Archive

Archive for January 18, 2012

Lorong 1Malaysia

January 18, 2012 9 comments

Lorong 1Malaysia? Apa tu?

Bunyinya seakan-akan entry pro Kerajaan, tetap harus diingat aku bukan tergolong dalam spesis itu. Hahaha… Jadi harini entry aku ni aku cedok sikit berkenaan dengan suatu keperluan manusia. Fitrah manusia iaitu memerlukan makanan untuk hidup. Al kisahnya aku dah bermastautin di kawasan Petaling Jaya ini untuk bekerja lebih kurang dekat 3 tahun dah. Sepanjang tempoh itu banyak perkara mengenai makanan yang aku telah lalui. Bukan untuk menjadi Masterchef Malaysia, tetapi sekarang memberi gambaran fenomena hidup di kota masakini.

Jaya One, antara salah satu pusat komersil baru yang ada di kawasan petaling Jaya ini memang penuh dengan keseronokan dunia. Ramai yang berpendapat kawasan ini merupakan kawasan untuk orang minum-minum, mabuk dan bersosial sahaja. Tetapi perlu diingat, kawasan inilah tempat aku mencari rezeki nun di Khutub Khanah IACT College.

Soal makanan pasti menjadi isu. Kos sara hidup untuk bekerja kat sini memang tinggi. Bayangkanlah kalo korang makan kat kedai mamak area ni, sajian nasik kosong + ayam goreng + sayur sahaja dah berjumlah RM8. Apakejadahnya nak survive bagi mereka yang berpendapatan rendah semacam aku ni. Sudah pasti suatu yang agak berat untuk berbelanja sehari-hari demi untuk sehidang makanan lunch sahaja.

Jadi disinilah bergunanya Lorong 1Malaysia yang aku cakap tadi. Lorong ini adalah merupakan satu deretan kedai yang menjual makanan bermula dengan sarapan pagi dan fokus utamanya iaitu hidangan tengahari untuk para pekerja sekitar kawasan ini. Di sini sahaja tempat korang boleh menikmati makanan pada kadar yang murah dan sedap. Jauh berbeza jumlah harga yang perlu dibayar sekiranya korang ingin menikmati makanan di sekitar kawasan Jaya One ni.

Kenapa Lorong 1Malaysia? Itu la, kalo lepak kat sini korang boleh tengok semua kaum ada berkumpul menikmati makanan kat sana. Melayu, India, Cina, Singh, kaum Sabah Sarawak pon ada melepakkan diri kat sini. Tak masuk lagi warga Indonesia, perghhh tu dah kira International. Haha. Jadi apa yang aku perkatakan ialah ini merupakan port paling menjimatkan sekiranya korang nak survive kalau bekerja di area Jaya One.

Aku dah dekat 3 tahun kat sini, dan ini memang merupakan port wajib aku hampir setiap hari kerana aku kurang mampu hendak membayar RM8 untuk sepinggan nasik, ataupun berpuluh-puluh ringgit untuk melepak makan di Old Town, Wendy’s, Tappers dan Starbuck yang bercambah naik kat sini. So ini adalah satu port yang aku reveal khas untuk korang semua dalam apa yang berlaku dalam hidup sehari-hari aku selaku warga kerja di area ini. Kat sini ada kedai makanan melayu, masakan cina, masakan mamak, kedai juai buah, kedai juai air yang mana ini merupakan port yang berdekatan dengan Cold Storage, TAR College, kilang Dutch Lady dan jugak Proton Service Center. Dan disinilah aku selalu menjamah makanan harian aku tanpa ada sebarang kompromi.

Walaupon fasiliti kat sini nampak huduh, tetapi makanannya memang superb dan murah. Bayangkan korang ambik sepinggan nasik + ayam atau ikan goreng + sayur + sambal belacan, cili kicap, tempoyak kena caj RM3.50 je. Perghhh heaven beb. Jauh beza dengan kedai mamak yang aku cerita memula tadik. Layan je la sampai perot kenyang. Begitulah dok ada cerita aku survive kat kawasan ni. Bukan kerna tak berkemampuan sebenarnya, tapi lebih kepada penjimatan dan menjaga perut melayu aku ni. Giler hapa hari-hari nak layan burger Wendy’s, tak dapek la der… Haha…

Sebenarnya ini gak bertitik tolak dengan kos sara diri kat kota secara am. Sebenarnya untuk pengetahuan umum kat Malaysia ni harga barang dah semakin naik menggila. Pelik betul aku pak menteri buat keje apa? Jadi salah satu cara nak survive korang kena pandai la ikhtiar, penyelesaiannya ialah carik la kedai-kedai yang mampu membantu pelanggan untuk mengisi perut dengan kadar yang berpatutan. Guess what? Kedai pakcik yang aku selalu lepak makan tengahari berharga RM3.50 ni confirm sold-out jam 1.30 petang. Bayangkanlah betapa maju bisnes dia berkat tak mencekik darah dalam berniaga. Kepada pakcik n the geng, syabas. Semoga Allah melimpahkan keberkatan kepada anda sekeluarga.

Begitulah coretan panjang sedikit aku di tahun baru 2012. Saje je menaip sebab dah lama main copy paste je entry. Itulah dia hidup aku. Jom reramai lepak sini, mamak yang jual air kat sini pon dah kenal aku. Takyah order, terus je dia hantar air. Hahaha…

Challo dulu, nanti aku sambung cerita lagik… =)

P/S: Teringat zaman muda-mudi dulu. Hari2 beli 2 bungkus nasik lemak, satu untuk breakfast satu untuk lunch. Azab wooo zaman tu.

Categories: WoRD LiFe
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.