju maju..
Kalian kata: semua menderita , habis harta negara..
Kalian berbahasa: bukan barang naik harga,
Cuma subsidi turun sahaja…

Kami orang desa, mungkin tidak pandai kira berjuta-juta..
Kami orang kecil kota, mungkin tiada sedemikian harta..
Jika kalian tipu sebegitu, biasanya kami diam selalu..
Tapi dapatkah kami dibohongi, tentang suapan saban hari?

Apalah yang dapat diberitahu anak ke sekolah.
Papa semakin parah. wang semakin lelah.
Jika semalam berlauk, hari ini cuma berkuah..
Kerana kerajaan kita sedang susah.
Maka subsidi kita terpaksa diserah..

Jika semalam kau makan sepinggan, hari ini separuh.
Kerana barang semakin angkuh, wang papa makin rapuh..
Apa yang dibisik pada anak berkopiah ke madrasah.
Makananmu sayang, sebahagiannya sudah hilang..

Jika mereka bertanya siapa yang bawa lari.
Kepada siapa patut kami tuding jari?
Janganlah nanti mereka membenci pertiwi..
Akibat pencuri harta bumi rakyat marhaen ini..
Atau kami jadi insan curang..
Kami beritahu: cuma subsidi sahaja yang kurang?
Tiada apa yang hilang, nanti akan datang wang melayang..

Dengar sini wahai yang tidak memijak bumi!
Pernahkah kalian mengintip kehidupan kami..
Pernahkah kalian ngerti makna derita dan susah hati..
Kamu yang semput bagai melukut di kota kedekut..
Kami yang bekerja hingga senja di desa yang makin terseksa.
Bertarung nyawa dan masa, menghitung setiap belanja.

Pernahkah kau merasa?
Rumah bocor yang lanjut usia?
Baju dan kasut anak yang koyak.
Tinggal dalam rumah yang berasak asak.
Siang kami sebak, malam kami sesak..

Sedangkan kalian manusia angkasa..
Istana permata dibina , kereta berjuta dirasa..
Elaun di serata, dari isteri sehingga seluruh keluarga..
Hidangan istimewa, konon meraya kemakmuran negara..

Tapi kami masih di sini.. di teratak ini..
Dengan lauk semalam.
Dengan hidangan yang tidak bertalam..
Dengan rumah yang suram..
Dengan wang yang hampir padam..

Iiada istana lawa.. tiada kereta berharga..
Iiada layanan di raja.. tiada baju bergaya..
Iiada kediaman menteri.. tiada hidangan VIP
Iiada persen di sana sini.. tiada bahagian anak dan bini..

Tiba tiba kalian kata: kamilah beban negara..
Aduhai celaka bahasa yang kalian guna..
Kalian yang belasah, kami yang bersalah..
Kalian yang untung, hutang kami tanggung..
Kalian mewah melimpah, kami susah parah..
Kalian hilangkan wang, poket kami yang terbang..
Kalian bina istana, rumah kami jadi manga..
Kalian makan isi, kami dijadikan abdi..

Lantas, kalian rampas lagi subsidi..
Ke mana wang itu pergi nanti?
Jika kalian berhati suci, wajib menganti buat kami..
Jika tidak pun buat gula konon merbahaya.
Mengapa tidak beras diturun harga?
Jika tidak untuk minyak kereta?
Mengapa tambang tidak dipotong sahaja..
Tapi entah berapa kali janji..
Konon nanti kami ganti, kami ganti, kami ganti..
Hari demi hari, ceritanya pun tidak berbunyi lagi..
Kami terus termanggu di sini..
Kalian juga yang nikmati..
Kami hanya mengigit jari..

Kembalikanlah kepada kami harta negara..
Jangan hanya kalian sahaja yang merasa..

Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (July 2010)

Categories: WoRD LiFe

Polis hapuskan saman ekor

April 29, 2011 6 comments

KUALA LUMPUR, 23 April – Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan menggunakan lagi sistem perangkap kelajuan, yang menjadi sebahagian daripada punca rungutan mengenai notis saman ekor selama ini.

Sebaliknya Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan bertindak telus dan akan memberi amaran kepada kepada para pemandu mengenai operasi mengesan kelajuan memandu terlebih dahulu.
Sistem perangkap kelajuan menggunakan kamera telah digunakan hampir dua dekad oleh PDRM.

“Kami tidak harus bersembunyi di sebalik belukar. Kami perlu tampil secara terbuka dan menguatkuasakan undang-undang (secara telus),” kata beliau kepada pemberita di Shah Alam hari ini.

Banyak pihak mempertikaikan notis saman yang dihantar ke alamat pemilik dengan ramai mendakwa bukan mereka yang mengendalikan kenderaan ketika dikesan.

Ada yang mewujudkan jawatankuasa atau pertubuhan bukan kerajaan membantah sistem itu, antara Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) yang mahu kerajaan menghapuskan sistem notis saman ekor.

Bagaimanapun kata beliau, jika dikenakan saman pemandu-pemandu terbabit mesti menjelaskan saman. “Kita tidak lagi menyorok balik tiang, kita saman terus dan kalau sudah kena saman jangan lupa bayar,” katanya dipetik Bernama Online.

Khalid membuat kenyataan itu apabila seorang peserta dialog mengutarakan mengenai kekerapan kehadiran polis di jalan raya sejak kebelakangan ini menyebabkan pemandu lebih berdisiplin berbanding sebelum ini di mana ada anggota polis yang menyorok di hujung jalan dan kemudian keluar dari persembunyian dan menahan pesalah trafik.

Khalid kemudian memberitahu sidang media bahawa kehadiran anggota polis secara ketara dalam operasi lalu lintas telah dimulakan tidak berapa lama dahulu. “Jangan terkejut bila kena saman… kita tidak seharusnya menyorok, kita akan keluar dan menguatkuasakan undang-undang,” katanya.

Mengenai usaha PDRM membanteras gejala samseng di kalangan masyarakat India di Selangor, Khalid berkata selain didakwa di mahkamah, polis juga melakukan tindakan pencegahan.

“Tahun lepas 300 orang telah kita tahan di bawah undang-undang pencegahan, tindakan terhadap gangsterisme dibuat secara berterusan itu sebab tidak ada kumpulan kartel jenayah atau mafia yang berkuasa di negara ini,” katanya. Khalid juga berkata PDRM tidak lagi melihat belia dan persatuan belia sebagai pelanggan sebaliknya melihat belia sebagai rakan dan persatuan belia sebagai rakan kongsi.

Sumber: KOSMO

Thanks PDRM. Setelah berbakul-bakul sumpah seranah, protes dan juga bangkangan, akhirnya PDRM buat satu keputusan yang tepat demi untuk kepentingan rakyat. Bukan nak kata la, tapi bagi aku saman speed trap atau saman ekor ni kekadang memang tak fair langsung. Kekadang tak pasal-pasal je kena saman, tapi kita sendiri tak tau bila masanya, kat mana tempatnya. Alih-alih nama dah kena blacklist pasal saman. Cam haremmm…

Jadi harini PDRM amek keputusan untuk keluarkan saman berserta dengan gambar sekali sebagai bukti sekiranya pengguna jalanraya melakukan kesalahan jalanraya. Ya, ini barulah langkah yang betul dan adil. Kalo ada orang nak bertekak lagi, tunjuk je gambo bukti. Baru dua2 pihak puas ati.

Aku pon penah kena saman ekor ni. Kekadang memang rasa bangang je sebab tak tau bila masa kita wat salah tu. Tapi ada lagi sorang polis yang mangkuk hayun, cam gampang je. Cerita ni takde kena mengena ngan saman ekor. Moto aku penah kena saman sebab parking kat tepi laluan penjalan kaki (atas rumput) dengan alasan yang tertulis ‘Road obstruction’. Kepala hotak kau!! Dah bertahun-tahun orang dok parking situ tak penah kena saman pon. Datang polis mangkuk hayun sorang tu buat dajal. Memang nak cari duit.

Watefak khas untuk ko encik polis!!

Categories: WoRD LiFe

Celcom X2~ 28 sen=10 minit!

April 27, 2011 45 comments

Pelan Baru Celcom | New Xpax X2 Plan Celcom. Anda boleh jimat sehingga 92% iaitu dengan kadar 28sen untuk 10 minit panggilan. Wow!!

Aku bukan wakil Celcom, mahupun sales executive Celcom. Tapi abang aku iaitu Encik Fabir ya, beliau orang kuat Celcom (bodke nih). Kali ni dia kasitau aku yang Celcom sekali lagi membuktikan mereka ialah rangkaian komunikasi terbaik di Malaysia dalam perkhidmatan telefon mudah alih dengan melancarkan satu lagi pelan baru celcom yang disebut sebagai New Xpan Plan X2 Celcom. Pelan ni pasti mampu memberikan anda satu kejutan!

Percaya atau tidak, pelan baru New Xpax X2 Celcom ini mampu memberikan anda penjimatan hingga 92%! Ya, percayalah kerana ianya telah terbukti dan anda boleh lihat sendiri betapa pelan X2 Celcom ini satu pelan yang sukar dicari ganti dan jauh lebih hebat dari pencabarnya sama ada kuning mahupun merah.

Tahniah kepada Celcom kerana memberikan satu pelan yang baik dan murah kepada pengguna-penggunanya. Kepada bro Fabir, bleh kasi aku komisen sket sebab promote. Hahahaha…

Untuk maklumat lanjut, boleh lihat layari Celcom XPAX X2!!

Cara Daftar atau tukar Plan lama ke Plan baru New Xpax X2 Celcom

1. Taip MIG X2

2. Send ke 28882

3. RM5 akan dikenakan sebagai service charge.

Celcom ~ It’s in your hands

Categories: WoRD LiFe

Alat untuk mencuri laptop

April 26, 2011 4 comments

AWAS!!! Inilah alat yang digunakan oleh pencuri untuk mengesan laptop a.k.a komputer riba atau peralatan elektronik walaupun telah disorokkan dalam kereta. Namanya ialah Inductive amplifier.

Inductive amplifier merupakan sejenis alat menguji pendawaian elektrik yang digunakan oleh juru elektrik bagi mengesan masalah kepada pendawaian dan kabel elektrik. Alat ini tidak memerlukan bateri untuk mengesan wayar elektrik yang terputus walaupun ditanam di dalam dinding simen. Cara ia mengesan adalah dengan menguatkan medan elektronik disekitar wayar atau alatan elektrik dan alat ini akan menukarkan ia dengan terus memberikan bacaan kepada penggunanya.

Dalam kes yang melibatkan kecurian laptop, alat ini digunakan untuk mengesan medan elektronik yang dihasilkan oleh komputer riba. Laptop masih boleh dikesan miskipun ia disembunyikan dalam bonet kereta atau dibawah tempat duduk kereta kerana kesan medan elektronik ini.

Perkara paling baik adalah dengan membawa laptop bersama ke mana jua. Jika anda terpaksa tinggalkan ia di dalam kereta, pastikan anda mencabut bateri laptop anda dan letakkan ianya berjauhan dan bukan dalam satu ruang. Namun begitu mencabut bateri laptop masih belum terbukti ianya cara yang baik dan berkesan. Ianya adalah satu usaha untuk mengurangkan kesan medan elektronik.

P/S: Pesanan khidmat masyarakat ini khas ditujukan buat semua. Berhati-hatilah apabila menyimpan laptop di dalam kereta.

Categories: WoRD LiFe

Jangan makan nasik lemak, obesiti…

April 22, 2011 8 comments

Garis panduan makanan sihat di sekolah yang dikemaskini dengan memberi tumpuan kepada beberapa perkara baru termasuk kekerapan sesuatu makanan itu dijual, dijangka diedarkan bulan depan untuk dilaksanakan di kantin. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata pematuhan garis panduan terbaru itu dapat memastikan amalan pemakanan sihat di kalangan murid dan menangani masalah kesihatan mereka seperti berat badan berlebihan.

“Kalau dulu kita hanya katakan (makanan dalam) senarai ini boleh dijual di sekolah tapi (dalam garis panduan yang dikemaskini), kita kata kena ada kekerapan (yang perlu diikuti), contoh nasi lemak, berapa kali boleh dijual seminggu…mee goreng, berapa kali boleh dijual di sekolah. Itu semua kita akan beri garis panduan yang teliti. Bukan garis panduan secara orang kata am…bahawa terpulang kepada kantin sekolah membuatnya. Oleh itu banyak kantin sekolah tidak menjual makanan yang betul,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan program Kembara Riang Ria Pemakanan di Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan di Sekolah Wawasan USJ 15, Subang Jaya, hari ini. Liow berkata, garis panduan itu wajib dipatuhi oleh pengendali kantin dan kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan kontrak mereka ditamatkan Kementerian Pelajaran.

Katanya, senarai makanan dalam garis panduan itu meliputi kira-kira 70 makanan utama, telah siap dan akan dibentang dalam mesyuarat bersama dengan Kementerian Pelajaran sedikit masa lagi.

“Senarai itu akan diumumkan kepada semua kantin sekolah selepas dipersetujui Kementerian Pelajaran. Sekarang memang ada senarai dan garis panduan. (Kita) mengemaskini untuk memastikan garis panduan adalah mengikuti masa dan keadaan sekarang. Kini banyak makanan proses yang dulu tiada, sekarang ada vending machine yang dulu tak popular. Sekarang (kita mahu) makanan dan minuman yang berkhasiat sahaja dijual di sekolah,” katanya.

Liow berkata, berdasarkan kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang menunjukkan kira-kira 86.6 peratus pelajar membeli makanan dan minuman di kantin sekolah, maka adalah perlu kantin sekolah menyediakan makanan yang sihat.

Kajian UKM itu juga menunjukkan bahawa kegemaran pelajar adalah nasi lemak, mee goreng dan nasi ayam manakala makanan segera paling digemari adalah burger, ayam goreng dan pizza.

Liow berkata, penjaja makanan di luar perkarangan sekolah juga perlu mematuhi garis panduan tersebut. Beliau berkata, walaupun obesiti di kalangan kanak-kanak sekolah rendah berumur enam hingga 12 tahun telah meningkat daripada 9.7 peratus pada 2001 kepada 13.7 peratus pada 2007 mengikut kajian, namun keadaan belum sampai ke tahap tidak terkawal.

Katanya, peningkatan ini berkemungkinan besar disebabkan oleh amalan pemakanan tidak sihat dan kurangnya aktiviti fizikal yang mana kajian itu juga menunjukkan 76 peratus kanak-kanak menjalani kehidupan yang tidak aktif iaitu menghabiskan sebahagian besar masa dengan menonton televisyen atau duduk di hadapan komputer.

Kajian UKM juga menunjukkan bahawa hanya 70 peratus kanak-kanak sekolah rendah mengambil sarapan pagi setiap hari sementara 10 peratus kanak-kanak langsung tidak pernah mengambil sarapan. Justeru itu, katanya, Kementerian Kesihatan yang kini diberi ruang di sekolah untuk memberi pengetahuan mengenai kesihatan gigi, akan turut memasukkan aspek cara pemakanan sihat dalam penyampaian mesej kesihatan mereka.

Sumber: Malaysiakini

Wattefak!

Menteri ni takde benda lain ke nak kaji dan buat? Ada ke nak hadkan penjualan nasik lemak kat kantin sekolah supaya budak-budak tak mengalami obesi. Bodohnya!!

Aku rasa menda camni memang tersangat la nonsense. Takdenye la nasik lemak tu boleh jadi punca bebudak sekolah obes. Seiingat aku dulu start sekolah rendah lagi aku disuapkan dengan nasik lemak, mungkin hampir setiap hari! Dan sekarang pon aku still lagi melantak kekadang 4,5 kali seminggu nasik lemak ni tapi takde la pulak jadi obes. Apa la korang sumer orang bijak pandai ni fikir.

Kekadang orang-orang besar ni cakap macam takde otak je. Kalo ye pon ko bimbang budak-budak Malaysia ni obes, yang ko nak had atau haramkan penjualan nasik lemak kat sekolah ni bukan la langkah yang sesuai. Cuba ko tengok sekeliling, merata-rata ada restoran makanan segera yang korang kasi permit untuk dibuka dan dijual kepada umum tumbuh bagai cendawan lepas ujan. Naper ko tak sound je tu dia punca budak-budak obes? Hari-hari mentekedarah burger, ayam goreng, kentang goreng dan yang sewaktu dengannya salah satu sebab boleh jadi obes gak.

Jadi kesimpulannya bukan makanan kat kantin tu yang jadi punca. Ko tak kasi jual nasik lemak kat situ pon diorang buleh beli kat tepi jalan buat bekal la. Baik mansuhkan saja undang-undang bodoh yang tak masuk akal ni. Cuba la fikir dan kesian sikit kat makcik-makcik yang supply nasik lemak kat sekolah tu. Business dah la kecik-kecilan (ayat baru nih), pastu korang tak kasi supply kat sekolah plak. Sian diaorang nak cari makan. Ni berdasarkan pengalaman aku masa kecik-kecik la. Tapi yang restoran makanan segera hak besar gedabak depan mata ko tu yang terang-terang boleh buat orang jadi obes tanak pulak korang sita atau bagi notis jangan jual makanan berkolestrol tinggi. Ada beran?

Pelik kan manusia ni? Semakin maju dunia dah jadi semakin bodoh. Bangkai semut korang nampak, tapi bangkai gajah Afrika yang beso tu korang buleh buat-buat tak tau. Dunia dunia….

Categories: WoRD LiFe

Bangkai Alien di Russia

April 22, 2011 2 comments

Russia – Satu klip video yang bocor di Internet menunjukkan satu bangkai mahkluk asing ditemui di wilayah Siberia, Rusia, lapor laman Allnewsweb.com kelmarin.

Bangkai berkenaan ditemui di kawasan bersalji selepas satu objek besar dipercayai objek terbang tidak dikenali (UFO) bercahaya merah jambu dan biru menjunam ke Bumi sebelum terhempas di wilayah Irkutsk lebih sebulan lalu.

Kejadian itu disaksikan ratusan penduduk setempat manakala satu pasukan terdiri daripada beberapa ejen perkhidmatan rahsia dan pegawai Kementerian Sains Rusia tiba di lokasi kejadian beberapa jam kemudian.

Insiden yang jarang berlaku itu turut mendapat liputan meluas di Rusia termasuk agensi berita rasmi Interfax tetapi ia dipinggirkan oleh media Barat, dipercayai bagi menyembunyikannya daripada pengetahuan umum.

Klip video tersebut yang menunjukkan bangkai makhluk asing yang ditemui di wilayah Republik Buryatia, Siberia, tidak jauh tempat UFO itu terhempas di wilayah Irkutsk kini boleh ditonton di laman YouTube. Makhluk asing itu terselamat dalam nahas udara itu ia tetapi mati tidak lama kemudian ekoran iklim sejuk Rusia yang ekstrem. – Agensi

P/S: Betul ke alien ni wujud kat muka bumi? Yang tersurat dalam Al-Quran hanya ada syaitan. Adakah ini jelmaan syaitan? Alam ni penuh dengan 1001 macam perkara misteri yang kita masih belum ketahui. Wallahualam…

Categories: WoRD LiFe

Commander Khalish

April 20, 2011 5 comments

Assalamualaikum.

Kira-kira 2 minggu yang lepas, Mr. Khalish dan mamanya telah pergi melancong dan melencong ke Pelabuhan Klang. Mereka menaiki Kapal Jabatan Laut Malaysia untuk pegi ke One Phantom Bank, Port Klang.

Rumah Api One Phantom Bank (OPB) ni terletak di tengah laluan kapal kira-kira 27 batu nautika dari jeti Pelabuhan Klang menjadi nadi pergerakan kapal yang menyusuri Selat Melaka. Sekitar OPB terdapat sebuah bangkai kapal karang yang tersadai di beting pasirnya.

Lawatan beberapa staf Perpustkaan Awam Selangor ini merupakan agenda sosial yang diselitkan bagi memberi sedikit ruang kepada beberapa staf untuk merehatkan minda dengan mengunjung OPB. Aku dijemput, tetapi tak masuk dalam senarai ahli kapal dek kerana kekangan kerja yang membataskan diri untuk melepakkan diri bersama.

Jadi Mr. Khalish sudah pon merasai pengalaman menaiki kapal dan seterusnya berjaya menempatkan diri sebaris dengan Kapten Ahmad, buah hati Nandre The Legend. Mulai sekarang aku dah buleh panggil Mr. Khalish dengan gelaran:

Komander Asyraff Khalish!!

Categories: WoRD LiFe

Wajah baru Puduraya

April 19, 2011 8 comments

Hentian Puduraya.

Sebut je nama ni dah terbayang kat kepala aku tempat yang sesak, serabut dan berasap-asap tak hingat punya. Maklum la hentian bas eskpres.
Sesak tu satu kebiasaan dan bila sampai kat sana lautan manusia dapat disaksikan. Bermacam-macam jenis orang yang ada kat Hentian Puduraya tu. Ada yang sibuk berlari nak naik bas, ada yang menunggu bas dan ada juga ulat-ulat tiket yang sedang mencari mangsa-mangsanya. Hahaha. Memang bingit, tetapi nak buat macam mana. Itulah satu-satunya hentian bas di ibu kota Kuala Lumpur.

Jadi memang tepat keputusan kerajaan untuk menaik-taraf Hentian Puduraya yang dah terlalu uzur, sesak, tidak teratur serta kotor yang sudah pasti membuatkan para penumpang berasa tidak selesa. Dan malu gak bila difikirkan kalau-kalau ada pelancong dari luar yang menggunakan perkhidmatan kat sini. Memang malang la, macam-macam benda negative boleh disaksikan kat sini. Kerja-kerja menaik taraf Hentian Puduraya di mulakan pada 1 Mac 2010.

Kini Hentian Puduraya akan beroperasi semula pada Sabtu 16 April 2011. Semuanya berwajah baru. Nampak lebih teratur dan selesa. Satu pemandangan yang baru di Hentian Puduraya. Kelihatan lebih cantik dengan rekabentuk yang moden dan elegan yang sudah pasti membuatkan semua pengguna bas ekspres, teksi dan kenderaan awam lain gembira dan puas hati. Antara penambahbaikan di Hentian Puduraya:

1) Surau yang lebih besar dan selesa
2) Lif yang lebih baik dan efisien
3) Tempat permainan kanak-kanak
4) Sistem siar raya
5) Ruang menunggu berhawa dingin
6) Tandas yang lebih bersih

Wajah Hentian Puduraya dulu.


Hentian Puduraya berwajah baru.

Jadi diharapkan dengan penambahbaikan yang dilakukan ini dapat memberikan satu keselesaan kepada semua warga kota yang menggunakan perkhidmatan di sini. Semoga bersama-sama dapat menjaga kebersihan dan kemudahan yang ada demi untuk kebaikan semua.

Sumber: Shaffik.com

Categories: WoRD LiFe

Isu sisa radioaktif kat Pahang

April 18, 2011 7 comments

Radioaktif: Penduduk Kuantan sokong halang Lynas

KUANTAN, 21 Mac: Usaha Pakatan Rakyat menghalang operasi sebuah kilang dari Australia yang memproses nadir bumi (rare earth) atau logam lathanides yang mana sisanya boleh mengeluarkan radioaktif di kawasan industri Gebeng di sini, mula mendapat sokongan ramai.

Kelmarin, kempen “Halang Lynas! Selamatkan Kuantan” yang diketuai Naib Presiden PKR Fuziah Salleh yang bermula di Pasar Tani Kuantan berjaya mengutip 500 tandatangan orang ramai. Sementara dialog pada sebelah petangnya di Kuantan Comfrim Centre dihadiri lebih 300 penduduk tempatan.

Lynas Corporation Ltd merupakan syarikat milik penuh Australia yang akan beroperasi hujung tahun ini memproses lathanides iaitu bahan yang digunakan sebagai bahan pembuatan mentol lampu jimat tenaga, bateri kering serta pelbagai produk teknologi moden. Manakala bahan mentah pula akan dibawa masuk dari kuari milik Lynas di Pergunungan Weld, New South Wales sebelum diproses di Gebeng.

Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan berkata, jika kilang tersebut beroperasi, jika berlaku sesuatu kebocoran sisa radioaktif itu bakal membahayakan penduduk serta generasi akan datang.

”Apa yang tidak diketahui kebanyakan orang bahawa elemen-elemen sumber asli itu sebenarnya berpotensi menghasilkan kadar radiasi peringkat rendah dan sederhana akibat penghasilan sisa radioaktif. Sebab itulah pihak pemaju industri ini memerlukan lesen khas dari Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) sebelum memulakan operasinya”.

“Persoalannya mengapa Lynas yang sebelum ini beroperasi di negeri China telah pun terpaksa beralih tempat untuk memproses bahan tersebut sehingga terpaksa mencari lokasi baru. Kenapa Lynas juga enggan memprosesnya di negara mereka sendiri, Australia. Kenapa? Kerana kedua-dua negara tersebut telah sedar kesan buruknya. Kenapa mereka sanggup membawa bahan tersebut ke Malaysia?”.

Menurut Fuziah, sebelum ini pada bulan Julai 2007 Kerajaan Negeri Trengganu telah menolak untuk membenarkan kilang tersebut beroperasi di Telok Kalong, Kemaman, selepas mengkaji isu-isu keselamatan yang membabitkan nyawa manusia serta maklumbalas daripada pelbagai badan NGO. Namun begitu pada 24 Ogos 2007 MIDA mengenalpasti lokasi baru di Gebeng, Kuantan dan Kerajaan Pahang pula menjadi pak sanggup menerima projek tersebut.

Menurut Fuziah lagi, sejarah hitam industri pemerosesan lathanides telah pun berlaku sekitar awal 1990an di Bukit Merah, Perak di mana syarikat usahasama dari Jepun yang mendakwa menggunakan teknologi pemperosesan bahan tersebut telah gagal menguruskan sisa buangan industri mereka dan mengakibatkan pencemaran alam sekitar.

Akibat radiasi sisa buangan radioaktif tersebut, kata Fuziah, telah meningkatkan kadar kejadian kanser, kelahiran bayi pramatang dan cacat malah kes keguguran bayi meningkat secara mendadak melebihi kadar purata yang direkodkan di peringkat kebangsaan. Justeru penduduk setempat telah menjadi mangsa serta hidup merana. Setelah puas menentang, akhirnya mahkamah membatalkan lesen syarikat terbabit.

”Memanglah syarikat-syarikat seperti itu menjanjikan keselamatan masyarakat dan kebersihan alam sekitar menjadi keutamaan mereka. Pernah saya jumpa Menteri Besar Pahang dulu bila saya utarakan persoalan ini, beliau juga yakin kebocoran tidak akan berlaku”.

“Tapi apakah mustahil setelah lama beroperasi kemungkinan kejadian-kejadian seperti pelupusan sisa secara haram dilakukan. Malah, kemudahan penyimpanan sisa buangan sementara seperti yang dituntut peraturan juga mungkin tidak lagi menjadi keutamaan. Sisa-sisa mungkin akan dibiarkan secara terbuka dan mendedahkan bahaya kepada masyarakat dan alam sekitar”.

“Kita sudah ada bukti timbulnya masalah sebelum ini di Bukit Merah Perak di dalam industri yang sama. Tambahan pula di negara kita ini penguatkuasaan memang menjadi masalah. Masalah pembuangan sampah merata-rata pun kita susah nak buat penguatkuasaan. Jadi saya khuatir bagaiamanakah kita mampu melaksanakan penguatkuasaan dalam kes ini yang melibatkan sisa radioaktif merbahaya”.

Fuziah mengandaikan jika berlaku kebocoran di tempat penyimpanan sisa buangan sudah tentu akan mencemarkan Sungai Balok yang kemudiannya akan mencemarkan ikan-ikan dilaut China Selatan.

“Kuantan merupakan pengkalan penangkapan ikan yang terbesar didalam Negara. Ikan-ikan dari Kuantan dihantar ke Pasar Borong di Selayang yang kemudiannya di hantar ke pasar-pasar dan ke restoran-restoran seluruh negara”.

“Saya sendiri membangkitkan perkara ini di parlimen baru-baru ini memandangkan projek ini yang begitu sensitif terhadap keselamatan orang awam dan berisiko tinggi, saya menggesa Ketua Pengarah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar supaya mengarahkan satu kajian Detailed Environmental Impact Analysis (DEIA) yang kemudiannya perlu pula dipamerkan kepada orang awam selama 40 hari untuk maklum balas”.

“Walaupun projek ini mungkin tidak memerlukan DEIA dilakukan tetapi demi memastikan keselamatan awam tidak rugi sekiranya pihak Kementerian membuat kajian yang lebih teliti sebelum projek ini dimulakan. Keselamatan orang awam, bayi dalam kandungan dan generasi akan datang yang terancam tidak boleh di gadaikan,” katanya.

Ulasan:

Aku bukan nak bercerita pasal politik.

Tapi aku nak kupas isu apa yang jadi dalam petikan artikel di atas. Cerita pasal nak buat loji sisa radioaktif kat Kuantan ni dah lama dah ada. Cuma sekarang ni baru tersebar luas kat masyarakat umum. Kat internet banyak la berita ni keluarkan, tapi kat newspaper aku tengok relax je takde langsung cerita pasal ni. Mungkin ada golongan yang berkepentingan yang backup isu ni kot. Sapa tahu?

Selaku rakyat Pahang dan Malaysia amnya aku menyatakan pendirian tidak menyokong projek jutaan ringgit ini. Sebabnya senang je, korang nak bina loji sisa radioaktif kat Malaysia? Kepala hotak. Benda-benda berbahaya camtu korang nak campak kat Malaysia ni, nanti satu hari jadi benda-benda yang tak sepatutnya macam radiasi ke, yang nak menanggung derita anak generasi kita orang Malaysia gak.

Bodoh punya manusia. Yang beri lesen kebenaran untuk buat loji kat situ pon sama je mangkuk hayunnya. Kepala otak ada tanak guna, tau nak mentekedarah duit je kejenya. Cisss!!

Categories: WoRD LiFe

Only the strong

April 15, 2011 7 comments

Cerita feveret aku sepanjang zaman.

Filem ni diterbitkan sekitar tahun 1993. Dan aku pertama kali menonton filem ni pada tahun 2001.

Dek kerana minat dengan lakonan Marc Dacascos yang kool dan penuh bertenaga dengan martial art-nya, aku menjadi penonton dan peminat setia filem-filem lakonan beliau. Jalan-cerita filem ini lebih kurang camni:

Bekas Pegawai Tentera Khas (Grren Beret) iaitu Louis Stevens kembali ke Miami dan mendapati bekas Sekolah Tingginya telah mengalami masalah keganasan dan dadah. Sebagai seorang guru senibela diri Brazil. Capoeira, beliau berhasrat untuk memberi kesedaran kepada sedozen pelajar yang paling bermasalah di sekolah berkenaan. Beliau mengajar senibela Capoeira yang mana menerapkan semangat setiakawan dan displin yang tinggi dalam senibela tersebut.

Tetapi perjalanannya bukan mudah. Beliau terpaksa berhadapan dengan kartel dadah di kawasan berkenaan yang juga merupakan pengamal senibela Capoeira. Beliau terpaksa berjuang untuk diri sendiri dan anak muridnya supaya mereka bebas daripada terjebak dalam gelaja dadah dan keganasan.

Dan quotes yang paling aku ingat sekali dalam movie ni dah tentunya: “Well see who the real maestre is in this neighborhood!!”

5 bintang… Memang terbaekkkkk!!

Categories: WoRD LiFe
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.