Home > WoRD LiFe > Review Filem: Little Man

Review Filem: Little Man

3wayan.jpg

FILEM: Little Man
PENGARAH: Keenan Ivory Wayans
PELAKON: Marlon Wayans (Calvin), Linden Porco (Badan Calvin), Gabriel Pimental (Calvin (Body), Shawn Wayans (Darryl), Tracy Morgan (Percy), Kerry Washington (Vanessa) dll. GENRE: Aksi komedi

Marlon Wayans membawa watak orang kerdil Calvin Sims yang kerjanya mencuri barang kemas. Dia berpura-pura menjadi bayi kecil yang kelihatan memang mengarut. Ceritanya bermula apabila Calvin terjebak dalam penyamaran itu selepas merompak sebuah kedai barangan kemas bersama rakan (rapper wannabe) Percy P. Mereka baru saja berjaya mencuri berlian bernilai RM360,000 (AS$100,000). Semua itu atas arahan ketua penjahat besar di Chicago, Chazz Palminteri. Akibat dikejar polis, dan mahu melepaskan diri Calvin sempat menyorokkan berlian curi itu ke dalam beg tangan seorang eksekutif muda meningkat naik Vanessa Edwards (Kerry Washington).

Vanessa dan suami, Darryl (Shawn Wayans), baru saja berbincang mengenai rancangan untuk mempunyai anak. Percy mendapat idea untuk membuat penyamaran. Idea itu ialah Calvin menyamar menjadi bayi dan ditinggalkan di hadapan rumah pasangan Vanessa untuk mengambil semula berlian itu.

Apa yang membuatkan filem ini manarik untuk ditontoni ialah aksi-aksi bayi tersebut yang memang jauh menyimpang dengan perilaku seorang bayi normal. Peralihan Calvin dari seorang samseng menjadi bayi itu memang melucukan. Walaupun tidak berapa logik jika difikir oleh akal yang waras sebagai contoh bagaimana boleh semua orang dewasa dalam filem ini tidak perasan atau endah dengan betapa peliknya sifat dan kelakuan Calvin. Cuba bayangkan, mana ada bayi yang giginya penuh, malah doktor yang memeriksa pun boleh tidak perasan keganjilan itu.

Walaubagaimanapun, filem ini memang seronok untuk ditontoni.

Categories: WoRD LiFe
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s