Home > WoRD LiFe > Sempurnakah hari-hari PLF tanpa selebriti?

Sempurnakah hari-hari PLF tanpa selebriti?

image901.jpg

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Bertemu kembali kita dalam episod seterusnya di dalam blog kesayangan aku ni. Seperti biasa hari jumaat merupakan hari yg disulami dengan pelbagai kisah suka duka. Tetapi bagi aku, hari jumaat merupakan episod duka kerana hari jumaat lah hari yg paling kerap aku menaip tentang kisah perpisahan antara rakan-rakan sekerja di PLF.

Kali ini jalan ceritanya adalah sama. PLF akan kehilangan seorang selebriti yg paling popular di PLF. Beliau merupakan selebriti yg agak terkenal kerana wajahnya terpapar di TV3 dan juga Astro. Beliau bukan calang-calang manusia. Beliau yg akau maksudkan ialah Maswira Mahyiddin a.k.a Abg Mas (Gold Brother dalam bahasa ibunda MunMOn).

Abg Mas adalah merupakan antara senior dalam PLF. Beliau akan meninggalkan kami semua kerana telah berjaya menjawat jawatan yg bagus dalam kerajaan (gomen?) Malaysia yg diterajui oleh Pak Lah kesayangan ramai (sayang ke?). Beliau berjaya mendapat tempat sebagai PTD iaitu Pegawai Tadbir & Diplomatik. Tahniah Abg Mas…

Mengungkap kembali saat-saat awal aku mengenali Abg Mas ialah ketika aku masuk sebagai Practical Trainee kat PLF. Saat berkenalan ngan semua staf, aku dapati mamat di mempunyai muka yg serius tahap cipan di mana ia sedikit menakutkan aku. Setelah berminggu-minggu aku berada di PLF, barulah aku tau Abg Mas ni adalah merupakan seorang manusia yg mempunyai sifat humor yg bagus dan selalu membuatkan rakan-rakan tertawa riang dengan sifat kelakar seriusnya.

Beliau juga merupakan seorang yg berpengetahuan luas dalam bab-bab pengetahuan am. Ini melayakkan beliau untuk menjadi seorang selebriti dengan memasuki program kuiz realiti TV seperti ‘Sempurnakan Harimu’ dan ‘Kunci Khazanah’. Dengan tahap pengetahuan setinggi 7 petala langit itu juga, beliau menyebarkan ilmunya kepada rakan-rakan. Beliau juga merupakan seorang guru bahasa yg sangat baik kerana sering menggunakan istilah-istilah yg sukar difahami dalam percakapannya dan akhirnya berjaya membuka minda rakan-rakan seperti istilah ‘tetel’ dan ‘young fish’.

PLF penuh dengan kegilaan. Staf-staf yg bersikap gila-gila membuatkan aku turut menjadi gila. Abg Mas juga aku kategorikan sebagai staf gila. Mana taknya, dia akan buat lawak dengan muka yg serius. Memang gila. Abg Mas juga adalah merupakan salah seorang biro KLFC dengan menyandang jawatan sebagai Biro Tikar. Beliau juga adalah perintis kepada budaya membawa bekalan makanan ke tempat kerja yg selepas itu dituruti ramai staf-staf PLF. Semangatnya itu berkekalan hingga ke hari ini.

Itulah sedikit sebanyak rentetan kisah-kisah bersama Abg Mas. Dan selepas pemergian beliau untuk mejawat jawatan PTD selepas ini akan membawa kesan yg mendalam kepada staf PLF dimana keceriaan PLF akan semakin pudar. Walaubagaimanapun, hidup perlu diteruskan. Aku sebagai Ahli Jawatankuasa KLFC merangkap staf PLF ingin memohon jutaan kemaafan atas salah silap selama ini. Semoga Abg Mas berjaya dalam hidup dan berbahagia selalu. Sekian.

Categories: WoRD LiFe
  1. December 8, 2006 at 1:49 AM

    gila adalah satu perkataan yang bermaksud seseorang tu tak betul dan kurang normal.. majoriti staf di sini adalah dikategorikan sebagai gila-gila kerna depa mmg gila.. ramai beb.

    tapi abg pegawai PTD nie mmg antara yang gila la… dia gila kerna mmbuat kerja-kerja mentranscribekan tape-tape yang banyak tu, setiap hari dia kena mendengaq audio atau video dan dari benda nilah dia jadi kurang betui sikit ja…

    tension woooo./… kekkadang tu sampai waktu rehat pon tangan dia dok mcm pegang tape recorder tu ja… aduii kes berat nie….

    aku pon menguchapkan bebanyak tahni’ah lah kapda dia karna sudah mendapet keroje yang baguih lagi comey… bereh selalu.

    agi idup agi negalaban… oleh itu, mari kita kenangkan beliau sebagai duta sempurnakan harimu….

  2. December 8, 2006 at 1:55 AM

    aku tgk muka kat atas tu mcm tak puas hati ja.. atau pon dia msti bengkek dengan si aidil tu, sbb bagi soalan mengarut.. hahahahaa

  3. December 8, 2006 at 2:10 AM

    “aku pon menguchapkan bebanyak tahni’ah lah kapda dia karna sudah mendapet keroje yang baguih lagi comey… bereh selalu”….

    wei, tak paham la..lain kali cakap bahasa baku ye bang? hahaha…

  4. t-team tertua
    December 8, 2006 at 2:23 AM

    oh! terharu-nya hati kechil ku di atas penggelaran status selebriti ini (gunakan suara halus ala2 Neng Yatimah). bersambung…

  5. December 8, 2006 at 2:49 AM

    eleh bebuat x pahem la plak budak nie….

  6. December 8, 2006 at 2:49 AM

    budak ekcik.. apa lagi, balas lah…

  7. December 8, 2006 at 2:49 AM

    budak ekcik.. apa lagi, balas lah…kasi abeh spocket motor dia.. haha

  8. December 8, 2006 at 2:53 AM

    t-team tertua… bila nk buat neng yatimah the return….???

  9. December 8, 2006 at 2:54 AM

    biase la axl rose, amien7 mmg xpenah fhm bahase org lain… bahase KOI dier je yg dier fhm…. hahahahah…..

  10. December 8, 2006 at 2:55 AM

    eh lupe plak….. muke selebrity dlm tv 2 hensem la…. leh bekenalan???? hehheheheh

  11. December 8, 2006 at 2:56 AM

    bagus la tv brand toshiba ni… muka selebrity clear btol…..

  12. December 8, 2006 at 3:02 AM

    memang baguih, bukhan macham TV jenama “Panashonic” kat ghumah pakcik kassim tu..memang tak boleh phakai….

  13. t-team tertua
    December 8, 2006 at 3:10 AM

    oh! terharu-nya hati kechil ku karna ada yg shudi berkenalan dgn selebriti di dalam peti telebesen itu (kekalkan tone suara halus). bersambung…

  14. December 8, 2006 at 3:55 AM

    enchik t-team tertua sedang mengalami sindrom phobia tahap ciphan kerna akan meninggalkan PLF tak lama lagi, harap saudhara saudhari sekian paham akan keadaan beliau yg bertherus therusan mengekalkan thone suara halus ala-ala Bee Gees…bersambhung…

  15. December 8, 2006 at 9:58 AM

    Salam sume..
    Tahniah a.mas kerna brjaya mndpt pkrjaan yg diidam-idmkan setelah sekian lama…Semoga success selalu🙂 Leh tumpang tnye KLFC tu stand for what?

  16. December 11, 2006 at 12:05 AM

    untuk pengetahuan cik minqalbi, KLFC tu adalah shortform bagi Kak Lat Fan Club. Semoga pendedahan ini akan memberikan maklumat secukupnya kepada anda. Sekian.

  17. December 11, 2006 at 9:46 AM

    semua yang bekerja dan penah bekerja di library akan dinobatkan sebagai alumni persatuan pustakawan perdana dan ahli kelab KLFC….
    tu la dia…. kepian yang ada kat PLF nie… amcham?

  18. kamarul
    December 11, 2006 at 12:30 PM

    Tahniah kepada Abang Mas.Nampaknya, cita-cita dan harapan telah terlaksana.Aku ingin ucapkan tahniah sekali lagi buat beliau.Aku akan sentiasa merindui lawak-lawak beliau.Tahniah Maswira.

  19. lurvlymaria
    December 12, 2006 at 6:11 AM

    =(

  20. abis dah
    December 12, 2006 at 9:20 AM

    ala mama, jgn le cam tu. aku pun shedeh jgk nak tinggalkan korang especially mama le, pasangan transcriberku yang bersusah payah bekerja walaupun menghadapi cabaran n dugaan sbg ibu mengandung. any way tq n mintak maap pada semua. aku nk tulis sorang2, nnti tuan punya blog kata aku merampas hak milik pulak. tq amien….

  21. December 12, 2006 at 11:40 PM

    takpa…..apa salahnya hang boh ja penghargaan mcm president kamarul ari tu…
    semua dia sapu..

    mari kita buboh kamarul… hentam kamarul ramei2

  22. shimot
    December 13, 2006 at 5:51 AM

    Tahniah ler kpd mas…
    aku merasa sedih kerana lepas ni dah xda mber nk tgk utube Wattakaboott..huhuhu..
    dan pesaing Penguin..huhuhu…

    banyak sejarah aku ngan mas spjg kat PLF…

    Selamat memegang jawatan PTDoo..

  23. lurvlymaria
    December 18, 2006 at 7:01 AM

    bagus gak abg mas ni resign,

    aku hrp dia gembira ngan scandal barunye nanti..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s