Home > WoRD LiFe > Konvokesyen yg meriah…

Konvokesyen yg meriah…

konvoku.JPG

Salam.

Alhamdulillah, setelah dua tahun bertungkus lumus berjuang meneruskan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda, akhirnya 12 November 2006 menyaksikan aku menerima Ijazah Pengurusan Maklumat (Pengurusan Pusat Sumber Maklumat) pada konvokesyen ke 65 UiTM.

Aku sangat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana mengurniakan tenaga dan keupayaan kepadaku untuk meneruskan pengajian hingga ke peringkat ini walaupun sebelum ini aku ragu-ragu untuk meneruskan pembelajaran. dengan segulung ijazah yg melayakkan aku berada dalam kategori gaji permulaan RM 1600 ini (haha), aku akan meneruskan hidup bagi mencari satu kehidupan yg lebih baik selepas ini.

Konvokesyen pada kali ini memang cukup meriah dan secara kebetulan bersempana dengan ulang tahun ke-50 UiTM. secara ringkas dapat aku katakan acara ini sangat meriah dengan re-union kembali budak-budak se-course aku dahulu yg sama-sama terlibat dalam konvokesyen ini. aku sangat gembira kerana waktu inilah dapat bertemu kembali sekalian rakan-rakan yg datang dari seluruh pelusuk negeri..memang havoc!

Di sini aku nak mengucapkan tahniah kepada semua kerabat UiTM aku yg sama-sama konvo tempohari kerana berjaya mencapai satu kejayaan dalam hidup. semoga korang success selalu dan semoga perkenalan kita akan terus kekal hingga ke akhirnya..

sekian.

Categories: WoRD LiFe
  1. November 14, 2006 at 4:42 AM

    Salam amien..
    Tahniah ye..semoga berjaya di dalam setiap lapangan n mendapat pekerjaan yg baik..Teruskan usaha🙂

  2. November 14, 2006 at 5:02 AM

    ulamak,

    cayalah brader… awek tudung puteh kat belah kanan tu sapa dia, adek lu ke?
    hehe

  3. November 14, 2006 at 5:03 AM

    ari nie dah terasmilah bhw amien dan yanti dah grad…

    bulelah lepas nie ye

  4. November 14, 2006 at 5:47 AM

    buleh tu mmg buleh..tapi kena tunggu boss dia dulu. maklum la, boss nak masuk kelab 30 dah..

  5. indah@n-Da
    November 14, 2006 at 5:14 PM

    tahniah…. : )

  6. ime
    November 24, 2006 at 7:42 AM

    ooo…dag grad…tahniah!!!
    bestnye tgk org terima ijazah…sy insyaAllah tahun depan…
    pasni makan nasi minyak lak ek…hehe

  7. November 24, 2006 at 8:49 AM

    Thanks cik Ime…
    semoga cik Ime pun akan grad sama nanti key? Insyaallah…

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s