Home > WoRD LiFe > Kisah Karak

Kisah Karak

MAKA TERSEBUTLAH KISAH….

Lebuhraya karak mula dibina pada 1970 dan mula dibuka kepada orang ramai pada 1977. Lebuhraya ini menghubungkan Kuala Lumpur dengan Karak dan jaraknya lebih kurang 60.0 km. Lebuhraya ini mempunyai sepasang terowong di kawasan peranginan terkenal iaitu Genting Highland.

1- Antara kemalangan yang paling popular adalah pada 20 Januari 1990, di mana 17 orang terbunuh termasuk 11 orang anggota FRU bilamana berlaku pertembungan diantara kenderaan FRU dengan sebuah lori, sebuah bas dan 10 biji kereta.

2- Kalau korang perasan dekat Genting Sempah (berdekatan perniaga lemang) Banyak Lori berenti pada waktu malam (tidur).. dikatakan tidak sah kalau tidur disitu tapi tidak kena “tegur”.

3- Volkswagen kuning.. Selalunya pemandu akan dikacau selepas terowong karak.. Dia akan potong kereta korang, dan selepas itu dia akan bawa perlahan.. Ada yang kata jangan potong kereta kuning itu, kalau potong juga…..

Dan apa yang menarik tentang Volkswagen kuning ini, seingat aku pada tahun 1998 masa itu aku di asrama tengah dengar radio Era (masa tu Era baru je wujud). Seorang pemanggil call Era dan cerita pasal Volkswagen kuning ni dari A sampai Z, dan bila deejay tu tanya mana tahu tentang cerita ini, pemanggil dari Jelapang(Perak) itu dengan selamba kata dialah pemandu kereta itu dan talian terus putus….

4- Kereta Misteri

KARAK – Penemuan sebuah kereta Kia Optima yang terbenam ke dalam selut dari ketinggian 100 meter di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak, berhampiran terowong Genting Sempah menghala ke ibu negara kelmarin menimbulkan pelbagai misteri. Kereta berwarna perak itu dipercayai terjatuh dari Jalan Bentong Lama, Batu 18 di sini sebelum ia ditemui oleh penunda kereta, Wong Kam Wai, 31, pada pukul 3 petang.

Namun Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, sehingga semalam polis menolak wujudnya unsur jenayah atau kemalangan yang boleh dikaitkan dengan penemuan kereta itu.

“Kalau berlaku kemalangan, mesti pembahagi jalan sudah remuk seperti dilanggar. Jika ada jenayah mesti ada mangsa di sekitarnya,” kata beliau ketika dihubungi.

Kereta Kia Optima yang berharga lebih RM100,000 itu ditemui ketika Kam Wai sedang menaikkan sebuah kereta Satria Neo yang terbabas di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak. Dalam pada itu, satu sumber berkata, ketika ditemui kunci kenderaan ada pada kereta itu namun enjin tidak dihidupkan. Bagaimanapun,usaha untuk mengangkat kereta ini tidak berjaya.

Apabila di pertengahan, dua buah kembalik yang mengangkatnya tiba-tiba mengalami masalah mekanikal dan kerosakan pada sistem hidrolik.Ketika itu,kereta ini hanya beberapa meter sebelum sampai di tepi tembok lebuhraya.

Ketika kembalik kedua membantu, ia turut menerima nasib sama apabila tiba-tiba mengalami masalah mekanikal pula.Akhirnya, kereta misteri ini terpaksa di”semadikan” semula di bawah jambatan tersebut!

(sumber dari kosmo!)

Jalan Lama Karak

1- Seorang polis, satu hari naik motor ikut jalan lama ni….Nak dijadikan cerita sampai satu kawasan tu, dia nampak banyak kereta parking tepi jalan, tapi yang peliknya kat situ gelap gelita, seorang manusia pun tak ada dan yang paling pelik,semua kereta yang paking tu jenis kereta lama tapi masih cantik… Apa lagi rempit la sambil pegang pistol sampai genting sempah (Petronas).

2- Menurut cerita ramai juga yang ingin mengelak kesesakan lalu lintas ikut jalan lama karak(nak balik KL).Tetapi hampir 80% orang yang lalu disini bukan sahaja waktu malam, tengah hari siang buta pun akan berpatah balik.. Sebab dah tak tahan menanggung seram!

3- Dalam satu cerita lain,pemandu bas di situ pernah bercerita pada satu malam selepas bas terakhir dari KL ke bentong lebih kurang pukul 9 mlm, dia telah mengambil penumpang di kawasan tersebut yang kebiasaanya sunyi.. Seperti biasa kondaktor bas memberi tiket. Riuh rendah la dlm bas tu sebab ramai penumpang.. Bila hampir sampai di Bentong penumpang-pemunpang turun di satu kawasan hutan@kampung…. Sampai di stesen Bentong bila konduktor bas tu nak kira duit balik terkejut tengok dalam beg dia penuh dengan daun saja, mana perginya duit tadi?

4- Pernah juga terbaca, beberapa orang polis pernah terserempak dengan Rashid Maiden (Bekas ketua Komunis Pahang) bersembahyang berlapikkan daun pisang ditepi jalan, tetapi mereka hanya tergamam melihat kelibat Rashid Maiden sehingga la selesai sembahyang..selepas itu..hilang..

5- Mengikut cerita dan laporan akhbar, mangsa menghantar isterinya yang bekerja sebagai Manager McDonalds di Genting Sempah. Masa perjalanan pulang, si suami tetiba hilang di Jalan Lama Bentong – Gombak disyaki kemalangan di salah satu gaung. Si isterinya berjalan menyusuri jalan lama tu selama seminggu untuk mencari suaminya malangnya tak berjumpa.

Kemudian, dalam sebulan lepas tu orang asli dan pihak polis menjumpai kereta si suami dalam gaung di KM 40 Bentong tetapi tiada pemandu di dalam. Dalam lebih kurang seratus meter dari kereta itu, mereka terjumpa tulang manusia yang lengkap berbaju Melayu tapi tiada langsung daging pada badan mangsa. Baju Melayu tu masih lagi elok, dan jika dikatakan mayat dimakan binatang liar, tiada sebarang kesan kecederaan dan tulang semuanya lengkap.

6- Tentang hantu yang makan orang ni pula berlaku pada era 80’an.. Si suami ni pergi mencari air kerana kereta dia “temperature” naik. Si isteri tunggu di dalam kereta, lama juga dia tunggu suaminya….Lepas tu datang kereta peronda polis, si polis suruh isterinya keluar dari kereta dan terus ke kereta polis dan polis tu cakap “jangan pandang belakang”.. Bila dengar polis cakap macam itu,si isteri ni terus pandang..Apa yang memeranjatkan ialah si suami ada dekat atas bumbung kereta dengan anggota badannya hancur!

Tu la serba sedikit kisah tentang Karak yang nak dikongsikan. Sejauh mana kebenarannya hanya Allah saja yang mengetahui. Wallahualam….

Categories: WoRD LiFe
  1. musang
    July 12, 2011 at 9:44 AM

    itulah karak…

  2. amy
    July 12, 2011 at 12:09 PM

    semua ni betoi ka Amin? ada penah jumpa tak?

    • July 12, 2011 at 12:17 PM

      Mudah-mudahan janganlah terjumpa…. 8)

  3. July 14, 2011 at 11:53 PM

    yg kat radio tu aku pernah dengar.Betul ke or ada org main2 kol radio tu? misteri sungguh..

    • July 15, 2011 at 8:44 AM

      Kalo nk tau kesahihannya, kena la tanya kamarul arjuna sbb dia kan misteri nusantara.. hahaha…

  4. chieyda
    July 15, 2011 at 11:44 PM

    dulu selalu je lalu ikut karak tu gi kuantan siang ngn mlm..xde kene@jumpe pape lagipun..

    • July 16, 2011 at 9:16 AM

      Lain kali kalo shida nak jumpa sms dia dulu. nanti dia tunggu la kat tepi tol tu. haha…

  5. April 18, 2012 at 5:11 PM

    hahahah ni semua karut bin marut,sebab apa sy kata begitu??? sy setiap seminggu sekali akan guna karak hiway ke kota bharu atas urusan perniagaan (businessman la kata kan hehehe)…sy akan bertolak dr rumah tepat pukul 12am,dh sampai ke karak hiway lebih kurang dalam kul 12 setengah,sepanjang perjalanan x de pun sy jmpa benda pelik2,yg best tu siap lepak hisap rokok dunhill kat tepi hiway sambil menikmati keindahan malam yg hening,perrgghhhh mmg terbaik la karak hiway…

    • ray
      January 23, 2013 at 4:28 PM

      bro,, jangan cakap begitu…jangan di cabar…kita x tahu asal usul…
      nanti terkena pada kita atau yg rapat dengan kite baru tau..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 50 other followers