Home > WoRD LiFe > Alhamdulillah

Alhamdulillah

Alhamdulillah – Too Phat feat. Yasin, Ahli-Fiqir & Dian Sastrowordoyo

Di saat waktu berhenti…kosong
Dimensi membutakan mata memekakkan telinga
Lalu diri menjadi hampa
Saat paradigma dunia tak lagi digunakan utk menarka
Sadarku akan hadirMu
Mematahkan sendi² yg biasanya tegak berdiri

Ult li albi bissaraha (Aku membuka hatiku dengan kejujuran)
Hayya nab’idil karaha (Hindarilah kebencian dan dendam)
Syakkireena a’ kulli na’ma (Marilah kekalkan syukur dgn apa yg kita ada)
Ba’ ideena anil fattana (Hindarilah segala penipuan dan dosa²)

Merenungi luar jendela
Mengagumi kebesaran yg Maha Esa
Ku menilai kehidupan dr sudut berbeza
Tak memadai hanya kecapi rasa selesa
Mahukan harta yg mampu beli satu semesta
Berpesta ke parti botol bergelimpangan
Kekasih muda bukan takat berpegang tangan
Harta dan jamuan nafsu tidak berkekalan
Bila menjelang tua bukan itu jadi bekalan
Dan jangan puisi ini disalah tafsir pula
Bukan berkhutbah, cuba betul diri ini cuma
Ingin hidup sempurna, asset nilai berjuta
Saling tukar wanita, senyum dan mati tua
Bakat dikurnia jangan disalahguna
Jangan kufur nikmat yg diberi percuma
Guna kelebihan utk khidmat bersama
Jagalah nama
Hidup penuh pementasan dan drama
Ada berisi ada yg kurus
Ada melencong ada yg lurus
Bukan semuanya tulus
Ada sempurna ada kurang upaya
Ada yg jadi buta hanya bila sudah kaya
Sebesar rumah bermula dengan sekecil bata
Boleh hilang dalam sekelip mata
Ucaplah Alhamdulillah bukannya sukar
Kerna semana kaya atau besar
Tetap Allahuakbar…

Ult li albi bissaraha (Aku membuka hatiku dengan kejujuran)
Hayya nab’idil karaha (Hindarilah kebencian dan dendam)
Syakkireena a’ kulli na’ma (Marilah kekalkan syukur dgn apa yg kita ada)
Ba’ ideena anil fattana (Hindarilah segala penipuan dan dosa²)

Jadikanlah ku tentera Fisabilillah
Yang tertera di kalimah harap memanduilah kita apabila persimpangan tiba
Hidup penuh dengan rintangan harus kuhadapinya
Harap ku tidak lupa diri bila gembira
Dan cuma mula mencari Kau di saat hiba
Ku cuma manusia penuh dgn kesilapan
Tapi bisa membezakan cahaya dan kegelapan
Tabah bila dikalangan duri onak dan cubaan
Teguh bila dicubakan pengaruh kuasa dan perempuan ah!
Sentiasa legar diminda dikejar dan dipinta
Dr zaman bermula hingga ke akhirnya
Ku mengerti siapa ku tanpa Mu disisi
Dan apa guna posessi juga posisi
Sementara ini cuma hanya puisi
Nukilan tulisan dan bisikan hati
Mencari keterangan menjiwai peranan
Menepati pesanan, janji juga saranan
Alhamdulillah atas kurniaan rezeki
Moga tidak leka dalam perjalanan ini

Ult li albi bissaraha (Aku membuka hatiku dengan kejujuran)
Hayya nab’idil karaha (Hindarilah kebencian dan dendam)
Syakkireena a’ kulli na’ma (Marilah kekalkan syukur dgn apa yg kita ada)
Ba’ ideena anil fattana (Hindarilah segala penipuan dan dosa²)

Aku yang memandang di dlm lubuk hati
Mencari-cari rahsia yg katanya tersembunyi
Aku yg melihat alam meliputi
ujud menyertai lalu kupindahkan alam ke dlm mata hati
Aku hakiki aku mengerti segala yg terjadi di langit dan di bumi
Gunanya tiada fantasi pelik dan benar qada’ dan qadar
Kau berilahku kekuatan agar dapatku hindarkan segala kesesatan
Usah kau biarkan nafsuku terliur
Dari pandangan majazi ini
Aku yg bodoh lagi hina amat benar merindui
Moga cahaya lelatu tak membutakan mataku
Semoga segala puji takku meninggi diri
Moga segala janji dpt juga ku penuhi
Moga dpt ku hadang tikaman dr belakang
Lidah setajam pisau
Ku tidak akan risau
Dgn dugaan cabaran
Sepanjang perjalanan ku pasrah ku akur
786 Alhamdulillah Syukur!

Ult li albi bissaraha (Aku membuka hatiku dengan kejujuran)
Hayya nab’idil karaha (Hindarilah kebencian dan dendam)
Syakkireena a’ kulli na’ma (Marilah kekalkan syukur dgn apa yg kita ada)
Ba’ ideena anil fattana (Hindarilah segala penipuan dan dosa²)

Sujudku pun takkan memuaskan inginku
Untuk hanturkan sembah sedalam kalbu
Adapun ku sembahkan syukur kpd Mu Ya Allah
Untuk nama harta dan keluarga yg mencinta
Dan perjalanan yg sejauh ini tertempa
Alhamdulillah pilihan dan kesempatan
Yg membuat hamba mengerti lebih baik tentang makna diri
Semua lebih berarti apabila dihayati
Alhamdulillah³

Ulasan: Lagu ini adalah merupakan antara lagu yg agak janggal dan pelik untuk didengari. Ini adalah kerana ia menggabungkan genre yg berbeza iaitu gabungan genre muzik hip-hop dan nasyid ataupun world muzik. Ternyata kombinasi artis seperti Too Phat, Yasin dan Ahli-Fiqir memberikan nafas baru dan kelainan dalam lagu ini. Aku bukan nak memuji Too Phat, tetapi kumpulan hip-hop ini telah mencetus revolusi dunia muzik Malaysia kerana berjaya mengheret keluar imej muzik hip-hop yang tak boleh dipisahkan dengan lirik-lirik lucah dan keganasan. Too Phat berjaya menyemaikan nilai-nilai dan budaya Malaysia dalam lagu-lagu ciptaaan. Inilah salah satu karya yang menarik untuk didengari.

Categories: WoRD LiFe
  1. January 25, 2007 at 11:49 PM

    aku ingen uchapkan kapda joe flizzow and sorang lagi tu apa nama dia? aku lupa plak karna bisa membuat lagu seumpama ini… idup hip hop yoyo…

    aku ada lagu nie versi melayu.. sapa nak? sila buat request kat aku na

  2. January 26, 2007 at 12:04 AM

    Malique…sekarang ni mereka dah jarang bersama. yg selalu kelihatan di kaca tv ialah joe flizzow…malique membawa hati yg lara jauh ke perantauan untuk mencari ilham bagi menyiapkan album terbaru…

  3. January 26, 2007 at 9:39 AM

    aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..
    malique… ya betui…
    malik tu kan ada heboh pasai benda tak senonoh…
    tapi apa pon, malique tetap too phat…

  4. CHOCO
    July 11, 2007 at 8:48 AM

    LAGU NI TUK WAT ORANG SEDAR TTG HIDUP YANG PNUH NIKMAT DAN PATUT
    DIHARGAI DAN SYUKUR PADA ILAHI.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s