Home > WoRD LiFe > Impian seorang juara berakhir…

Impian seorang juara berakhir…

r9212210.jpg

 

Salam.

Dah lama aku tak menulis dalam blog ini dek kerana kesibukan yang amat sangat sepanjang seminggu bercuti untuk menyambut Aidilfitri. Kini aku kembali untuk melakarkan sesuatu untuk tatapan serta perbincangan bersama mengenai topik-topik yg aku suka nak ceritakan.

2 hari yg lepas, hasrat seorang ahli sukan yg aku anggap terkemuka dan berada dalam kelasnya yang tersendiri telah lebur untuk mengulangi kejayaannya sebelum ini. dia yang aku maksudkan ialah valentino rossi, pelumba motorsikal terkemuka yg beraksi dalam perlumbaan MotoGP dunia dan merupakan juara bagi 5 tahun berturut-turut dalam MotoGP.

Dalam perlumbaan yg berlangsung di Litar Valencia, Sepanyol itu, pelumba berusia 27 tahun dari Itali itu menyertai perlumbaan terakhir musim ini dengan kelebihan lapan mata berdepan pesaing gelaran Nicky Hayden, namun permulaan buruk dari petak pendahulu dan kesilapan hingga terbabas di trek pada pusingan awal menamatkan peluangnya memenangi kejuaraan dunia.

Kesilapan rossi itu membawa padah kepadanya serta kehilangan takhta kejuaraan yg sebelum ini telah 5 musim dimenanginya. walaubagaimanapun, pada aku valentino rossi masih lagi merupakan pelumba motorsikal yg paling hebat penah aku saksikan sepanjang hidup ini. semoga perlumbaan tahun hadapan berpihak kepada rossi..viva rossi!

Categories: WoRD LiFe
  1. November 2, 2006 at 7:38 AM

    rossi

  2. November 3, 2006 at 9:10 AM

    U can do it Rossi..Musim depan ada lagi..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s