Archive

Archive for August 2, 2011

Trip bercuti ke Sarawak

August 2, 2011 26 comments

Assalamualaikum.

Pada 27 Julai hingga 29 Julai yang lepas, aku sekeluarga beserta dengan keluarga mertua aku menghabiskan minggu tersebut dengan pergi bercuti nun ke negeri borneo Sarawak. Percutian ini bukanlah bermatlamat untuk mendalami atau mengenali adat resam budaya Sarawak, tetapi lebih bermotifkan bercuti sambil membeli-belah. Haha.

Berikut adalah sedikit catatan kronologi percutian kami sekeluarga yang serba sederhana. At least dapat juga melawat negeri orang sambil menenangkan fikiran yang dok serabut dengan hiruk pikuk kehidupan kota dan kerja sehari-hari.

Hari pertama:

Rombongan cik kiah kami bertolak dari rumah lebih kurang jam 6.40 pagi. Flight pula akan berlepas pada jam 9.45am. Walaupon terasa sangat awal, tapi ianya perlu demi untuk mendapat sikit ruang ruang nafas berehat dan menjamah sarapan pagi sebelum berlepas ke Sarawak. Penerbangan Air Asia yang telah ditempah awal sekitar bulan Januari yang lepas akhirnya berlepas pada waktu yang ditetapkan. Flight ni mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah untuk sampai ke Sarawak. Lebih kurang jam 11 pagi kami selamat mendarat di tanah Sarawak, Alhamdulillah.

Apabila tiba di Terminal lapangan terbang Kuching, kami sekeluarga terus mendapatkan teksi menuju ke Grand Margherita Hotel yang terletak betul-betul di tengah bandar Kuching, Sarawak. Kelihatan beberapa ekor kuching batu jadian sedang melepak di tengah-tengah tugu dijalanraya Kuching itu. Hahaha. Kemudian terus pegi lepak makan kat sebuah restoran halal yang nama restorannya ialah SAMBAL. Pada pengamatan aku, kat Kuching ni agak sukar untuk mencari kedai yang berstatus halal, manakala harga makanan pun agak mahal woo berbanding di Semenanjung. Just pendapat peribadi aku la.

Sekitar jam 2.00 petang kami semua kembali semula ke hotel untuk check-in. Aktiviti seterusnya ialah melepak dan merehatkan diri sampai malam hari dek kerana keletihan walaupon flight takde la ambik masa lama sangat. Huhu.

Jam 9.00 malam kami semua pegi makan malam kat seberang sungai depan hotel. Kalau tak silap aku dekat area Kampung Boyan. Best gak nama kampung tu, tapi nak pegi ke sana wajib kena naik bot. Perghh scary beb, dah la ramai-ramai naik satu bot, rasa cam nak tenggelam je. Rasa macam pendatang tanpa izin kena suludup pon ada gak. Hahahaha.

Menu untuk makan malam tu ialah ikan masak tiga rasa, ketam blackpepper, baby kailan goreng dan juga nasik ayam penyek. Tapi apa yang aku dapat katakan ialah makanan kat kedai makan tu memang best. Sangat sedap! Lebih-lebih menusuk kalbu ialah kedai tersebut sangat klasik, kedai pondok kayu 2 tingkat. Siap pasang lagu-lagu meruntun jiwa guna radio zaman retro lagik, terbaaekk untuk visit arini.

Lebih kurang jam 11 malam aku menghantar anak dan isteri ke hotel. Manakala yang lain terus menuju ke Riverside Superbowl. Layan bowling kejap sebab bukan selalu dapat main bowling kat Sarawak ni. Hahaha. Tapi dapat main satu game je sebab Superbowl tu nak tutup dah, Blasah je la. Dalam pukul 12 lebih kami semua pulang semula ke hotel untuk meneruskan aktiviti peniduran. Zzzzzzzzzzzzz….

Hari ke-2

Hari kedua telah bermula dengan jayanya. Sekitar jam 8.00 pagi kami semua memulakan hari dengan mengambil breakfast kat hotel. Masa ni kami semua sapu kaw kaw sebab makanan-makanan sedap kat sini. Makan punya makan bak umpama hotel bapakku yang punya sampai la pukul 9 lebih. Makan-makan sambil disulami acara sembang-sembang dan mengambil gambo memang pasti mengambil masa yang lama. Ntah-ntah staff cafe hotel tu pon fed-up tengok muka kitaorang. Hahaha.

Aktiviti utama kami hari ini ialah membeli kek lapis. Sekitar jam 11 pagi kami semua pergi ke seberang sungai iaitu perkampungan Boya untuk cari kedai yang menjual kek lapis Sarawak. Pas turun bot kami semua terus berjalan kaki, jalan punya jalan akhirnya sampai ke satu kedai kek lapis yang femes kat sekitar kawasan tu. Nama kedai tu ialah Dayang Salhah. Aku duk usya-usya gak chikaro kat situ ngan harapan Dayang Salhah ni ada connection ngan Dayang Nurfaizah. Bleh aku mintak dia tuju lagu untuk kami. Hahahaha. Borong punya borong punya borong sampai 4, 5 ratus gak melayang untuk kos membeli kek lapis ni bagi kami satu famili. Macam-macam nawaitu ada, nak beli untuk sanak saudara, sahabat handai, buat stok raya hatta nak bikin business pun ada. Layan je la.

Sekitar tengahari setelah penat membeli kek lapis, kami singgah untuk menyopping cenderahati kat kedai-kedai area situ gak. Kemudian pas settle semua terus balik melepakkan diri kat Hotel. Penat woo dengan cuaca panas dan mengangkat muatan barang-barang ke hotel. Sampai hotel terus lena untuk sejam dua. Huhu.

Petang tu memang takde buat aktiviti apa pon. Plan asal nak pergi menjenguk muzium negeri Sarawak. Tapi dek kerana letih, plan tu pon tak jadik. Habiskan masa lepak kat hotel sambil layan TV je la. Group bilik sebelah iaitu pak mertua ngan adik-adik ipar aku pegi menuntut bela semula ke Riverside Superbowl. Tak puas hati punya pasal sebab semalam dapat layan satu game je. Layannnn je la. Aku letih beb, dok usung anak ke hulu ke hilir. Layan lepak kat bilik hotel je la.

Hari dah redup sikit, aku pegi membawa anak aku bermandi-manda di kolam renang. Aku memang dah tau, port tu port feveret dia. Dari first day datang hotel ni lagi dia dah usya kolam renang untuk budak-budak tu. Blasah je la, bukan main seronok lagi dia main air sampai tertelan air klorin tu. Blasah la labu, esok nak balik KL dah. Layannnn…

Malam hari pon takde aktiviti dek kerana malam ni ada game bola Malaysia VS Singapura. Dok berkampung kat hotel je la layan TV. Keputusan akhir, Malaysia sekadar seri je ngan Singapura dan gagal layak ke pusingan seterusnya ngan kekalahan aggregat 4-6. Bangang punya defence, tapi aku pelik gak ngan Rajagopal tu. Masukkan player yang sama je, yang aku rasa ada bakat dan main bagus cam Baddrol Baktiar dia tak mau masukkan plak. Pelik.. pelik… Takpe la yang penting semangat juang player Malaysia amat-amat aku kagumi. Eh, melalut plak aku tulis-tulis jadik artikel bola sepak plak, aku nak cerita apa la tadi sebenarnya ek? Hahahaha.. Terlupa sudah….

Ok la, malam sudah menjengah. Settle match Malaysia VS Singapore kami bercadang nak pegi makan soft-shell kat satu port namanya Top Spot. Pegi jalan kat sana rupanya kedai tu dah nak tutup, hampeh. Terpaksa la pendam niat dan pegi makan kat McDonalds area depan hotel tu. Tak kelasss langsung pegi bercuti makan Mekdi. Kah kah kah…

Hari ke-3:

Hari ni ialah hari terakhir kami di muka bumi Sarawak. Flight ke Semenanjung akan berlepas pada jam 4 petang. So pagi-pagi lagi kami melakukan aktiviti seperti semalam, melantak free kat hotel makan kaw-kaw punya. Lepak makan sampai bertimbun-timbun pinggan mangkuk demi untuk memenuhkan perut yang lapo. Layan beb, pasni tak tau bila plak bleh makan kat Sarawak. Dek kerana makan terlalu lama, manager cafe tu kot siap datang lagik kasi borang survey makanan. Ntah dia perli ke apa aku pon tak pasti. Setelah masing-masing menjawap soalan objektif berkenaan, kami semua memblah –kan diri dengan jayanya sambil diiringi perut yang memboyot.

Pas settle makan kami semua mengambil keputusan untuk berjalan-jalan di sekitar bandar Kuching untuk mencari souvenir bagi dibawa pulang. Banyak gak la kedai-kedai cenderahati yang kami lawati sehinggakan anak aku terjerit terlolong dek kerana terpedaya dengan kaler-kaler indah dari pelbagai bentuk cenderahati yang disangkanya barang mainan. Air yang tenang jangan disangka takde buaya. Dek kerana tiada buayalah maka kopak gak poket gua menyopping barang-barang kat sini. Haha.

So pagi tu jugak kami sekeluarga decide nak beli T-Shirt bermotifkan Sarawak sehelai sorang untuk dipakai semasa naik flight ke KL nanti. So semua la jadik boria pakai baju kaler hitam corak-corak bermotifkan borneo. Layan je la.

Dah tiba di Terminal dan selesai segala proses untuk flight, kami semua terpaksa menunggu sekejap dek kerana penerbangan ditangguhkan hampir sejam. Tunggu je la, dan bila kapal terbang dah sampai kat lapangan tu sumer orang berlari-lari kambing mengejar pesawat untuk pulang ke ibukota. Dan akhirnya kami tiba di bumi KL sekitar jam 7.00 petang. Syukur.

So percutian kami ini bolehlah dikata agak memuaskan. Boleh la menenangkan minda daripada rutin kerja seharian. Yang penting ianya mengeratkan lagi hubungan silaturrahim kami sekeluarga. Adios!

Categories: WoRD LiFe
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.