Archive

Archive for April 29, 2011

Ke mana pergi subsidi kami?

April 29, 2011 2 comments

Kalian rampas subsidi kami , entah ke mana dibawa lari.
Kalian beritahu, wang mesti dicatu , kita menuju maju..
Kalian kata: semua menderita , habis harta negara..
Kalian berbahasa: bukan barang naik harga,
Cuma subsidi turun sahaja…

Kami orang desa, mungkin tidak pandai kira berjuta-juta..
Kami orang kecil kota, mungkin tiada sedemikian harta..
Jika kalian tipu sebegitu, biasanya kami diam selalu..
Tapi dapatkah kami dibohongi, tentang suapan saban hari?

Apalah yang dapat diberitahu anak ke sekolah.
Papa semakin parah. wang semakin lelah.
Jika semalam berlauk, hari ini cuma berkuah..
Kerana kerajaan kita sedang susah.
Maka subsidi kita terpaksa diserah..

Jika semalam kau makan sepinggan, hari ini separuh.
Kerana barang semakin angkuh, wang papa makin rapuh..
Apa yang dibisik pada anak berkopiah ke madrasah.
Makananmu sayang, sebahagiannya sudah hilang..

Jika mereka bertanya siapa yang bawa lari.
Kepada siapa patut kami tuding jari?
Janganlah nanti mereka membenci pertiwi..
Akibat pencuri harta bumi rakyat marhaen ini..
Atau kami jadi insan curang..
Kami beritahu: cuma subsidi sahaja yang kurang?
Tiada apa yang hilang, nanti akan datang wang melayang..

Dengar sini wahai yang tidak memijak bumi!
Pernahkah kalian mengintip kehidupan kami..
Pernahkah kalian ngerti makna derita dan susah hati..
Kamu yang semput bagai melukut di kota kedekut..
Kami yang bekerja hingga senja di desa yang makin terseksa.
Bertarung nyawa dan masa, menghitung setiap belanja.

Pernahkah kau merasa?
Rumah bocor yang lanjut usia?
Baju dan kasut anak yang koyak.
Tinggal dalam rumah yang berasak asak.
Siang kami sebak, malam kami sesak..

Sedangkan kalian manusia angkasa..
Istana permata dibina , kereta berjuta dirasa..
Elaun di serata, dari isteri sehingga seluruh keluarga..
Hidangan istimewa, konon meraya kemakmuran negara..

Tapi kami masih di sini.. di teratak ini..
Dengan lauk semalam.
Dengan hidangan yang tidak bertalam..
Dengan rumah yang suram..
Dengan wang yang hampir padam..

Iiada istana lawa.. tiada kereta berharga..
Iiada layanan di raja.. tiada baju bergaya..
Iiada kediaman menteri.. tiada hidangan VIP
Iiada persen di sana sini.. tiada bahagian anak dan bini..

Tiba tiba kalian kata: kamilah beban negara..
Aduhai celaka bahasa yang kalian guna..
Kalian yang belasah, kami yang bersalah..
Kalian yang untung, hutang kami tanggung..
Kalian mewah melimpah, kami susah parah..
Kalian hilangkan wang, poket kami yang terbang..
Kalian bina istana, rumah kami jadi manga..
Kalian makan isi, kami dijadikan abdi..

Lantas, kalian rampas lagi subsidi..
Ke mana wang itu pergi nanti?
Jika kalian berhati suci, wajib menganti buat kami..
Jika tidak pun buat gula konon merbahaya.
Mengapa tidak beras diturun harga?
Jika tidak untuk minyak kereta?
Mengapa tambang tidak dipotong sahaja..
Tapi entah berapa kali janji..
Konon nanti kami ganti, kami ganti, kami ganti..
Hari demi hari, ceritanya pun tidak berbunyi lagi..
Kami terus termanggu di sini..
Kalian juga yang nikmati..
Kami hanya mengigit jari..

Kembalikanlah kepada kami harta negara..
Jangan hanya kalian sahaja yang merasa..

Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (July 2010)

Categories: WoRD LiFe

Polis hapuskan saman ekor

April 29, 2011 6 comments

KUALA LUMPUR, 23 April – Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan menggunakan lagi sistem perangkap kelajuan, yang menjadi sebahagian daripada punca rungutan mengenai notis saman ekor selama ini.

Sebaliknya Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan bertindak telus dan akan memberi amaran kepada kepada para pemandu mengenai operasi mengesan kelajuan memandu terlebih dahulu.
Sistem perangkap kelajuan menggunakan kamera telah digunakan hampir dua dekad oleh PDRM.

“Kami tidak harus bersembunyi di sebalik belukar. Kami perlu tampil secara terbuka dan menguatkuasakan undang-undang (secara telus),” kata beliau kepada pemberita di Shah Alam hari ini.

Banyak pihak mempertikaikan notis saman yang dihantar ke alamat pemilik dengan ramai mendakwa bukan mereka yang mengendalikan kenderaan ketika dikesan.

Ada yang mewujudkan jawatankuasa atau pertubuhan bukan kerajaan membantah sistem itu, antara Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) yang mahu kerajaan menghapuskan sistem notis saman ekor.

Bagaimanapun kata beliau, jika dikenakan saman pemandu-pemandu terbabit mesti menjelaskan saman. “Kita tidak lagi menyorok balik tiang, kita saman terus dan kalau sudah kena saman jangan lupa bayar,” katanya dipetik Bernama Online.

Khalid membuat kenyataan itu apabila seorang peserta dialog mengutarakan mengenai kekerapan kehadiran polis di jalan raya sejak kebelakangan ini menyebabkan pemandu lebih berdisiplin berbanding sebelum ini di mana ada anggota polis yang menyorok di hujung jalan dan kemudian keluar dari persembunyian dan menahan pesalah trafik.

Khalid kemudian memberitahu sidang media bahawa kehadiran anggota polis secara ketara dalam operasi lalu lintas telah dimulakan tidak berapa lama dahulu. “Jangan terkejut bila kena saman… kita tidak seharusnya menyorok, kita akan keluar dan menguatkuasakan undang-undang,” katanya.

Mengenai usaha PDRM membanteras gejala samseng di kalangan masyarakat India di Selangor, Khalid berkata selain didakwa di mahkamah, polis juga melakukan tindakan pencegahan.

“Tahun lepas 300 orang telah kita tahan di bawah undang-undang pencegahan, tindakan terhadap gangsterisme dibuat secara berterusan itu sebab tidak ada kumpulan kartel jenayah atau mafia yang berkuasa di negara ini,” katanya. Khalid juga berkata PDRM tidak lagi melihat belia dan persatuan belia sebagai pelanggan sebaliknya melihat belia sebagai rakan dan persatuan belia sebagai rakan kongsi.

Sumber: KOSMO

Thanks PDRM. Setelah berbakul-bakul sumpah seranah, protes dan juga bangkangan, akhirnya PDRM buat satu keputusan yang tepat demi untuk kepentingan rakyat. Bukan nak kata la, tapi bagi aku saman speed trap atau saman ekor ni kekadang memang tak fair langsung. Kekadang tak pasal-pasal je kena saman, tapi kita sendiri tak tau bila masanya, kat mana tempatnya. Alih-alih nama dah kena blacklist pasal saman. Cam haremmm…

Jadi harini PDRM amek keputusan untuk keluarkan saman berserta dengan gambar sekali sebagai bukti sekiranya pengguna jalanraya melakukan kesalahan jalanraya. Ya, ini barulah langkah yang betul dan adil. Kalo ada orang nak bertekak lagi, tunjuk je gambo bukti. Baru dua2 pihak puas ati.

Aku pon penah kena saman ekor ni. Kekadang memang rasa bangang je sebab tak tau bila masa kita wat salah tu. Tapi ada lagi sorang polis yang mangkuk hayun, cam gampang je. Cerita ni takde kena mengena ngan saman ekor. Moto aku penah kena saman sebab parking kat tepi laluan penjalan kaki (atas rumput) dengan alasan yang tertulis ‘Road obstruction’. Kepala hotak kau!! Dah bertahun-tahun orang dok parking situ tak penah kena saman pon. Datang polis mangkuk hayun sorang tu buat dajal. Memang nak cari duit.

Watefak khas untuk ko encik polis!!

Categories: WoRD LiFe
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.