Home > WoRD LiFe > Bye-bye Miss Blur-Blur

Bye-bye Miss Blur-Blur

surianto.JPG

Salam. Bertemu kembali.

Sudah lama aku tak menulis dalam blog ni. Maklumlah, sekarang ni terlalu sibuk dengan pelbagai perkara bersempena tahun baru ini dan aku juga lebih banyak memberi tumpuan untuk menyusun kehidupan sehari-hari.

Tetapi kali ini aku menulis semula kerana ada perkara penting yang berlaku di PLF yang perlu di hebahkan. Seperti biasa, menjadi satu kewajipan di PLF dimana sukarelawan perpustakaan akan meninggalkan PLF kerana berjaya mendapat pekerjaan baru yang lebih baik dari sudut pembangunan karier dan pulusnya.

Kali ini perkara yang sama berlaku kepada Cik Suriani Khalid A.K.A Surianto. Beliau telah meninggalkan PLF kerana berjaya menjawat jawatan sebagai guru di Maktab Rendah Sains MARA, Kubang Kerian Kelantan. Jadi PLF kehilangan seorang lagi staf yang banyak berjasa untuk menjalankan urusan-urusan kerja seharian di PLF.

Aku adalah staf yang paling hampir markasnya dengan Surianto di PLF. Maksud aku, meja aku sebelah menyebelah sahaja dengan beliau. Jadi dengan ini aku selalu bersembang dan bertukar tukar idea dengan beliau tentang banyak perkara. Walaupun beliau merupakan seorang yang ‘blur-blur’ orangnya, tetapi kekadangan banyak juga perkara yang aku bertanyakan kepadanya. Bagi aku, beliau merupakan seorang staf yang cukup rajen (copycat nandre) dan berdedikasi. Aku pernah mendengar cerita daripada seorang mantan staf PLF yang menyatakan Surianto ni pernah bekerja sehingga pukul 1 pagi di PLF walaupun tidak langsung mendapat bayaran elaun lebih masa ataupun insentif semata-mata untuk menyiapkan tugasan bagi program yang dianjurkan oleh PLF.

Begitulah dedikasinya beliau walaupun terpaksa bersengkang mata bekerja keras untuk menjayakan matlamat orang atasan yang hanya mementingkan sesuatu matlamat tanpa memikirkan nilai kemanusiaan (nandre, jangan terasa). Walaubagaimanapun, tahniah kepada Surianto kerana telah berjaya mencapai matlamat dan cita-citanya setaraf dengan kelulusan dalam bidang pendidikan yang dimilikinya.

Jadi aku sebagai salah seorang ahli keluarga PLF ingin mengucapkan selamat bekerja dengan profesion baru yang lebih mencabar. Ampun dan maaf dipinta dari kami semua andainya terdapat salah silap sepanjang perkenalan kita. Adios!

Categories: WoRD LiFe
  1. lurvlymaria
    January 15, 2007 at 3:21 AM

    gud luck che ghu sue.. semoga berjaya dlm kerjaya perguruan.. kalau bdk2 buli che ghu, che ghu buli lah balik kan??

  2. January 15, 2007 at 5:33 AM

    amboi mat koi nie…

    sian dia hang panggei dia ‘blur-blur’… tapi takpa lah, nak buat camana kan? dah dia mmg camtu. hehehehe.. lawka betui la…

    aku pon ingen mengucapkan berbanyak trima kaseh diatas segala efforts yang tlah disumbangkan oleh dia utk kita kat PLF nie, dia mmg seorang yang rajen dan komited dgn kerja… ini aku cakap lah.. bukan org lain.. hehehehe…dia mmg bagush.
    dia pon tlah dapat hasel dari usaha dia mendapetkan profesi yang lebeh bagush.. berkat usaha nya telah terbayaq… yeehaaaa…

    “Begitulah dedikasinya beliau walaupun terpaksa bersengkang mata bekerja keras untuk menjayakan matlamat orang atasan yang hanya mementingkan sesuatu matlamat tanpa memikirkan nilai kemanusiaan “…
    aku pon pernah bersengkang mata untuk menjayakan sesuatu idaman orang atasan aku … jgn main2 hahahaha. begitulah adatnya manusia.

    idup sizuka, idup alyesha… (http://nuralyesha.wordpress.com)…

    selamat menjadi che’gu.. selamat pagi che’gu, trima kaseh che’gu…

  3. January 15, 2007 at 5:34 AM

    oooooooooooooooo ya, dia kat pengkalan chepa la koi..
    bukan kubang kerian.. kubang kerian tu tempat Kamal…

  4. January 15, 2007 at 8:49 AM

    SELAMAT PAGI CIKGU!!!

  5. Aman
    January 16, 2007 at 1:20 AM

    Selamat berjaya cikgu..semoga jadi cikgu yang terbaik.Macam Cikgu Limau Kasturi tu.

  6. January 16, 2007 at 2:33 AM

    alhamdulillah…
    aman masih hidup rupanya..aku ingat beliau telah mati dibaham kuntilanak ketika penggambaran drama mencari hantu tempohari…

  7. January 16, 2007 at 3:04 AM

    aman dah dibaham rimau ke min?
    hehehehe..

    idup mesti enjoy aman woiiii…

  8. nur_alyesha
    February 18, 2007 at 8:56 AM

    Salam

    Arini aku baru ada masa nak buka blog kwn2. Mekasih la sbb sudi jgk wat liputan story ttg aku. Ms Blur-blur ye? Smpei ati tol amin nie..Sedey aku dibuatnye. Tp aku rasa ada betoinye jgk.. Camniela kwn2, aku pon xtau camne nk atasi mslh aku nie. Kalau kwn2 ada suggestion, plz tell and share with me k.

    Jgn le puji lelebih. AKu bukan pon bagus sgt. Aku wat koje aku cam korg gak kat PLF tu. Psl balek kul 1 tu, sbb aku teman cik weerduna kita wat koje laaaaaa kwn2 sekalian. X smpy ati aku tgk dia wat koje sorg2. Nak jaga keselamatan die skali..Hehe. Lg pon aku slalu je susahkn die antaq aku pi n blk koje. Lgpon, aku pon leh manfaatkn masa aku wat koje2 yg x selesai lg. Tu je. Xder per2 la. Aku xprnh hrp sbrg insentif or anything. As long as aku hepi koje kt PLF, itu dh ckp bg aku.

    Kpd kwn2 sekalian, kenangan dgn korg merupakan “KENANGAN TERINDAH” bg aku. Wpun korg slalu panggei aku blur2, tp byk manfaat yg aku dpt dari sana..termasuk dari segi experience, tanggungjawab, happiness, friends n lain2.

    So kwn2 sekalian… Selamat maju jaya dari aku utk kalian smua.
    Moge berjaya dunia n akhirat..
    Keep in touch key..

    p/s: Hehe.. Copycat nandre??? ape mksdnye tu yea? al-maklumlahh aku nie blur2 cket.. krg tangkap..Hehe.

    -sizuka 2007-MRSM PC

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s