Home > WoRD LiFe > Semangat…

Semangat…

uitm.gif

Takde topik yang nak aku tulis pada kali ni. Cuma terdetik dalam hatiku sedikit peristiwa yang menyentuh perasaan aku di kala aku bergelar pelajar UiTM dulu. Sepertimana yang telah diketahui, semangat ‘keuniversitian’ pelajar-pelajar terhadap institut masing-masing sangatlah tinggi. bila orang mengutuk universiti tempat kita menimba ilmu, mesti akan berasap telinga mendengarnya..oleh itu, aku nak bangkitkan semula semangat tu menerusi bait-bait lagu yang menjadi kewajipan semua pelajar UiTM dulu..

UiTM DI HATIKU

Wujudmu di sini di tanah anak merdeka
Bagai obor ilmu memayungi putra-putrinya
Pelopor hidup budaya bangsa agama
Pembentuk akhlak manusia agar jadi sempurna

Ku yang melangkah ke sini ingin mempelajari
Rahsia di muka bumi dengan cara hakiki
Tunjukkan aku jalan ilmu-mu untukku menuju
Destinasi cita-cita negara dan bangsaku

Majulah bangsa
Maju negara
Berkat usaha jaya mara
Kami berikrar, akan berjasa
Hingga kita berjaya… Demi bangsa

Watikah yang ku miliki kan ku semat di hati
Janjiku pada pertiwi untuk menabur bakti
Ku sempurnakan seikhlas hati membela negara

Doa restu ayahbonda ku untuk semua
Uitm… Usaha taqwa mulia

P/S: UiTM membawa berjuta kenangan padaku….

Categories: WoRD LiFe
  1. budak itm jan 96
    October 13, 2006 at 6:02 AM

    yeeha…

    datang balek dah aku nie…
    memang bnyk crita crita masa kat itm dulu dulu nie.. memang masa dulu nie aku jd sorang budak yang tak tau apa2 la.. bayangkan lah, baru lepas sekolah spm.. maseh ada la sikit2 unsur2 sekolah tu… hahahaha

    tapi lama kelamaan ianya jadi biasa la…
    aku menjejak kan kaki aku kat itm tu pada 1/1/1996.. kad matrik aku 95974890… hahaha… secara rasmilah aku jd budak itm yang GLAMER tu haha… tambah2 kat shah alam plak la, lagilah glamer…

    masa tu bukan universiti pon, maseh lagi itm… kaler hijau kuning semuanya.. masa tu pengarah dia, ir. zaidee laidin.. aku lepak kat perindu 2… makan kat perindu free, dok hostel free.. smua free.. choma kena buat aktiviti kolej je la.. tu yg boring…

    aku lepak kat school bisnes (masa tu tak sebut faculty)… school = Kajian…. aku pi jalan kaki ja lalu ikut cempaka kenanga.. awek ramei… sampai kat kelas dah berpeluh2… fuhhhhh…

    tu crita zaman diploma…

  2. October 13, 2006 at 7:44 AM

    terima kaseh kerna menyebarkan serba sedikit sejarah tentang UiTM untuk tatapan umum..baguih budak ni! tapi bab kad matrik tu takyah sebut la, skema sgt bunyinye..anyway, kita sekapal dude!

  3. October 13, 2006 at 7:47 AM

    Thanks amin..aku pun dah hampir lupa pasal Uitm ni.neway dia tetap di hati.Aku masuk tahun 2001.Bulan 6.Siapa masuk uitm ni kira borang UPU dia kena lelong la.tapi aku syukur sangat,kat Uitm ni la aku banyak kenal apa itu kehidupan sebagai student.Banyak gak la yang aku belajar.Tapi paling x boleh lupa, masa sem 1.Aku kena duk Meranti.Kolej kat gerai makan tu.Aku kena satu bilik ngan Nyah2 dari Sarawak n Sabah ni.ada dua orang.yang dari Sarawak tu nama dia Gilbert.Yang Sabah tu nama dia Afzal.Kira waktu sem 1 tu ngeri la.terpaksa duk ngan Geng2 sotong ni.Apa la keje diorang sekarang ni.Jangan keje ‘menyotong’ sudahla.

  4. DBS INS
    October 13, 2006 at 7:57 AM

    saja ja lah aku crita… hang pon penah bacha “Ujang” kan?
    crita si leen mafia tu… smua nombor dia tulih…

    baru la happening cikit… tak gitu ?

    hahahahaahhaahahaha…. aku dah tua beb…

  5. October 13, 2006 at 8:01 AM

    Leen Mafia tu dah jadi Lecturer tuk bhg Seni grafik.Course komik kat Uitm Melaka.kat Lendu.tu pasal dia x de kat Ujang.

  6. indah@n-Da
    October 14, 2006 at 8:04 AM

    UiTM di Hatiku……… : )

  7. October 14, 2006 at 8:54 PM

    macam celaka curi grafik aku buat! siut je… ni dah langgar aku punya blog disclaimer… boleh tuntut royalty ni…

    hahahhahhahha

    aku nak RM 2 untuk setiap 1k/b didownload pada grafik tersebut. whahahahh.~

    pak cik kayoO~~

  8. October 15, 2006 at 11:52 PM

    rileks la ande..sesama rakan seUiTM pun nak kecoh.nanti gua belanja la lu makan kalo pendapatan gua drp blog ini menguntungkan..

  9. DBS INS
    October 16, 2006 at 4:48 AM

    amien: idup

    ande: lepak la beb

  10. October 17, 2006 at 8:20 AM

    aminudding…
    ko mmg pndai mengingatkan memori kiter di UiTM macang…
    kiter bersama2 bercanda, bersenda gurauan……. emmmm… ehh! silap orang la.. bukan dgn ko… hehehehhe… soli… bubui…

  11. October 18, 2006 at 6:06 AM

    wow… suzila berchanda la… ermmm ermmmmm
    bahaya nie…

    hehe

  12. October 18, 2006 at 7:19 AM

    dulu kita orang memang suka bercanda…ala, macam lagu sudirman ngan anita sarawak tu, bercanda ditepian pantai…tapi kitaorang bercanda ditepian tasek uitm kelantan. romantikus betul…

  13. TaQIe Ahmad
    October 19, 2006 at 9:00 AM

    semangat asabiyah sgguh. uitm tetap dihati, but UM IS ONE.he.he

  14. November 9, 2006 at 2:20 AM

    tetapi UiTM tetap dihatiku…

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s