
Aku dilahirkan di negeri yang aman makmur iaitu Pahang dan membesar selama 18 tahun di Kuantan. Meneruskan pengembaraan hidup dan mencari ilmu pengetahuan di negeri Kelantan Darul Naim selama 3 tahun dengan menjejakkan kaki di menara gading iaitu Universiti Teknologi MARA.
Setelah menamatkan pertapaan tersebut, menyambung pula pengembaraan dan menambahkan ilmu di dada ke negeri Selangor iaitu di Shah Alam selama 2 tahun dalam bidang Pengurusan Maklumat.
Setelah menamatkan pengajian dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda, aku memulakan langkah baru dalam hidup dengan menyertai Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. Genap 7 bulan mencari pengalaman kerja, berpindah pula ke sebuah sekolah swasta iaitu Integrated Islamic School, Kota Damansara dengan menjadi tenaga pengajar bagi subjek komputer dan juga sebagai pustakawan.
Hanya dapat bertahan selama sebulan di sekolah tersebut kerana berjaya mendapat peluang kerja sebagai Pegawai Eksekutif Operasi di sebuah syarikat bumiputera iaitu Deras Hijau Sdn Bhd. Bersikap optimistik dalam menjalankan tugas harian bagi mencapai kejayaan yang lebih cemerlang dalam hidup.








A’kum..
actly sy nk cr info pasal Integrated Islamic School
but apa y sy jmpa is ur blog y citer pasal IISKD
so if u don’t mind, bleh x sy tanya awk jer?
segala kejesama awk amat sy hargai
thanks..
By: zta on April 19, 2007
at 6:04 AM
Selamat berkenalan encik amien. Semoga apa yang dicitakan kesampaian. Hidup ini suatu pencarian dan pengkajian. Pasal kerja tu, buat lah sebaiknya, kerana apa yang diberi olehNya pasti ada manfaat disebaliknya. Manfaat yang baik disyukuri, yang tak baik pula, jangan buang ketepi, tapi ambil pengajaran disebaliknya.
By: Bayan on November 13, 2007
at 12:38 AM
selamat ya…moga sukses selalu. desain pagemu lemanyan bagus…!
By: am on May 17, 2008
at 8:38 AM
best ar mien..gud luck 4 ur future..tcare (“,)
By: syuheir on September 19, 2008
at 5:27 AM
thank you for ur support…
thanks syue, mudah-mudahan ko pun akan berjaya dalam hidup ok? chayoo…
By: amien7 on March 11, 2009
at 8:24 AM
cayalah bro..semoga succes……..
By: hairul on June 25, 2009
at 9:20 AM
tq brader hairul.. moga kita sama2 success..
By: amien7 on June 25, 2009
at 10:31 AM