Archive

Archive for July, 2011

Syiling baru tahun 2012

July 26, 2011 5 comments

Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengeluarkan siri ketiga duit syiling baharu bermula tahun depan.

Gabenor BNM Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata duit-duit syiling baharu yang dalam denominasi lima sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen diinspirasikan daripada ciri-ciri unik yang mencorakkan budaya dan warisan kaya negara.

“Motif reka bentuk duit syiling ini memaparkan keindahan alam semulajadi, flora dan fauna dan seni kraftangan tradisional yang terdapat di Malaysia,” kata beliau pada majlis pelancaran 500,000 set duit syiling peringatan bagi menandakan siri-siri duit syiling baharu itu di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata yang siri duit syiling baharu ini lebih kecil dan ringan untuk memudahkan orang ramai menggunakannya. Ia juga mempunyai sisi tepi yang berbeza-beza bagi memudahkan orang ramai dan mereka yang kurang upaya penglihatan mengenali dan membezakannya.

Duit syling berwarna kuning dan perak ini dibuat dengan menggunakan kemajuan terkini teknologi pembuatan duit syiling dengan memasukkan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik untuk mengelak daripada pemalsuan.

Logam baharu yang digunakan untuk membuat duit syiling ini adalah dari jenis yang lebih berkualiti dan tahan lama. Siri baharu ini akan berada dalam edaran bersama-sama dengan siri yang sedia ada. Siri yang sedia ada akan dikeluarkan daripada edaran secara beransur-ansur.

SUMBER: Malaysiakini

Categories: WoRD LiFe

28…

July 25, 2011 18 comments

Categories: WoRD LiFe

Virus di Facebook!

July 22, 2011 Leave a comment

Assalamualaikum.

Sekarang tengah sibuk dok kecoh pasal virus dalam akaun Facebook. Apa yang aku dapat tahu, ada beberapa rakan-rakan yang sudah terkena dengan virus ni. Jadi sebagai langkah berjaga-jaga aku post-kan kat sini sebagai panduan dan peringatan bersama.

PENERANGAN
1. Virus tersebut tersebar melalui IM dimana dia bermula dengan chat:
“hi. how are you?”

2. Kemudian sekiranya korang reply pada chat tersebut, dia akan hantar:
“Wanna laugh? :)

3. Selepas korang reply, dia akan hantar pula:
“It is you on the video ?)) want to see?)”

4. The lepas tu dia akan hantar satu LINK kepada anda dan link tu la VIRUS.

Berhati-hatilah dan sebarkan Kepada Rakan2 Facebook anda!!

Categories: WoRD LiFe

Bahaya keystroke…

July 21, 2011 9 comments

Assalamualaikum.

Terjumpa artikel ini di Internet. Aku fikirkan artikel ni wajar untuk dikongsikan bersama kerana ianya boleh dikategorikan sebagai pesanan khidmat masyarakat. Ia menyentuh berkenaan dengan isu keselamatan dalam penggunaan internet. Mari kita baca dan kongsikan bersama demi untuk keselamatan dan kebaikan semua pihak.

Aku tau mesti rapat yang tak nak tengok entry aku kali ni..Yela kan,korang sibuk tengok bola..Aku sebenarnya malas nk tengok bila Malaysia dah bolos 2 gol..Sebab tu aku taip entry baik untuk berkongsi dengan korang semua..Aku harap ada orang yang bace entry aku ni sebab entry ni sangat penting terutama pada orang yang suka on9 di Cyber Cafe…Ok,sebelum korang guna PC..1st Check device ni sama ada disambungkan dekat CPU atau tak.

Alat ini dinamakan Keystroke. Ia dicucuk di hujung cable keyboard yg terhubung ke PC, ini digunakan untuk menyimpan semua data yg telah diketik oleh keyboard itu…

Kebanyakan ini dipakai di Internet kafe, pameran, hotel Dan lapangan terbang. Maka berhati2lah terutama anda yg menggunakan Internet di tempat seperti itu untuk mengakses account bank online atau site penting lainnya.

Setelah anda masuk ke account bank, Dan setelah selesai, meninggalkan PC, itu akan dgn mudahnya untuk membuka account itu kembali dgn apa yg sebelumnya anda ketik, yg telah tersimpan di dlm Black Device.

Jadi, sebaiknya anda periksa dahulu PC jika Ada sesuatu yg mencurigakan di belakangnya sebelum menggunakan Internet di tempat umum untuk mengakses site penting

Semoga informasi ini berguna untuk anda semua..

SUMBER: Prince91.com

Categories: WoRD LiFe

55 Penyakit yg dibenarkan pengeluaran KWSP

July 19, 2011 8 comments

Berikut ialah senarai 55 jenis penyakit kritikal yang dibenarkan pengeluaran di bawah Skim Pengeluaran Kesihatan Kumpulan Wang Simpanan Simpanan Pekerja (KWSP) berkuat kuasa, Jumaat 15 Julai 2011.

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menambah senarai penyakit kritikal di bawah Pengeluaran Kesihatan daripada 39 kepada 55 penyakit, berkuat kuasa Jumaat.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Azlan Zainol berkata KWSP mengambil inisiatif memperluaskan senarai penyakit kritikal bagi membantu mengurangkan beban kewangan anggota dalam mendapatkan rawatan yang diperlukan dengan segera.

“Faedah pengeluaran kesihatan yang dikaji semula ini meliputi tambahan 16 jenis penyakit termasuk penyakit pulmonari obstruktif kronik teruk (COPD), fibrosis paru-paru, penyakit radang usus kronik, sklerosis sistemik dengan hipertensi pulmonari, AIDS dan tiga jenis penyakit mental yang jika tidak dirawat, akan memudaratkan pesakit,” katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.

Kali terakhir KWSP memperluas senarai itu ialah pada 15 Jun 2010 iaitu daripada 13 ke 39 penyakit. Azlan berkata pengeluaran bagi pembelian bantuan kesihatan kini dibenarkan bagi pesakit kanser, kardiovaskular, sistem respiratori, sistem saraf, sistem muskuloskeletal dan telinga.

Beliau berkata bagaimanapun, rawatan kesuburan dan alternatif tidak layak melakukan di bawah skim pengeluaran kesihatan. “Ia juga tidak layak jika kos rawatan perubatan dibiayai sepenuhnya oleh majikan anggota atau majikan keluarga anggota,” katanya. Untuk keterangan lanjut, Azlan berkata anggota boleh melayari laman web myEPF di www.kwsp.gov.my atau menghubungi Pusat Panggilan KWSP di 03-89226000.

Mereka juga boleh mengunjungi cawangan KWSP berdekatan bagi mendapatkan senarai penyakit terkini yang diluluskan, dan senarai peralatan bantuan kesihatan, serta maklumat lanjut mengenai cara permohonan pengeluaran KWSP bagi membiayai rawatan.

Sumber: BERNAMA

Mudah-mudahan dengan cara ini dapat memberikan kelegaan kepada mereka-mereka yang tidak mempunyai kewangan yang mencukupi untuk merawat penyakit yang dihidapi. Alhamdulillah, syukur.

Berikut adalah senarai jenis penyakit tersebut:
1. Anemia Aplastik / Aplastic Anaemia
2. Sindrom Apalik / Appalic Syndrome
3. Penyakit Alzheimer / Alzheimer’s Disease
4. Tumor Otak Benigna / Benign Tumour of the Brain
5. Buta / Blindness
6. Kanser / Cancer
7. Kardiomiopati / Cardiomyopathy
8. Penyakit Hati Kronik / Chronic Liver Disease
9. Penyakit Paru-Paru Kronik / Chronic Lung Disease
10. Koma / Coma
11. Penyakit Arteri Koronari / Coronary Artery Disease
12. Pekak / Deafness
13. Ensefalitis / Encephalitis
14. Hepatitis Virus Fulminan / Fulminant Viral Hepatitis
15. Serangan Penyakit Jantung / Heart Attack
16. Penggantian Injap Jantung / Heart Valve Replacement
17. Kegagalan Buah Pinggang / Kidney Failure
18. Kehilangan Upaya Hidup Sendiri / Loss of Independent Existence
19. Hilang Kebolehan Bertutur / Loss of Speech
20. Kelecuran Parah / Major Burns
21. Trauma Utama Di Kepala / Major Head Trauma
22. Pemindahan Organ Utama / Major Organ Transplant
23. Penyakit Medulari Sistik / Medullary Cystic Disease
24. Meningitis / Meningitis
25. Penyakit Neuron Motor / Motor Neurone Disease
26. Sklerosis Berganda / Multiple Sclerosis
27. Distrofi Otot / Muscular Dystrophy
28. Kelumpuhan / Paralysis
29. Penyakit Parkinson / Parkinson’s Disease30. Poliomielitis / Poliomyelitis
31. Pulmonari Primer / Primary Pulmonary
32. Strok/Angin Ahmar / Stroke
33. Pembedahan Aorta / Surgery to Aorta
34. Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) Dengan Lupus Nephritis / Systemic Lupus Erythematosus (SLE) with Lupus Nephritis2
35. Penyakit Membawa Maut / Terminal Illness
36. Hilang Upaya Kekal / Total Permanent Disability
37. Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik Teruk (COPD) / Emfisema / Severe Chronic Obstructive Pulmonary Disease(COPD) / Emphysema
38. Hipertensi Pulmonari Sekunder / Secondary Pulmonary Hypertension
39. Bronkiektasis / Bronchiectasis
40. Fibrosis Paru-paru / Lung fibrosis
41. Apnoea Tidur Obstruktif / Obstructive Sleep Apnoea
42. Penyakit Radang Usus Kronik / Chronic Inflammatory Bowel Disease
43. Kalkuli Ginjal Memerlukan Intervensi Pembedahan / Bilateral Renal Calculi Requiring Surgical Intervention
44. Abnormaliti Urinari Kongenital Memerlukan Intervensi Pembedahan Segera dan Major / Congenital Urinary Abnormalities Requiring Urgent and Major Surgical Intervention
45. Sklerosis Sistemik Dengan Hipertensi Pulmonari / Systemic Sclerosis with Pulmonary Hypertension
46. Limfoma / Lymphoma
47. Talesemia Major Memerlukan Agen Pengkelat / Thalassaemia Major Requiring Chelating Agent
48. Pemindahan Sel Stem Hematopoetik / Hematopoetic Stem Cell Transplantation
49. Sindrom Imuno-defisiensi Perolehan (AIDS) / Acquired Immuno-deficiency Syndrome (AIDS)

Senarai 3 Jenis Penyakit Mental
50. Skizofrenia / Schizophrenia
51. Mood Bipolar / Bipolar mood
52. Kemurungan Major / Major depression

Tambahan 3 penyakit kritikal bagi ahli/keluarga ahli berumur di bawah 16 tahun
53. Lelah/asma yang teruk / Severe Asthma
54. Leukimia / Leukaemia
55. Kecacatan intelektual disebabkan kemalangan atau penyakit / Intellectual Impairment Due to Accident or Sickness

Categories: WoRD LiFe

Door-stopper

July 15, 2011 3 comments

As salam. Saksikan la kepelbagaian jenis door-stopper yang dicipta oleh ke-kreativitian manusia di muka bumi ini. Memang satu seni yang mengagumkan. Layannn je la.

Categories: WoRD LiFe

Kisah Karak

July 11, 2011 8 comments

MAKA TERSEBUTLAH KISAH….

Lebuhraya karak mula dibina pada 1970 dan mula dibuka kepada orang ramai pada 1977. Lebuhraya ini menghubungkan Kuala Lumpur dengan Karak dan jaraknya lebih kurang 60.0 km. Lebuhraya ini mempunyai sepasang terowong di kawasan peranginan terkenal iaitu Genting Highland.

1- Antara kemalangan yang paling popular adalah pada 20 Januari 1990, di mana 17 orang terbunuh termasuk 11 orang anggota FRU bilamana berlaku pertembungan diantara kenderaan FRU dengan sebuah lori, sebuah bas dan 10 biji kereta.

2- Kalau korang perasan dekat Genting Sempah (berdekatan perniaga lemang) Banyak Lori berenti pada waktu malam (tidur).. dikatakan tidak sah kalau tidur disitu tapi tidak kena “tegur”.

3- Volkswagen kuning.. Selalunya pemandu akan dikacau selepas terowong karak.. Dia akan potong kereta korang, dan selepas itu dia akan bawa perlahan.. Ada yang kata jangan potong kereta kuning itu, kalau potong juga…..

Dan apa yang menarik tentang Volkswagen kuning ini, seingat aku pada tahun 1998 masa itu aku di asrama tengah dengar radio Era (masa tu Era baru je wujud). Seorang pemanggil call Era dan cerita pasal Volkswagen kuning ni dari A sampai Z, dan bila deejay tu tanya mana tahu tentang cerita ini, pemanggil dari Jelapang(Perak) itu dengan selamba kata dialah pemandu kereta itu dan talian terus putus….

4- Kereta Misteri

KARAK – Penemuan sebuah kereta Kia Optima yang terbenam ke dalam selut dari ketinggian 100 meter di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak, berhampiran terowong Genting Sempah menghala ke ibu negara kelmarin menimbulkan pelbagai misteri. Kereta berwarna perak itu dipercayai terjatuh dari Jalan Bentong Lama, Batu 18 di sini sebelum ia ditemui oleh penunda kereta, Wong Kam Wai, 31, pada pukul 3 petang.

Namun Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, sehingga semalam polis menolak wujudnya unsur jenayah atau kemalangan yang boleh dikaitkan dengan penemuan kereta itu.

“Kalau berlaku kemalangan, mesti pembahagi jalan sudah remuk seperti dilanggar. Jika ada jenayah mesti ada mangsa di sekitarnya,” kata beliau ketika dihubungi.

Kereta Kia Optima yang berharga lebih RM100,000 itu ditemui ketika Kam Wai sedang menaikkan sebuah kereta Satria Neo yang terbabas di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak. Dalam pada itu, satu sumber berkata, ketika ditemui kunci kenderaan ada pada kereta itu namun enjin tidak dihidupkan. Bagaimanapun,usaha untuk mengangkat kereta ini tidak berjaya.

Apabila di pertengahan, dua buah kembalik yang mengangkatnya tiba-tiba mengalami masalah mekanikal dan kerosakan pada sistem hidrolik.Ketika itu,kereta ini hanya beberapa meter sebelum sampai di tepi tembok lebuhraya.

Ketika kembalik kedua membantu, ia turut menerima nasib sama apabila tiba-tiba mengalami masalah mekanikal pula.Akhirnya, kereta misteri ini terpaksa di”semadikan” semula di bawah jambatan tersebut!

(sumber dari kosmo!)

Jalan Lama Karak

1- Seorang polis, satu hari naik motor ikut jalan lama ni….Nak dijadikan cerita sampai satu kawasan tu, dia nampak banyak kereta parking tepi jalan, tapi yang peliknya kat situ gelap gelita, seorang manusia pun tak ada dan yang paling pelik,semua kereta yang paking tu jenis kereta lama tapi masih cantik… Apa lagi rempit la sambil pegang pistol sampai genting sempah (Petronas).

2- Menurut cerita ramai juga yang ingin mengelak kesesakan lalu lintas ikut jalan lama karak(nak balik KL).Tetapi hampir 80% orang yang lalu disini bukan sahaja waktu malam, tengah hari siang buta pun akan berpatah balik.. Sebab dah tak tahan menanggung seram!

3- Dalam satu cerita lain,pemandu bas di situ pernah bercerita pada satu malam selepas bas terakhir dari KL ke bentong lebih kurang pukul 9 mlm, dia telah mengambil penumpang di kawasan tersebut yang kebiasaanya sunyi.. Seperti biasa kondaktor bas memberi tiket. Riuh rendah la dlm bas tu sebab ramai penumpang.. Bila hampir sampai di Bentong penumpang-pemunpang turun di satu kawasan hutan@kampung…. Sampai di stesen Bentong bila konduktor bas tu nak kira duit balik terkejut tengok dalam beg dia penuh dengan daun saja, mana perginya duit tadi?

4- Pernah juga terbaca, beberapa orang polis pernah terserempak dengan Rashid Maiden (Bekas ketua Komunis Pahang) bersembahyang berlapikkan daun pisang ditepi jalan, tetapi mereka hanya tergamam melihat kelibat Rashid Maiden sehingga la selesai sembahyang..selepas itu..hilang..

5- Mengikut cerita dan laporan akhbar, mangsa menghantar isterinya yang bekerja sebagai Manager McDonalds di Genting Sempah. Masa perjalanan pulang, si suami tetiba hilang di Jalan Lama Bentong – Gombak disyaki kemalangan di salah satu gaung. Si isterinya berjalan menyusuri jalan lama tu selama seminggu untuk mencari suaminya malangnya tak berjumpa.

Kemudian, dalam sebulan lepas tu orang asli dan pihak polis menjumpai kereta si suami dalam gaung di KM 40 Bentong tetapi tiada pemandu di dalam. Dalam lebih kurang seratus meter dari kereta itu, mereka terjumpa tulang manusia yang lengkap berbaju Melayu tapi tiada langsung daging pada badan mangsa. Baju Melayu tu masih lagi elok, dan jika dikatakan mayat dimakan binatang liar, tiada sebarang kesan kecederaan dan tulang semuanya lengkap.

6- Tentang hantu yang makan orang ni pula berlaku pada era 80’an.. Si suami ni pergi mencari air kerana kereta dia “temperature” naik. Si isteri tunggu di dalam kereta, lama juga dia tunggu suaminya….Lepas tu datang kereta peronda polis, si polis suruh isterinya keluar dari kereta dan terus ke kereta polis dan polis tu cakap “jangan pandang belakang”.. Bila dengar polis cakap macam itu,si isteri ni terus pandang..Apa yang memeranjatkan ialah si suami ada dekat atas bumbung kereta dengan anggota badannya hancur!

Tu la serba sedikit kisah tentang Karak yang nak dikongsikan. Sejauh mana kebenarannya hanya Allah saja yang mengetahui. Wallahualam….

Categories: WoRD LiFe

Peludah Warna ~ A.Samad Said

July 8, 2011 2 comments

Kuasa gusar kini menggelegak murka.
Warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
Dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
Menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
Kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
Dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
Kuasa pun seolah menjadi hartanya.

Categories: WoRD LiFe

6 become 1

July 4, 2011 6 comments

P/S: No comment. Hanya mampu ketawa… =)

Categories: WoRD LiFe
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.