Home > WoRD LiFe > Suara dari bawah…

Suara dari bawah…

Sering kali kita disogokkan dengan cerita-cerita tentang golongan atasan yang sering kali mendabik dada dengan kejayaan yang ditempa. Kadang kala hingga terlupa akan kelas bawahan yang mendukung dan melaksanakan perkara-perkara yang membawa kepada kejayaan mereka. Sektor pekerjaan tidak terlepas dengan persoalan yang hampir serupa. Malah kadang-kala lebih buruk lagi.

Golongan bawahan sering dijadikan mangsa untuk memenuhi segala tuntutan kerja yang dikehendaki tanpa mengira langsung soal kemanusiaan seperti aspek kebajikan para pekerja. Yang penting mereka berjaya mencapai matlamat mereka. Pengaruh “kuku besi” ini adalah antara penyebab golongan atasan dibenci dan menjadi ‘duri dalam daging’ bagi mereka yang berada di bawah. Persoalannya, adakah golongan atasan pernah memandang ke bawah untuk melihat nasib insan-insan yang ‘ditindas’ oleh kehendak mereka?

Sukar untuk menjawab persoalan tersebut. Dalam dunia kebendaan sekarang ini, segala-galanya hendak hebat dan sempurna dari segala aspek. Kelayakan akademik personaliti, kepantasan dan kecekapan, kuantiti + kualiti dan bermacam-macam lagi. Itulah kehendak golongan atasan yang kadang kala tidak setimpal dengan skop kerja dan kebajikan yang diterima oleh golongan bawahan. Hidup ini bulat umpama roda, sekejap di atas, sekejap di bawah..Berkirkanlah wahai umat manusia..

Categories: WoRD LiFe
  1. September 8, 2006 at 6:55 AM

    suara dari bawah adalah suara yang memanggil kita untuk serta sama dengan depa..

    oleh itu, marilah kita persiapkan diri kita sebelum terlambat…

    subhanallah

  2. Kamarul
    September 13, 2006 at 9:17 AM

    Kelakar la tiger ni…mmg tiger.Ni pasal ketidakpuasan hati yang membara.Apa pun, mata pena yang berwarna lebih tajam dari mata pedang.

  3. September 19, 2006 at 6:43 AM

    betul hujahmu itu wahai encik kamarul..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s