Home > WoRD LiFe > Apa lagi selepas ini?

Apa lagi selepas ini?

Salam.

Bertemu kembali. 2, 3 minggu ini aku begitu malas untuk bekerja. Banyak faktor yg menyumbang kepada kemalasan tersebut dan yg pasti adalah disebabkan faktor sekeliling aku (bukan fear factor tau?).

Jadi bila menyebut tentang faktor sekeliling itu, aku secara automatik teringat cerita tentang faktor yg akan membelenggu pemikiran rakyat pada tahun depan. Yg pasti apa yg aku nk perkatakan ini adalah perkara yg berkaitan dengan perkara yg disukai oleh Samy Vellu iaitu kadar tol lebuhraya Malaysia.

Walaupun aku bukanlah antara rakyat yg tergolong dalam kategori pembayar tol (sebab aku penunggang motorsikal tegar), tetapi tempiasnya terkena jugak sebab hari-hari minggu aku dipenuhi dengan aktiviti memandu kereta ke tempat-tempat muda mudi berkumpul dengan melalui lebuhraya. Dan secara automatik aku tergolong dalam golongan mereka yg disukai oleh Samy Vellu itu sendiri kerana perlu membayar tol. Haha..

Jadi kat sini aku nak senaraikan skit tentang kadar tol yg akan berkuat kuasa pada tahun 2007 nanti sebagai pengetahuan semua:

highway.jpg

LDP – RM1.60 (sebelum ini RM1)
KESAS – RM2.20 (sebelum ini RM1.50)
Cheras-Kajang, Batu 9 – RM 1 (sebelum ini 70 sen)
Cheras-Kajang, Batu 11, 90 sen (sebelum ini 60 sen )
KL-Karak-Gombak – RM5
KL-Karak-Bentong – RM3 (sebelum ini RM2.50)
Guthrie Corridor – RM1.40 (sebelum ini RM1)

Ntah la apa nak jadi Malaysia sekarang ni. Dah la rakyat terpaksa menanggung kenaikan harga minyak semasa pada tahun ini yang naik 30 sen seliter, pastu kerajaan naikkan plak kadar tol si lebuhraya-lebuhraya yg telah dinyatakan di atas. Tapi satu benda yg aku pelik, kerajaan masih lagi berdolak-dalih untk menaikkan tangga gaji pekerja sektor awam yg masih rendah dan telah lama tak di semak semula. Apakejadahnya ini? (Cheewah, cam wan kamaruddin plak)..Hatta gaji kebanyakan anggota polis pun masih berada di tahap kemiskinan iaitu RM650 sebulan..

Jadi kita sebagai rakyat, perlulah berfikiran waras dan berfikir sejenak tentang perkara-perkara seperti ini agar kita tak menjadi insan-insan yg tertindas dengan polisi-polisi yg kadang-kadang menyakitkan jiwa dan menyenakkan otak.

Sekian. Fikirkanlah…

Categories: WoRD LiFe
  1. Pendita Cinta
    December 18, 2006 at 1:41 PM

    Apa lagi selepas ini??Suatu persoalan yang baik.Harga minyak akan naik,Tambang untuk kenderaan Awam juga akan naik.Secara teorinya, harga tol dinaikkan kerana kos penjagaan dan pemuliharaan lebuhraya tinggi.Inilah alasan yang sering kita dengar setiap tahun.alsan lapuk yang x lekang dek hujan.Inilah realiti Malaysia negara tercinta.

  2. December 19, 2006 at 9:28 AM

    tu la dia… bak kata org lama lah:

    “dah kaya, mau kaya lagi” jadi pepaham lah sendiri ye.. gitulah critenye wahei raa’yat sekelian.

    taun depan apa akan jadi? minyak naik lagi? kadar ayer naik lagi? tarif letrek naik lagi? hehhehee… silap2 bayor duit nak pi toilet awam pon kene naik lagi…mcm kat alam sentral la.. aku kene bayor 5 kupang kat tandehnye.. ermmm begitulah kekirenye kat bandor besor nie…

    nak buat camane ye? idak gitu yob?

  3. December 19, 2006 at 9:30 AM

    org yang keroje kat area KL nie kene lah guna nya..
    nak tak ndak, kene le guna, kene le bayor…
    naseb baik naik mutu ye? tapi, dah ada anak, taa’kan nak naik mutu lagi.. ape cerite ye?

  4. lurvlymaria
    December 20, 2006 at 1:22 AM

    tu la, bosan gila la camni.. semua harga naik, gaji tang tu jugak. pastu suruh kita ubah lifestyle? kalau nak ubah lifestyle – xnak pakai duit, takyah gi keje la, sebab gi keje dah sure guna duit utk petrol, utk tol, pastu toksah makan la ye? pastu kalau nak anta anak gi sekolah, tuition, gi playschool ke, camner? x pyh ke? itu je pun dah tentu separuh gaji aku ke situ, kalau dah ada anak nnt..

    kalau org gaji lg rendah lg kesian kan?
    kalau dpt gaji RM500 sebulan, nak antar anak gi nursery dlm RM250, pastu kos gi keje – public transport, makan etc, baik dia duk rumah je kan?

  5. December 20, 2006 at 2:29 AM

    naya ooooo…
    tengok tu luahan pemikiran kak qibby yang begitu sarcastic tu..
    menampakkan dia seorang yang paleng tak setuju dengan situasi sekarang.
    aku walaupon belom mempunyai mobil, tapi aku dh semaken terasa dengan kehangatan tol yang sedang menaiki takhta nie.. adoi.. naya nie beb..

  6. December 20, 2006 at 3:00 AM

    aku sokong pendapat cik maria olazabal tu.memang betul. situasi camni aku membuatkan golongan yg perdendapatan rendah (ckp kat diri sendiri ke?) akan menanggung kesusahan dalam mengharungi hidup sehari-hari..teruk betul fenomena camni, apa agaknya cara terbaik nak mengatasinya?

  7. Pendita Cinta
    December 20, 2006 at 6:06 AM

    x guna bising dah.naik tetap naik. Masa piliharaya esok pangkah benda sama gak.pas tu bising.

  8. December 20, 2006 at 8:42 AM

    hahaha..encik pendita cinta ni cam marah je…stress di tempat kerja ke?

  9. Pendita Cinta
    December 20, 2006 at 10:43 AM

    x tension…cuma bosan.kita ni just cakap je.Tunjukkanlah sekali.Kuasa Rakyat!

  10. Taqie stress
    December 22, 2006 at 11:47 AM

    dh nk goune y.b???, hadhari (booo)nanti kena byr lebih duit tol..
    menifesto Pilihanraya umum dulu tk tercapai gamaknya….
    mtk bos plf naik gaji psl tol naik…en nan uruskan..wokeh!

  11. danial_pillay_forever
    December 26, 2006 at 12:15 PM

    giler aper RM2.20 KESAS..hari2 aku gune highway tue..3 tol lak tue..hari2 mau RM13.20…darab 25 hari = RM330.00….FAk..paper pun yg penting vimala forever..

  12. December 26, 2006 at 11:57 PM

    jgn terlalu emosional encik danial pillay…kita sebagai rakyat memang selalu teraniaya…apa boleh buat? fikir-fikirkanlah…

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s