Home > WoRD LiFe > Indeks Jisim Tubuh (BMI)

Indeks Jisim Tubuh (BMI)

Salam.

Pada kali ini aku nak bercerita tentang Indeks Jisim Tubuh (BMI). Indeks Jisim Tubuh ni adalah satu kaedah yang digunakan bagi mengukur tahap yang ideal bagi tubuh seseorang. Aku saja bercerita topik ini kerana sejak kebelakangan ini aku berasa kurang selesa kerana merasakan berat badan aku telah bertambah (spare tyre banyak kot).

Jadi pada kali ini aku nak berkongsi formula bersama rakan-rakan semua tentang bagaimana nak mengira Indeks Jisim Tubuh walaupun korang semua dah tau.

INDEKS JISIM TUBUH:
Berat tubuh badan / Ketinggian x Ketinggian

Contoh :

Jika berat badan anda 55 kg dan ketinggian anda 1.56 m
Mula-mula kalikan 1.56 dengan 1.56 bersamaan 2.4336
Kemudian bahagikan 55 dengan 2.4336 untuk mendapatkan BMI anda,yang mana jawapannya ialah 22.6

Dan berikut adalah Indeks Jisim Tubuh yang perlu anda semua ketahui.
Sekiranya BMI anda :

* Kurang daripada 20, berat badan anda adalah BERKURANGAN

* 20 hingga 24.9, anda terdiri dari berat badan yang NORMAL

* 25 hingga 29.9,berat badan anda mulai BERLEBIHAN

* 30 dan keatas,anda adalah OBESITI (berat badan berlebihan)

Orait dude. Harap-harap korang semua mendapat sedikit ilmu tentang bagaimana untuk mengira Indeks Jisim Tubuh ini. Dah post kali ini aku dedikasikan kepada boss aku Encik MunMon dengan harapan agar beliau dapat mengira BMI tubuhnya. Sekian, terima kaseh.

Categories: WoRD LiFe
  1. January 16, 2007 at 3:08 AM

    betui la min, hang kena kurangkan makan nasek lemak tetiap hari tu.. bahaya min…
    sekali sekala makan takpa..kena kurangkan makanan mcm tu… cari lah roti ke, itu lebih afdhal. (shafie afdhal)..

    bagi org yang saiz badan dia kecik takpa la…
    kena chari alternatif lain untuk maken…

    aku tau pasai nie masa aku pi hospital kelang pada tahun 2002 yang lalu…depa ada tampal poster untuk kira BMI nie… sunggoh berguna…
    dan juga ia menggalakkan kita untuk makan chara sihat…

    praktikkan chara idup yang sehat…

  2. January 16, 2007 at 3:11 AM

    Aku saja bercerita topik ini kerana sejak kebelakangan ini aku berasa kurang selesa kerana merasakan berat badan aku telah bertambah (spare tyre banyak kot).”

    ermmm… jaga-jaga min, kerja kat sini takda angkat berat2 min, kita kerja duduk ja.. tu sebab makanan tu tenggelam dalam badan kita… ikut petua dulu2 la… lepas makan kita kena berjalan dalam 50 langkah bagi makanan tu hadam dulu… dan kalau bule jangan minum ayaq terus menerus lepas kita makan… dan jangan minum semasa kita tengah dok sedap makan… minumlah sebelum kita makan dulu… itu yang bagus.. artikel kesihatan dalam internet pon kata serupa nie… begitulah adanya…

  3. January 16, 2007 at 3:28 AM

    “jaga-jaga min, kerja kat sini takda angkat berat2 min”…
    takpe encik axl rose..aku kat umah angkat dumbell yg berat 10 kilo tiap-tiap hari..
    mudah-mudahan dapat la buang toksik sket dalam badan ni..huhu

  4. January 16, 2007 at 3:33 AM

    1. minum banyak ayaq kosong.
    2. makan banyak buah-buahan dan sayoq
    3. kurangkan makanan berlemak dan bnyk minyak
    4. rajen2 bersenam (cth: naik tangga, berjalan dll)
    5. uruskan stress sebaik mungkin
    6. kurangkan minuman bergas
    7. elakkan minum air batu
    8. elakkan makan selepas kul 8pm
    9. makan pagi adalah bagus
    10. dan lain2 lagi yang hamper sewaktu dgnnya

    selamat berjaya

  5. January 16, 2007 at 3:35 AM

    satu lagi yang aku selalu buat:

    1. bangkit ja pagi, minumlah ayaq kosong.. ini utk buang toksik dlm badan semasa kita tidoq malam tadi…
    2. Minum bnyak jus buah… oren ka, limau ka.. baguih nie…

  6. January 16, 2007 at 4:55 AM

    tu la dia….
    itulah hakikat kalau kerja kat pejabat.. makan kena jaga beb..
    kalau kita kerja keluaq-keluaq takpa beb…

  7. lurvlymaria
    January 17, 2007 at 1:29 AM

    kalau kes aku camner mien? nak carik index jisim tubuh baby dulu ke? buat index jisim aku minus baby? tp aku xnak wat indexing..

  8. January 17, 2007 at 2:17 AM

    cik maria dah masok kategori lain..
    dah tak bleh nk guna pakai indeks ni..kalo cik maria nak tau gak BMI tu, cik maria kena timbang kat stesen timbang JPJ tu tau? orait bebeh…

  9. January 17, 2007 at 4:55 AM

    stesen timbang JPJ……… hahahahahahahaa lawak2,
    kak qibby, dia menghina hang nie nampaknya…

  10. dakchomey
    July 23, 2008 at 7:16 AM

    yeah.. saye x gemuk…

  11. July 23, 2008 at 7:54 AM

    sapa dakchomey ni ek?
    kenalkan la diri sket ok?
    anyway, welcome to my blog…

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s