Archive

Archive for July 6, 2012

Memperkenalkan: Benelli Keeway

July 6, 2012 29 comments

Assalamualaikum.

Sehari dua ni tengah kecoh dengan perasmian model motosikal terbaru. Menurut informasi, model ini telah lama menjengah pasaran luar negara, tetapi ianya baru sahaja memasuki pasaran Malaysia pada tahun ini.

Model tersebut merupakan satu jenama yang agak gah di pasaran antarabangsa, iaitu motosikal keluaran Benelli. Syarikat Benelli ini mungkin bekerjasama dengan sebuah lagi syarikat motosikal yang membawa masuk jenama Keeway dan mungkin sebab itulah ianya dikenali dengan nama Benelli Keeway Industries Sdn Bhd.

Kilang motosikal keluaran Benelli-Keeway ini bertempat di Rawang, Selangor. Daripada sumber yang diperolehi, sebanyak 5 buah model motosikal akan dipasang oleh syarikat ini sebagai permulaan. Antara model yang akan dipasarkan ialah Benelli TNT899, Benelli TRE1130K, Keeway TX200G, Keeway RVK200 dan Keeway Dorado 250. Jadi ini merupakan satu perkhabaran yang gembira buat industry permotoran Malaysia. Tahun 2012 menyaksikan pelbagai jenama motosikal telah dan akan menjengah pasaran dua roda Malaysia.

Semoga dengan kehadiran model-model baru ini akan memeriahkan lagi industri permotoran negara sekaligus memberikan kepelbagaian dari sudut pilihan buat penggemar motosikal di Malaysia. Sekian.

Categories: WoRD LiFe
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 48 other followers