Home > WoRD LiFe > Motosikal peliharaanku..

Motosikal peliharaanku..

amien-5.jpg

Salam..

hari ni boss aku, encik MunMon the Nacho Libre berucap di khalayak ramai dengan menyatakan pendirian beliau supaya setiap warga volunteer PLF mempunyai satu blog peribadi. beliau dengan bangganya mengarahkan blog-blog tersebut di updatekan bagi kepuasan beliau sendiri…

oleh itu, aku mengikut arahannya dengan cerita yang bertajuk: motosikal peliharaanku..

aku mempunyai sebuah motosikal yang telah berusia 11 tahun. walaupun beliau bukanlah binatang peliharaan, beliau telah ku beri nama ‘Raptor’. ini adalah untuk mengambil hati beliau supaya beliau tidak berasa kecil hati dengan kucing-kucing dirumahku yang semuanya mempunyai nama yang tersendiri.

raptor mempunyai hobi yang tersendiri. beliau suka mencari pasal dengan aku dengan melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak senonoh seperti mencuri duit poketku untuk kepentingan beliau sendiri. baru-baru ini beliau telah mencuri banyak duitku semata-mata untuk menukarkan ekzosnya yang telah patah dengan ekzos yang baru..walaupun begitu, aku rela diperlakukan sebegitu kerana aku ingin menggunakan khidmat beliau demi mencari sesuap nasik.

raptor juga selalu mencederakan diriku umpama nirmala bonat yang telah didera oleh majikannya. telah banyak kali beliau melukakan tengan dan kakiku dengan sengaja menjatuhkan dirinya di atas jalan raya. aku menanggung derita yang amat sangat kerana luka di sana sini dan juga menanggung azab yang sangat pedih kerana jatuh di khalayak ramai. sungguh jahat ko wahai raptor..

sejahat-jahat beliau, beliau masih mempunyai sifat keperimotoran dan mempunyai kebaikannya yang tersendiri. beliau telah banyak membantu aku di kala susah dahulu. aku berharap agar beliau dapat berdamai denganku dan berkhidmat dengan penuh kesetiaan kepadaku kerana perjalanan hidupku masih jauh..terima kasih raptor…

 

 

Nama: Mohd Aminuddin                                            Kelas: 3 Dinamik

P/S: ni adaptasi karangan yang bertajuk “aku sebatang pensil” masa aku kat sekolah rendah dulu…

Categories: WoRD LiFe
  1. Minqalbi
    October 10, 2006 at 7:14 AM

    Salam,
    Best le karangan amien ni..Boleh dapat noble prize essay of the year..Neway, jagale moto tu elok2.

  2. October 10, 2006 at 8:33 AM

    salam…

    sedih pabila aku menghayati bait-bait karanganmu itu. akan tetapi aku menjadi semakin keliru karena aku tidak tahu apakah yg aku sedihkan. moto raptormu ataupun dirimu yg ku tahu mempunyai byk kudis2 buta dan luka2 serta sedikit kecacatan akibat dari keangguhan raptormu yg merempit kesana kemari.

    hah tu la aku sudah bilang motormu sudah tidak suci lagi karena aku telah menjadi sebahagian dari aweks2 mu yg menunggangnya. dikala ini aku tidak mampu untuk sedekah uwang $$$ karena gajiku di PLF ni pun sekadar cukup2 shj (malu nak nyebut nyer) akan tetapi aku hanya mampu sedekahkan al-fatihah kepada ekzos motor mu yg dh selamat dikebumikan. amien…….

  3. indah@n-Da
    October 10, 2006 at 8:22 PM

    yups…aklu pun teringat ttg karangan time skolah2 rendah dulu…. : )

    n-way kem salam raptor….

  4. mirjam nathias
    October 10, 2006 at 11:20 PM

    ya aminudin,

    sesungguhnya motor mu itu adalah kurniaan Ilahi untuk menchari rezki, bukan untuk meremp-it ok…

  5. October 11, 2006 at 3:46 AM

    encik mirjam, aku rasa motor aku kena santau la. sebab tu dia sakit teruk. ni mesti motor ko yang santau raptor aku sbb tak puas ati pasal aku potong ko masa balik keje aritu..baik ko mengaku..nanti aku mintak tolong kat jenglot santau motor ko plak..

  6. kamarul
    October 12, 2006 at 12:02 AM

    Siapa Mirjam tu??Macam nama orang Asli Pos Dipang Je?Neway..best la karangan permotoran ni…teringat la aku karangan masa sek.Rendah dulu

  7. October 12, 2006 at 12:09 AM

    mirjam ialah seorang manusia yang suka menyamar seolah-olah dia adalah sesumpah, mampu mengelirukan orang lain.walaubagaimanapun, penyamarannya dapat dikesan dengan mudah dengan menggunakan nama-nama yang tak ada logika seperti baby riena dan sebagainya…kantoi la lu encik mirjam…

  8. ninie
    October 12, 2006 at 3:12 AM

    comey ar raptor 2….
    nti kim slm kat raptor ek…
    ckp kat dia slamat menyambut ari raye…..
    b’hati2 di jln raye….

  9. budak itm jan 96
    October 13, 2006 at 6:21 AM

    heehe

  10. budak itm jan 96
    October 13, 2006 at 6:22 AM

    power rangers?

  11. October 13, 2006 at 7:36 AM

    yess!! power rangers..seorang lelaki selalu menunggang motosikalnya untuk pergi dan balik dari markas rahsianya di putrajaya..sekali pandang, penampilannya seiras power rangers..caya la lu mat!!!

  12. October 13, 2006 at 7:14 PM

    Yea. Setiap minggu mesti mau ada update. Baru la kool. Bukan untuk aku. Unutk korang2 juga. Daripada membazir space server tempat korang buat blog, baik korang isi. CeRita pendek pun belasah aje!!

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s