Archive

Archive for August 26, 2011

Big bro aku kena rompak…

August 26, 2011 17 comments

Assalamualaikum.

Kelmarin aku dapat satu berita gempar yang membuatkan aku rasa terkejut dan marah. Berita ni berkenaan dengan satu rompakan yang mana mangsanya ialah abang aku sendiri!! Sini aku paste-kan petikan berita dari akhbar Metro Online:

Orang ramai cekup peragut guna taktik simbah cili boh

KUANTAN: Taktik dua peragut menyimbah cili boh ke muka mangsa sebelum meragutnya tidak menjadi apabila seorang daripada mereka dicekup orang ramai yang mendengar jeritan mangsa, dalam satu kejadian di sini hari ini.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kuantan DSP Kamaruzzaman Jaafar berkata dalam kejadian 9 pagi di Jalan Datuk Lim Hoe Lek itu, dua lelaki menaiki motosikal menghampiri seorang pengedar barang makanan yang baru mengambil wang daripada pelanggan.

“Selepas mengutip wang daripada klien, mangsa yang berusia 38 tahun itu menuju ke keretanya. Dia dihampiri dua suspek itu dan seorang daripada mereka menyimbah cili boh ke muka mangsa dan seorang lagi meragut beg sandangnya yang mengandungi wang tunai RM90,000,” katanya ketika dihubungi.

Kedua-dua lelaki terbabit cuba melarikan diri, namun orang ramai yang mendengar jeritan mangsa bertindak mengejar dan berjaya menangkap seorang daripada suspek. Katanya mangsa kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan pada jam 11 pagi.

“Mangsa berjaya mendapatkan kembali wang tunai miliknya yang disimpan dalam beg itu.

“Hasil siasatan awal terhadap suspek pula mendapati dia berusia 30an, bekerja sebagai penarik kereta dan positif dadah,” katanya.

Beliau berkata polis kini mengesan seorang lagi peragut yang masih bebas dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan. – Bernama

Aku berasa sangat kesal ngan berita sebegini. Dalam bulan Ramadhan yang mulia ni pon masih ada segelintir mereka yang tak tau menghormatinya dengan melakukan pelbagai kejahatan. Syukur kerana abang aku selamat, hanya disimbah dengan cili boh. Kalo dibuatnya kena simbah dengan asid, tak tau la apa akan jadi.

Syukur ke hadrat Ilahi kerana melindungi ahli keluarga aku. Dengar cerita orang yang rompak tu berjaya ditangkap dan dibelasah oleh orang ramai. Itulah pengajaran dan balasan dunia, kat akhirat nanti korang tanggung la pulak camne. Jadi marilah kita berhati-hati setiap kali berurusan yang mana melibatkan wang kerana penjenayah semakin ramai kat Malaysia ni.

Peace yo!

Categories: WoRD LiFe
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.