Archive

Archive for April 11, 2011

Ayien si pengantin baru

April 11, 2011 7 comments

Assalamualaikum.

Hari jumaat yang lepas, aku terpaksa bergegas pulang dari keje semata-mata untuk menghadiri majlis perkahwinan rakanku yang sama-sama belajar semasa di UiTM dulu-dulu. Majlis persandingan Puan Azreen ini berlangsung pada Jumaat malam nun bertempat di Dewan Komuniti Bukit Damasara.

Apa yang menariknya ialah majlis kawen ni berlangsung hari Jumaat malam. Bukan malam jumaat taw. =). Hahaha. Ianya sama seperti majlis kawen aku dulu. Juga berlangsung Jumaat malam. Aku rasa budak ni macam nak balas dendam je kat aku. Hahaha. Walaubagaimanapun, sebagai seorang yang menghargai persahabatan aku sedaya upaya cuba untuk menghadirkan diri sebagai tanda sokongan dan ucapan tahniah kepada pasangan pengantin.

Aku tiba di sana sekitar jam 9:00 malam dek kerana masalah kesesakan lalulintas dan kesesatan yang melanda perjalanan kami. Hahaha. Bila aku tunjuk muka je, aku nampak pengantin pempuan dah senyum-senyum. Dia tau la perosak majlis dah sampai tu. Aku terus je melakukan aktiviti rutin tiap kali ada majlis kawen iaitu menyerbu makanan. Skali fuyoooo rameinya orang beratur amek makanan. Aku pon ikut la queue skali, dah macam kat dewan makan UiTM plak rasanya kena beratur-ratur camni. Blasah je la labu…

Majlis seperti ni yang buatkan aku gembira adalah kerana berpeluang bertemu kembali rakan-rakan lama. Dan yang paling best sudah tentu bila bercerita perkara-perkara silam yang menggembirakan. Dapat la jugak aku jumpa beberapa kenalan lama antaranya Danial Mahmud & Hainy, Mohd Badul, Syuhairi & Ayoi dan juga Nik Mardiya. Walaupon tak ramai, tapi cukup la untuk mengubat rindu. Pelbagai cerita kami kongsikan bersama hingga tak sedar jam sudah tiba ke angka 11. Pas selesai bergambo dan mengucapkan selamat pada pengantin kami semua pulang ke sarang masing-masing.

Ok la, dikesempatan ini aku nak ucapkan selamat pengantin baru buat pasangan pengantin iaitu Nur Azreen & Nizam. Semoga berbahagia hingga ke anak cucu. Dan kepada rakan-rakan yang lain, ada kelapangan kita lepak sesama lagi.

P/S: Tertanya-tanya dimanakan hilangnya seorang kawan karib suatu masa dulu??

Categories: WoRD LiFe
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.