Home > WoRD LiFe > Aidilfitri menjelma kembali…

Aidilfitri menjelma kembali…

Salam dan selamat bertemu kembali.

Pada waktu aku menulis ini, hanya tinggal beberapa hari lagi untuk seluruh umat Islam di Malaysia menyambut hari raya aidilfitri. begitu cepatnya masa berlalu tanpa disedari..itulah fenomena yang melanda zaman sekarang, segala-galanya pantas berlalu, dan yang terlambat akan ketinggalan.

menjelang aidilfitri ini aku masih belum mempunyai sebarang jadual terperinci untuk menyambut hari perayaan tersebut. tidak seperti waktu aku di sekolah menengah dahulu, apabila tiba aidilfitri pasti aku dan rakan-rakan sekampung berkumpul dan mengatur strategi terperinci untuk beraya. tak kira la beraya ke rumah rakan2 ke, cikgu ke, awek2 lama ke, yang penting 3 hari pertama aidilfitri pasti dipenuhi dengan aktiviti kunjung mengunjung dari pagi sehingga malam! punya la beraya sakan…

tahun ini agak berubah fenomenanya. mungkin disebabkan aku telah melangkah ke alam pekerjaan dan diri ini telah mencapai kedewasaan tahap yang jitu.hahaa..jadi sekarang sambutan hari raya sudah tidak begitu mengujakan berbanding ketika aku remaja dahulu. ni la hakikat kehidupan yang terpaksa aku terima.

kehidupan perlu di teruskan..tiada kesedihan yang dapat menyekat aku daripada membina satu kehidupan yang aku impikan. semoga itu semua mengajar aku untuk menjadi insan yang lebih matang dan dewasa. akhir sekali, aku nak memohon berjuta kemaafan kepada rakan-rakan sekerja di PLF andai terbuat dan membuat banyak salah dan silap. sejak kedatangan aku kat PLF ni bermacam-macam onar dah aku lakukan bermula daripada penubuhan KLFC hingga bab2 meng’edit’ gambo2 yang tak senonoh untuk korang semua. maaf zahir dan batin. tak lupa gak kepada semua rakan-rakan aku bermula dari zaman persekolahan hinggalah ke universiti. semoga anda menyambut aidilfitri dengan penuh kegembiraan. sekian.

Categories: WoRD LiFe
  1. October 19, 2006 at 5:55 AM

    ops,tumpang mencelah jap.cam sama jer ngan citer aku..org lain dok gembira raya,aku dok sedey kena tinggal..tapi,itulah sebenarnya kehidupan,takkan nak selamanya gembira jer.anyway,wlupn baru knl tapi aku hrp aidilfitri ni memberi kebahagian untuk kita yang sama-sama pernah terluka.selamat hari raya aidilfitri..

  2. October 19, 2006 at 6:48 AM

    baru kenal? i blom kenal la sape cik myasara ni…

  3. October 19, 2006 at 7:56 AM

    wlecome to the club wahai myasara…

    chewah, huda la nie dah ada blog la… baru keja 3 hari trus ada blog caya la…
    itu mcm la… baru syok…

  4. October 19, 2006 at 7:57 AM

    myasara..

    ayat kamu nie mcm org kecewa ja… rileks la ye… setiap org nie ada pasang surut nya… chuma jadikan ianya sebagai pengajaran dan keinsafan di hari yang mulia ini…

    kerja elok2 ok…

    amien: itulah eja myasara…

  5. October 19, 2006 at 7:58 AM

    aminto,

    janganlah edit gambor2 tu lagi na… sian aku.. hehehehe ahhahahaahha

  6. October 19, 2006 at 8:12 AM

    ala, aku nak menceriakan PLF je..sekadar bahan penyegar mata untuk menghilangkan mengantuk semasa bekerja dude..

  7. TaQIe Ahmad
    October 19, 2006 at 9:04 AM

    samer2 maap…moga amien menceriakan lg plf lepas raya

  8. October 20, 2006 at 1:57 AM

    hi amin..i’m myasara@ huda..new volunteer plf…

  9. October 20, 2006 at 2:14 AM

    salam sahabatku amein,

    aku tumpang sedih tatkala membaca cerita mu ini.. Eeemmm… dah aku kate dr dulu jgn jadi romeo.. ko degil!!!! Ade awek tak mau jage…. Takpe la YANTI pun ok ape… cun, seksi, manje ok la 2 kn… Dah2 lupekan bakal bini orang tu jgn kacau….
    sekian, wasalam

    – dari sahabatmu yg slalu main2 mata –

  10. October 20, 2006 at 3:31 AM

    mintak mak, kueh sepotong, saya mahu makan kerana perut kosong….
    heheheh nak raye dh ke…. teringat dulu2 mase kecik2 naik beskal g collect duit raye…

  11. October 20, 2006 at 3:51 AM

    aku pon tak kesah amiento oiiiii…

    itulah dia persatuan pustakawan perdana…enjoy sepanjang masa, kerja berjalan sepanjang saat.. yeehaaa

    susito: amboi.. YANTI ye? hang nie….sian amiento…

    kengkawan semua, uchapkanlah selamat datang kat myasara nie.. weewitttt
    selamat datang adek myasara….

  12. October 20, 2006 at 4:37 AM

    Assalamualaikum…Aku pun sama gak.Kalau aku ada salah silap ampun kan.Aku insan yang lemah hanya mampu berserah(Rohana Jalil-Rayuan ku).Dalam hidup ni, kecewa tu salah satu elemen tuk berjaya.so jadikanlah kegagalan sebagi tangga ke arah kejayaan.

  13. ande
    October 23, 2006 at 2:43 AM

    slamat raye bro…

    duit raye taruk aku sket. ngeh ngeh..

  14. October 30, 2006 at 2:33 AM

    Yo bro, mister ande..
    kalo rasa bulu kat badan dah banyak, tak dapet la den nak kasi duit rayo..huhhaha…

  15. indah@n-Da
    November 3, 2006 at 12:13 PM

    wahh ini ruang geng2 berChat ker??? am i one of it??? : )

    selamat hari rayer maaf zahir batin jugak untuk semua….

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s