Big bro aku kena rompak…

Assalamualaikum.
Kelmarin aku dapat satu berita gempar yang membuatkan aku rasa terkejut dan marah. Berita ni berkenaan dengan satu rompakan yang mana mangsanya ialah abang aku sendiri!! Sini aku paste-kan petikan berita dari akhbar Metro Online:
Orang ramai cekup peragut guna taktik simbah cili boh
KUANTAN: Taktik dua peragut menyimbah cili boh ke muka mangsa sebelum meragutnya tidak menjadi apabila seorang daripada mereka dicekup orang ramai yang mendengar jeritan mangsa, dalam satu kejadian di sini hari ini.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kuantan DSP Kamaruzzaman Jaafar berkata dalam kejadian 9 pagi di Jalan Datuk Lim Hoe Lek itu, dua lelaki menaiki motosikal menghampiri seorang pengedar barang makanan yang baru mengambil wang daripada pelanggan.
“Selepas mengutip wang daripada klien, mangsa yang berusia 38 tahun itu menuju ke keretanya. Dia dihampiri dua suspek itu dan seorang daripada mereka menyimbah cili boh ke muka mangsa dan seorang lagi meragut beg sandangnya yang mengandungi wang tunai RM90,000,” katanya ketika dihubungi.
Kedua-dua lelaki terbabit cuba melarikan diri, namun orang ramai yang mendengar jeritan mangsa bertindak mengejar dan berjaya menangkap seorang daripada suspek. Katanya mangsa kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan pada jam 11 pagi.
“Mangsa berjaya mendapatkan kembali wang tunai miliknya yang disimpan dalam beg itu.
“Hasil siasatan awal terhadap suspek pula mendapati dia berusia 30an, bekerja sebagai penarik kereta dan positif dadah,” katanya.
Beliau berkata polis kini mengesan seorang lagi peragut yang masih bebas dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan. – Bernama
Aku berasa sangat kesal ngan berita sebegini. Dalam bulan Ramadhan yang mulia ni pon masih ada segelintir mereka yang tak tau menghormatinya dengan melakukan pelbagai kejahatan. Syukur kerana abang aku selamat, hanya disimbah dengan cili boh. Kalo dibuatnya kena simbah dengan asid, tak tau la apa akan jadi.
Syukur ke hadrat Ilahi kerana melindungi ahli keluarga aku. Dengar cerita orang yang rompak tu berjaya ditangkap dan dibelasah oleh orang ramai. Itulah pengajaran dan balasan dunia, kat akhirat nanti korang tanggung la pulak camne. Jadi marilah kita berhati-hati setiap kali berurusan yang mana melibatkan wang kerana penjenayah semakin ramai kat Malaysia ni.
Peace yo!



al-hamdulillah… berkat ramadhan kut… selamat hari raya buat ko & famili
TQ puan suhana MT. slmt hari raya gak buat ko sekeluarga.
makan lemang ingat2 la kat aku.. hehehe… 8)
alamak, banyak nya duit dia..
ni yang bahaya nie kalau membuat kerja yang berurusan dengan duit nie, nak kena ada escort la tolong temankan…at least sorang, buat defend.
Yup, memang byk tp sumer tu bkn duit dia. duit kompeni. keh keh keh…
Dari dulu lagi org pesan keje camtu bahaya, tapi nak wat camne sumber rezeki dia camtu. Dia ada ckp kat aku ada org dalam yg plan, sbb tu leh jadik camni. kalo tak maybe takkan jadik punya.
Pepehal pon dia dh selamat, alhamdulillah.
ini org dalam la nak makan duit tu nampaknya.
jahat betui org tu, tu yang depa baling guna cili boh ja… tak la mudarat sangat, pedih mata ja.
Yup, mmg tak mudarat tp pedih wooo…
apa ke bangsat punya org, cari la keje lain yg halal kalo nk duit, ni nk merompak aje kejenya. haaa… skrg tau la deme melingkup dlm jail…
manusia sekarang suka ambil jalan mudah untuk dapatkan duit, dan ini lah jalan singkat yang diaorang buat..Malas berusaha & bagi orang dalam yang terlibat memang patut kena cekup dulu sebab tak amanah dalam tugas..
Perghhh tu diaaaa…. kata2 ikhlas yg penoh skema dari seorang pegawei kerajaan. ayat kemain lagi skema, mengalahkan ucapan pak menteri lagik. hehehe….
amboi2 dia…bab2 nak k***k orang no.1..hahahaha…
Amboi, main puzzle plak dia. please fill in the blank with the correct answer. hehehhe….
K***K = Kutuk
kalu pandai benda apa tue?????hahahaha…
KOKOK….. 8)
Korang nie… Laki Bibi jgn gaduh di khalayak umum… Saya terbaca geng…..
Jangan Jalan seorang jika membawa Tunai yang banyak , sentiasa berteman.. Risikonya kurang sikit…
Laki Bibi? heheheheee….