Home > WoRD LiFe > Bila hujan turun…

Bila hujan turun…

Salam.

Apa khabar semua? semoga sihat sejahtera hendaknya..sejak kebelakangan ini hidup aku sedikit terganggu. banyak perancangan dan perkara yg terpaksa aku ketepikan dan gagal untuk dibuat dengan sempurna. semuanya disebabkan oleh satu perkataan: HUJAN.

Seperti yg kita semua sedia maklum, akhir2 bulan pada tiap2 tahun adalah merupakan musim hujan yg akan berlaku di kebanyakan tempat di Malaysia. musim hujan ni banyak membawa kenangan padaku. musim hujan @ tengkujuh (aku tak suka sebut perkataan ni sbb bunyinya buruk. kalau tengku halim ok la gak) yg kembali melanda tahun ini membuatkan fikiranku terbang mengingati peristiwa2 yg pernah berlaku sepanjang hidup aku di musim hujan. Banyak peristiwa pahit manis yg telah berlaku dalam hidup aku.

Peristiwa paling besar yg berkait dengan hujan ni ialah pada tahun 2003. saat itu aku masih menuntut di UiTM cawangan Kelantan. setelah bercuti semester, perancangan telah aku buat bersama-sama dengan rakan untuk kembali pulang ke UiTM secara berkonvoi menaiki motorsikal. perjalanan ke Kelantan mengambil masa kira-kira 8 jam.kami semua terpaksa meredah hujan dan banjir disepanjang perjalanan. ada sesetengah tempat kenderaan ringan langsung tidak boleh lalu disebabkan banjir. ikhtiar kami ialah mengikuti serapat mungkin lori2 dan bas2 yg lalu dan menguak banjir ke tepi. walaupun keadaan sangat merbahaya, kami semua terpaksa tabah dan bertahan di atas motorsikal masing-masing semata-mata mahu pulang ke kampus bagi menuntut ilmu.

Perjalanan yg sangat sukar. begitulah yg dapat aku simpulkan kerana terpaksa menunggang dalam keadaan basah kuyup, banjir, angin kuat, jalan licin dan keadaan persekitaran yg boleh mengancam nyawa. setelah hampir 10 jam, barulah kami tiba ke destinasi yg ditujui. keesokan harinya aku dan beberapa rakan demam. motor2 kami pula dibawa ke bengkel untuk di servis kerana mabuk banjir.haha..

Inilah perjalanan gila yg aku tempuhi semata-mata dengan niat ikhlas mengejar segulung Diploma. dan inilah pengalaman yg tak dapat dilupai oleh aku sepanjang musim hujan dimana peristiwa ini menuntut kami supaya tabah dan tolong-menolong antara rakan2. perjalanan ini menguatkan lagi ukhwah persahabatan kami. dan kepada rakan-rakan yg masih mengingati peristiwa ini, aku ingin mengucapkan syabas kerana mempunyai semangat yg cukup kuat dalam menempuh hidup.

Akhir kata, hujan membawa banyak kenangan padaku. terlalu banyak.pahit manis yg ditempuhi selama ini aku jadikan pembakar semangat untuk meneruskan kehidupan. semoga kita mensyukuri nikmat hujan yg dikurniakan oleh Allah yg Maha Esa. Sekian.

Categories: WoRD LiFe
  1. November 23, 2006 at 9:28 AM

    salam…
    banjir dan hujan di Kelantan tak mungkin aku lupakan. Memori yang amat kelako bersama kawan2 di sane kerana aku, jijie dan bella (kawan2 klantan la 2) telah meredah hujan untuk ke KB (New Castle) untuk membeli barang2 keperluan blajo la emm dari UiTM Machang aku kol pakcik yazid (driver van sekolah bawak kitorg g pekan machang – tambang RM1 sorg) pas2 kne lak g cari teksi. tambang RM4 sorg smpi KB naik teksi yg btol2 nazak la sadis btol rasenya. aku ingat lagi klu naik teksi sure baju, kain, seluar yg aku pakai bau teksi (bau yg susah nk describe). mmg thrill giler time ujan lebat

  2. November 23, 2006 at 9:33 AM

    klu ujan lebat sgt seronok……. ade satu cite… mase 2 part 1 la baru2 lagi dok machang… mmg slalu xde air hari rabu sure xde air tension btol dh la baru balik dr kesatria xmandi la jawabnye… pada satu ptg selepas kesatria ujan turun mencurah2 sampi magrib dan membawak ke malam, kami (bdk2 bilik kolej iman) x mandi la trus g mkn dan kol 10 malam masih ujan lagi aku memberi cadangan agar kiter mandi saja air ujan… cadanganku diterima bulat2 oleh kwn2 ku yg lain… em ape lagi kami hanya berkemban trus mandi di tepi dining blok kolej ku (kolej 2 pulak sebelah dgn kolej lelaki – takwa) em lantak la diorg nk skodeng pun janji kami sume dh mandi ehehehehhe…… selamatttt…

  3. November 24, 2006 at 8:50 AM

    bila ujan kita akan basah lah…

    sapa yg naik mobil (cth: spectra ke? insang itam ke? hehe) tak lah baseh..
    sapa naik Honda No Door mcm biasalah akan baseh…tapi e2 smua chabaran yang akan dilalui oleh setiap manusia ciptaan Tuhan nie..
    pasti akan merasa basah bila kena ujan…

    ujan panas, ujan gerimis, ujan petang, suboh, malam dan lain2 lagi…
    oleh itu, marilah main ujan serta dengar lagu “hujan”

    “tunggu sekejap, wahai kaseh..
    kerana hujan maseh renyai,
    tunggu sekejap, dalam pelukan asmaraku,
    jangan bimbang, jangan tinggalkan daku sorang
    tunggu sekejap… tunggu… kaseh…”

    cherita sarjan hassan…
    hehe

  4. November 24, 2006 at 8:57 AM

    Tunggu sekejap wahai kanda
    Kerana hujan masih renyai
    Tunggu sekejap
    Dalam pelukan asmara ku

    Jangan bimbang
    Walaupun siang akan menjelma
    Malam ini
    Belum puas bercumbu dengan kau

    ( 1 )
    Tunggu sekejap wahai kasih
    Tunggulah sampai hujan teduh
    Mari ku dendang
    Jangan mengenang orang jauh

    ( korus )
    Jangan pula
    Jangan tinggalkan daku sorang
    Tunggu sekejap kasih
    Tunggu

    ( ulang dari 1 hingga akhir )

  5. November 24, 2006 at 9:07 AM

    Hujan yang turun bagaikan mutiara
    Berkilau bersinar berkerdipan
    Subur menghijau bumi terbentang
    Dan bayu berpuput lembut

    Cinta yang bersemi
    Diwaktu hujan turun
    Menyirami ketandusan hati
    Dan hujan turut mengiringi
    Engkau pergi…

    Selembut hujan bercurahan
    Begitulah cinta ini
    Semesra bumi yang disirami
    Begitulah hati ini

    Hujan yang turun bersama air mata
    Bersama pedih, bersama rindu
    Kau datang dan kau pergi jua
    Rindu lagi…

  6. December 3, 2006 at 4:51 AM

    Sungguh bertuah anak orang ini. Sangat berdedikasi dan tabah. Hujan memang tidak best pada sesetengah orang. Namun pada sesetengah orang yang lina, hujan adalah rahmat. Walaubagaimanapun, hujan adalah hari unutk duduk rumah atau duduk opis diam-dia. Selamat bekerja.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s