Archive

Archive for May, 2011

Tarif letrik plak naik…..

May 31, 2011 5 comments

Kerajaan persekutuan menaikkan tarif elektrik dengan purata 7.12 peratus bermula 1 Jun ini sebagai sebahagian daripada pengurangan subsidi. Sementara gas asli pula dinaikkan RM3 setiap mmBtu setiap enam bulan sehingga mencecah harga pasaran pada 2016, apabila harganya diapung sepenuhnya.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui berkata, seramai 44.4 juta atau 75 peratus dariapada keseluruhan 5.94 juta isi rumah tidak akan terjejas dengan tarif baru ini. Bagi yang menggunakan 301kW hingga 1000kW, tarif dinaikkan daripada 0.1 peratus hingga 10 peratus, atau RM0.07 kepada RM30.30. Pelepasan bil elektrik untuk pengguna yang menggunakan kurang daripada RM20 sebulan akan tamat pada Disember 2011.

Sementara itu, Bernama melaporkan, dalam pengumuman bersama Peter dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, mereka berkata kenaikan itu disebabkan oleh peningkatan harga gas asli untuk sektor tenaga. Sebelum ini, agensi berita nasional itu melaporkan, Urus niaga saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) digantung berkuat kuasa pukul 2.30 petang sehingga 5 petang ini.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata penggantungan itu berhubung dengan satu pengumuman penting.

Sumber: Malaysiakini

Ulasan: Ya betul. Memang diakui 75% pengguna elektrik tak akan terjejas ngan kenaikan tarif baru ni. Tapi yang jadi masalahnya nanti bila kerjaan naikkan tarif elektrik ni bermakna industri memproses makanan serta barang keperluan terpaksa menaikan harga barang-barang ni dek kerana mereka terpaksa membayar lebih untuk bil tenaga. Dan secara tak langsung rakyat pasti akan berdepan ngan kenaikan harga barang pulak lepas ni. Sebelum korang tekan rakyat camni kononnya nak kurangkan subsidi kerajaan, baik korang potong je elaun-elaun korang yg tak logik dek akal tu. Baru la rakyat respect. Bak kata JAMBU: apa pon tak boleh, apa pon tak boleh….

Categories: WoRD LiFe

Keindahan matematik

May 27, 2011 8 comments

Keindahan matematik. Percayakan anda dengan menggunakan teori-teori matematik membuatkan kita terjua dengan pelbagai jenis penemuan yang diyakini bukan secara sengaja. Tetapi ianya melambangkan kekuasaaan Allah yang maha Esa. Mari kita renungkan:

1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888

Hebatkan? Dan cuba lihat simetri ini pula:

1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321

Sekarang ini pula. 101% dari sudut pandangan matematik :
Apakah ia sama dengan 100%?
Adakah ia bermaksud LEBIH dari 100%?
Kita selalu mendengar orang berkata dia beri lebih dari 100%?
Kita selalu dengar situasi di mana seseorang mahukan kita BERIKAN SEPENUHNYA 100%
Bagaimana nak MENCAPAI 101%?
Apakah nilai 100% dalam hidup?
Mungkin sedikit formula matematik di bawah boleh membantu mendapatkan jawapannya.

Jika:
ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ
Digambarkan sebagai:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

Jika:
KERJA KERAS
11 + 5 + 18 + 10 + 1 + 11 + 5 + 18 + 19 + 1= 99%

HARDWORK
8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%

Dan:
KNOWLEDGE
11 +14 +15 +23 + 12 5 +4 +7 + 5 = 96%

Serta
SIKAP
19 + 9 + 11 + 1 + 16 + 4 + 9 + 18 + 9= 96%

Dalam Bahasa Inggeris;
ATTITUDE
1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%

Sikap diri atau attitude adalah yang utama untuk mencapai 100%. Jika kita bekerja keras sekalipun tetapi jika tiada attitude masih belum dapat 100% lagi.

Tapi

LOVE OF GOD
12 +15 +22 +5 +15 + 6 +7 +15 +4 = 101%

atau

SAYANG ALLAH
19 + 1 + 25 + 1 + 14 + 7 + 1 + 12 + 12 + 1 + 8 = 101%

Categories: WoRD LiFe

Pembekuan jawatan kosong sehingga 31/8/2011

May 26, 2011 4 comments

Berkuatkuasa 1 JUN 2011 semua jawatan kosong dimansuhkan. Ini adalah berdasarkan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perjawatan dan Gaji Sektor Awam (JKK-MPGSA) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 6 Mei 2011. Walau bagaimana pun, jawatan-jawatan pada gred kenaikan pangkat dan jawatan yang sedang dalam proses lantikan oleh Pihak Berkuasa Melantik adalah dikecualikan.

Arahan pembekuan pengambilan, pengisian jawatan dan pemansuhan jawatan kosong ini adalah di semua kementerian dan jabatan persekutuan, pejabat setiausaha kerajaan negeri, badan berkanun persekutuan dan badan berkanun negeri. Keputusan ini adalah selaras dengan langkah Kerajaan untuk merealisasikan dan mewujudkan Perkhidmatan Awam yang kejat (Lean Civil Service). Dengan demikian, Pihak Berkuasa Melantik hendaklah memastikan urusan pengambilan baru dibekukan sehingga 31 Ogos 2011 kecuali urusan yang melibatkan calon-calon yang telah dipanggil temuduga untuk pelantikan.

Dato’ Sri Abu Bakar Hj Abdullah (Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam) menasihatkan supaya agensi tidak mengemukakan permohonan penstrukturan semula organisasi dan pengukuhan jawatan dalam tempoh tersebut. Jabatan Perkhidmatan Awam juga akan melakukan auditan perjawatan secara komprehensif di setiap agensi Kerajaan.

P/S: Nampaknya gelap lagi la masa depan pencari kerja kerajaan…. Dunia… Dunia…

Categories: WoRD LiFe

Cristiano Ronaldo ~ rekod 40 gol

May 23, 2011 3 comments

MADRID – Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo berjaya memecah rekod penjaring terbanyak Liga Sepanyol dengan meledak keseluruhan 40 gol. Pada aksi terakhir liga di Santiago Bernabeu awal pagi semalam, Ronaldo meledak dua gol untuk membantu Real membelasah Almeria 8-1.

Sebelum turun beraksi, Ronaldo berkongsi rekod jaringan terbanyak 38 gol yang dilakukan bekas pemain Athletic Bilbao, Telmo Zarra pada 1951 dan le- genda Real, Hugo Sanchez (1990).

Dengan kejayaan menyumbat 40 gol pada saingan Liga Sepanyol musim ini, Ronaldo buat pertama kali berjaya merangkul anugerah Pichichi selaku penjaring terbanyak. Ia pastinya sedikit mengubat kekecewaan Ronaldo yang hanya mampu merangkul satu piala iaitu juara Piala Raja-Raja Sepanyol musim ini setelah dia beraksi dua musim bersama Real.

“Saya mahu ucapkan terima kasih kepada semua rakan sepasukan yang membantu usaha mendapatkan 40 gol ini. Anugerah Pichichi ini ditujukan kepada mereka dan juga semua penyokong Real.

“Biarpun musim ini tidak begitu memihak kepada kami, jurulatih mahu kami menjaringkan banyak gol supaya kami dapat memulakan musim depan dengan penuh harapan.

“Menjaringkan 102 gol dalam semusim sesuatu yang sukar untuk dilakukan. Tidak mustahil ia mampu diulangi musim depan tetapi memang ia cukup sukar,” kata Ronaldo.

Ulasan:

Dapat score 40 bijik dalam satu season memang hebat yg amat. Memang patut la dia digelar Goal Machine. Dalam saingan liga domestik je dah 40 bijik, yang lain-lain belom kira lagi. Bagi aku dia ni kira tahap legend la. Mungkin fenomena 1000 dalam satu yg muncul cuma sekali dua je dalam beberapa dekad. Memang legend!!

Categories: WoRD LiFe

Stop LYNAS ~ V2

May 19, 2011 2 comments

LYNAS : Apa Yang Perlu Anda Ketahui

Sebagai seorang ayah kepada 3 orang anak yang masih kecil, menjadi tanggungjawab saya untuk melindungi mereka walaupun terpaksa berkorban nyawa. Saya rela mati untuk tujuan itu. Sebagai seorang Hamba dan Khalifah di bumi Allah ini, saya merayu belas ihsan dan redha dari Allah sebelum saya pergi menemuinya. Selagi Nafasku di Kandung Badan, selagi itu Jihad Pena ini akan saya teruskan.

Setiap wanita yang bergelar ibu, dengan derita 9 bulan memikul beban di badan dan bercengkang mata setiap malam pasti tidak akan rela dengan apa pun ancaman lebih-lebih lagi ancaman sisa radioaktif yang terbukti banyak berlaku di setiap negara yang melombong ‘nadir bumi’ atau ‘rare earth’ khususnya di China.

Kanser, Leukemia, Kecatatan malah kematian khususnya dari kalangan kanak-kanak cukup ketara dan tidak dapat dijankau oleh setiap akal manusia yang waras untuk membiarkan tamak haloba menguasai jiwa dan seterusnya menodai sifat kasih sayang itu, lebih-lebih lagi kepada zuriat keturunan empunya diri.

Ringkasan isu Lynas di bawah diolah untuk memberi kefahaman menyeluruh dan terperinci dari sumber-sumber yang sahih kepada setiap insan manusia yang sayangkan nyawa dan persekitaran sebelum bumi yang kita pinjam ini dipulangkan kembali kepada generasi yang akan datang.

Terserah kepada pembaca untuk menilai semua fakta-fakta ini.

1. Kilang Lynas sudah pun 95% dibina di Gebeng Kuantan. Keluasan menyamai 140 buah padang bola atau 100 hektar tanah. Kedudukan Kilang Lynas diapit oleh Polyplastic dan Projek Fasa 1 Kluster Industri Minyak Kelapa Sawit yang juga berhadapan dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan bersebelahan dengan BASF Petronas Chemicals. Juga tercatat papan tanda LAMPSON atau Lynas Advanced Material Plant (LAMP) antara Lynas Malaysia Sdn Bhd dan UGL Resources. UGL Resources adalah syarikat utama yang berpengkalan di Australia dalam bidang Pengurusan Aset dan Projek dengan jumlah kakitangan sekitar 42,000 orang. Mereka telah dianugerahkan Kontrak Pengurusan Projek Pembinaan Lynas di Gebeng pada 22/2/2010 dengan nilai kos pengurusan projek di sekitar RM96.8 juta. UGL Resources bertanggunjawab di dalam urusan rekabentuk kejuruteraan kilang Lynas. Kos infrastruktur Lynas di Gebeng dianggarkan sekitar RM700 juta.

2. 100% milik Lynas Australia.

3. Dijadual untuk disiapkan Suku-3 2011 (September). Tarikh asal dikatakan pada Suku-1 2011 (March).

4. Lesen untuk dibina diberi pada tahun 2008.

5. Peluang Pekerjaan hanya untuk 350 orang sahaja.

6. Akan menghasilkan 22 ribu tan ‘rare earth oxide ‘ setahun.

7. Nilai eksport dianggarkan pada nilai RM8 Billion setahun.

8. Bebas Cukai selama 12 tahun.

9. China merupakan pembekal ‘rare earth’ atau nadir bumi terbesar di dunia sebanyak 95%. Dijangka berlaku penurunan export nadir bumi atau ‘rare earth’ China dari 72% kepada 37% pada tahun 2011.

10. Harga satu tan pada RM364, 800.

11. Pembeli terbesar adalah dari Jepun, Amerika dan Eropah untuk keperluan industri berteknologi tinggi (Magnet Prestasi Tinggi) seperti Kabel Fiber Optic, Monitor LCD, Komputer, Lensa Kamera, Mentol Lampu, Smartphone, Alatan Ketenteraan dan Kereta Hybrid.

12. Lynas dijangka akan menjadi pengeluar 1/3 daripada keperluan ‘rare earth’ atau nadir bumi dunia selepas 2 tahun beroperasi.

13. Proses menghasilkan ‘rare earth’ atau nadir bumi secara umumnya:

a. Ore dilombong di Mount Weld Australia.

b. Ore tersebut kemudiannya akan dikeringkan dan proses pengasingan akan dilakukan. Di sini ‘rare earth concentrate’ akan dihasilkan.

c. Di Gebeng Kuantan, proses seterusnya ialah menghasilkan ‘rare earth compounds’ dimana rawatan dengan menggunakan bahan kimia akan dilakukan untuk proses pengasingan seterusnya.

d. ‘Rare earth compounds’ tersebut akan seterusnya diproses dengan menggunakan kuantiti bahan kimia yang berbeza bergantung kepada jenis ‘rare earth’ atau nadir bumi itu, sama ada ia ringan atau berat untuk menghasilkan ‘ rare earth oxides’ di mana ia kemudiannya dihantar atau dieksport semula ke kilang pengeluar produk.

e. Di kilang pengeluar produk berteknologi tinggi, ‘rare earth oxides’ ini akan diproses sekali lagi juga menggunakan teknik ‘solvent extraction’ untuk menghasilkan ‘rare earth metal’ yang akan digunakan secara langsung atau dicampurkan dengan bahan lain untuk menghasilkan produk berteknologi tinggi itu.

14. ‘Rare earth ore’yang dilombong di Mount Weld mengandungi beberapa mineral utama dan diantaranya ialah monazite. Monazite adalah bahan radioaktif. Di dalam bahan mineral monazite ini terdapat thorium, cerium dan lanthanum. Monazite kaya dengan Thorium dan Thorium ini juga adalah bahan radioaktif yang tinggi dan boleh digunakan untuk menggantikan uranium dalam menghasilkan tenaga nuklear.

15. ‘Rare earth concentrate’ yang diimport dari Australia untuk diproses di Gebeng Kuantan ketika itu dianggarkan mengandungi 0.0029% Uranium dan 0.16% Thorium for every metrik tan.

16. ‘Rare earth concentrate’ yang diimport akan diproses untuk dijadikan ‘rare earth oxide’ di Gebeng Kuantan. Daripada komen yang disampaikan oleh CEO Lynas sendiri, kandungan Thorium adalah pada nisbah 55:10,000 metrik tan dan dari 22 ribu tan setahun ‘rare earth oxide’ yang dihasilkan dari kilang Lynas atau LAMP di Gebeng Kuantan itu, sisa buangan Thorium yang dianggarkan akan dihasilkan dalam tempoh setahun adalah sebanyak 121 metrik tan bersamaan dengan 121 buah lori 1 tan atau 24 buah lori 5 tan SETAHUN!.

17. Maklumat berkenaan Thorium dan kesannya kepada manusia persekitaran seperti yang dilaporkan oleh Agensi Perlindungan Persekitaran Amerika Syarikat (EPA) adalah seperti berikut:

a. Thorium-232 mempunyai jangka hayat 14 billion (14×109) tahun.

b. Thorium-230 dan Thorium-228 mempunyai jangka hayat 75,4000 tahun.

c. Pencemaran Thorium boleh merebak dengan lebih meluas melalui air dan udara.

d. Mereka yang tinggal berdekatan tempat yang menghasilkan sesuatu bersama Thorium berkemungkinan terdedah kepada bahaya Thorium.

e. Manusia boleh dijangkiti atau terdedah dengan Thorium melalui sedutan udara, makanan dan air.

f. Thorium yang dihidu atau disedut melalui udara akan kekal untuk jangka masa yang lama pada salur pernafasan. Thorium yang masuk ke salur darah akan juga tinggal di tulang pada jangka masa yang lama.

g. Risiko Kanser di tekak, tulang dan pankreas kesan dari hiduan sisa Thorium.

Kes 1: Syarikat Mitsubishi Chemical yang terlibat dalam industri pemprosesan ‘rare earth’ di Bukit Merah dikaitan dengan 8 kes Leukimia dan 7 kes kematian. Telah ditutup pada tahun 1992 dan kerja-kerja pembersihan sisa masih berjalan sehingga ke hari ini (Hampir 20 Tahun) dan telah menelan belanja lebih RM300 juta.

Kes 2: Kebocoran radiasi di Fukushima selepas bencana Gempa Bumi dan Tsunami mendesak kerajaan negeri Jepun yang dikatakan cukup maju dalam pengurusan bencana untuk melebarkan kawasan evakuasi dari 16KM kepada hampir 40KM termasuk mengisytiharkan tahap 7 kebocoran radiasi, sama seperti yang dialami di Chernobyl Ukraine pada tahun 1986 yang telah meragut hampir 200,000 ribu kematian akibat kanser seperti yang dilaporkan oleh Greenpeace ketika itu.

Kes 3: Kesan toxic dan radioaktif dari industri ‘rare-earth’ di Baotou Mongolia. Setiap proses ‘rare-earth’ bermula dari perlombongan ‘ore’ ke ‘rare earth oxide’ atau ‘rare-earth metals’ banyak menggunakan bahan asid dan kimia. Malah ketika perlombongan ‘ore’, bahan asid akan dimasukkan ke lubang yang digali. Sisa buangan radioaktif khususnya Thorium juga dihasilkan ketika melalui semua proses itu. Kebocoran bahan asid, kimia dan sisa radioaktif ini yang banyak berlaku di Baotou terbukti telah menyebabkan kemusnahan kepada hasil pertanian dan kesihatan seperti kerosakan hasil tanaman, gigi tercabut dan rabut putih atau beruban diawal usia muda sekitar 20-an. Malah kematian disebabkan kanser juga direkodkan walaupun lokasi penempatan penduduk berada 10KM dari kawasan penyimpanan sisa buangan radioaktif itu.

Kes 4: Kajian yang dilakukan oleh Kolej Perubatan Jiangxi di China dari sample darah dan ujian IQ pada kanak-kanak mengemukakan kesimpulan bahawa kanak-kanak di sekitar umur 7-10 tahun yang tinggal berdekatan dengan kawasan ‘rare-earth ore’ berkemungkinan mempunyai IQ atau kecerdasan akal yang lebih rendah berbanding mereka yang tinggal jauh atau yang tinggal di kawasan yang terkawal.

18. Kesannya kepada sumber ekonomi negara khususnya kegiatan ekonomi rakyat di sekitar Kuantan dan Kemaman:

a. Sektor Perlancongan khususnya di Cherating Pahang (dalam Jarak 18-20 KM dari lokasi Kilang Lynas).

b. Sektor Perikanan di Kuantan adalah antara yang terbesar. Terdapat 390 nelayan laut dalam yang berdaftar.

c. Sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS) khususnya makanan laut (Keropok Lekor, keropok, ikan bakar dan sebagainya).

d. Nilai hartanah akan merudum kerana tiada siapa yang mahu membeli tanah atau kediaman di sekitar Kuantan dan di Kemaman.

e. Ancaman kepada syarikat berdekatan khususnya Petro-Kimia seperti Kaneka, MTBE, Petronas BASF dan BP Chemicals. Kerugian yang besar jika operasi mereka terganggu dengan insiden kebocoran sisa radioaktif yang boleh menjejaskan kesihatan pekerja mereka.

f. Pelabur baru dari luar negeri dan dari luar negara tidak akan berminat untuk melabur kerana ancaman sisa radioaktif daripada Lynas. Risiko terlalu tinggi.

19. Pertikaian rakyat khususnya rakyat setempat adalah berkenaan:

a. ‘Public Consultation’ atau Konsultansi dari pihak awam tidak pernah berlaku malah sebelum lesen untuk dibina dikeluarkan pada tahun 2008.

b. Laporan penuh Jabatan Alam Sekitar tidak dikongsi kepada rakyat, hanya Ringkasan Eksekutif yang dipaparkan di halaman web.

c. Lokasi yang terlalu dekat dengan kawasan kediaman. Jarak 2 KM dari Balok dengan kepadatan penduduk seramai 16700 orang. Jika diambil kira keluasan evakuasi di Fukushima dalam jarak 40KM dari Gebeng Kuantan, kebocoran sisa radioaktif akan melibatkan keseluruhan penduduk di Kuantan, Gambang, Cherating malah Kemaman di Terengganu sekalipun. Jumlah penduduk yang mungkin terlibat boleh mencecah hampir 800 hingga 900 ribu secara keseluruhannya dengan Kuantan sahaja di sekitar 600 hingga 650 ribu orang. Syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Australia adalah minima 35KM dari kawasan penempatan penduduk.

d. Cadangan untuk membawa masuk ‘rare earth concentrate’ dari Mount Weld Australia ke Malaysia sebagai bahan bukan radioaktif dari pelabuhan Kuantan.

e. Menteri Western Australia, Hon Norman Moore memaklumkan sisa buangan radioaktif itu adalah milik Malaysia dan tidak akan diterima balik oleh Australia.

f. Sisa buangan radioaktif dari ‘rare earth’ boleh dibuang sama seperti sampah domestik.

g. Percanggahan kenyataan bahawa Mount Weld ‘ore’ yang dilombong di Austalia adalah jenis lanthanide dan bukan monazite.

h. Panel bebas yang dilantik oleh Kerajaan Malaysia iaitu IAEA atau Agensi Tenaga Atom Antarabangsa tidak bebas dan berat sebelah kerana mereka bukan ‘regulator’ atau pembuat undang-undang yang tiada berkepentingan dalam sumber tenaga itu tetapi mereka adalah ‘promoter’ atau pihak yang menyokong penggunaan sumber tenaga itu.

i. Panel bebas harus diwakili dan dilantik oleh rakyat yang berkepentingan dalam isu ini.

j. Kelulusan untuk beroperasi tidak boleh diberi selagi mereka tidak memenuhi piawaian yang dicadangkan oleh Molycorp Minerals (California).

k. Piawaian negeri China yang berkait dengan Perancangan Pengurusan Pemprosesan dan Sisa Buangan tidak seharusnya digunakan. Sebagai contoh Menggunakan piawaian China GB9133-S3 dimana sisa buangan dengan aktiviti khusus yang kurang daripada 74Bq/g diklasifikasikan sebagai bukan sisa radioaktif dan boleh disimpan di kemudahan simpanan sisa biasa.

l. ‘Proof of Concept (POC)’ atau Bukti Konsep seharusnya dibuat oleh Panel Pakar yang bebas dan ujian konsep ini seharusnya dilakukan di Mount Weld Australia sendiri.

m. Cadangan membawa ‘rare earth’ bukan sahaja dari Australia tapi juga dari Malawi. Berkemungkinan ‘rare earth’ dari negara lain akan dibawa ke Gebeng Kuantan. Gebeng Kuantan berkemungkinan akan menjadi pusat serantau Asia malah dunia dalam penyimpanan sisa radioaktif dari perlombongan ‘rare earth’.

n. Denda RM50 juta seperti yang termaktub di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom Perenggan 59 (1) untuk setiap bencana kepada Lynas dilihat cukup ringan berbanding hasil RM8 Billion setahun LAMP. Hanya satu bencana yang melibatkan sisa radioaktif memadai untuk menjadi ancaman yang serius dan kekal lama kepada semua.

Jika anda seorang ibu atau ayah, cuba renungi mata anak-anak anda dan katakan kepada diri anda, haruskah perkara ini diabai atau diendahkan?.

Jika tidak, kehadiran kita di Stop Lynas Solidarity Walk dari KLCC ke Kedutaan Australia di Jalan Yap Kwan Seng pada 20hb Mei ini jam 2 petang amat dituntut.

Katakan Tidak Pada LYNAS!!!

Sumber: http://pemudatua.blogspot.com/

Categories: WoRD LiFe

Makan protein rambut

May 18, 2011 Leave a comment

KOTA BHARU: Pengguna Islam di negara ini perlu berhati-hati dalam memilih bahan makanan berikutan kajian dilakukan terhadap roti, kek dan pau yang dijual di pasaran ketika ini dikesan mengandungi protein rambut atau ‘L-cyscine’ yang disahkan haram penggunaannya.

Segelintir penyedia bahan makanan berkenaan juga merahsiakan penggunaan ramuan meragukan itu dengan tujuan melembutkan produk dihasilkan, selain rasanya lebih sedap hingga meningkatkan hasil jualan dan menguntungkan mereka. Difahamkan bekalan protein rambut itu mudah didapati di China sebelum dipasarkan ke negara ini, manakala bahan berkenaan akan diadun bersama tepung untuk menghasilkan kek atau roti.

Perkara berkenaan didedahkan pengasas Piawaian Amalan Pengilangan Islam (IMP), Ahmad Tajuddin Arshad, yang mendakwa kajian Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menemui bahan meragukan di dalam produk bahan makanan itu.

Beliau berkata, bahan itu boleh didapati dengan mudah di negara ini kerana yang dijual di pasaran sudah diadun bersama tepung untuk membuat kek, roti atau pau. “Fatwa mengesahkan pengharaman memakan organ badan manusia dan rambut pula dikategorikan sebagai organ badan manusia. Jadi ia sudah disahkan haram penggunaannya dalam masakan kepada umat Islam.

“Universiti Al-Azhar di Mesir juga mengesahkan fatwa mengenai pengharaman makan organ badan manusia (merujuk protein rambut), manakala kajian CAP, roti, kek dan pau mengandungi protein rambut untuk menjadikan makanan terbabit lebih menarik,” katanya pada Seminar Usahawan IMP di sebuah hotel di sini, semalam.

Program disertai kira-kira 30 usahawan Muslim di negeri itu bertujuan memberi kesedaran kepada golongan terbabit mengenai kepentingan penggunaan bahan halal dalam produk makanan dan minuman dihasilkan mereka. Katanya, pengharaman bahan berkenaan begitu jelas kerana dalam Islam, makanan yang dimakan akan mempengaruhi sikap individu.

“Jika bahan makanan mengandungi organ manusia iaitu rambut, ia mempengaruhi sikap pemilik asal rambut itu kepada individu berkenaan. Jadi saya harap pengguna lebih berhati-hati dengan penggunaan bahan tidak jelas dari mana datangnya terutama dijadikan sebagai bahan makanan mereka setiap hari,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, terdapat segelintir peniaga pisang goreng menggunakan plastik untuk menjadikan tepung lebih rangup sedangkan perbuatan mereka itu menyebabkan pengguna terdedah kepada kanser. Katanya, hasil maklumat diperoleh, peniaga akan memasukkan plastik ke dalam minyak panas sebelum menggoreng pisang.

“Bukan sekadar menggunakan plastik ke dalam minyak panas, peniaga ini juga bertindak memasukkan perisa tambahan ke dalam tepung untuk menggoreng pisang sedangkan kita tahu penggunaan bahan perisa boleh menyebabkan masalah kesihatan kepada orang ramai dalam jangka panjang. Kesedaran perlu ada dalam diri peniaga supaya tidak hanya memikirkan keuntungan semata-mata“ katanya.

Sumber: Metro Online

P/S: Buat semua teman berhati-hatilah supaya kita semua tak menanggung derita akibat perkara yang dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab nih.

Categories: WoRD LiFe

Asyraff ~ Setahun 6 bulan

May 16, 2011 6 comments

Makan nasik sambil senyum?

Hai anak, macam-macam ragam buat mama abah jadi bahagia.

Genap dah Asyraff Khalish berusia 1 tahun 6 bulan harini.

Moga sihat selalu hendaknya anakku.

Categories: WoRD LiFe

Scrambler gila-gila remaja

May 13, 2011 32 comments

Permintaan jentera dua roda yang semakin meningkat menjadi pemangkin buat DNC Asiatic Holdings Sdn Bhd iaitu pembuat motosikal jenama Demak memperkenalkan enam model terbarunya tahun ini.

Demak menyajikan dua model bagi setiap kategori moped, skuter dan motosikal lasak atau lebih dikenali dengan ‘scrambler’ sebagai pilihan masyarakat negara ini. Dua model moped itu membabitkan DMS 110 dan DV 110 yang menggunakan enjin empat lejang dengan menampilkan rekaan terkini serta bergaya.

Bagi peminat skuter, Demak menawarkan dua model iaitu Cyborg dan Venom dengan kapasiti enjin 150 cc, sementara D-Moto serta DTZ bagi kategori scrambler. Model scrambler dilengkapi enjin 230 cc hingga 250 cc sekali gus memberi ruang kepada peminatnya untuk memiliki jentera dua roda yang lasak.

Pengurus Besar Jualan dan Pemasarannya, Hon Swee Leong, berkata kehadiran enam model terbaru itu memberi pelbagai pilihan untuk pengguna. Menurutnya, semua model itu akan dipasarkan secara berperingkat sebelum Jun ini dan selain itu pihaknya akan memperkenalkan beberapa produk terbaru untuk tahun ini.

“Kehadiran model itu berikutan kejayaan kami melakukan penyelidikan dan pembangunan untuk menghasilkan produk yang luar biasa. Kami sangat mengutamakan kualiti produk kerana mahu memberi kepuasan kepada pengguna. Selain itu harganya yang berpatutan,” katanya selepas majlis makan malam sempena menyambut ulang tahun kelapan Demak, di Genting Highlands, Pahang, baru-baru ini.

Hadir sama, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tunku Jaafar dan Ketua Pegawai Eksekutif DNC Asiatic Holdings Sdn Bhd, Goa Rong. Hon berkata, pihaknya turut mensasarkan kadar kenaikan jualannya sehingga 30 peratus dengan kehadiran enam model terbarunya itu pada tahun ini.

“Walaupun kami baru beroperasi lapan tahun, kami berjaya berada pada tangga keempat dalam segi jualan berbanding dengan keluaran motosikal jenama lain,” katanya.

Itulah perkembangan baru alam permotoran. Demak, satu nama yang agak baru dalam dunia motor. Dulunya jenama Demak ni acapkali kena kutuk dek kerana dikatakan meniru model motosikal lain serta kualitinya yang amat-amat rendah. Kebanyakan produk Demak ini sememangnya menjadi bahan ketawa banyak pihak.

Tapi tu cerita bertahun dulu, sekarang apa yang aku nampak produk keluaran Demak ni semakin hari semakin bagus dan baik. Dari masa ke semasa mereka cuba untuk memperbaiki sudut kualiti supaya dapat memberikan kepuasan kepada pengguna. Kini bakal bertambah lagi motor keluaran Demak yang akan berkeliaran di jalanraya Malaysia.

Dengan pengenalan 6 model baru ini Demak menyasarkan untuk menjadi sebahagian daripada pengeluar yang berjaya menambah hati pengguna. Aku pulak cukup tertarik dengan model scrambler keluaran Demak ni. Sejak model DTM150 dikeluarkan, ianya menjadi model hot kat Malaysia ni.

Demak pulak menyenaraikan lagi 2 bijik model scrambler berkapasiti 230cc dan 250cc yang mana bagi aku sangat menarik perhatian. Dengan rekaan scrambler yang tinggi dan lasak, bagi aku ianya amat sesuai untuk digunakan oleh mereka yang bekerja sekitar lembah Klang. Sebagaimana yang kita tahu, jalanraya kat KL ni sememangnya teruk. Berlubang, berlopak dan bila hujan terus banjir. Jadi kalau beli scrambler ni boleh main redah je. Terbaekkk!!

Hasrat aku mungkin satu hari nanti aku akan sambar gak salah satu model scrambler nih. Yang nampak menarik tentunya Demak D-Moto 250cc tu. Insyaallah kalo ada rezeki jadi Azroy gila-gila remaja la plak aku nanti. Hahaha…

Categories: WoRD LiFe

Cepat mati kalo duduk lama?

May 12, 2011 10 comments

Semalam aku blog-jogging ke laman-laman bloggers lain. Terjumpa satu fakta yang menarik ni dimana dikatakan bahawa sekiranya kita duduk terlalu lama boleh menyumbang kepada risiko kematian. Risiko ini nampaknya lebih banyak kesannya kepada kita-kita yang bekerja dalam evironment pejabat. Lebih-lebih lagi kalo korang Librarian yang asyik duk kat counter je kejenya. Jadi kajian yang dilakukan ini adalah sebagai salah satu kajian supaya kita semua berwaspada dan menjaga kesihatan diri.

Mari kita baca serba sedikit fakta tersebut. Layannnn…


Sumber: Blog-serius

Categories: WoRD LiFe

Hari bersama keluarga

May 11, 2011 9 comments

8 April 2011.

Tarikh ini merupakan antara detik yang agak indah kerana pada waktu ini kami ahli keluarga MJ Clan (Mat Jidin Clan) 8) dapat berkumpul bersama-sama nun di Shah Alam. Perancangan awalnya takde la details sangat pon. Sekadar biasa-biasa je.

Asalnya takde pon planning kaw-kaw nak buat reunion, tapi bila dengar cerita mak dan abah nak turun ke Shah Alam untuk menjemput adik bongsu aku yang dah abes semester degree dia, adik-beradik lain yang berada di area Klang Valley summer jadik untuk turun melepak bersama-sama.

Bertempat di Restoran Cili Merah, Seksyen 9 Shah Alam. Kami adik-beradik berkumpul, menjamu selera bersama dan menghabiskan waktu tengahari itu dengan bertukar-tukar cerita. Bukan senang nak berkumpul bersama kecuali waktu-waktu perayaan dan cuti umum sahaja. Kadang-kala itu pon sekali sekala je berlaku.

Pada hari tersebut Encik Asyraff Khalish telah menunjukkan belangnya kepada sanak saudara. Sungguh aktif menjerit sana sini, bersembang dengan bahasanya sendiri serta membuat aksi-aksi menarik time posing. Anak sapa la tu? Hahahaha.. Ok la gak, janji ada gak hiburan untuk kami sekeluarga.

Waktu berlalu dengan pantas. Pas habis menjamu selera abah, mak dan abang sulung aku mula berangkat kembali ke Kuantan. Walaupon sekejap, yang penting terubat rindu didada apabila dapat berkumpul beramai-ramai. Dan apa yang menarik tahun ini Isyaallah akan menyaksikan ahli baru dalam keluarga kami. Kakak dan adik aku mengandung. Bertambah ramai la warga MJ Clan.

Mudah-mudahan semuanya selamat. Chow!!

Sengih-sengih dulu. Persediaan untuk posing lebih macho. huhu

Hahaha. Gambo kandid ni paling aku tak tahan. Tengok sape enterframe tu? 8)

Gambo aku tak nampak. Dah abeh adjust kaler jadik bright dah ni. Hampeh tul.

Categories: WoRD LiFe
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 48 other followers