Home > WoRD LiFe > Kuasa di tangan aku…

Kuasa di tangan aku…

the-best.JPG

Salam.

Bertemu kembali dalam entri kali ini. Cuba kalian semua baca tajuk diatas. Tentu bunyinya seakan-akan aku telah melakukan sesuatu yg membuatkan aku puas kan? Kalau anda semua berfikir begitu, jawapannya memang tepat sekali.

Jadi pada ruangan kali ini aku nak menceritakan tentang minat aku terhadap suatu perkara yg menyebabkan aku berkuasa. Ya tuan puan, aku sekarang memang berkuasa untuk menukarkan mereka-mereka yg aku suka ke dalam bentuk yg pelbagai rupa.

Aku bukanlah ahli silap mata, jauh sekali David Blaine yg memang setan kerana boleh terbang-terbang. Tetapi kebolehanku ialah mengubah mereka-mereka yg aku suka dengan menggunakan perisian Adobe Photoshop..Atau dalam kata-kata yg manis, superimpose.

Kebolehan ini bukanlah aku belajar secara formal, tetapi adalah secara suka-suka sahaja semasa zaman aku belajar di UiTM dahulu. Kini, skill2 ini aku aplikasikan waktu aku menghadapi tekanan kerana dengan cara meng’superimpose’ muka sahabat-sahabatku akan membuatkan aku ketawa dan seterusnya menghilangkan stress di kepala. memang seronok!

Kalau dahulu, skill ini aku pelajari bersama rakan-rakan. Tetapi kini hanya tinggal kenangan. Dahulu, aku dan rakan-rakan berperang superimpose yg mana aku dan rakan-rakan meng’superimpose’ wajah-wajah rakan yg lain untuk mendapat keseronokkan. Bayangkanlah wajah Helle Berry dalam cerita James Bond ditukar wajah kepada muka seorang rakan yg berkulit gelap. Sungguh kelakar. Jadi tradisi ini aku teruskan di pejabat. Semoga kalian semua tidak marah akan perlakuan sumbangku ini.

Jadi, di sini aku letakkan beberapa gambar atau karya yg telah aku buat. Silalah melawati laman ini:

http://amien7.blogs.friendster.com/photos/weirdo_gallery/index.html

Sekian, berjumpa lagi!

Categories: WoRD LiFe
  1. miasara puteri
    December 20, 2006 at 9:12 AM

    amin,aku nak berguru dengan ko la..bab buat camtu aku suka..agak2 berapa kena byr pengeras?

  2. December 20, 2006 at 9:15 AM

    hahahha… jantan yg mcm orang minyak 2 bole berkenalan x.. ape no tepon… hahahah

  3. December 20, 2006 at 9:18 AM

    amin, klu ko rase seronok apabila meng’superimpose’kan orang… ko buat la ikut suka hati ko… xde org nak larang… tp be carefull maybe akan ade insan2 lain nnt yg akan cube mengkhianati muka mu itu… hahahahhaha…

  4. December 20, 2006 at 9:19 AM

    ikan oh ikan
    kenape mcm aku kenal
    mcmane aku tak kenal
    mmg member aku
    hahahah….

  5. December 20, 2006 at 9:19 AM

    aku tak takut langsung dengan ugutan tu. malah aku menerima cabaran tersebut…seronok siot ada org nk edit muka aku…cepat la buat…cepat la…

  6. December 20, 2006 at 9:19 AM

    eh mcm xperasan panda bear 2 comei la rase mcm nk cubit pipi je…

  7. December 20, 2006 at 9:21 AM

    apsal mamat yg pki spek 2….??? perasan hensem nk mampus!!!!
    muka mcm lalat….

  8. December 20, 2006 at 9:30 AM

    takpe cam lalat..jgn cam pempuan yg rambut org asli tu dah la..huhu

  9. December 20, 2006 at 11:54 PM

    hahahahaha… sesunggohnya semua itu adalah benar dan pasti bener…
    tiada yang bener melaenkan bener….

    heheehhee.. tahniah amie, aku suka chara mu itu.. sesunggohnya, Tuhan telah menganugrahkan sesuatu yang magical dalam jari-jemari mu itu.. truskan usaha itu dengan penoh jaya (spanar jaya)… hahahahaa

  10. lurvlymaria
    January 3, 2007 at 4:13 AM

    sib baik aku tak tersenarai dlm bahan uji kaji amien..

  11. September 20, 2007 at 2:57 AM

    abg Amien nie ada bakat jd saintis yg mencipta wajah2 bru la.semoga abg sentiasa mencipta muka2 yg lbh berwawasan n semoga maju jaya.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s