Home > WoRD LiFe > Semoga berjumpa lagi, Taqie…

Semoga berjumpa lagi, Taqie…

Salam.

Hari ni, Jumaat 10/11/2006 merupakan hari yg menyaksikan banyak perkara telah berlaku di PLF. awal2 pagi aku membaca Berita Harian Online dan terbaca kisah Tun Mahathir dimasukkan ke IJN kerana serangan jantung. taklah begitu menghairankan peristiwa begitu berlaku kepada Tun disebabkan beliau sudah berumur dan terlalu banyak melakukan aktiviti luar. aku selaku staf di PLF hanya berharap beliau pulih seperti sediakala.

Hari ini juga menyaksikan sambutan hari raya PLF dibatalkan dan digantikan dengan Hi-Tea dan juga majlis sambutan harijadi staf PLF. dalam bergembira dan bersembang sembang, aku sedikit terkejut dgn berita salah seorang staf PLF, Encik Taqie akan meninggalkan PLF untuk membawa haluannya sendiri.

Walaupun aku tak begitu kamcing ngan Taqie, tetapi berita yg aku dengar tu sedikit mengejutkan  kerana beliau masih baru lagi berkhidmat di PLF. Jadi, aku selaku salah seorang warga kerja PLF ingin memohon maaf andai ada salah dan silap. semoga berjaya dalam hidup ko Taqie..

Begitulah kisah yg berlaku sepanjang minggu ini. walaubagaimanapun, kehidupan harus diteruskan dan hari-hari mendatang adalah merupakan cabaran yg perlu ditempuhi. sekian.

Categories: WoRD LiFe
  1. November 13, 2006 at 6:09 AM

    1. semoga dr mahather sehat dan dpt dtg balek ke PLF

    2. hitea pon ok jugak.. ada jugak maken-maken… kira orait la tu

    3. taqie nie punya kes, lain sikit la… penuh dgn simbolik la dia punya quit tu, ada maksud tersendiri tu… susah sikit nak terjemahkan….

    4. Tahniah untuk amien da suzila karna dah konvo…. oh ya, nurol pon sama… dia pon konvo jugak…

    5. selamat bekerja..

  2. November 13, 2006 at 9:11 AM

    t.ksh la axl rose……. konvo best woo..
    windu la kat encik ‘taq qiud din’….

  3. November 14, 2006 at 12:03 AM

    thankz mister axl rose…aku menunggu gak orang yg kata nk kasi bunga masa aku konvo..sampai malam, takde pon..aku keciwa…

  4. November 14, 2006 at 12:56 AM

    konvo memang best, tapi setiap konvo tu mmg rasa very the short la…

    dalam dewan tu mmg la rasa boring, tapi, bila dh abes tu.. uiiiiiiiiiiiiii
    pom pram pom pram.. dah abes.. pastu gi minum kat foyer menara tu, aku dulu minum sampai 4 cawan beb… punya la dahaga… org lain tak minum, aku la sapu…

    hehehehe… pastu baru bule ambik gambor plak… dengan angen kuatnya…pastu ribut….. ribut ribut….

    tapi konvo itm ada minum.. tu yg best….. kalau bayar duit konvo pon tak la rugi sgt, sbb ada makan2 ringan.. kira ok la tu…

    rasa mcm nak sambung masteret la … bule konvo lagi sekali…

  5. November 14, 2006 at 1:36 AM

    Tahniah amien n suzila. Jgn lupe bwk gambo konvo. Leh kitaorg tengok nnti. Ehehe.

  6. November 14, 2006 at 1:38 AM

    Fullamak, en.axl nie ada ati nk smbg masteret la plk. Org doakan moge success n tercapai impian. Amiiin.

  7. November 14, 2006 at 2:57 AM

    en axl. memang genius orangnye. beliau mmg suka maken n minum dgn kuantiti yg byk..semoga beliau sentiase sehat selalu..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s