Home > WoRD LiFe > Pahlawan bertopeng…

Pahlawan bertopeng…

rey-mysterio.jpg

Hello..

Kali ni aku nak bercerita skit tentang hobiku sejak kecik.aku memang peminat setia gusti sejak dari kecik lagi..dulu masa aku sekolah rendah, aku masih ingat yg aku selalu menonton gusti.Gusti dulu2 memang real, tak cam skrg yg byk bercakap & berlakon. menyampah aku..

Anyway, aku nak ceritakan perihal ahli gusti yg mendapat perhatian aku ngan aksi-aksi akrobatik menarik dan speedy giler..He is; Rey Mysterio Jr.

Ni cerita serba sedikit tentang profile dia:

Tiada ahli gusti cruiserweight di dunia ini yang berjaya memikul reputasi seperti mana Rey Mysterio Jr. Sebagai ahli gusti yang pernah bertarung di seluruh dunia, Mysterio Jr yang namanya membawa maksud ‘Raja Misteri’ yang dianggap menghiburkan, tenang dan antara yang terbaik dalam WWE.

Sejak mula menceburi arena gusti pada 1990, Mysterio Jr dianggap sebagai pencipta revolusi gusti profesional, terutama dengan topeng yang dipakainya hingga dianggap membantunya menjadi legenda. Kebanyakan kredit memberi pujian kepada Mysterio Jr kerana kehebatan yang dicetuskan ‘insan kerdil’ itu melalui gerakan menariknya di udara serta pelbagai pergerakan yang pada dasarnya memang tidak boleh diterima akal.

Pergerakan itu dipamerkannya dengan baik ketika menentang rakannya yang berada dalam kategori sama cruiserweights atau sewaktu menentang mereka yang bertubuh besar. Justeru bagi peminat, tiada ahli gusti di dunia ini yang boleh bergusti seperti Mysterio Jr.

Mempunyai nama sebenar Oscar Gonzales, dia dilahirkan 29 tahun lalu di Amerika Syarikat. Kelahirannya itu sekali gus membantu ibu bapanya mendapat kerakyataan Amerika yang turut menjamin kehidupan lebih selesa. Tapi Gonzales kerap pulang ke Mexico kerana mempunyai banyak sanak-saudara di negara itu sebelum membesar di bawah bayangan pak ciknya yang juga ahli gusti profesional, Rey Mysterio Sr.

Pada penghujung musim luruh 1995, Mysterio Jr memulakan perjalanan jauh ke Amerika apabila bakat semula jadinya dikesan oleh Paul Heyman dengan menyertai Extreme Championship Wrestling (ECW). Di ECW Mysterio Jr kemudian meneruskan kesinambungan perseteruan dengan musuh lama, terutama Psicosis.

Setahun kemudian Mysterio Jr akhirnya mencapai kemasyhuran yang dicari-carinya. Pada awal 1996, pegawai daripada World Championship Wrestling diberitahu mengenai Mysterio Jr oleh salah seorang bintang mereka, Konnan. Mereka kemudian menghubungi Mysterio Jr yang membuktikan keunggulannya dengan menampilkan bakat terbangnya untuk menguasai takhta cruiserweight di World Championship Wrestling.

Categories: WoRD LiFe
  1. August 28, 2006 at 7:02 AM

    rey mysterio rulez!!!!!

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s