Archive

Archive for February, 2012

The most powerful bike in the world

February 29, 2012 4 comments

Honda Cub is the number one motorcycle in the world

In this Discovery Channel program, there is a countdown of the best motorcycle ever. This video starts with the winner, the Honda CUB. There are already 40 million Cubs build, making it the best selling motorcycle. This is a simple machine with a mass appeal and with its 4 Break Horsepower, it still manages to run 50 Mph.

To demonstrate the reliability of the Cub, the presenters dry to destroy it, using several methods:

Mess up the engine:

By draining all the oil and replacing it with normal cooking oil, the engine should crack up. Fortunate for the CUB it still manages to work even after riding a couple of miles.

Overload:

In the next effort to destroy the CUB, it was overloaded with 200 kilograms, which it could withstand flawlessly.

Drastic measures:

In the final attempt to kill the CUB, it was thrown of a 22 meters tall building. When the CUB collapses it hit the ground with a staggering 54 Mph speed.
Although part of the framework and the wheels get severely damaged, the true measure of its quality is to try to get the engine running. It may not surprise you that after inserting the ignition key and gently applying the kick-starter, this incredible strong vehicle starts without a cough.

In a final statement the presenter says that it would probably only gets destroyed by using C4 plastic explosive. Because the Honda CUB is such a cheap, reliable, strong motorcycle, it is rewarded as the Number One motorcycle in the world

Categories: WoRD LiFe

Claim kerosakan atas highway

February 27, 2012 4 comments

Dalam perjalanan menuju ke Cameron highland lebih kurang 20Km sebelum simpang toll Tapah saya terlangar tayar celup lori yang besar diatas lebuh raya tu. Saya ingat bumper depan kereta saya tak rosak terok, maka saya meneruskan perjalanan tanpa memberhentikan kereta untuk melihat kerosakan bumper depan tu. Sampai kat R&R tapah saya berhenti untuk merokok dan saja saja nak tengok kerosakan bumper.

Emmmm… Bumper depan mengelami kerosakan teruk! Mesti harus ditukar bumper baru. Maka terbayanglah dalam kepala saya terbanglah dalam RM3500 kerana kesalahan orang lain kerana mereka nak untung lebih, mereka menggunakan tayar celup tampa memikirkan keselamatan pengguna jalan raya lain.

Lepas tu dalam perjalanan balik ke KL dari Cameron Highland saya terlanggar lagi tayar lori yang tertanggal diatas lebuh raya. Hati saya dah merasa panas dan marah, maka saya menalipon pihak PLUS. Mereka, PLUS menyuruh saya berhenti di office toll yang berhampiran untuk membuat report. Maka saya berhenti di toll jalan duta untuk buat report.

Sesudah saya isi borang report, mereka pergi ke kereta saya untuk mengambil gambar kerosakan bumper depan kereta saya dan mem-photocopy kad Touch&Go saya untuk simpanan rekod mereka kerana kerosakan yang saya alami saya claim dari pihak PLUS.

Kita boleh claim dari pihak PLUS sekiranya kerosakan yang berlaku disebabkan oleh benda benda yang merosakan kereta datangnya dari lebuh raya seperti cermin depan pecah disebabkan oleh batu-batu diatas lebuh raya. Bergantung pada terma. Mungkin ramai yang tak tau kita sebenarnya boleh claim dari pihak PLUS sekiranya berlaku kes yang semacam ini.

P/S: Untuk pengesahan lanjut, korang boleh menghubungi PLUS sendiri. Aku just forward informasi yang aku dapat. Layannnn…

Categories: WoRD LiFe

Kecemasan

February 24, 2012 Leave a comment

Pada suatu hari di Hospital Kota Bharu.

Seorang lelaki berusia lingkungan 70-an sedang menunggu untuk mendapatkan rawatan. Di sebelahnya duduk seorang lelaki muda juga dengan tujuan yang sama. Lelaki muda menyapa;

“Pok cik ni sakit gapo?”

“Kecing manih. Lamo doh.”

Tiba-tiba kakitangan hospital kelihatan cemas dan mengusung masuk seorang pesakit yang tidak sedarkan diri. Pak cik tua tersebut bertanya orang muda di sebelahnya;

“Tu bakpo pulok?”

“Kecemase”

“Oohh ruponyo kecing mase lagi teruk dari kecing manih.”

P/S: cam siott je sapa yang karang cerita nih. :)

Categories: WoRD LiFe

Penyeri hidup kami…

February 22, 2012 13 comments

Aina Zahraa & Asyraff Khalish

Categories: WoRD LiFe

Beza blog blogger lelaki dengan perempuan

February 20, 2012 9 comments

Categories: WoRD LiFe

Mangsa AGE 3000 orang

February 15, 2012 2 comments

IPOH – Sebanyak 251 kes baharu direkodkan semalam oleh Jabatan Kesihatan Perak melibatkan wabak acute gastroenteritis (AGE), menjadikan jumlah keseluruhan mangsa telah meningkat kepada 3,068 orang.

Pengarahnya, Datuk Dr. Ahmad Razin berkata, jumlah tersebut membabitkan 180 kes yang dilaporkan di daerah Hilir Perak manakala 71 lagi di Batang Padang. “Di Hospital Teluk Intan, seramai enam pesakit terpaksa ditahan di wad bagi menerima rawatan manakala Hospital Tapah menerima sembilan kes baharu. Bagaimanapun, masing-masing enam dan tiga pesakit yang ditahan di Hospital Teluk Intan dan Hospital Tapah dibenarkan pulang hari ini (semalam),” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Wabak AGE yang menyerang dua daerah di negeri ini sejak dua minggu lalu telah menyebabkan dua kematian di Hilir Perak yang masing-masing melibatkan bayi berusia 10 bulan dan dua bulan.

AGE yang berpunca daripada sejenis virus digelar rotavirus, merebak melalui air sehingga menyebabkan mangsa muntah, demam dan dehidrasi. Berikutan itu, beberapa sampel air di daerah Batang Padang dan Hilir Perak dan Loji Air Bukit Temoh diuji bagi mengesan punca utama penularan wabak itu.

Sebarang pertanyaan mengenai wabak AGE boleh dibuat terus kepada Jabatan Kesihatan Negeri Perak melalui talian 05-2533489 atau 05-2533012.

Details: Acute-gastroenteritis Stomach Flu

Categories: WoRD LiFe

XTM 200

February 14, 2012 109 comments

Assalamualaikum.

MLE XTM200cc. Satu lagi muka baru dalam arena permotoran negara yang bakal menjadi satu fenomena sikit masa lagi. Sebenarnya model XTM200 masih dalam peringkat mendapat kelulusan JPJ, dan dengar cerita sudah ada kedai motosikal yang mempunyai dokumen sah bagi membolehkannya digunakan di jalanraya. Jadi itu masih dalam teka-teki, yang pasti model ini sekiranya berjaya didaftarkan bakal menjadi model yang sangat diminati oleh peminat dunia scrambler motard.

Pada aku, secara peribadi aku berpendapat model ini sangat mengancam jiwa raga. Dengan rekaan chasis menarik, enjin daripada model Suzuki DR200, sport-rim yang smart, dan grafik yang garang sudah pasti ianya akan menjadi sanjungan ramai peminat motosikal. Desa-desus yang berlegar dalam Facebook dan forum-forum juga sangat kuat memuji design menarik yang terdapat pada XTM200 ni.

jadi disini aku sertakan serba sedikit spesifikasi yang aku perolehi dari laman FB group XTM200.

MLE XTM 200

Dimensions(mm): 2200(L) /780(W) /1120(H)
WheelBase(mm): 1400
Dry Weight(Kg): 115
Max Load(Kg): 150
Ground Clearance(mm): 270
Displacement(cc): 200cc
Engine Type: Single cylinder, air cooling, 4-stroke
Compression Ratio: 9.4:1
Max.Power(kw/rpm): 11.5/7500
Ignition: CDI
Starting Method: Electric+kick start
Front Tire: 110/70-17
Rear Tire: 130/70-17
Brake: Disk(F) / Disk(R)
Battery(Volts): 12v
Fuel Tank Capacity(L): 10L

P/S: Updates terkini: XTM200 telah diluluskan oleh JPJ untuk digunakan secara sah di atas jalanraya Malaysia. Semoga dengan kehadiran model baru ini akan memeriahkan industri permotoran negara!!

Sedikit gambar-gambar XTM200 yang telah dimodifikasi oleh pemiliknya. Juga beberapa hasil rekaan imaginasi bakal pemilik XTM untuk tatapan bersama. Kredit buat semua tuan punya motor.

Categories: WoRD LiFe

Profil: Encik Rokok

February 13, 2012 2 comments

Nama Keluarga: Marlboro, Dunhill, Suria, Winston, dan Lain2

Pekerjaan: Membunuh, menghabiskan wang dan merosakkan kesihatan dan masa depan orang lain

Gaji: 200 juta setahun

Kadar bunuh: 10 ribu setahun

Peminat: 46 juta setahun

Buruan utama: Remaja & kanak2

Hasil: 50 Penyertaan baru setiap hari

Target: Semua orang tak kira umur, bangsa & pangkat

Isi kandungan: 4000 bahan kimia bahaya 200 paling bahaya

Saat dibenci: Apabila kempen `TAK NAK MEROKOK` berjalan lancar

Pernah ditangkap: 0 kali

Sebab: Terlalu banyak di dunia. Mungkinkah di dalam kocek anda!

Sebab ketagih: Kerana sejenis bahan iaitu `NIKOTIN`

Tempat tinggal: Kedai runcit, kilang dan gudang

Jangka hayat: 10 batang 100 minit

Musuh: Pejuang2 `Tak Nak Merokok`

Kebaikan peminat: Tak usah tua sebab mati awal

Keburukan peminat: Tertipu… ditipu

Rakan karib: Mancis dan pemetik api

Categories: WoRD LiFe

Cara Jawab Salam Bukan Islam

February 13, 2012 4 comments

Soalan:

SAYA selalu mengalami masalah di dalam pergaulan dengan rakan-rakan yang bukan Islam. Mohon penjelasan ustaz pendekatan terbaik yang disyorkan Islam seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW agar kekurangan yang ada tidak menimbulkan salah sangka terhadap agama yang suci ini akibat dari kejahilan saya.

Apa yang perlu dilakukan bila bertemu dengan sahabat yang bukan Islam, selalu kedengaran ucapan assalamualaikum tidak dibolehkan dan ucapan selamat dalam bahasa orang bukan islam tidak dibolehkan contohnya Vanakam (Tamil) Sastriakal (Punjabi) dan sebagainya?


Jawapan:

Seperti yang dijelaskan oleh para ulama di antaranya Sheikh Muhammad bin Shalih Al-Uthaimin menjawab:

Mendahului ucapan salam kepada orang bukan Islam adalah haram hukumnya. Sebab Nabi SAW bersabda yang bermaksud: Janganlah kamu memulai salam kepada orang Yahudi dan Nasrani. Apabila kamu bertemu mereka di suatu jalan, maka paksalah mereka kepada jalannya yang paling sempit. (riwayat Muslim)

Tetapi apabila mereka mengucapkan salam kepada kita, maka kita wajib menjawabnya, berdasarkan kepada umumnya firman Allah yang bermaksud: Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu. (An-Nisa’: 86).

Soalnya, salam yang diucapkan oleh orang bukan Islam adalah lafaznya bermaksud baik, bukan cercaan dan bukan pula doa kehancuran seperti yang ucapkan oleh segelintir yahudi terhadap Rasulullah SAW. Orang Yahudi mengucapkan salam kepada nabi SAW dengan ucapan: As-Samu ‘alaika ya Muhammad! As-samu maksudnya kematian. Bererti mereka mendoakan mati kepada baginda. Lalu baginda menjawab: wa alaikum yang maksudnya, “dan ke atas kamu jugalah kematian”.

Hari ini hampir kebanyakan orang bukan Islam fasih memberi salam. Sehingga kadang-kadang orang Islam yang mendengar menjawab secara spontan tanpa berfikir panjang akan hukumnya. Kadang-kadang dah jawab baru perasaan yang bagi salam itu kawannya yang bukan beragama Islam.

Apabila bukan Muslim mengucapkan salam: Assalamualaikum, maka kita harus membalasnya dengan ucapan: Wa’alaikum. Perkataan beliau: Wa’alaikum, merupakan dalil bahwa apabila mereka mengucapkan: Assalamualaikum, yang bererti pada diri mereka ada keselamatan, maka kita juga membalas dengan ucapan yang sama. Maka sebahagian ulama berpendapat apabila orang-orang Yahudi dan Nasrani mengucapkan secara jelas: As-salaamu ‘alikum, maka kita juga boleh membalas dengan ucapan: Alaikum salam.

Kesimpulan jawapan ini dapat saya katakan: “Orang muslim tidak boleh memulai ucapan salam kepada bukan Muslim. Sebab Nabi SAW melarang hal itu, di samping hal itu merendahkan martabat orang muslim bila harus mengagungkan orang bukan Islam”. Orang muslim lebih tinggi kedudukannya di sisi Allah. Maka tidak selayaknya dia merendahkan diri dalam hal ini. Tetapi apabila mereka yang lebih dahulu mengucapkan salam kepada kita, maka kita boleh membalasnya seperti salam yang mereka ucapkan.

Namun di sini saya mempunyai cadangan salam diharus diucapkan kepada kawan-kawan kita yang bukan beragama Islam. Ucapan salamnya adalah: Assalamulaikum man ittaba’ al-Huda’ yang bermaksud: salam sejahtera ke atas mereka yang menurut (mengikut) petunjuk (Islam). Maksudnya salam sejahtera yang diucapkan itu tertangguh sehingga dia mendapat hidayah dalam masa yang sama kita memohon hidayah daripada Allah SWT.

Salam inilah yang menjadi pembuka bicara dalam surat-surat yang dihantar oleh Rasulullah SAW kepada pembesar-pembesar negara dalam misi menyebarkan empayar Islam. Cuma di negara kita dan mana-mana negara Islam yang lain juga tidak digunakan ucapan ini. Saya pernah mengucapkan demikian kepada seorang kawan yang bukan beragama Islam, lalu dia tanya. Apa maksudnya, dan kenapa lain?

Saya jelaskan bahawa kesejahteraan sebenarnya bagi seseorang itu ialah apabila dia menjadikan agama Islam sebagai cara hidup, dan itu satu-satunya jalan selamat bagi kesejahteraan. Saya dapati dia berfikir panjang dan meneruskan soalan berkaitan Islam dengan penuh minat. Hari ini dia bergelar seorang muslim. Manakala ucapan good morning dan selamat sejahtera tidaklah haram hukumnya. Kita juga tiada ucapan lain dalam uruf (suasana atau kebiasaan) hari ucapan selain itu.

Ada segelintir ulama mengharamkan ucapan salam sejahtera dan hampir sama maknanya dengan alasan orang Islam lebih mulia dan tinggi dari orang bukan Islam maka kita tidak seharusnya merendahkan diri dengan memberi ucapan kepada orang bukan Islam.

Mungkin ada benarnya dari konteks hukum tapi tidak dari konteks dakwah. Maka tidak salah dan harus kita mengucapkan salam sejahtera, very good morning dan seumpamanya, mudah-mudahan kerahmatan Islam lebih menyerlah. Orang bukan Islam juga berhak menerima ucapan-ucapan yang baik dari orang Islam sebagai jambatan keharmonian dan kesejahteraan.

Mukmin.com.my

Categories: WoRD LiFe

Coming soon ~ Nimota Ranger X1

February 10, 2012 8 comments

NIMOTA RANGER X1

Pada minggu lepas aku berkesempatan untuk menguji-pandu jentera 2 roda baru ni. Motosikal yang bakal dikeluarkan oleh pengeluar berjenama Nimota ni adalah merupakan kategori scrambler yang semakin mendapat tempat dikalangan pengguna motosikal tanahair masakini.

Aku singgah di service centre Nimota nun bertempat di Petaling Jaya (sebelah Federal Highway) untuk mencuba jentera ni. Memang sedap, terutama sekali pick-upnya. Dan yang menarik ialah design motosikal ini ala-ala motor yang digunakan dalam siri animasi Kamen Rider. Hahaha.. Tarikh pengeluarannya masih belum ditentukan lagi, jadi kena tunguuu….

Categories: WoRD LiFe
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.