Archive

Archive for November, 2011

MyBrain-15

November 30, 2011 1 comment

Categories: WoRD LiFe

Informasi mengenai kencing

November 24, 2011 2 comments

Sekalipun terpaksa menghadiri mesyuarat penting atau memandu untuk jarak yang jauh, menahan air kencing bukanlah satu tindakan yang bijak. Air yang ditahan itu hakikatnya kotoran beracun yang perlu dikeluarkan daripada badan.

Menurut Pakar Urologi, Kesihatan Lelaki dan Pembedahan Robotik, Pusat Perubatan Prince Court, Datuk Dr. Sahabudin Raja Mohamed, menahan diri daripada membuang air kecil akan memberi kesan negatif kepada kesihatan. Namun, perkara itu mempunyai kesan yang berbeza mengikut jantina dan usia.

“Kanak-kanak yang menahan kencing terlalu lama boleh menyebabkan masalah besar. Tidak kira lelaki mahupun perempuan, ia boleh meningkatkan kejadian jangkitan saluran kencing. Dalam kes yang lebih buruk, ia akan mengakibatkan inkontinens iaitu masalah hilang kawalan untuk menahan kencing,” kata Sahabudin. Masalah itu menyebabkan penghidap tidak mampu menahan kencing daripada terkeluar sendiri terutamanya ketika batuk, bersin atau meneran. Seseorang juga sukar untuk menahan kencing sehingga dia boleh terkencing di mana-mana sahaja sebelum sempat pergi ke tandas.

Antara tanda-tanda seseorang itu mendapat masalah inkontinens adalah sering berasa tidak puas ketika membuang air kecil atau aliran air kencing yang lemah. Masalah itu boleh terjadi kepada mereka yang mengalami kerosakan ginjal, uretra yang tersumbat ataupun kerosakan saraf akibat diabetes.

Dalam pada itu, Sahabudin menjelaskan, membuang air kecil sebanyak di antara lima hingga enam kali sehari merupakan situasi yang normal. Namun, mereka yang membuang air kecil melebihi lapan kali sehari menunjukkan keadaan yang sebaliknya. “Kencing kurang daripada lapan kali sehari merupakan keadaan yang normal. Urin mereka akan berwarna jernih seperti air paip,” ujarnya.

Pundi kencing yang berfungsi secara normal ditunjukkan apabila seseorang membuang air kecil dalam tempoh tiga hingga empat jam sekali iaitu tidak lebih lapan kali sehari. Mereka yang normal akan membuang air kecil hanya sekali pada waktu malam.

Jelas Sahabudin lagi, mengurangkan minum air masak bagi mengelakkan seseorang itu kerap ke tandas adalah satu tindakan yang salah. Mereka tidak seharusnya mengurangkan pengambilan air kerana bahan tersebut penting kepada tubuh bagi mengelakkan dehidrasi.

“Jangan mengurangkan kuantiti air yang diminum. Sebaliknya pergilah berjumpa dengan doktor untuk mengatasi masalah itu. Jika terdapat jangkitan, pesakit perlu dirawat terutamanya mereka yang mengalami pundi kencing terlalu aktif,” katanya lagi.

Antara tanda kencing terlalu aktif adalah sukar menahan kencing, kencing tidak puas, pergi ke tandas melebihi 10 kali sehari dan berlaku kebocoran jika menahannya. Masalah ini boleh terjadi lebih kerap dalam kalangan wanita muda. Seseorang yang menghadapi masalah ini akan membuang air lebih daripada 10 kali sehari serta tidak dapat menahan kencing. Antara kaedah yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah itu adalah senaman otot untuk mengawal kencing, latihan pundi kencing dan penggunaan ubatan.

Jelas Sahabudin, masalah tersebut sering berlaku akibat kesibukan kerja yang mengundang masalah malas ke tandas selain ketiadaan kemudahan tandas yang bersih. Sementara itu, melakukan aktiviti seperti memandu sambil menahan air kencing boleh mengundang bahaya. Perbuatan menahan kencing didapati mempunyai kesan yang sama dengan keracunan alkohol atau tidak tidur selama 24 jam secara berterusan.

“Apabila manusia sampai kepada titik kesakitan, mereka tidak mampu berfikir dan membuat keputusan lagi. Ia sama seperti mabuk,” kata profesor neurologi di Universiti Brown di Providence, Pulau Rhode, Amerika Syarikat (AS), Peter Snyder. Kajian Synder bersama kumpulan penyelidiknya itu memenangi kategori perubatan anugerah Ig Nobel anjuran majalah Annals of Improbable Research (AIR) di AS baru-baru ini. Ig Nobel memberikan anugerah untuk pelbagai kajian yang dianggap melucukan tetapi kemudian membuatkan orang mula berfikir.

Sumber: KOSMO Online.

Categories: WoRD LiFe

Syabas Harimau Muda

November 22, 2011 10 comments

Tahniah kepada pasukan Harimau Muda Malaysia kerana berjaya merangkul pingat emas dalam acara bolasepak bagi dua temasya Sukan SEA berturut-turut. Tanah tumpah darahku, terbaaaeekkk!!!

Categories: WoRD LiFe

Lebah dan lalat

November 21, 2011 2 comments

Assalamualaikum. Perbandingan lebah dan lalat seperti orang mukmin dan orang munafik. Kebanyakan sifat yang ada pada lebah ada pada diri orang mukmin. Manakala sifat yang ada pada lalat ada pada diri orang munafik. Apabila kita melihat kepada lebah dan lalat, Subhanallah tiada perbezaan antara kedua. Kedua-duanya mempunyai rupa yang hampir sama, boleh terbang, dan berada di taman dan ladang yang sama.

Tetapi, perbezaannya pada sifat sebagai contoh manusia ada yang mukmin dan ada yang munafik walaupun berada di tempat yang sama. Sifat lebah menyerupai sifat orang mukmin manakala sifat lalat menyerupai sifat munafik. Mari kita perhatikan;

Pertama, lebah dan lalat apabila kedua-duanya memasuki taman ke mana tempat yang mereka tuju? Lebah pastinya akan mendapatkan bunga-bungaan tetapi lalat akan hinggap di tempat yang kotor.

Kedua, makanan lebah daripada madu-madu bunga manakala lalat pula daripada najis dan kotoran.

Ketiga, lebah menyukai amal jamai’ atau kerja berkumpulan manakala lalat suka membuat kerja seorang diri.

Keempat, lebah mempunyai ketaatan kepada ketuanya tetapi lalat tidak mempunyai ketua untuk diikut kerana mereka hidup secara individu. Orang mukmin mempunyai ketaatan kepada Allah, Rasul, dan orang-orang soleh manakala orang munafik hidup sendiri tanpa ketaatan kepada sesiapa.

Kelima, lebah antara sifatnya menghasilkan madu manakala lalat menghasilkan kotoran. Orang mukmin apabila menghadiri majlis ilmu mereka akan menyampaikan kepada orang lain ilmu yang dipelajari tetapi munafik apabila mendengar suatu perkara buruk, mereka akan jaja perkara itu kepada orang lain.

Keenam, lebah menghasilkan ubat dan kesembuhan manakala lalat hanya memindahkan penyakit . Orang mukmin apabila berada di suatu majlis dan mendengar perkara kebaikan, mereka akan sampaikan kebaikan itu kepada orang lain. Tetapi, orang munafik hanya menimbulkan permusuhan antara manusia.

Demikianlah perbandingan yang boleh dibuat antara orang mukmin dan orang munafik. Wallahualam….

Categories: WoRD LiFe

Revolusi Superman

November 17, 2011 19 comments

Aku dulu memang membesar dengan fenomena cerita Superman. Banyak gak la kenangan aku berkenaan Superman ni masa kat sekolah dulu. Masa aku kecik abah belikan sehelai baju superman, siap ada kain mantel merah lagi kat belakang baju tu. Memang syok.

Masuk sekolah rendah aku jadik rabon. Darjah 5 dah kena pakai spek mata. Kat kelas aku tu aku sorang je yang pakai spek, memang nampak macho ah. Disebabkan ke-macho-an aku tu aku digelar sebagai Clark Kent oleh kekawan. Lawak lawak, macam setann!! Pepehal pon aku memang suka karektor Superman ni, jadi kat sini jom kita layan sedikit kompilasi revolusi Superman dari dulu sampai sekarang ni. Layannnn….

P/S: Entry ini mempunyai unsur-unsur lucah dengan pelbagai visual seluar dalam yang pelbagai saiz. Pastikan anda tiada penyakit jantung jikalau mahu membaca entry ini dengan lebih lanjut. Hahaha…

01 – Kirk Alyn (1948)

02 – George Reeves (1952-1958)

03 – Christopher Reeve (1978, 1980, 1983, 1987)

04 – John Haymes Newton (1988)

05 – Gerard Christopher (1988-1992)

06-Dean Cain (1993-1997)

07 – Tom Welling (2001-2011)

08 – Brandon Routh (2006)

09 – Henry Cavill (2013)

Categories: WoRD LiFe

Asyraff = 2 Tahon

November 16, 2011 20 comments

Selamat ulangtahon kelahiran yg ke-2 buat anakku Asyraff Khalish Bin Mohd Aminuddin. Semoga membesar dengan sihat, ceria ceria cikgu Rubina, gembira dan menjadi insan yg berguna satu hari nanti. We love you so much!

Categories: WoRD LiFe

Hamba kerja…

November 14, 2011 8 comments

Categories: WoRD LiFe

Majlis konvokesyen ke-75

November 11, 2011 8 comments


Assalamualaikum.

Pada 30 Oktober 2011 yang lepas telah berlangsung satu majlis konvokesyen UiTM yang mana merupakan majlis konvokesyen bagi adik bongsu aku. Beliau telah berjaya menghabiskan pengajian program Ijazahnya. Hari tersebut juga mencatatkan satu sejarah baru kerana selepes 10 kali adik-beradik aku bergilir menjalani konvokesyen, inilah kali pertama majlis ini berjaya mengumpul kesemua ahli keluarga MJ dalam satu majlis. Alhamdulillah, seronok betul rasanya dapat berkumpul bersama seperti ni.

Jadi aku selitkan sedikit gambar-gambar pada hari yang bersejarah tersebut buat kenangan untuk aku dan juga kaum keluarga. Layannn…

Categories: WoRD LiFe

Adab bergurau

November 8, 2011 9 comments

“Janganlah marah, gurau pun tak boleh?”

Begitulah kata-kata yang sering kita dengar apabila seseorang itu mengeluh selepas menjadi mangsa gurauan berlebihan dari kawan sendiri. Sebenarnya, tidak salah untuk kita bergurau atau berjenaka dengan kawan-kawan kita, tapi perlulah berpada-pada.

Bergurau boleh dikatakan perbuatan kelakar melalui perbuatan, kata-kata dan sebagainya. Ia boleh mengembirakan atau dapat menggelikan hati orang lain. Sinonimnya adalah jenaka, lawak dan gurau senda. Menurut pandangan Islam, perbuatan yang boleh membuatkan orang lain senang hati adalah termasuk dalam amal kebajikan dan Rasulullah s.a.w juga selalu berjenaka dengan ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Hadis Rasulullah yang bermaksud:

“Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah!”
- Riwayat Abu Daud.

Dalam Islam telah digariskan adab-adab untuk kita bergurau agar tidak menyakiti hati dan perasaan orang lain.

1. Tidak menjadikan aspek agama sebagai bahan jenaka seperti mempersendakan sunnah Rasulullah SAW.

2. Gurauan tersebut bukan merupakan cacian atau cemuhan seperti memperlekehkan orang lain dengan menyebut kekurangannya.

3. Gurauan itu bukan ghibah (mengumpat) seperti memburukkan seseorang individu dengan niat hendak merendah-rendahkannya.

4. Tidak menjadikan jenaka dan gurauan itu sebagai kebiasaan.

5. Isi jenaka adalah benar dan tidak dibuat-buat.

6. Bersesuaian dengan masa, tempat dan orangnya kerana adalah tidak manis bergurau di waktu seseorang berada dalam kesedihan dan sebagainya.

7. Menjauhi jenaka yang membuatkan orang lain ketawa secara berlebihan (ketawa terbahak-bahak) kerana banyak ketawa akan memadamkan cahaya hati.

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w apabila ketawa baginda hanya menampakkan barisan gigi hadapannya sahaja, bukan ketawa yang berdekah-dekah, mengilai-ngilai atau terkekeh-kekeh dengan maksud bahawa selaku seorang muslim kita hendaklah sentiasa menjaga batas kesopanan dalam ertikata yang sepatutnya.

Categories: WoRD LiFe

Bantuan meringankan kos sara hidup

November 4, 2011 5 comments
Categories: WoRD LiFe
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.