Archive

Archive for January, 2012

Kencing tikus

January 31, 2012 3 comments

Kalau benar seperti yang didakwa, penyanyi terkenal, Allahyarham Izwan Pilus adalah selebriti kedua tanah air yang meninggal dunia kerana dijangkiti virus kencing tikus atau leptospirosis. Seorang penyampai radio popular yang juga personaliti televisyen, Mior Ahmad Fuad atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi juga sebelum ini meninggal dunia kerana disyaki dijangkiti virus yang sama.

Sebenarnya kita sebelum ini jarang mendengar jangkitan sebegitu kerana ia jarang berlaku. Tetapi hakikatnya, ia bukanlah asing kepada penduduk negara ini. Kita pernah dikejutkan dengan jangkitan leptospirosis membabitkan enam tahanan warga Myanmar di Depoh Tahanan Imigresen, Juru Pulau Pinang.

Ia turut dikenali dengan pelbagai nama seperti Penyakit Weil, Demam Icterohemorrhage, Penyakit Swineherd’s, Demam pesawah (Rice-field fever), Demam Pemotong tebu (Cane-cutter fever), Demam Swamp, Demam Lumpur, Jaundis berdarah, Penyakit Stuttgart & Demam Canicola.

Leptospirois berpunca daripada pendedahan terhadap bakterium ‘leptospira interrogans.’ Jangkitan terhadap manusia selalunya melalui air yang dicemari kuping kulit dan lendir hidung, mulut dan mata tikus. Bagaimanapun, leptospirosis tidak menyebabkan jangkitan daripada manusia kepada manusia. Jangkitan ini berlaku di seluruh dunia terutama di negara beriklim tropika.

Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan Amerika Syarikat misalnya merekodkan 100 ke 200 kes leptospirosis setahun di negara maju itu dengan dengan 50 peratus daripadanya berlaku di Hawaii. Kes leptospirosis biasanya meningkat apabila musim hujan atau banjir. Bagaimanapun, sehingga kini tiada rekod jumlah kes sebenar leptospirosis yang berlaku di seluruh dunia. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebaliknya cuma memberi anggaran kes antara 0.1 atau 1 kes per 100 000 penduduk setahun di kawasan tropika. Tanpa alasan yang kukuh, leptospirosis selalu terlepas pandang dan tidak banyak laporan mengenainya dibuat.

Kerap kali, mereka yang terbabit dengan aktiviti luar atau petani lebih berisiko terhadap leptospirosis. Komplikasi jangkitan ini termasuk jangkitan kuman di otak (meningitis), pendarahan yang teruk, kegagalan fungsi hati dan buah pinggang.

Sejarah penyakit kencing tikus
Leptospirosis dijangka sebagai punca epedemik dikalangan pribumi Amerika sepanjang persisiran Massachusetts masa kini yang berlaku dengan ketibaan Pilgrims pada 1620 dan menghapuskan kebanyakan penduduk pribumu. Cadangan sebelumnya termasuk wabak (plague), demam kuning, cacar, influenza, demam campak, typhus, demam kepialu, trichinellosis, meningitis, dan jangkitan syndemik oleh virus hepatitis B dengan agen delta.

Tiada satupun yang bertepatan dengan kesemua bukti seperti leptospirosis. Sungguhpun penyakit ini mungkin di bawa ke Dunia Baru oleh orang-orang Eropah, penyebarannya juga dipengaruhi oleh aktiviti harian berisiko tinggi oleh puak Pribumi Amerika. Hipotesis leptospirosis disokong dengan kejadian wabak moden yang dikenal pasti sebagai leptospirosis teruk, sesetengahnya diikuti dengan kadar kematian yang tinggi (Kepulauan Andaman pada akhir 1980-an, Filipina pada 2009, Ireland pada 2010).

Punca bagi epidemik ini kekal misteri, sementara wabak lain pada tempoh masa yang sama agak jelas diketahui. Epidemik dianggap kejadian penting dalam sejarah Amerika kerana kegagalan koloni Teluk Plymouth mungkin bererti kegagalan koloni British di Amerika Utara

Di antara faktor risikonya adalah:
1) Pekerjaan yang terdedah kepada persekitaran – misalnya petani, peladang, tentera, pesawah, pekerja sistem pembetungan atau doktor haiwan.
2) Aktiviti rekreasi seperti berenang dalam air yang dicemari bakterium leptospira atau berkayak.
3) Terdedah kepada peralatan di rumah yang digunakan untuk penyembelihan, peliharaan anjing atau makanan yang digigit binatang seperti tikus, tupai dan arnab.

Gejala:
1) Leptospirosis tiada gejala yang khusus.
2) Umumnya masa pengeraman kuman itu di antara dua hingga 26 hari.
3) Pada peringkat awal ia akan membuat tubuh menggigil dan demam. Gejala ini membabitkan 75 – 100 peratus pesakit.
4) Batuk tidak berkahak (25-35 peratus pesakit)
5) Loya, muntah, cirit-birit, sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak, sakit perut. Bagaimanapun ia gejala yang kurang berlaku
6) Radang selaput mata
7) Antara tujuh hingga 40 peratus pesakit mungkin mengalami sakit otot, limpa atau hati membengkak, bengkak kelenjar, otot mengeras dan ruam. (Sumber: Infosihat.gov.my)

INFO: Leptospirosis
1. Jangkitan penyakit yang disebabkan bakterium.
2. Menjangkiti manusia melalui pendedahan terhadap air kencing atau tisu haiwan yang dijangkiti
3. Progres dalam dua fasa tanpa simptom khusus.
4. Boleh didiagnos melalui darah, air kencing selain menggunakan ujian antibodi.
5. Pencegahannya termasuk elakkan mengunjungi kawasan yang ada air bertakung terutama di kawasan iklim tropika.

Yang pasti, kita dapat mengelakkan diri daripada mengunjungi kawasan yang ada air bertakung terutama di kawasan iklim tropika. Penyakit ini boleh berlaku kepada mereka yang berkerja di ladang-ladang, sawah, penternakan binatang, di kawasan setinggan, tapak pembinaan kawasan perumahan di mana kuman itu didapati hidup di tanah atau air kotor kerana sistem saliran yang kurang memuaskan seperti air bertakung.

Mereka yang berkunjung di tempat-tempat air kotor seperti air sungai atau tasik yang tercemar turut berisiko tinggi. Ia juga boleh berleluasa semasa musim banjir apabila seseorang meredah air banjir yang telah dicemari dengan kuman Leptospira. Kuman ini memasuki badan seseorang jika terdapat luka di kaki atau di mana-mana bahagian badan.

Semoga kita dilindungi Allah daripada penyakit yang membawa maut sebegini. Ingat, cegah sebelum parah!

Sumber: Mynewshub

Categories: WoRD LiFe

50 negara populasi tertinggi

January 27, 2012 Leave a comment

Assalamualaikum.

Takde benda nak post, layan post jumlah 50 negara yang mempunyai populasi teramai la. Ni aku kutip dari forum, menurut carta ni perangkaan jumlah populasi ini dikutip bagi tahun 2011 dan ada yang latest 2012. Layan je la labuuu…

Categories: WoRD LiFe

Boikot massimo…

January 25, 2012 4 comments

Categories: WoRD LiFe

Lorong 1Malaysia

January 18, 2012 9 comments

Lorong 1Malaysia? Apa tu?

Bunyinya seakan-akan entry pro Kerajaan, tetap harus diingat aku bukan tergolong dalam spesis itu. Hahaha… Jadi harini entry aku ni aku cedok sikit berkenaan dengan suatu keperluan manusia. Fitrah manusia iaitu memerlukan makanan untuk hidup. Al kisahnya aku dah bermastautin di kawasan Petaling Jaya ini untuk bekerja lebih kurang dekat 3 tahun dah. Sepanjang tempoh itu banyak perkara mengenai makanan yang aku telah lalui. Bukan untuk menjadi Masterchef Malaysia, tetapi sekarang memberi gambaran fenomena hidup di kota masakini.

Jaya One, antara salah satu pusat komersil baru yang ada di kawasan petaling Jaya ini memang penuh dengan keseronokan dunia. Ramai yang berpendapat kawasan ini merupakan kawasan untuk orang minum-minum, mabuk dan bersosial sahaja. Tetapi perlu diingat, kawasan inilah tempat aku mencari rezeki nun di Khutub Khanah IACT College.

Soal makanan pasti menjadi isu. Kos sara hidup untuk bekerja kat sini memang tinggi. Bayangkanlah kalo korang makan kat kedai mamak area ni, sajian nasik kosong + ayam goreng + sayur sahaja dah berjumlah RM8. Apakejadahnya nak survive bagi mereka yang berpendapatan rendah semacam aku ni. Sudah pasti suatu yang agak berat untuk berbelanja sehari-hari demi untuk sehidang makanan lunch sahaja.

Jadi disinilah bergunanya Lorong 1Malaysia yang aku cakap tadi. Lorong ini adalah merupakan satu deretan kedai yang menjual makanan bermula dengan sarapan pagi dan fokus utamanya iaitu hidangan tengahari untuk para pekerja sekitar kawasan ini. Di sini sahaja tempat korang boleh menikmati makanan pada kadar yang murah dan sedap. Jauh berbeza jumlah harga yang perlu dibayar sekiranya korang ingin menikmati makanan di sekitar kawasan Jaya One ni.

Kenapa Lorong 1Malaysia? Itu la, kalo lepak kat sini korang boleh tengok semua kaum ada berkumpul menikmati makanan kat sana. Melayu, India, Cina, Singh, kaum Sabah Sarawak pon ada melepakkan diri kat sini. Tak masuk lagi warga Indonesia, perghhh tu dah kira International. Haha. Jadi apa yang aku perkatakan ialah ini merupakan port paling menjimatkan sekiranya korang nak survive kalau bekerja di area Jaya One.

Aku dah dekat 3 tahun kat sini, dan ini memang merupakan port wajib aku hampir setiap hari kerana aku kurang mampu hendak membayar RM8 untuk sepinggan nasik, ataupun berpuluh-puluh ringgit untuk melepak makan di Old Town, Wendy’s, Tappers dan Starbuck yang bercambah naik kat sini. So ini adalah satu port yang aku reveal khas untuk korang semua dalam apa yang berlaku dalam hidup sehari-hari aku selaku warga kerja di area ini. Kat sini ada kedai makanan melayu, masakan cina, masakan mamak, kedai juai buah, kedai juai air yang mana ini merupakan port yang berdekatan dengan Cold Storage, TAR College, kilang Dutch Lady dan jugak Proton Service Center. Dan disinilah aku selalu menjamah makanan harian aku tanpa ada sebarang kompromi.

Walaupon fasiliti kat sini nampak huduh, tetapi makanannya memang superb dan murah. Bayangkan korang ambik sepinggan nasik + ayam atau ikan goreng + sayur + sambal belacan, cili kicap, tempoyak kena caj RM3.50 je. Perghhh heaven beb. Jauh beza dengan kedai mamak yang aku cerita memula tadik. Layan je la sampai perot kenyang. Begitulah dok ada cerita aku survive kat kawasan ni. Bukan kerna tak berkemampuan sebenarnya, tapi lebih kepada penjimatan dan menjaga perut melayu aku ni. Giler hapa hari-hari nak layan burger Wendy’s, tak dapek la der… Haha…

Sebenarnya ini gak bertitik tolak dengan kos sara diri kat kota secara am. Sebenarnya untuk pengetahuan umum kat Malaysia ni harga barang dah semakin naik menggila. Pelik betul aku pak menteri buat keje apa? Jadi salah satu cara nak survive korang kena pandai la ikhtiar, penyelesaiannya ialah carik la kedai-kedai yang mampu membantu pelanggan untuk mengisi perut dengan kadar yang berpatutan. Guess what? Kedai pakcik yang aku selalu lepak makan tengahari berharga RM3.50 ni confirm sold-out jam 1.30 petang. Bayangkanlah betapa maju bisnes dia berkat tak mencekik darah dalam berniaga. Kepada pakcik n the geng, syabas. Semoga Allah melimpahkan keberkatan kepada anda sekeluarga.

Begitulah coretan panjang sedikit aku di tahun baru 2012. Saje je menaip sebab dah lama main copy paste je entry. Itulah dia hidup aku. Jom reramai lepak sini, mamak yang jual air kat sini pon dah kenal aku. Takyah order, terus je dia hantar air. Hahaha…

Challo dulu, nanti aku sambung cerita lagik… =)

P/S: Teringat zaman muda-mudi dulu. Hari2 beli 2 bungkus nasik lemak, satu untuk breakfast satu untuk lunch. Azab wooo zaman tu.

Categories: WoRD LiFe

Baucar buku RM200

January 16, 2012 12 comments

Assalamualaikum.

Seramai 1.3 juta penuntut yang mengikuti pengajian di institut pengajian tinggi tempatan dan pelajar sekolah menengah di tingkatan enam layak menerima baucar buku bernilai RM200 seperti yang diumumkan dalam Bajet 2012, baru-baru ini. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM260 juta untuk diagihkan kepada penuntut-penuntut tersebut yang dikategorikan sebagai aktif.

Kementerian Pengajian Tinggi memaklumkan cara tuntutan baucar buku RM200 yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri semasa Pembentangan Bajet 2012 kepada pelajar IPTA, IPTS, Politeknik, Matrikulasi/Asasi Sains dan pelajar Tingkatan 6, seperti berikut:

1. Semua pelajar warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar aktif di IPTA, IPTS dan POLITEKNIK mengikuti pengajian pada peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D, matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan termasuk pelajar di tingkatan 6 secara sepenuh masa dan separuh masa di institusi pengajian tinggi dalam negeri pada Januari 2012 layak mendapat baucar buku bernilai RM200.

2. Pengagihan baucar buku kepada pelajar-pelajar dibuat melalui IPTA, IPTS, Politeknik dan sekolah masing-masing dalam bulan Januari 2012. Sila hubungi IPT dan sekolah masing-masing untuk untuk mengambil baucar berkenaan.

3. Semua IPT telah menyediakan senarai nama pelajar, berserta nombor Kad Pengenalan dan Nombor Metrik / Nombor pendaftaran mereka yang layak. Pelajar perlu memastikan nama, no. kad pengenalan dan cop IPT masing-masing diisikan pada setiap keping baucar yang bernilai RM50.00 setiap keping.

4. Baucar buku boleh ditebus di semua kedai buku yang menyertai program ini dan penyertaan kedai buku adalah terbuka kepada semua.

5. Baucar ini adalah untuk pembelian buku – buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing. Buku Interlok dah tak perlu dibeli kerana dah dikeluarkan sebagai buku teks sastera.

6. Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012

7. Tempoh masa sah laku baucar buku ini adalah selama tiga bulan mulai daripada 1 Januari hingga 31 Mac 2012.

8. Pelajar tidak dibenarkan sama sekali menebus baucar buku ini dengan wang tunai.

Sumber: Berita Harian

Categories: WoRD LiFe

Hidupan liar di dasar laut

January 10, 2012 6 comments

Categories: WoRD LiFe

Kehilangan…

January 9, 2012 8 comments

Assalamualaikum.

Permulaan tahun 2012 ni ku rasakan agak slow. Lembab sket, malas betul nak meneruskan penulisan entry-entry dalam blog ni. Semenjak berkecimpung dalam dunia blogger bermula tahun 2006, kini dah masuk tahun 2012 yang bermakna sudah hampir 6 tahun aku menulis-nulis dalam arena maya ni. Boleh dikatakan agak lama jugak la melayan penulisan secara digital ni.

Menulis entry kali ini pon dirasakan tangan ni semakin berat untuk menaip. Mungkin mood belum datang lagi kot. Tapi sempena tahun baru 2012 ni aku terpanggil untuk meluahkan suatu kehilangan. Sudah tentu kehilangan beberapa penulis blog yang ku kenali dan mungkin kini mereka telah mengundurkan diri. Antaranya blog-blog rakan yang aku dapati sudah sepi adalah seperti berikut:

Kammy Arjuna ~ Duniaku

Halim The Wahyu ~ Mindaku

Maria Qibby ~ My-so-called-life

Jadi tahun 2012 ku harapkan agar ada kelapangan untuk menulis beberapa entry mengenai hidupku. Dan aku berharap agar rakan-rakan blogger yang sudah menyepi itu supaya kembali semula memeriahkan dunia blogger.

Layaannn…

Categories: WoRD LiFe

Lembaran 2012

January 4, 2012 12 comments

Assalamualaikum.

Salam tahun baru 2012 buat semua sahabat handai. Semoga lembaran tahun baru ini memberikan kita sumber inspirasi supaya menjadikan diri bertambah baik daripada tahun-tahun yang lepas.

Categories: WoRD LiFe
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.