Archive

Archive for August, 2011

Big bro aku kena rompak…

August 26, 2011 17 comments

Assalamualaikum.

Kelmarin aku dapat satu berita gempar yang membuatkan aku rasa terkejut dan marah. Berita ni berkenaan dengan satu rompakan yang mana mangsanya ialah abang aku sendiri!! Sini aku paste-kan petikan berita dari akhbar Metro Online:

Orang ramai cekup peragut guna taktik simbah cili boh

KUANTAN: Taktik dua peragut menyimbah cili boh ke muka mangsa sebelum meragutnya tidak menjadi apabila seorang daripada mereka dicekup orang ramai yang mendengar jeritan mangsa, dalam satu kejadian di sini hari ini.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kuantan DSP Kamaruzzaman Jaafar berkata dalam kejadian 9 pagi di Jalan Datuk Lim Hoe Lek itu, dua lelaki menaiki motosikal menghampiri seorang pengedar barang makanan yang baru mengambil wang daripada pelanggan.

“Selepas mengutip wang daripada klien, mangsa yang berusia 38 tahun itu menuju ke keretanya. Dia dihampiri dua suspek itu dan seorang daripada mereka menyimbah cili boh ke muka mangsa dan seorang lagi meragut beg sandangnya yang mengandungi wang tunai RM90,000,” katanya ketika dihubungi.

Kedua-dua lelaki terbabit cuba melarikan diri, namun orang ramai yang mendengar jeritan mangsa bertindak mengejar dan berjaya menangkap seorang daripada suspek. Katanya mangsa kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan pada jam 11 pagi.

“Mangsa berjaya mendapatkan kembali wang tunai miliknya yang disimpan dalam beg itu.

“Hasil siasatan awal terhadap suspek pula mendapati dia berusia 30an, bekerja sebagai penarik kereta dan positif dadah,” katanya.

Beliau berkata polis kini mengesan seorang lagi peragut yang masih bebas dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan. – Bernama

Aku berasa sangat kesal ngan berita sebegini. Dalam bulan Ramadhan yang mulia ni pon masih ada segelintir mereka yang tak tau menghormatinya dengan melakukan pelbagai kejahatan. Syukur kerana abang aku selamat, hanya disimbah dengan cili boh. Kalo dibuatnya kena simbah dengan asid, tak tau la apa akan jadi.

Syukur ke hadrat Ilahi kerana melindungi ahli keluarga aku. Dengar cerita orang yang rompak tu berjaya ditangkap dan dibelasah oleh orang ramai. Itulah pengajaran dan balasan dunia, kat akhirat nanti korang tanggung la pulak camne. Jadi marilah kita berhati-hati setiap kali berurusan yang mana melibatkan wang kerana penjenayah semakin ramai kat Malaysia ni.

Peace yo!

Categories: WoRD LiFe

Salam Aidilfitri 2011

August 24, 2011 12 comments

Assalamualaikum WBT. Bersempena kehadiran Syawal yang bakal menjelang tiba, saya Mohd Amien , isteri dan anak ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua kaum keluarga, sepupu sepapat, rakan taulan, sahabat handai, teman seperjuangan, teman sepermotoran, kroni-kroni dan yang mengenali diri ini. Di harapan agar Aidilfitri Walfaidzin ini membawa kegembiraan kepada kita semua umat Islam. Ampun dan maaf atas segala salah silap yang pernah dilakukan. Allahuakbar.. Allahuakbar.. Allahuakbar.. Walillahilham.

Categories: WoRD LiFe

Reunion + Iftar X-UiTM 2011

August 23, 2011 4 comments


Assalamualaikum.

Pada hari Ahad, 21 Ogos 2011 telah terlaksana satu majlis reunion + Iftar bekas pelajar-pelajar UiTM Machang dan Puncak Perdana. Reunion dan majlis berbuka puasa bersama ini dilaksanakan pada setiap tahun dan ini merupakan tahun ketiga berturut-turut ianya dianjurkan oleh aku.

Lokasi kali ini sama seperti tahun lepas iaitu di Qaseh Bistro Seksyen 13 Shah Alam kerana mengikut pengalaman tahun lepas, ramai yang berpuas hati dengan makanan dan tawaran harga buffet yang dikenakan oleh restoren ini. Walaupun terdapat banyak masalah arrangement di kalangan rakan-rakan, tapi ianya tetap berlangsung mengikut jadual. Kehadiran boleh dikatakan kecil, hanya 8 orang + 2 baby sahaja yang ikut serta dek kerana yang lain terikat dengan pelbagai komitmen.

Pada aku kalau 2 orang sekalipun yang hadir aku akan tetap jalankan aktiviti sebegini. Tak kisah la apa orang kata, yang penting matlamatnya tercapai jua. Untuk bertemu rakan-rakan lama dan mengeratkan ukhwah silaturrahim sesama kami. Kalo tak diusahakan, mungkin ukhwah ini putus begitu sahaja.

Jadi aku ucapkan terima kaseh kepada semua sahabat yang menghadirkan diri di majlis ini. Terima kaseh!

Kehadiran:
Mohd Amien + Yanty + Asyraff Khalish
Danial M + Hainy Surya + Adam Saufi
Mohd Badol + GF
Zaimah a.k.a Ramlah
Azlin Haryati

Categories: WoRD LiFe

Fenomena eksploitasi

August 19, 2011 2 comments

Hanya sekadar lawak..

Situasi sebenar: Seorang nenek pegi kedai beli ubi, tiba-tiba dilanggar beca lalu mati di tempat kejadian.

Buletin Utama – “Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari.”

Harian Metro – “Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan.”

Utusan Malaysia – “Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?”

Harakah – “Kami tiada beca.”

Malaysiakini – “Beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah.”

Obefiend – “Nenek meleis mati. Aku suka vodka.”

Twitter @NajibRazak – “Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat!”

Blog Melayu paranoid – “Keraguan sijil halal ubi mungkin punca nenek mati dilanggar beca.”

Ibrahim Ali – “Sampai bila kita nak tengok nenek-nenek Melayu mati dilanggar beca akibat ubi orang Cina dan India? Melayu perlu bangun menentang!”

Pancaindera – “Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca Gangster.”

Mastika – “Misteri penarik beca: temubual eksklusif dengan hantu ubi.”

Samy Vellu – “Beca tak bayar tol dicari.”

P/S: Sekadar lawak penghibur petang hari. 8)

Categories: WoRD LiFe

Salam Perantauan

August 19, 2011 2 comments

P/S: Gambo salam dari perantauan yang paling grand penah aku tengok. Memang tak boleh blah. Kah kah kah… 8)

Categories: WoRD LiFe

Basikal Fixie

August 18, 2011 3 comments

Fixie? Apa tu? Perkhidmatan penghantaran barang macam FedEx tu ke? Huhu.. Bukan… bukan… Fixie tu ialah nama bagi satu kategori basikal. Ala, basikal track yang macam Azizulhasni Awang ngan Josiah Ng selalu guna semasa perlumbaan kat sukan Asia tu. Di USA ia dikenali sebagai fixie ataupun fixed-gear/wheel bicycle.

Apa yang bestnya ialah ianya tidak seperti basikal konvesional, dimana dengan basikal ini akan membolehan penunggang memberhentikan basikal tanpa menggunakan brek, tetapi hanya dengan gear tetap dan juga boleh di tunggang secara reverse. Perghhh dasyat siot, siap boleh reverse lagi tuh. Ko ada? Hahaha.. Basikal ni biasanya di gunakan untuk track cycling di dalam velodrome. Di UK lebih kurang sekitar tahun 1950an penunggang biasanya menggunakan fixie untuk time trials.

Sebenarnya, fixie ni kalau kat luar dah lama popular, tapi kat Malaysia ni baru tahun lepas popular, jadi tahun ni makin bertambah pulak la jumlahnya. Bagus jugak sebenarnya aktiviti berbasikal fixie ni. Ianya boleh menyihatkan badan, sekurang-kurangnya peluh pon keluar kan, lagi bagus dari melepak tak tentu hala kat shopping mall ataupon merempit yang lebih berisiko untuk menempah maut tu.

Apa yang dapat dilihat, pemilik fixie lebih gemar mewarnakan basikal mereka dengan warna-warna yang terang terutamanya color flourosent. Apabila mereka bergerak secara berkumpulan dengan fixie pelbagai warna, ia sudah pasti memikat hati sesiapa sahaja yang memandangnya. Selalunya mereka memilih fluorescent color, kerana bukan sahaja terang, malah warnanya lebih menarik dan ceria. Sesuai sangat jika ditunggang ketika riadah kerana melalui warna pon jiwa si penunggang dapat merasai ketenangan apatah lagi orang sekeliling yang memerhatikannya.

Masalahnya di sini adalah keselamatan penunggang kerana disebabkan basikal fixie tiada brek, ia memerlukan kemahiran si penunggang untuk memberhentikannya. Tapi kebanyakan fixie yang digunakan untuk beriadah sekarang ini telah dilengkapi dengan brek. Jadi tak perlu risau dah bab brek tu. Keselamatan ketika menunggang secara berkumpulan juga perlu diambil berat sebelum perkara yang tak diingini berlaku. Jangan sampai riadah bertukar padah..

Untuk pengetahuan anda, harga fixie ni pun bleh tahan jugak, paling murah dalam RM400-RM800 biasanya, dan ada jugak yg mencecah RM2000-RM3000 bergantung kepada design, warna, bentuk & jenama fixie tersebut.

Selamat ber-Fixie!

Categories: WoRD LiFe

Bahaya makan ikan Sardin

August 16, 2011 10 comments

Assalamualaikum.

Ketika ngah browsing internet, terbaca aku satu topik yang agak menarik mengenai pemakanan. Yang pasti ianya mengenai sejenis hidangan makanan yang sedap dan mudah untuk disediakan. Dulu aku penah cerita pasal bahaya memakan mee segera, kali ini topik bahaya sardin pula. Jom baca:

Saya dilahirkan dari keluarga miskin. Ibu bapa saya mengusahakan kebun getah. Waktu kecil, apabila ibu atau bapa membeli ikan sardin dalam tin, ia seperti satu makanan mewah. Sejak kecil memang saya suka makan sardin. Apatah lagi kalau masakan sardin yang dimasak oleh arwah ibu. Walaupun saya suka makan sardin, namun tidak berpeluang makan dengan kerap maklumlah bagi keluarga saya ketika itu, ia dianggap mahal.

Harga ikan sardin dalam tin pada hari ini dikira amat murah. Dalam lingkungan RM3 – RM4 sudah dapat satu tin sardin bersaiz besar. Kalau nak dibandingkan dengan membeli ikan kembung segar di pasar, rasanya lebih mudah dan murah membeli ikan sardin dalam tin. Tidak perlu memproses buang perut dan membasuh dan membubuh garam dan kunyit. Pendek kata, kalau beli ikan sardin, buka penutup, potongkan sedikit bawang dan tumiskan dengan cili, dalam tempuh yang singkat sudah siap lauk ikan sardin. Tabiaat suka makan sardin saya berterusan sesudah kahwin. Namun tidak kerap kerana isteri kurang gemar ikan sardin.

Setelah saya berkenalan dan berguru dengan arwah guru, barulah saya terpaksa berhenti terus dari makan ikan sardin. Arwah guru saya bertegas memberikan arahan kepada saya “JANGAN MAKAN IKAN SARDIN”. Satu ketika setelah lama tidak makan ikan sardin, sewaktu saya makan tengahari bersama arwah guru, saya sangat terliur untuk makan lauk ikan sardin. Saya mengambil sepotong ikan sardin. Selepas itu, arwah guru saya tidak mahu bercakap dengan saya untuk beberapa jam kerana sangat marah kepada saya kerana mengambil lauk ikan sardin.

Lama kelamaan saya terpaksa belajar untuk tidak makan lagi ikan sardin. Alhamdulillah dengan pengalaman yang Allah berikan sepanjang bersama arwah guru dan terlibat dengan beberapa kes orang yang suka makan sardin, akhirnya kini saya memandang sangat jijik ikan sardin. Saya tidak akan memakan karipap ikan sardin dan sandwic sardin yang dihidangkan setiap kali mesyuarat di pejabat saya.

Mari kita lihat ikan sardin. Sewaktu saya suka makan ikan sardin dahulu, saya sangat suka makan bahagian tulang ikan sardin kerana ia lembut. Bagaimanakah ikan sardin ini diproses sehingga semua tulangnya menjadi lembut? Kalau kita membuat eksperimen sains yang mudah di rumah dengan merebus seekor ikan kembung selama 3 hari 3 malam secara berterusan, Insya-Allah akan kita dapati bahawa tulang ikan kembung ini tidak akan lembut. Mari kita ubah eksperimen ini dengan menggunakan pressure cooker memasak ikan kembung tersebut selama 3 hari 3 malam juga. Keputusannya akan tetap sama, tulang ikan kembung ini akan tetap keras.

Apa yang ingin saya persoalkan di sini ialah mengapa tulang ikan sardin ini sedia lembut apabila dikeluarkan dari tinnya? Jawapannya ialah sudah tentu terdapat bahan kimia khas yang dimasukkan ke dalam tin ikan sardin ini yang telah bertindak balas dengan tulang ikan ini sehingga menjadikan tulang ini lembut. Mengikut arwah guru saya, bahan kimia inilah yang menjadi ancaman kepada manusia apabila mereka memakan ikan sardin.

Apakah ancaman kepada manusia apabila memakan ikan sardin? Pemerhatian pertama atau kes pertama yang gunakan sebagai bahan bukti buruknya amalan makan sardin ialah kes seorang jiran saya yang terpaksa dibuang keseluruhan rahimnya kerana ketumbuhan fibroid di dalam rahimnya. Semenjak sekian lama saya berjiran dengan hamba Allah ini, saya memang tahu melalui anak-anak saya yang kerap ke rumahnya bahawa hamba Allah ini memang gemar memakan ikan sardin dan mee maggi. Maklumlah bagi seorang wanita dengan kerjaya besar yang sentiasa sibuk dan tiada orang gaji, penyelesaian mudah ialah memasak nasi berlauk ikan sardin dan kalau ingin lebih ringkas, stok mee maggi sentiasa tersedia.

Hamba Allah ini telah kehilangan rahimnya semenjak usianya awal 40an. Begitulah, jikalau kerap seseorang terutama sekali orang perempuan gemar makan sardin, jawapannya, pelbagai tumor seperti fibroid di dalam rahim akan insya-Allah diberikan oleh Allah. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian- pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempohnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser sama ada benign atau malignan. Namun dalam pemerhatian saya ia banyak menyebabkan fibroid dalam rahim dan tumor.

Antara sampel kajian saya yang suka dan kerap makan sardin ialah seorang hamba Allah yang secara tiba-tiba sewaktu mengandungkan anak keduanya iaitu seorang anak perempuan tiba-tiba mengidam makan ikan sardin. Hampir setiap hari sepanjang mengandungkan anak perempuannya ini hamba Allah ini akan makan ikan sardin. Akibat dari tabiaat ini, sebaik sahaja aak perempuan keduanya ini dilahirkan, terdapat ketumbuhan pada rahim bayi perempuan ini. Pembedahan terpaksa dilakukan ketika bayi ini berusia kalau tidak silap saya 3 bulan. Begitulah azab diperolehi dari tabiat gemar makan ikan sardin.

Namun saya bersyukur kepada Allah swt kerana sebenarnya isu makan ikan sardin inilah yang antara menjadi punca sehingga akhirnya hamba Allah ini belajar ilmu agama dari saya sehingga pelbagai amalan syirik dan tangkalnya alhamdulillah telah dapat dibuang. Hamba Allah ini kini alhamdulillah telah menjadi antara murid saya yang banyak sekali mendapat pelbagai rahmat dari Allah walaupun dahulunya jahil.

Sebagai latihan pengukuhan kepada para pembaca budiman semua, cuba lah buat sedikit kajian ke atas mana-mana kenalan atau saudara mara yang pernah mengalami sebarang kes tumor atau fibroid dan selepas itu kajilah sejarah permakanan mereka ini. Kemungkinan besar mereka ini memang gemar dan kerap makan ikan sardin. Dengan itu marilah pembaca sekelian memboikot makan ikan sardin semoga insya-Allah dijauhkan Allah dari terkena sebarang penyakit berkaitan tumor, fibroid atau sebarang penyakit kanser lainnya.

Sekian untuk kali ini. INGAT, jangan makan ikan sardin.

Setakat mana kebenaranya, wallahualam. Sama-sama kita renungkan dan selamat beramal. 8)

Categories: WoRD LiFe

Nuha Saffiyah

August 15, 2011 2 comments

Assalamualaikum.

Pagi Sabtu yang lepas aku sekeluarga berkunjung ke rumah kakak aku yang berada nun di Jerman Jeram, Kuala Selangor. Nawaitunya hanya satu, untuk melawat dan melihat buat pertama kali anak saudaraku yang baru saja dilaherkan.

Alhamdulillah, Seorang bayi pempuan yang comel telah selamat melihat dunia pada hari Khamis 11 Ogos 2011. Aku hanya berkesempatan untuk melawat pada hari minggu dek kerana kekangan masa lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan yang agak pack ini.

Jadi syukur ke Hadrat Ilahi kerana semuanya selamat, dan aku ingin ucapkan tahniah buat kakak dan abang ipar aku atas kelahiran anak yang ke-2 ini. Beliau telah selamat dinamakan sebagai Nuha Saffiyah. Chayookk!!

Categories: WoRD LiFe

Cara elak ‘VIRUS’ di bulan Ramadhan

August 11, 2011 4 comments

Enter the masjid
‘Forward’ your solat
‘Download’ pahala
‘Firewall’ your iman
‘Backspace’ from syaitan
‘Bookmark’ to Allah SWT
’Delete’ Allah’s enemies,
‘Copy paste’ from the Al-Qur’an and Sunnah
‘Help’ your muslim brothers n sisters
‘File’ your amal
‘Edit’ your akhlaq
‘View’ your good and bad deeds
‘Search’ the straight and right path
And Insya-Allah you will never get ‘VIRUS’

Categories: WoRD LiFe

Tahap keselamatan Facebook anda

August 9, 2011 8 comments

Assalamualaikum

Facebook adalah merupakan laman sosial yang paling famous sekarang ni dan telah mempunyai ramai pengguna kat Malaysia nih. Memang seronok apabila menggunakan aplikasi Facebook ini terutamanya apabila dapat berinteraksi dengan rakan-rakan lama yang mungkin sudah bepuluh tahun tidak dijumpai tetapi facebook juga ada risikonya yang tersendiri. Berikut adalah beberapa tips keselamatan ketika melayari Facebook.

• Jangan letakkan tarikh harijadi dan tempat lahir sebenar korang. Ini maklumat yang sangat berharga bagi pencuri identiti. Lagipun ramai orang yang selalu jadikan nombor tarikh lahir sebagai password, betul tak??

• Jangan dedahkan alamat, nombor telefon atau alamat e-mel. Scammers (penipu) memang suka benda nih. Dengan mudah sahaja meraka dapat mengesan lokasi anda.

• Kawal maklumat peribadi korang. Sekat maklumat peribadi korang dari dibaca oleh rakan yang anda kurang kenali.

• Hadkan maklumat tentang aktiviti anda. Habis sumer benda nak cerita, buatnya perompak yang baca post korang nak pergi bercuti ke, awal-awal lagi diaorang standby. Sesaje je nanti umah korang kena rompak.

• Ingat bahawa apa yang korang post boleh dibaca orang ramai dan kekal. Jangan mengeluh tentang pekerjaan korang atau boss korang Apa yang akan jadi jika maklumat ini jatuh ke tangan orang yang tidak menyukai anda??

•Jangan mengutuk atau mengancam orang lain.

•Jangan mengupload gambar memalukan, gambar seksi. Benda nih memang paling banyak awek-awek buat. Jangan memain, ada satu kisah kat Venezuela kot ada sorang awak kena rogol n bunuh sebab orang terangsang tengok gambo seksi dia. Huhu.

• Korang harus tahu siapa yang ingin menjadi rakan korang atau meminta korang untuk link ke rangkaian diorang. Selidik dulu, jangan main accept je.

• Berhati-hatilah dari kuiz yang nampak macam tak berbahaya. Apabila seseorang menjemput korang untuk menyertai tinjauan, contohya, “perkara kesukaan korang “ atau “tentang diri korang ” kuiz sebegini mungkin direka untuk mendapatkan data korang. Macam nama jalan korang, tempat korang dibesarkan, binatang kesayangan atau tempat bercuti kegemaran korang, semua ini boleh menjadi boleh petunjuk untuk password korang.

Mudah-mudahan kita dapat menggunakan panduan ini sebaiknya dan mengelakkan diri kita daripada perkara-perkara sebegini.

Mudahnya nak dapat nombor telefon rakan FB anda

Tak sangka Mudahnya nak dpt no phone rakan facebook anda. Korang cuma perlu login akaun facebook korang pastu paste URL ni kat browse:

http://www.facebook.com/friends/edit/?sk=phonebook

Kesimpulannya? Lindungilah privasi anda, jangan semua benda nak tulis kat Facebook. Macam-macam cara orang bleh buat nak godam maklumat anda. Berhati-hatilah!

Categories: WoRD LiFe
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.