Home > WoRD LiFe > Review Filem: Nacho Libre

Review Filem: Nacho Libre

 
p1130349.JPG

FILEM: Nacho Libre
PENGARAH: Jared Hess
PELAKON: Jack Black, Ana de la Reguera, Hector Jimenez, Darius Rose

Filem ini berkisar mengenai Nacho, seorang biarawan atau rahib (lelaki) di sebuah rumah anak yatim di Mexico.Dia tinggal di situ sejak kecil lagi dan akhirnya menjadi tukang masak di rumah kebajikan itu. Tidak ramai yang tahu kegilaan Nacho sebenarnya adalah terhadap sukan gusti yang dirahsiakan selama ini.

Namun ibarat menongkah arus, minat mendalam terhadap sukan itu terpaksa dilupakan kerana paderi menganggap ia sukan yang digemari syaitan. Begitu juga dengan rahib Sister Encarnacion, wanita cantik yang percaya sukan gusti menggelapkan jiwa. Nacho sedikit kecewa memandangkan, dia menyimpan hati terhadap rahib jelita itu, namun ia bukan penghalang kepadanya untuk terus masuk ke gelanggang gusti dengan bersembunyi di sebalik topeng. Bersama rakan baiknya, Esqueleto (Hector Jimenez), Nacho mula terbabit dalam beberapa perlawanan amatur.

Entah bagaimanapun walaupun tidak pernah menang, Nacho mula menjadi ahli gusti yang cukup popular. Nacho akhirnya berpeluang bertarung dengan Raja Gusti, Ramses (Cesar Gonzalez), dalam satu perlawanan.

Categories: WoRD LiFe
  1. August 28, 2006 at 9:24 AM

    I love nacho libre very much
    nacho libre give me hope to become much better in my daily life
    I love nacho libre!

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s