Home > WoRD LiFe > Perdana Global Peace Forum 2007

Perdana Global Peace Forum 2007

pgpf2007a.JPG
Salam sejahtera dan bertemu kembali.

Pada kali ini aku akan membicarakan serba sedikit tentang isu peperangan. Pada 5/2/2007 sehingga 7/2/2007 telah berlangsungnya satu program International Conference and Exhibition yang bertajuk “Expose War Crimes – Criminalise War” yg telah berlangsung di PWTC selama 3 hari anjuran bersama organisasi aku bekerja iaitu Perdana Leadership Foundation.

Jadi aku sebagai salah seorang kakitangan juga telah bersama untuk menjalankan tugas yg telah diberikan bagi program berkenaan iaitu sebagai sekretariat. Walaubagaimanapun aku tidak dapat mengambil bahagian sepenuhnya kerana pada hari Isnin, aku menghadiri temuduga kerja di Kota Damansara. Aku hanya dapat menyertai program tersebut hanya pada hari Selasa. Nasib agak malang berterusan pada hari berikutnya kerana aku tidak dapat mengambil bahagian kerana mengalami demam. Memang sungguh tak meriah minggu ini.

Jadi, menceritakan serba sedikit pengalaman aku mengikuti forum ini, memang cukup menyedihkan. Walaupun aku tak dapat bersama mendengar forum yg berlangsung, tetapi aku telah melawati pameran perang yg dilangsungkan di tempat yg sama. Memang cukup memilukan apabila melihat foto mangsa-mangsa perang dan keganasan yg telah berlaku. Kesan radiasi akibat bom telah menyebabkan bayi-bayi dan anak kecil mengalami radiasi yg menyebabkan mereka bertukar menjadi makhluk yg hodoh dan berpenyakit. Begitulah bencana yg berlaku di negara-negara yg mengalami perang. Jadi, ia sedikit menginsafkan aku dan aku cukup bersyukur kerana lahir di bumi Malaysia yg aman sejahtera tanpa peperangan. Syukur…

Sebagai kesimpulan, program ini telah berlangsung dengan jayanya dengan mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat Malaysia dan dunia. Jadi di sini aku highlightkan sedikit ungkapan penting daripada Tun Dr Mahathir Mohamad selaku penaung Perdana Global Peace Organisation. Semoga peperangan di seluruh dunia akan berakhir dan kita sebagai manusia biasa beramai-ramailah menyokong kegiatan anti-perang ini. Say no to war. Peace, one love!

Tun Dr. Mahathir Mohamad

‘‘Blair merupakan pembunuh 500,000 kanak-kanak Iraq dan penipu yang memberitahu warganya bahawa Saddam memiliki senjata pemusnah besar-besaran (WMD) yang boleh dilancarkan ke atas Britain dalam masa 45 minit.”

‘‘Apa yang telah dilakukan oleh Blair dan Bush adalah lebih teruk daripada yang pernah dilakukan oleh Saddam”

Ali Shalah, yang lebih popular sebagai ‘Lelaki Berselubung’ dalam foto terkenal bagi menggambarkan penyiksaan yang ditanggung rakyat Iraq di penjara Abu Ghraib di Baghdad, yang dikendalikan Amerika Syarikat, hari ini mendedahkan layanan tanpa perikemanusiaan yang diterimanya di pusat tahanan itu.

“Ketika arus elektrik itu memasuki seluruh badan saya, saya merasakan seolah-olah mata saya dicungkil keluar dan percikan api berterbangan. Gigi saya berdentingan manakala kaki saya pula menggeletar. Seluruh badan saya menggeletar. Saya dikenakan arus elektrik dalam tiga sesi berasingan”

Aman dunia, hidup sejahtera.

Categories: WoRD LiFe
  1. February 9, 2007 at 9:16 AM

    hahahaha…
    tu la dia.. 4 ari beb berhempas pulas berlenguh badan dan kaki
    menjayakan hal-hal urusetia nie…
    yang demam pon ada… biasa lah.

  2. taqie MANJA
    February 10, 2007 at 8:52 AM

    tahniah warga PLF dpt buat yg terbaik…
    cayer lah ko amien…
    Globel peace..
    Doa kan agar Tun dpt anugerah nobel keamanan..
    peace!

  3. February 12, 2007 at 1:14 AM

    taqie MANJA? auuww…geli aku mendengarnya…hahaha…
    anyway, gembira dpt dengar komen dari ko..
    hopefully pas ni rajen-rajen la komen blog aku lagi..
    key dude? idup ganu!!

  4. February 12, 2007 at 2:31 AM

    bro,

    i been there.. the entire days of conference… nice organisation.. hope to be there again next year! on the mean time.. get the “Blogger for peace” I.D. from my blog… show your support!

    thankz

  5. izan
    November 15, 2007 at 6:48 AM

    how’s working life in the School? someone interested to send her child there but unsure of schools standard. Any comment?

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s