Home > WoRD LiFe > 55 Penyakit yg dibenarkan pengeluaran KWSP

55 Penyakit yg dibenarkan pengeluaran KWSP

Berikut ialah senarai 55 jenis penyakit kritikal yang dibenarkan pengeluaran di bawah Skim Pengeluaran Kesihatan Kumpulan Wang Simpanan Simpanan Pekerja (KWSP) berkuat kuasa, Jumaat 15 Julai 2011.

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menambah senarai penyakit kritikal di bawah Pengeluaran Kesihatan daripada 39 kepada 55 penyakit, berkuat kuasa Jumaat.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Azlan Zainol berkata KWSP mengambil inisiatif memperluaskan senarai penyakit kritikal bagi membantu mengurangkan beban kewangan anggota dalam mendapatkan rawatan yang diperlukan dengan segera.

“Faedah pengeluaran kesihatan yang dikaji semula ini meliputi tambahan 16 jenis penyakit termasuk penyakit pulmonari obstruktif kronik teruk (COPD), fibrosis paru-paru, penyakit radang usus kronik, sklerosis sistemik dengan hipertensi pulmonari, AIDS dan tiga jenis penyakit mental yang jika tidak dirawat, akan memudaratkan pesakit,” katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.

Kali terakhir KWSP memperluas senarai itu ialah pada 15 Jun 2010 iaitu daripada 13 ke 39 penyakit. Azlan berkata pengeluaran bagi pembelian bantuan kesihatan kini dibenarkan bagi pesakit kanser, kardiovaskular, sistem respiratori, sistem saraf, sistem muskuloskeletal dan telinga.

Beliau berkata bagaimanapun, rawatan kesuburan dan alternatif tidak layak melakukan di bawah skim pengeluaran kesihatan. “Ia juga tidak layak jika kos rawatan perubatan dibiayai sepenuhnya oleh majikan anggota atau majikan keluarga anggota,” katanya. Untuk keterangan lanjut, Azlan berkata anggota boleh melayari laman web myEPF di http://www.kwsp.gov.my atau menghubungi Pusat Panggilan KWSP di 03-89226000.

Mereka juga boleh mengunjungi cawangan KWSP berdekatan bagi mendapatkan senarai penyakit terkini yang diluluskan, dan senarai peralatan bantuan kesihatan, serta maklumat lanjut mengenai cara permohonan pengeluaran KWSP bagi membiayai rawatan.

Sumber: BERNAMA

Mudah-mudahan dengan cara ini dapat memberikan kelegaan kepada mereka-mereka yang tidak mempunyai kewangan yang mencukupi untuk merawat penyakit yang dihidapi. Alhamdulillah, syukur.

Berikut adalah senarai jenis penyakit tersebut:
1. Anemia Aplastik / Aplastic Anaemia
2. Sindrom Apalik / Appalic Syndrome
3. Penyakit Alzheimer / Alzheimer’s Disease
4. Tumor Otak Benigna / Benign Tumour of the Brain
5. Buta / Blindness
6. Kanser / Cancer
7. Kardiomiopati / Cardiomyopathy
8. Penyakit Hati Kronik / Chronic Liver Disease
9. Penyakit Paru-Paru Kronik / Chronic Lung Disease
10. Koma / Coma
11. Penyakit Arteri Koronari / Coronary Artery Disease
12. Pekak / Deafness
13. Ensefalitis / Encephalitis
14. Hepatitis Virus Fulminan / Fulminant Viral Hepatitis
15. Serangan Penyakit Jantung / Heart Attack
16. Penggantian Injap Jantung / Heart Valve Replacement
17. Kegagalan Buah Pinggang / Kidney Failure
18. Kehilangan Upaya Hidup Sendiri / Loss of Independent Existence
19. Hilang Kebolehan Bertutur / Loss of Speech
20. Kelecuran Parah / Major Burns
21. Trauma Utama Di Kepala / Major Head Trauma
22. Pemindahan Organ Utama / Major Organ Transplant
23. Penyakit Medulari Sistik / Medullary Cystic Disease
24. Meningitis / Meningitis
25. Penyakit Neuron Motor / Motor Neurone Disease
26. Sklerosis Berganda / Multiple Sclerosis
27. Distrofi Otot / Muscular Dystrophy
28. Kelumpuhan / Paralysis
29. Penyakit Parkinson / Parkinson’s Disease30. Poliomielitis / Poliomyelitis
31. Pulmonari Primer / Primary Pulmonary
32. Strok/Angin Ahmar / Stroke
33. Pembedahan Aorta / Surgery to Aorta
34. Sistemik Lupus Erythematosus (SLE) Dengan Lupus Nephritis / Systemic Lupus Erythematosus (SLE) with Lupus Nephritis2
35. Penyakit Membawa Maut / Terminal Illness
36. Hilang Upaya Kekal / Total Permanent Disability
37. Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik Teruk (COPD) / Emfisema / Severe Chronic Obstructive Pulmonary Disease(COPD) / Emphysema
38. Hipertensi Pulmonari Sekunder / Secondary Pulmonary Hypertension
39. Bronkiektasis / Bronchiectasis
40. Fibrosis Paru-paru / Lung fibrosis
41. Apnoea Tidur Obstruktif / Obstructive Sleep Apnoea
42. Penyakit Radang Usus Kronik / Chronic Inflammatory Bowel Disease
43. Kalkuli Ginjal Memerlukan Intervensi Pembedahan / Bilateral Renal Calculi Requiring Surgical Intervention
44. Abnormaliti Urinari Kongenital Memerlukan Intervensi Pembedahan Segera dan Major / Congenital Urinary Abnormalities Requiring Urgent and Major Surgical Intervention
45. Sklerosis Sistemik Dengan Hipertensi Pulmonari / Systemic Sclerosis with Pulmonary Hypertension
46. Limfoma / Lymphoma
47. Talesemia Major Memerlukan Agen Pengkelat / Thalassaemia Major Requiring Chelating Agent
48. Pemindahan Sel Stem Hematopoetik / Hematopoetic Stem Cell Transplantation
49. Sindrom Imuno-defisiensi Perolehan (AIDS) / Acquired Immuno-deficiency Syndrome (AIDS)

Senarai 3 Jenis Penyakit Mental
50. Skizofrenia / Schizophrenia
51. Mood Bipolar / Bipolar mood
52. Kemurungan Major / Major depression

Tambahan 3 penyakit kritikal bagi ahli/keluarga ahli berumur di bawah 16 tahun
53. Lelah/asma yang teruk / Severe Asthma
54. Leukimia / Leukaemia
55. Kecacatan intelektual disebabkan kemalangan atau penyakit / Intellectual Impairment Due to Accident or Sickness

Categories: WoRD LiFe
  1. harimau malaya
    July 19, 2011 at 4:29 PM

    aku baru baik dari demam hari khameh minggu lepaih, so sekarang tinggai batuk sikit sikit ja la..

    • July 19, 2011 at 5:13 PM

      Batuk tak termasuk dalam skim 55 penyakit utk claim kwsp.

      Tapi batuk buleh masuk dalam skim penyakit yg memerlukan obat batuk cap kelapa laut afrika yg dijuai dikedai-kedai mamak berhampira. harga RM8.50.

      Terima kaseh. 8)

  2. harimau malaya
    July 20, 2011 at 9:27 AM

    aku beli ubat batuk cap ibu dan anak…aku beli kat seksyen 8

    • July 20, 2011 at 10:05 AM

      Hahaha.. lawak la hang nandre…

  3. harimau malaya
    July 20, 2011 at 2:21 PM

    betui apa… batuk ni tak ilang lagi, kalau tidoq malam tu, aduhai…

    • July 20, 2011 at 2:48 PM

      Minum ayaq kelapa pastu hang sapu bawang puteh kat leher hang tu…

      mudah-mudahan bleh baik batok2…

  4. harimau malaya
    July 21, 2011 at 5:21 PM

    ok bang amien, makaseh atas maklumat tradisional itu.

  5. aylin
    December 20, 2011 at 6:45 PM

    salam

  6. diana
    January 21, 2013 at 12:34 PM

    mak sy menghidap penyakit hepatitis c..pihak hospital mengatakan bahawa mak sy tidak bole membuat rawatan hepatitis c kerana hati sudah rosak dan tekanan darah yg trlalu rendah…untuk situasi mak sy adakah dia bole mengeluarkan wang kwsp nya?

    • January 21, 2013 at 2:22 PM

      Better cik diana call sendiri cawangan KWSP utk pengesahan lanjut. kami dekat sini just share informasi umum sahaja, perincian kena hubungi KWSP.

  7. amir
    March 4, 2013 at 6:40 PM

    dulu saya seorg penagih, sekrang saya dlm progrm diseliakan oleh ADDK dptkn rwatan progrm methdone,seblum di benarkn utk mengikuti progrm ni saya di sah mengidap hepatitis b oleh pihak hospital. Adakah saya boleh mohon utk pengeluaran carum epf saya, kerana saya di kategori hilang upaya. TQ

  8. April 10, 2013 at 12:16 PM

    You could certainly see your enthusiasm within the article you write.
    The arena hopes for even more passionate writers like you who are not afraid to mention how they believe.

    Always follow your heart.

  9. mizanlisa
    August 24, 2013 at 12:04 AM

    Penyakit appendix or cyst termasuk x?

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 50 other followers