Posted by: amien7 | September 14, 2009

Salam Aidilfitri 2009

raya2009

Assalamualaikum. Di kesempatan ini, saya Mohd Amien dan isteri ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua kaum keluarga, rakan taulan, sahabat handai, teman seperjuangan, sekutu, clan, kroni dan sebagainya dengan harapan agar Syawal ini membawa kegembiraan kepada kita semua umat Islam. Ampun dan maaf atas segala salah silap yang pernah dilakukan. Allahuakbar!!

Posted by: amien7 | September 11, 2009

Dendang Perantau…

Dendang Perantau – P. Ramlee

Di hari raya
Terkenang daku kepada si dia
Kampungku indah nun jauh di sana
Ayah serta bondaku

Di tepian mandi
Danauku hijau yang aman damai selalu
Nun di sanalah tempat aku bertemu
Aku dan dia

( korus )
Apakan daya
Masa tak akan kembali
Hancur musnahlah semuanya

Impian yang murni
Tinggal menjadi kenang-kenanganku
Hanya rangkaian kata dan lagu
Dendang perantau

Posted by: amien7 | September 10, 2009

Peristiwa Ramadhan

Assalamualaikum.

Syukur alhamdulillah, pada hari ini dah masuk hari ke-20 umat Islam berpuasa. Tinggal lagi 10 hari sebelum ketibaan bulan Syawal dimana semua muslim dan muslimah akan meraikan Hari Raya Aidilfitri pula.

Sungguh pantas masa berlalu, begitulah juga usia kita. Semakin hari semakin tua. Jadi kali ini aku ingin menceritakan sedikit peristiwa yang berlaku sepanjang bulan Ramadhan tahun ini. Pertama sekali kelainan yang paling ketara ialah, pada tahun ini aku berpuasa bersama isteri tersayang. Tahun pertama aku sebagai seorang suami. Pengalamannya amat berbeza jika dibandingkan sewaktu bujang dahulu.

Tahun lepas, status aku masih la bujang. Jadi waktu berbuka puasa dan bersahur banyak di habiskan bersama rakan-rakan di rumah sewaku. Waktu sahur pula, seperti kebiasaan orang bujang merupakan waktu yang paling malas sekali. Tapi aku tetap bersahur dan menu utama sahurku ialah roti. Hahaha. Sekarang amat berbeza, tiap kali berbuka puasa dan bersahur, isteriku pasti akan memasak. So BMI (Boroi Mass Index) aku pun secara automatiknya akan bertambah. :)

Bulan puasa tahun ini juga membawa pengertian yang amat mendalam pada diri aku mengenai erti kekeluargaan. Kami suami isteri berkesempatan merasai nikmat berbuka puasa bersama keluar tercinta. Pada minggu pertama Ramadhan, kami berkesempatan berbuka puasa bersama semua ahli keluarga mertuaku di Cheras. Manakala pada minggu ke-dua Ramadhan, semua ahli keluargaku di Kuantan berkumpul untuk berbuka puasa bersama-sama. Memang meriah dan aku dapat merasai kepuasan terpancar di wajah ke-dua ibu bapaku kerana semua anak-anak dan menantu dapat berkumpul bersama-sama. Syukur pada Allah kerana memberikan aku satu kehidupan keluarga yang bahagia.

Alhamdulillah. Begitulah tercatatnya peristiwa hidupku. Aku rasa bersyukur kerana dapat merasai semua ini. Dan Insyaallah pada Hari Raya Aidilfitri ini, kisah yang sama akan berlaku. Semoga segalanya akan baik-baik sahaja.

Sekian buat kali ini, bertemu lagi pada masa akan datang.

Allahuakbar !!

Posted by: amien7 | August 21, 2009

Salam Ramadhan 2009…

ramadhan09

Saya Mohd Aminuddin & Keluarga ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua sanak saudara, rakan taulan, teman seperjuangan serta semua umat Islam di seluruh Malaysia.

Sekian, terima kasih.

Posted by: amien7 | August 18, 2009

Apa Cerita?

Assalamualaikum.

Dah lama aku tak menulis dalam blog ni. Yang ada hanyalah beberapa entri ringkas dek kerana kekangan masa yang teramat sangat untuk aku menulis di sini.

Apa cerita? Emm.. sekarang ni memang banyak cerita. Tapi cerita-cerita yang tak berapa sedap nak didengar la. Cerita yang paling membosan dan menyenakkan fikiran tentulah pasal kerja. Berpindah ke lokasi baru telah selesai. Cuma yang masih belum selesai ialah menyediakan Perpustakaan tempat aku bekerja ini ke tahap yang betul-betul bersedia untuk digunakan oleh pelajar. Ia adalah suatu yang sukar dilakukan dengan tahap kemalasan setinggi langit ini. Hahaha.

Perjalanan hidupku sehari-hari agak statik. Tiada apa perubahan buat masa ini. Hari-hari kerja. Tapi satu yang pasti aku masih lagi berjuang dan terus berjuang untuk mendapat karier yang lebih baik demi masa depan aku sekeluarga. Beberapa temuduga akan aku hadiri dalam masa terdekat ini, semuanya berkaitan dengan agensi Kerajaan. Mudah-mudahan ada rezeki untuk aku. Teruskan usaha!

Sebenarnya niat dihatiku ini nak menceritakan tentang tempat kerja baruku ini. Tapi apakan daya, aku masih belum membuat edit gambo-gambo menarik untuk diletakkan di dalam blog ini. Jadi tunggu entri seterusnya, akan aku letakkan gambo yang menarik mengenai tempat kerja baruku ini.

Jadi itu sahaja buat kali ini. Bertemu lagi.

Posted by: amien7 | August 14, 2009

Al-Fatihah…

Assalamualaikum.

Di kesempatan ini aku ingin merakamkan ucapan salam takziah atas pemergian Ustaz Asri Rabbani semalam. Al-Fatihah…

DSC_7715

Pergi Tak Kembali

Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang…kesana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Posted by: amien7 | August 4, 2009

Happy 26 Birthday…

amienbesday

Assalamualaikum

Sekarang aku sangat sibuk dengan urusan kerja. Sibuk yang teramat sangat ini menyebabkan aku tiada masa untuk menulis entry baru terutamanya mengenai hari ulangtahun kelahiranku yang ke 26. Selamat Hari Jadi kepada diriku. Semoga semuanya akan baik-baik belaka.

Posted by: amien7 | July 7, 2009

Minggu gembira…

Assalamualaikum.

Bertemu kembali. Kali ini dalam versi Bahasa Melayu. Hahaha. Poyo je. Minggu lepas memang merupakan antara minggu yang paling gembira bagi aku. Minggu yang agak sibuk tetapi kesudahan ceritanya, amat menggembirakan.

Pagi sabtu 4 Julai 2009, aku terpaksa bangun awal untuk bekerja. Pagi-pagi hari lagi aku terpaksa bergegas ke Saujana Subang. Kali ini bukan urusan kerja seperti biasa, tetapi kami semua warga IACT terlibat dan bertugas untuk menganjurkan satu program graduasi buat pelajar Kolej IACT bagi tahun 2009.

iactkonvo

Warga IACT bertungkus-lumus untuk bergambar

iactkonvo1

Yaaa.. bergambar lagi…

Tugas aku pada hari tersebut ialah menjadi bouncer. Bukanlah bouncer kelab malam, tetapi seorang penjaga laluan masuk ke dewan makan di Saujana Subang tersebut. Walaupun kerja pada hari tersebut langsung tidak mencabar, tetapi kami semua amat teruja dengan hidangan makanan yang disediakan. Dan seperti kebiasaan, kami dengan rakusnya menjamu makanan seperti rakyat Afrika yang kelaparan. Well, terima kasih Saujana untuk hidangan makanan tersebut. Hahaha. Kak Lin, seperti biasa andalah juara makan pada tengahari tersebut. :)

Pada petang sabtu itu pula, aku ada lagi satu program hendak dilaksanakan iaitu men-join-kan diri untuk menghantar adik bongsu aku ke menara gading. Ewah. Adik aku berjaya menyambung Ijazah Sarjana Muda di UiTM Shah Alam. Jadi secara automatiknya aku melantik diriku sendiri menjadi AJK mencari rumah sewa dan menguruskan beberapa perkara untuknya. Itulah perkara lazim yang dilakukan oleh adik-beradik kami.

Jadi pada petang itu dengan selamatnya keluarga aku tiba di Shah Alam pada jam 7.30 malam. Aktiviti malam tersebut tamat dimana keluargaku bermalam di rumah kakak aku di Jeram, Kuala Selangor. Keesokan harinya adik aku mendaftar secara rasmi di UiTM. Aku pula sekali lagi dengan sukarelanya menjadi AJK sarapan pagi dan logistik kepada keluargaku. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Setelah semua urusan telah sempurna, maka pulanglah semula keluargaku ke kampungku yang tercinta di Kuantan.

Syukur kepada Allah yang telah memudahkan semua urusan. Sebenarnya apa yang menggembirakan aku pada hari tersebut tak lain dan tak bukan ialah bertemu dengan hampir semua ahli keluargaku terutamanya mak dan abah yang ku rindui. Walaupun cuma sekejap, tetapi syukur bertemu juga di bumi Shah Alam.

fabiramien

Silent reader spotted

Hari itu juga aku agak terkejut kerana abangku dengan selambanya membuat sedikit ulasan mengenai satu isu dalam blog aku. Terkejut juga aku kerana tanpa di sangka ada silent reader yang follow blog aku. TQ brader, I really proud to have brother like you. Ceh, bodek sket. Anyway, thanks again sebab ko sorang la yang selalu hantar adik-adikmu setiap kali kami menyambung pengajian di Universiti. Thanks again bro.

Anyway, wonderful weekend. Chow!

Posted by: amien7 | July 1, 2009

100 wins for Rossi

Hi everyone.

Since I was in primary school, I loves to watch the motorcycle’s racing especially FIM Grand Prix. It was really exciting to see the riders compete with each others to win the race. Really really exciting. During that time the premier class was the 500cc race. I’m one of the Wayne Rainey fan club at that time. Besides that, I use to support Tetsuya Harada in the 250cc class because he was the most talented Asian rider at that time.

Well, now its already in year of 2009. No more 500cc class race. It now called as the MotoGP class race. Right now I’m supporting Valentino Rossi which I think that he is the most stunning and talented rider in the world today. And this entry was a tribute to Valentino Rossi’s 100 wins in the motocycle racing world which he received in the Assen Circuit last Sunday. Congratulation The Doctor! You’re the best!!

rossi100

TRIVIA

  • Rossi has won on six different types of motorcycle: 125cc Aprilia (12 wins), 250cc Aprilia (14 wins), 500cc Honda (13 wins), 990cc Honda (20 wins), 990cc Yamaha (25 wins) and 800cc Yamaha (16 wins).
  • His 41 wins riding for Yamaha is more than any other rider. The second most successful Yamaha rider is Phil Read with 39 victories.
  • Rossi has won Grand Prix races at 27 different circuits. The circuits at which he has had most success are Mugello and Catalunya with nine wins at each.
  • The most wins Rossi has had in a single season is 11, which he has achieved on four occasions: 1997 (125cc), 2001 (500cc), 2002 and 2005 in MotoGP.
  • Rossi’s 74 race victories in the premier-class is more than any other rider in the 61-year history of Grand Prix racing.
  • Posted by: amien7 | June 30, 2009

    Pronounce as “HE”

    baby

    Assalamualaikum.

    Syukur ke hadrat Allah SWT. Yesterday me and my wife went to PPUM for medical check-up and also Ultrasound check. Alhamdulillah everything seems to be okey. Whether baby or mommy, dua-dua dalam keadaan yang baik. Syukur sekali lagi.

    Yesterday both of us also get to known the gender of the baby. The doctor told us that we gonna get a baby-boy. Insyaallah. Walaupun aku memang sangat mengharapkan agar my first baby adalah lelaki, tetapi apa yang penting adalah baby yang sempurna sifat dan kesihatannya. Sebenarnya lelaki atau perempuan sekalipun aku tidak kisah, tetapi lelaki as the first adalah lebih baik kerana sekurang-kurangnya ada leader dalam keluarga selepas ABAH-nya.

    Cerita mengenai baby semalam berlarutan antara me and my wife kat rumah. While the doctor conduct the Ultrasound check, my Mister Bling-Bling inside become so active. Mungkin marahkan doktor sebab kacau dia. Anyway, syukur because he react to the doctor. Sehingga hari ini, ada lagi 4 bulan 25 hari anggaran masa sebelum Mister Amien Junior melihat dunia.

    Mudah-mudahan semuanya akan baik-baik belaka. Jumpa lagi.

    « Newer Posts - Older Posts »

    Categories