Home > WoRD LiFe > Nostalgia bulan puasa…

Nostalgia bulan puasa…

aku3

Salam.

Bertemu kembali. dah lama aku tak menaip menceritakan pasal diri aku dalam blog ni. asyik copy artikel-artikel tanpa meluahkan sebarang perasaan pun tak berapa best jadinya. semalam – 3/10/06, aku balik keje ngan begitu pantas mengalahkan pelari seratus meter semata-mata berkejar ke UiTM Puncak Perdana untuk berbuka puasa bersama rakan-rakan seperjuanganku masa aku study dulu. kira macam reunion la.

Al kisahnya, bila dah ramai-ramai dok bercerita tentang diri masing-masing, tetiba aku feel la plak. teringat zaman susah aku menyambut bulan ramadhan semasa belajar dulu especially masa aku belajar kat UiTM Machang, Kelantan dulu. Memang sedih siot. dah la jauh dari family pastu takde sedara mara plak. bila time bukak puasa, rasa cam nak menangis je terkenangkan mak ayah..sedih siot..

Satu cerita yang sering bermain di fikiran aku time bulan ramadhan ni ialah saat getir aku berpuasa dalam panas terik sambil menunggang motorsikal selama 8 jam untuk pulang ke kampung aku kat Kuantan. memang sukar nak gambarkan betapa letih dan dahaganya aku berjuang untuk berpuasa dalam kepanasan. yang lawaknya, member konvoi aku yang lain awal2 lagi dah pack makanan dalam beg. bila sampai kat terengganu, diaorang ajak aku singgah kat tepi pantai makan biskut n minum air..bila aku tanya, sumer jawab: MUSAFIR…mangkuk betul! hari tu aku sorang je yang puasa..

Tapi tu cerita lama. semakin dewasa, aku semakin mengerti tentang kehidupan. susah senang yang dialami memang menjadi asam garam kehidupan. ramadhan: seribu satu kenangan…

Categories: WoRD LiFe
  1. baby riena
    October 5, 2006 at 8:14 AM

    bagus lah awak nie amien…
    walaupon mmber lain bukak posa, tapi awak tetap dengan iman yang penuh bak menatang minyak yang penuh dalam talam… terus berjuang demi bangsa dan agama… syabas beta…

    susah beb nak charie org camnie… apa pon, tu semua datang dari hati yang ikhlas dan tawaduk kepada Nya…

    begitu lah fitrah manusia….

  2. legenda belasungkawa
    October 5, 2006 at 8:15 AM

    caya lah amien tonto…

    hang mmg baguih dok ada la…
    aduhai…

  3. mirjam nathias
    October 6, 2006 at 8:39 AM

    begitulah kesahnya manusia…

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s